Wednesday, December 25, 2013

Nostalgia Mimaland Taman Tema Pertama Malaysia

Salam readers. 2 hari lepas papa dengan mama ada cakap pasal MIMALAND. Serius, saya langsung tak ada ingatan tentang tempat tu. Tapi, logik juga la sebab masa tu saya masih kecil. Kalau pergi pun, mesti tak ingat. Apa pun, ini ada serba sedikit kisahnya saya ambil dari Utusan. Untuk lebih banyak gambar sila ke sini.

SEBELUM kemunculan Resort World Genting, Sunway Lagoon, Gambang Waterpark dan Lost World of Tambun, Malaysia pernah memiliki sebuah taman tema yang cukup popular sekitar tahun 1980-an.
Bagaimanapun peredaran zaman banyak memisahkan kisah kegemilangan taman tema yang dibina dengan kos RM25 juta itu dengan apa yang ada sekarang.
Taman tema yang dimaksudkan ialah Malaysia In Miniature Land atau lebih dikenali dengan nama Mimaland yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Mimaland yang dibina di atas kawasan seluas 12 hektar dibuka kepada umum pada tahun 1975 menampilkan pelbagai tarikan hiburan dan rekreasi antaranya taman haiwan pra-sejarah yang dipenuhi figura dinosaur bersaiz sebenar.
Disiapkan dalam beberapa peringkat, taman tema air itu kemudian mencuri perhatian apabila sebuah kolam renang yang merupakan kolam terbesar di Asia Tenggara dibina berserta dengan laluan papan gelongsor air bertingkat.
Sejak tahun 1985 iaitu selepas kolam itu dibuka kepada pengunjung, Mimaland menjadi fenomena baru di kalangan rakyat negara ini khususnya bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota.
Keindahan dan keunikan Mimaland turut menarik minat beberapa syarikat produksi untuk melakukan pengambaran filem terkenal semasa era 1980-an seperti Gila-Gila Remaja, Suara Kekasih dan Tuan Besar.
Bagaimanapun kegemilangan taman tema itu sebagai sumber hiburan rakyat negara ini selama lebih dua dekad lenyap bersama infrastruktur di kawasan tersebut selepas penutupannya pada 1994.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120623/re_05/Nostalgia-Mimaland-Taman-tema-pertama-negara#ixzz2oSqj54wA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails