Wednesday, February 24, 2010

window shopping

Saya memang suka berjalan kaki. Apatah lagi kalau window shopping. Memang perempuan suka membeli-belah, tapi window shopping yang saya ingin perkatakan sekarang ini lebih kurang menjurus kepada mencuci mata tanpa membeli barang yang tiba-tiba saya ter'suka'. Tadi sebaik sahaja kelas tamat, saya solat Zohor dan kemudiannya saya naik lrt dan menuju ke Jusco. Saya mahu beli seluar hitam! Itulah niat yang terpahat dalam hati saya. Beberapa hari ini saya terfikir untuk menggantikan seluar hitam saya yang sudah tidak menarik hati (saya terjumpa sedikit kesan koyak yang tiba-tiba ada). Mungkin jenis material kain tu. Kalau boleh, saya memang tak nak beli dari jenama itu lagi. :| Abaikan kisah seluar lama tu. Sebaik tiba di Jusco, saya terus menuju ke bahagian jenama Voir. Dalam perjalanan ke bahagian Voir, saya melalui bahagian Chic Avenue. Banyaknya stok baju baru. Kalau ikutkan hati, saya mahu mencapai sehelai baju. Tapi mengingatkan pada azam tahun ini, saya terpaksa kuatkan hati (eh, ke tahan nafsu membeli..haha). Bercakap tentang seluar jenama Voir. Memang saya berminat dengan seluar hitam jenama itu. Sama material seperti seluar coklat yang saya beli dalam tahun ini juga. Tetapi sebelum membuat keputusan untuk membelinya, saya melilau-lilau ke bahagian jenama lain. Kemudian saya terhenti di bahagian seluar Scarlet. Memang ada seluar yang agak best. Tapi seluar ini macam jenis seluar kerja. Kain yang macam licin. Mula-mula saya ada terniat untuk membeli seluar itu, tetapi saya kemudiannya membatalkan niat itu dan fokus apa yang saya mahu beli sebenarnya. Haha. Saya kemudiannya pergi ke bahagian yang menjual seluar hitam yang pernah saya belum sebelum ini. Ada seluar hitam jenis lain yang dijual disana. Murah RM1 dari seluar jenama Voir tadi.


memakai seluar jenama Ti:zed (3:57PM)

Tapi, selepas membuat beberapa pertimbangan dan mendapatkan pendapat daripada Wani, saya kemudiannya membuat keputusan untuk membeli sahaja seluar jenama Voir yang memang dah terbukti kualitinya. Saya telah mengambil masa lebih daripada satu (1) jam cuma kerana ingin memilih sehelai seluar hitam. Ini yang tidak masuk akalnya. Tapi, bukan cuma itu sahaja yang saya beli tadi sebenarnya. =p
akhirnya, selepas mencuba 3 helai seluar sebelumnya... (4:44PM)




2 budak comel:

macam mana anda semakin kurus ni cik lisa..saya semakin jeles melihatnya..hehe..plzz help me....saya nak kurang cam awak.....huhuhu

ni sape plak yg komen?cik farah ke..huhu..ntah la farah..nk kata kte xmkn,kte mkn tau..mgkn ble mlm tu kuantiti nasi xde la byk sgt..lg 1,kte byk berjalan..kn tu slh satu cara utk exercise gak..sbb tu kte ske g klas.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails