Wednesday, December 29, 2010

all the best Malaysia & Indonesia

vs
Salam bloggers. Lebih kurang 16 jam lagi, perlawanan akhir kedua AFF Suzuki 2010 di antara Malaysia dan Indonesia akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Dari jauh ini saya mengharapkan kejayaan buat pasukan negara. Tapi, tak lupa juga buat pasukan Indonesia. Sebenarnya apabila mempunyai darah Malaysia-Indonesia, banyak keadaan yang membuatkan saya tersepit terutamanya apabila ada segelintir rakyat di kedua-dua negara yang tak habis-habis mengata, mengeji sesama sendiri. Sedih. T___T Bercakap tentang pemain Indonesia, saya lihat Irfan dan juga Arif merupakan antara yang berpotensi untuk menjaringkan gol.

Irfan Bachdim (dilahirkan pada 11 Ogos 1988 di Amsterdam)

Arif Suyono (dilahirkan pada 3 Januari 1984 di Batu, Malang, Jawa Timur)

Kepada peminat pasukan bola sepak Selangor mungkin masih ingat akan Bambang Pamungkas. Ya, dulu Selangor pernah mengimport beliau masuk ke dalam pasukan Selangor.


Bambang Pamungkas (dilahirkan pada 10 Jun 1980 di Salatiga, Jawa Tengah)

Tapi sekarang Malaysia dah tak galakkan pengambilan pemain import. Oh ya, buat pasukan Malaysia tolong lakukan yang terbaik di GBK nanti dan semoga pasukan penyerang Malaysia dapat mengekalkan rentak permainan di Bukit Jalil tempoh hari atau melakukan yang lebih baik lagi. Pada perlawanan malam nanti, Mahali tidak diturunkan.

Mohd Safee Mohd Sali (dilahirkan pada 29 Januari 1984 di Selangor).

Kepada Safee Sali dan penjaga gol Khairul Fahmi, tolong lakukan yang terbaik sedaya upaya. Kami di Malaysia mendoakan dan mengharapkan kejayaan Harimau Malaya (andai Allah izikan). Tapi, apa pun semoga keputusan nanti adalah berbaloi dengan usaha kedua-dua pasukan. Menang atau kalah adat bertanding. Kita cuma berlawan di stadium demi sukan (olahraga), bukan untuk berperang. Tak perlu diperbesar-besarkan isu laser. Bukan itu sahaja, ada juga yang nak kata kita import pemain dari Jepun. Khairul Fahmi Che Mat (Goalkeeper) = Japanese? Hehe. Dia orang Kelantan la (bangga sebab ada kampung kat sana).


Khairul Fahmi Che Mat (dilahirkan pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan)

Untuk perlawanan akhir ini Malaysia menggunakan 100% tenaga anak tempatan, tiada pemain/jurulatih import. Sekian.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails