Wednesday, April 6, 2011

bercinta lepas berkahwin, bukankah lebih baik?

Salam readers. Saya baru sahaja selesai menonton drama bersiri korea Playful Kiss lakonan Kim Hyun Joong. Hehe. Serius saya memang suka la tengok muka KHJ tu.
Haha. Oh ya. Entri saya kali ini mengenai perempuan yang dirisik oleh seorang lelaki, padahal mereka baru mengenali dalam tempoh sebulan. Kalau anda berada di tempat perempuan tersebut, apakah yang akan anda lakukan? Kalau saya, mungkin pada awalnya saya terkejut (tapi gembira pun ada juga kot?). Apatah lagi lelaki itu datang bersama keluarganya dengan membawa sebentuk cincin sebagai tanda merisik. Sebenarnya hal ini benar-benar berlaku terhadap kawan saya. Dia pulang ke kampung semata-mata kerana ada yang ingin datang merisik. Lelaki itu sudah pun bekerja dan memang serius untuk menjadikan dia isterinya. Malahan, lelaki itu kata dia nak bercinta lepas berkahwin. Memang saya rasa itulah yang lebih baik. Kalau sebelum kahwin dah manis belaka, nanti lepas kahwin takut dah hilang rasa kemanisan tu. Huhu. Saya kurang pasti apakah kawan saya itu akan menolak lelaki itu, atau meneruskannya sahaja. Tetapi menurut kawan saya, mungkin dia nak tolak. Sebab dia baru kenal lelaki itu dan mungkin juga sebab dia terlalu memilih dan takut dengan masa depan yang belum pasti? Eh. Takut kan kalau tolak orang lain. Kita takkan tahu lepas ini ada tak orang yang nak datang merisik. Errr...

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails