Tuesday, December 7, 2010

sikap manusia

Salam bloggers. Memandangkan semalam saya dah tukar layout blog, maka habis hilang semua html coding yang dulu. Macam menyesal pun ada. T__T Apa pun, hari ini saya nak bercakap tentang sikap manusia pula. Cewah, macam ahli falsafah je. LOL.


Semasa Memandu
  • Pantang orang lain terlambat masuk "gear" apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau, dah mula tak sabar dan "hon".
  • Kalau ada kemalangan, mulalah "jem". Kadang-kadang kemalangan tu tak adalah parah mana, tapi sebab pemandu pun nak ikut jadi "penonton" kemalangan, maka kereta dipandu dengan perlahan. Mungkin rakyat Malaysia ini memang prihatin orangnya. ;)
  • Sikap yang paling tak baik ditonjolkan apabila orang lain dah bagi signal nak masuk ke line yang lain, tapi bila orang tu nampak je ada kereta lain nak masuk, dia terus bawa laju. Malah ada juga yang terus membunyikan hon biarpun dari awal lagi dia dah nampak signal yang diberikan.
Semasa Dalam Tren
  • Kadang-kadang ada orang buat-buat tak nampak orang tua yang sedang berdiri di dalam tren. Misalnya tidur atau membaca je. (sebab ini saya tak suka duduk dalam tren)
  • Ada juga manusia yang suka duduk luas-luas atau dalam erti kata lain mengambil ruang yang banyak untuk duduk. Contohnya untuk lrt aliran ampang-sri petaling-sentul timur, sepatutnya tempat duduk yang panjang boleh diduduki oleh seramai tujuh orang dewasa (bersaiz sederhana) dalam suatu masa. Tapi kadang-kadang saya lihat cuma enam orang yang duduk. Bukankah ini dah kira membazir ruang? :D
Eh,tiba-tiba dah hilang idea, next time insyaAllah saya sambung lagi. Hihi. Till fingers meet keyboard. ;)

1 budak comel:

hahahahahahah..tu la namanya MALAYSIA BOLEH, cimot. kalau tgk dlm tren tu, rata2 perempuan je yg berdiri termasuk yg makcik2. yg duduk semua nya laki yg sihat tubuh badan. pastu kalau kerusi yg tunggu tren tu..elok2 boleh duduk 3-4 org, sorg ni rilek aje duduk tengah2 pastu org nak duduk tepi dia pun mcm segan. hahahaha...sabar je la kan. oh rakyat malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails