Monday, July 11, 2011

jalan-jalan di MAS dan SIN

Salam readers. Hari ini saya kurang sihat. Huhu. Oh ya, dah sebulan rasanya saya tidak meng'update' blog. Apa pun, pada 1 Julai yang lalu, sepupu saya dari Jakarta datang sekeluarga. Jadi, memandangkan saya masih bercuti saya lah yang menjadi tour guide nya. Hehe. Pada hari Ahad, saya menemani mereka ke Genting. Kami tiba di stesen Puduraya pada pukul 9 lebih, tetapi kami mendapat bas yang akan bertolak pada pukul 1230 tengah hari. Bas tiba di kaki Skyway pada pukul 130 petang, sejam selepas bertolak. Tetapi, sayangnya setiba kami di Skyway, kami terpaksa beratur lebih kurang 2 jam. MasyaAllah. Rupa-rupanya kebetulan RAMAI GILER orang yang mahu menaiki kereta kabel Genting Skyway pada hari itu. Mungkin hampir seribu orang lah. Huhu. Jadi, setibanya kami di Genting kami hanya mempunyai sedikit sahaja masa memandangkan bas pulang adalah pada pukul 6 petang. Pada hari Isnin malam Selasa, saya dan kak Jiah sekeluarga menaiki KTM menuju ke Woodlands. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Setelah melalui imigresen, kami tergesa-gesa mencari tempat solat yang terdekat. Memang saya akui Malaysia lebih best. Di Singapura, surau tak ada. Hanya ada masjid. Memang begitu rupanya perasaan menjadi golongan minoriti. Hmm. Selepas solat Subuh (itu pun dah lambat), kami makan pagi dulu sebelum bertolak ke MRT Woodlands. Seterusnya, kami turun di stesen Harbour Front memandangkan kami mahu ke Sentosa. Setelah keluar dari Harbour Front, kami berjalan menuju ke VivoCity dan menaiki Sentosa Express di sana. Bayaran ke Sentosa adalah USD3 seorang. Setelah puas berada di Sentosa, kami ke Marina Bay pula. Maklumlah, kalau tak bergambar dengan Merlion tak sah kalau sudah berada di Singapura. Kami menjamakkan solat Zohor dan Asar di Masjid bawah tanah bangunan UOB. Selesai berada di sana, kami bertolak ke Orchard dengan menaiki MRT Raffles Place. Kami makan di restoran kepunyaan orang Indonesia di Lucky Plaza dan kemudian kami ke stesen MRT Bugis pula. Tujuan utama ialah untuk membeli souvenir di bugis Street. Oh ya, memandangkan kami menggunakan TouristPass (harga USD8 dengan tambahan deposit USD10), jadi kami perlu memulangkannya sebelum jam 9 malam di stesen terdekat (Bugis). Lagipun kami akan bertolak pulang ke Malaysia pada jam 1130 malam. Huhu. Begitulah kisah di Singapura (malas nak cerita panjang-panjang :P).

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails