Wednesday, March 2, 2011

Pesawat AirAsia Mendarat di Lapangan Terbang Yang Lain..Salah Pilot ke??

Salam bloggers. Entri kali ini masih berkisar tentang pengalaman saya ketika menaiki pesawat (kapal terbang) pada petang Ahad yang lalu. Begini ceritanya....pada petang itu, pesawat yang kami naiki iaitu pesawat AirAsia bertolak dari Banda Aceh menuju ke Kuala Lumpur. Jadual perjalanan memang tepat.

Tiada flight "delayed" bak kata orang. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kusangka cuaca baik hingga ke KL, tapi rupanya hujan di tengah jalan. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba juruterbang aka PILOT membuat pengumuman. "Memandangkan cuaca buruk, pesawat ini akan mendarat dulu di airport JB sehingga cuaca di KLIA berubah menjadi baik." Masa berganti masa. Kemudian, sebaik jam menghampiri 8.20 malam, juruterbang membuat pengumuman sekali lagi. "Flight attendant please be seated. Flight ready to landing". Lebih kurang macam tu la bunyinya. Sebaik roda kapal terbang mencecah lapangan terbang. Saya berasa gembira. Yeay, dah sampai KL akhirnya. Cuaca baik. Hoho. Tiba-tiba juruterbang (eh,ke pramugara ye?) bersuara, "Kita telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senayan, Johor Bahru." Eh. Alamak, ingatkan tak jadi mendarat kat Johor. Rupa-rupanya memang flight mendarat juga di Johor. Maka, terpaksalah kami menunggu lebih kurang 30 minit sebelum pesawat berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Selepas mendapat kebenaran untuk berlepas, pesawat terbang juga ke Kuala Lumpur. Walaupun tiba lambat di Kuala Lumpur, tapi mungkin itulah jalan yang terbaik. Keselamatan penumpang memang perlu diberi keutamaan. Bak kata orang, "biar lambat asalkan selamat". :)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails