Monday, October 17, 2011

Jangan Pegang-Pegang, Duduk Renggang-Renggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini post saya ada kaitan dengan "jangan pegang-pegang". Kenapa? OKlah mula-mula saya nak minta maaf andai post saya kali ini menyebabkan pembaca terasa. Mengapa? Kerana ianya mungkin ada kaitan dengan pembaca. Antara ADAT dan IMAN, mana pilihan anda?Fikir-fikir dan renungkan......

Sepupu dengan Sepupu
Saya bagi satu contoh la. Hubungan kita dengan sepupu, tidak akan pernah sama hubungan kita dengan adik beradik. MAKSUDNYA di sini. Mereka adalah bukan mahram. Jadi, sudah tentu kita boleh berkahwin dengan mereka. KALAU bukan mahram, ini bererti kita tidak boleh berpelukan, menyentuh mahupun mendedahkan aurat kepada mereka kan? Sama juga antara kita dengan mak atau bapa sepupu. Macam dalam keadaan saya ini; saya tidak boleh bersalaman dengan suami kepada mak saudara saya.

Hubungan antara ipar
Contoh yang satu lagi, misalnya kakak kita telah pun berkahwin. Maka secara automatik sudah tentu kita mendapat seorang abang ipar kan? Apa hubungan kita dengan abang ipar tu? Menurut Islam, kita diharamkan berkahwin dengan abang ipar itu hanya untuk SEMENTARA. Kalau tiba-tiba kakak kita tu meninggal, kita boleh berkahwin dengan abang ipar tu. JADI, di sini jelaslah menunjukkan bahawa abang ipar TAKKAN PERNAH sama dengan abang kandung. Maka, sudah tentu kita tidak boleh mendedahkan aurat kepada mereka mahupun bersentuhan sesama mereka.

Siapa MAHRAM kita?
Untuk pengetahuan, ada beberapa orang yang memang mahram kita dan tidak dibolehkan (HARAM) kita untuk berkahwin dengan mereka. Ini bermakna, batas aurat kita dengan mereka ini berbeza dengan orang yang BUKAN MAHRAM kita. Malah, kita boleh bersalaman, bersentuhan dan berpelukan dengan mereka. Antaranya: ibu, bapa, adik-beradik kandung, saudara kandung ibu, saudara kandung ayah, datuk kandung (belah ibu dan bapa), nenek kandung (belah ibu dan bapa), adik-beradik kandung datuk dan nenek, orang yang sama jantina dengan kita.

Kesimpulannya...
Hmm..Sebenarnya saya pelik kenapa orang yang dengan saudara mara yang dibolehkan berkahwin pun nak bersalaman. Ini bukan soal HORMAT. Tapi, apa perlunya kita mendapat hormat dari manusia, tetapi di sisi Allah kita tidak mendapat darjat keHORMATan. Sebenarnya memang bukan mudah untuk mengubah persepsi manusia apatah lagi kalau sesuatu itu sudah menjadi adat mahupun darah daging. Maaf andai kata-kata saya ini dikatakan lancang (aka kurang ajar). Tapi, inilah pendapat saya yang ilmu agamanya bukanlah setinggi gunung tetapi masih berpegang kepada mazhab Syafie. Apa gunanya saya belajar agama hampir 11 tahun di sekolah, tetapi saya tinggalkan begitu sahaja? Ilmu takkan bermanfaat andainya ia tidak diamalkan.

P/s: Nak salam "ayat-ayat cinta" je, boleh tak?

2 budak comel:

sangat membuka mata. tak pernah tau hal ni. tq cimot

memang ramai orang yang tak tau/ingat pasal hal ni. sebab dah jadi macam budaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails