Tuesday, September 14, 2010

laluan kecemasan hanya untuk kecemasan


Salam bloggers. Lebuhraya bukan tempat untuk menunjukkan anda hebat. Kerana keHEBATan anda mungkin akan menyusahkan orang lain. Pernah dulu ada iklan keselamatan jalan raya yang mengatakan memandu di lorong yang betul, laluan kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja. Tetapi pelik kerana masih ada segelintir pemandu yang menjadikan laluan kecemasan sebagai jalan pintas. Dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Perak tempoh hari, kami adik-beradik telah menyuruh ayah kami meletakkan tayar sebelah kiri di atas laluan kecemasan. Sakit hati melihat orang lain beratur penat-penat di lebuhraya, tetapi ada kereta yang baru sampai dengan senang lenang memotong dengan cara melalui laluan kecemasan. Maka, ada sebuah kereta Gen-2 di belakang kereta kami gagal dalam percubaan masuk ke laluan kecemasan. Apa pun, sebelum nak melakukan apa-apa, fikirkan orang lain dulu.

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain
Hujung bulan Ramadhan yang lalu kita dikejutkan dengan kehilangan pengasas Nouvelle Visages bersama pemandu, peguam peribadi dan juga pegawai bank CIMB. Aneh kerana tiada tuntutan wang tebusan yang diminta. Akhirnya misteri kehilangan keempat-empat yang hilang terungkai dengan penangkapan beberapa orang suspek dan membawa kepada penemuan 4 abu mayat di Pantai Morib pada awal Syawal ini. Suspek utama merupakan seorang peguam yang dikatakan bergelar Datuk dan dengan cerita pernah ada kes jenayah juga sebelum ini. Semoga pelaku dan pihak terlibat yang lain mendapat hukuman yang setimpalnya.

Balik Kampung
Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas, kami sekeluarga selamat tiba di Kota Bharu. Pada pukul 9 malam kami check-in di hotel. Sebenarnya ini kali pertama kami tidur di hotel ketika pulang ke kampung. Sebelum ini kami tidur di rumah saudara. Tetapi tak sedap jugalah tinggal menumpang kat rumah orang je. Anak-anak pun dah besar, laki pula tu. Seganlah. Hari Sabtu kami beraya ke rumah saudara. Rasanya ini kali pertama kali saya beraya di enam buah rumah sahaja di kelantan. Pagi Ahad kami bertolak ke Perak memandangkan kakak saya yang bekerja di Hospital Teluk Intan bertugas pada pukul 10 malam. Semalam baru kami pulang ke KL memandangkan kami tidur 1 malam di Teluk Intan.

*update* suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati dikatakan sebenarnya bukanlah seorang Datuk..what the???

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails