Friday, March 4, 2011

saya suka UNGU, tak bermaksud warna Favorite saya UNGU.


Salam bloggers. Saya telah memiliki CD album baru UNGU (1000 Kisah Satu Hati). Ceritanya, saya telah membelinya sewaktu ke Aceh tempoh hari. Hoho. Kenapa saya suka beli barangan di Indonesia? Satu sebab yang paling best sebab matawang yang lebih rendah, tapi kualiti hampir sama. Macam cerita tentang CD Ungu ini. Cuba teka harga CD Original tu berapa? Hmm..meh ceq habaq kat hang pa (translate: mari saya beritahu kamu). Harganya cuma Rp35,000. Ok jangan salah anggap RM35 000 pula ye. :p Kalau di convert ke Ringgit Malaysia tak sampai RM12 pun. Murah, kan? Rasa berbaloi-baloi je beli. Comel pula tu design dia punya bekas CD. Oh ya..Ngomong-ngomong soal Ungu.....Si Pasha kayaknya udah mau menikah lagi..waktu kemarin saya lagi di Aceh..saya nonton TV..trus, dia bilang kalau dia mau menikah lagi..

Nama pacarnya itu Adel. Dan si Adel itu merupakan pramugari. Masa awal-awal kemunculan di khalayak ramai, dia selalu duduk belakang si Pasha. Malu-malu la katakan. Hihi. Ok, balik kepada topik asal tadi. Hmm. Yang bestnya, album untuk artis Indonesia memang MAMPU dibeli la. Tak sampai RM15 pun. Berbeza kalau kat Malaysia ini. Harga CD lagu artis tempatan mesti lebih dari RM20. Hoho. Satu hal lagi, kalau album Inggeris dia tak sampai pun RM30. Hah! Murah tak? Jom bercuti ke Indonesia. Promote ni. Muahahaha. ;)


P/s: Tak semua barangan di Indonesia lebih murah dari Malaysia, contoh terdekat Cili Padi :D

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails