Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie memang terbaik dari ladang!


Salam readers. Fuh! Excited betul saya sebaik sahaja dapat tau kisah cinta Nur Amina dan Adam akan ke panggung. Oh ya, dah tonton belum cerita Nur Kasih yang baru sahaja ditayangkan pada hari Khamis bersamaan dengan 19 Mei 2011? Kalau saya, mesti lah sudah! Haha. Untuk ringkasan cerita, Nur Kasih dimulakan dengan satu letupan dan kemudian ada teknik penceritaan imbas kembali "flashback" apa yang berlaku pada 6 bulan yang sebelumnya. Kisah Aidil yang baru kehilangan seorang isteri, anak-anak yang kehilangan seorang ibu, kisah Adam dan Hawa. Eh, silap taip. Adam dan Nur yang baru mendapat tahu bahawa mereka bakal menimang cahaya mata. Siapa tahu kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Bahagia yang dikecapi bukannya kekal abadi kerana padaNya juga kita akan kembali. Inilah kisah yang berlaku selepas 8 tahun mereka berkahwin. Apa yang terjadi selanjutnya boleh kita dalami dan hayati dalam filem Nur Kasih ini. Yang pasti, ianya sebuah filem yang tidak akan mengecewakan peminat-peminat drama Nur Kasih. Penuh dengan unsur suspens dan apa yang kita sangka berlaku, mungkin bukan seperti yang kita jangka. Serius, tak tipu! Hehe. Ok, kepada yang belum menonton filem Nur Kasih ini silalah ke panggung wayang berhampiran. :)

P/s: Kalau saya cerita panjang lebar, nanti tak seronok pula. Tiada feel pula, kan? ;))

Thursday, April 15, 2010

I'm not single

Peminat drama Melayu kat sini mesti dah tengok drama Adamaya kat TV3 yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis (6.30 - 7.30 pm). Ceritanya tidak jauh beza dari filem I'm not single. Sebenrnya saya tidak pernah berkesempatan menonton filem tu. Cari DVD kat Jusco hari tu, tapi tak jumpa. T_T Apa yang menarik tentang Adamaya?

Macam yang saya dah katakan tadi, jalan cerita lebih kurang tetapi mestilah ada perbezaan (apa bezanya, kena tonton sendiri la). Cerita Adamaya mengisahkan Adam dan Maya yang berkahwin kerana diatur oleh keluarga. Semuanya terjadi kerana ibu bapa Maya mahu pergi ke Afrika dan tinggal di sana selama 5 tahun. Memandangkan mereka risau meninggalkan Maya sendiri di Malaysia, maka mereka terus merancang untuk mengahwinkan Maya. Kebetulan, ibu Maya memang mengenali ibu Adam. Kawan lama. Sebenarnya sewaktu dikahwinkan, Maya telahpun mempunyai teman lelaki. Maka bermulalah perjuangan teman lelaki Maya biarpun dia tahu Maya sudah pun berkahwin.....

P/s: agaknya nanti saya kahwin dengan orang yang saya pilih atau diatur keluarga ye?harap dapat lelaki yang beriman dan dapat membimbing saya. amin~ =)



Tuesday, January 26, 2010

sinopsis Mr Brain

Sebelum ini saya pernah tulis di blog yang saya telah membeli DVD Mr Brain. Selepas menonton sehingga episod terakhir saya telah membuat kesimpulan. Drama ini memang best. Macam ada penyiasatan dan misteri yang perlu diselesaikan. Pelakon-pelakonnya juga hebat-hebat termasuklah pelakon pembantunya.
Cerita dimulakan dengan Tsukumo Ryusuke (Kimura Takuya) yang bekerja sebagai hos kelab. Kiranya, dia pelayan lelaki yang melayan pelanggan perempuan. Suatu hari dia telah ditimpa kemalangan. Bermula dari situ, dia telah menjadi seorang yang pandai (otak dia memang ligat) dan banyak membantu polis dalam penyiasatan terutamanya kes bunuh. Banyak kes-kes yang membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana pelakunya melakukan hal itu. Rasanya nanti ada Mr Brain 2, tak sabar menunggu sambungan cerita ini.

Ayase Haruka

Mizushima Hiro




Thursday, January 21, 2010

adnan sempit dan masquerade mask

Hari ini sebaik sahaja kelas dan makan tengah hari, saya terus menuju ke lrt dan menaiki tren ke stesen Hang Tuah. Dari stesen, saya berjalan kaki ke Times Square. Tujuan utama saya ke sana kerana ingin menonton filem "Adnan Sempit". Sampai di tingkat 3, saya membeli tiket di GSC dan terus menaiki lif ke tingkat 7 untuk solat Zohor di surau. Selepas solat, saya singgah ke kedai yang menjual CD cerita Jepun, Korea dan lain-lain. Selepas dapat CD yang macam menarik "Mr. Brain" drama lakonan Kimura Takuya (baca sinopsis la), saya terus ke GSC. Filem Adnan Sempit memang best, terbaik la! Dialog yang sangat bersahaja.


Tak sia-sia tengok kat pawagam. Filem itu dalam 1 jam 30 minit. Selepas itu, saya terus menuju ke Sungei Wang. Ingatkan nak survey masquerade mask di sana since next week ada final year students dinner di Hotel Istana yang bertemakan Royal Masquerade. Saya ada baca kat internet orang kata nak dapat mask murah di Sg Wang. Tapi, sebenarnya MAHAL. Paling murah saya jumpa di sana mask yang berharga RM25. Ini mask yang jenis pegang tu. Yang paling tak masuk akal apabila saya tanya satu kedai tu berapa harga mask yang pegang, then orang cina tu macam fikir jap and kata harga dia RM50. TAK PATUT. Nasib baik saya pernah survey harga mask tu di Times Square dan harganya kurang dari RM20.


So, saya pergi balik ke Times Square dan pergi ke kedai jual barang-barang Party yang saya pernah pergi tu. Saya suka dengan salesgirl dia, friendly dan siap suggest saya beli yang mana lagi. Harga mask yang saya beli RM15.90 dan jauh lebih murah berbanding mask-mask yang saya lihat di Sg Wang tetapi mempunyai kualiti yang sama. Sewaktu melakukan pembayaran, saya borak-borak dengan dia dan beritahu yang saya ada survey harga di Sg Wang dan saya dapati harga disana sangat mahal.


Dia pun siap kata, kalau dengan orang bukan sebangsa mereka biasanya harga lebih mahal (dia bangsa cina dan itulah pendapat peribadi dia). Agak tak patut kan? Langsung tiada semangat 1Malaysia!! LOL.

Soalan yang pernah saya lihat di internet: "Where i can get cheap masquerade mask in Kuala Lumpur?". So, this is my answer: "You can get it at Party Gadget (Level 7, Berjaya Times Square)".


*updated 27/10/2010: saya terjumpa kedai jual masquerade mask di One Utama. Serius harga dia murah! Cantik pula tu. Tapi lupa kt new atau old building. Yang pasti tingkat bawah kot (penggunaan kot untuk menunjukkan ketidakpastian :p)*

Post lain tentang mana nak beli masquerade mask:








Saturday, December 12, 2009

senario the movie episode 2: beach boys



last wednesday, sy gi tengok wayang filem Senario yang baru tu kat MBO Galaxy Ampang. Since MBO tu tak jauh dari rumah, saya bertolak dari rumah kul11.30 (padahal filem tu start kul12pm dan saya belum lagi beli tiket..lol). setibanya dalam panggung tu, saya tengok kerusi cuma diduduki oleh 3 orang (termasuk saya)..ish..kesian senario nie..mungkin sebab dia dulu keluar kt panggung 19/11/09, so sekarang dah suam-suam kuku je penontonnya..sebaik sahaja filem start, ada lah beberapa manusia masuk panggung..so, saya estimate ada dalam 10 orang yang menonton Senario masa tu (panggung dia of course yg kecik)..cerita dia bermula dengan si Azlee, Wahid dan Mazlan yg ingin bercuti ke P.Pangkor..di jeti mereka telah terserempak dgn 3 org gadis..nak dijadikan cerita, Azlee pernah kenal dengan salah satu gadis tersebut..dan dari situ bermulalah pelbagai kisah yg lucu sehingga mereka terdampar di Pulau Penyamun..cerita ni sy bg 3*/5*..



Monday, December 7, 2009

mesti tonton

Twilight Saga: New Moon


filem ni macam kita sedia maklum, sambungan drpd filem Twilight yg dah pun di tayangkan tahun lps kalau tak silap saya..mengisahkan ttg kehidupan vampire dan manusia..bagaimana percintaan antara manusia dan vampire..kepayahan yg mereka alami..utk Twilight yg kedua ni,kemunculan Edward Cullen hanyalah di awal dan di akhir cerita..ni part yg tak best..kt tengah2 cerita ada si Jacob yg cuba meraih cinta Bella..kita juga dpt melihat sesuatu yg tak disangka2 tentang si Jacob..nak tau apa misterinya?lihatlah di pawagam berdekatan..lol~


Ninja Assassin


okla cerita ni mengisahkan anak2 yatim yg di ambil menjadi anak angkat semata-mata utk melatih mereka menjadi ninja..kt malaysia ni,filem ni diklasifikasikan sbg 18SG..yg bermaksud ada unsur-unsur ganas yg x keterlaluan dlm cerita ni..dibintangi oleh Rain(pelakon dr Korea)..cerita ni byk mempamerkan aksi-aksi..byk jg darah di mana-mana..overall cerita ni ok lebih-lebih lg ada aksi2 oleh Rain yg hensem..haha.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails