Friday, February 26, 2010

maulidur rasul

Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul akan disambut dan cuti umum pastinya jatuh pada tarikh 12 Rabi'ul Awal. Tetapi apakah kita sekadar bergembira kerana diberi cuti pada hari ini? Adakah kita sekadar mengingati Rasulullah sempena hari kelahiran Rasulullah. Seharusnya kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah SAW, bukan sekali sehari tapi pada tiap waktu. Mengapa?
Lupakah kita bahawa pada hari akhirat nanti kita yang akan mengejar dan cuba mendapatkan syafaat Rasulullah. Persoalan kini apakah amalan kita yang sedia ada sekarang mencukupi? Lupakah kita betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya hinggakan sehingga ke akhir hayatnya, Rasulullah masih ingat akan umat-umatnya. Bagaimanakah nasib umat Baginda di hari kemudiannya. Andai sahaja kita dapat bersua muka dengan Rasulullah SAW. Kiranya kita dapat menatap wajah Rasulullah dan hidup pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu....

Oh ya, selepas menyaksikan siaran langsung sambutan Maulidur Rasul dari Masjid Putra. Ada satu kesimpulan yang dapat saya buat. Saya mencadangkan untuk tahun-tahun yang berikutnya tak perlulah buat di dalam masjid. Setahu saya, kalau di dalam masjid terutamanya Masjid Putra, soal berpakaian amat dititikberatkan. Tetapi, apa yang saya lihat ada yang sekadar memakai selendang dan menampakkan jambul atau lebih senang kata nampak rambut. Eh! Bukankah kalau masuk ke Masjid Putra pada kebiasaanya, pak guard akan menghalang dan menyuruh memakai sama ada jubah mahupun tudung. Hmm. Diskriminasikah ini? Ini bukan mengutuk, tetapi sekadar teguran. Masjid tu rumah Allah maka kita seharusnya menghormatinya.



1 budak comel:

sokong 100%...in my opinion..mcm mane pun kita..hormatla rumah Allah... ada tata tertibnya...adalah kurang sesuai membuat sesuatu sambutan di dalam Masjid...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails