Monday, July 2, 2012

Java's Getaway..heee~

Assalamualaikum and salam 1Malaysia. Hehe. Alhamdulillah saya telah tamat pengajian degree walaupun belum officially sebab graduation bulan Oktober nanti,da.. Uhukkss.. Apa pun saya nak cerita tentang aktiviti selepas tamat kertas terakhir bulan lepas(13 Jun 2012). 
Disebalik tarikh 13 Jun itu ada kisah sebenarnya. Alkisahnya sepatutnya pada tarikh tersebut saya terbang ke Jakarta. Sadly. Tiket beli bulan Mac, tapi terpaksa burn macam tu je. Yang paling menyedihkan, sebenarnya itu adalah tiket penerbangan kedua ke Jakarta yang saya beli. Sebelumnya, tarikh ialah pada 6 Jun. Tak da rezeki, na. Takpe. Tapi Allah ganti dengan perkara lain malah lebih indah. Hehe.



Pada 14 Jun 2012, saya dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan jamuan perpisahan dengan makan lunch secara buffet di Hotel De Palma Ampang. 


Mungkin itulah pertemuan terakhir kami sebelum bertemu kembali pada majlis konvokesyen di PICC pada 13 Oktober. Hehe.
Selain itu, pada 16 Jun 2012 saya terbang ke Semarang (lagi....). Tiket ini saya baru beli 2 minggu sebelumnya. Betul-betul seminggu sebelum exam saya confirm dah selesai. Alhamdulillah keluarga di Semarang melayan saya dengan baik dan saya amat gembira bertemu dengan mereka. Hehe. 


Tujuan saya ke sana ialah untuk mengikuti Haul Akbar di Surabaya pada 23 dan 24 Jun 2012. Seru sekali!


Pada pagi 23 Jun, Kak Mia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang kedua. Alhamdulillah mudah urusan melahirkannya.
Pada tarikh 26 Jun 2012 ketika hampir Maghrib, kami bertolak pulang ke Semarang dari Surabaya. Hehe. Sampai di Semarang sekitar pukul 3.30pagi WIB. Alhamdulillah perjalanan lancar. Pagi 27 Jun 2012 saya berjalan-jalan dengan Mba Nadia ke Pasar Johar. Saya berkesempatan untuk membeli hiasan buat tudung bawal. Hihi. Lucu-lucu sih soalnya.
Tanggal 28 Jun 2012, saya pulang ke Malaysia. Perjalanan memang amat menyenangkan. ^^

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails