Showing posts with label kptm. Show all posts
Showing posts with label kptm. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

Surat dari Cik Muchlisah kepada Pn Muchlisah


Taman Cheras Indah,
Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

13 SEPTEMBER 2014

Kehadapan Puan Muchlisah.

Assalamualaikum, semoga puan tetap sihat dan sentiasa hidup dirahmati oleh Allah SWT. Ingatlah puan, perkahwinan itu bukan suatu perkara mudah. Perkahwinan itu walaupun mungkin bukan terjadi kerana anda suka dia atau adanya perasaan suka sama suka. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, "kita bercinta 20 tahun pun takkan kenal dengan seseorang, melainkan LAKONAN dia". Siapa kata bercinta perlu sebelum nikah? Islam sendiri tak pernah mengajar Islamnya mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sebelum adanya pernikahan. Betapa Islam itu indah.

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Mungkin kita fikir seseorang itu jodoh kita apabila adanya perasaan "Saya suka dia. Rindu awak 200%" Haha. Tetapi, sentiasalah berdoa pada Allah, seandainya benar dia jodoh kita permudahkanlah urusan jangan dipersulitkan. Sekiranya ada orang lain jodoh kita, maka permudahkanlah urusan untuk menjadi HALAL itu.

Puan, perkahwinan itu melibatkan bukan soal hati sahaja tetapi melibatkan dua keluarga. Ingatlah puan untuk menjaga hubungan baik dengan mertua. Ya, kerana mertua itu ibarat ibu bapa kita sendiri sahaja. Apatah lagi sebagai seorang perempuan, tempatnya adalah di sisi suami setelah berkahwin. Patuhilah arahan suami selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama.

Selain itu, diharapkan puan dapat bertolak ansur serta terdapat konsep give-and-take antara suami isteri. Jangan masing-masing nak ikut perasaan, tidak boleh berkompromi. Ingatlah wanita itu memang emosinya cepat terganggu, malah oleh sebab itu hak untuk mengatakan "saya ceraikan awak" bukan terletak pada seorang wanita. Syaitan suka kita semua ini bercerai berai. Yang dah "bina masjid", akhirnya bercerai dek hasutan si syaitan. 

Orang kata, nak ikat suami kena ikat perut dia. Jadi kalau sudah berkahwin, kenalah banyak mencuba resipi baru atau pelbagaikan makanan. Jangan ikut apa kita suka di perut sahaja, kenalah tau juga apa yang suami suka makan. Kalau kita ikhlas memasak, insyaAllah makanan yang terhasil juga sedap.

Papa selalu kata "orang sabar disayang Allah". Malahan ungkapan itu juga yang sering Puan ungkapkan pada anak buah. Mungkin pulang setiap bulan ke kampung halaman tu MUSTAHIL. Tetapi yakinlah andainya ada rezeki, mungkin boleh puan pulang nanti. Apatah lagi dengan adanya sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Puan yang dikasihi, kita dituntut untuk tidak sesekali meninggikan suara pada ibu bapa. Ini jugalah yang perlu dipraktikkan apabila berkahwin. Sabar. Kawal perasaan memberontak yang mungkin akan hadir. Tetapi kalau suami dah menyakitkan hati dan mula angkat tangan itu lain cerita.  Kalau kita sayang ibu bapa kita, kita kena juga sayang ibu bapa suami. Sentiasa muhasabah diri. Mungkin juga perbincangan 5 minit itu perlu setiap hari (bak kata dalam cerita Aku Ada Wali). Apa yang terlintas di hati jangan dipendamkan seorang diri. 

"Career woman versus housewife". Ya, mungkin orang akan cakap "Eh, ada Master sayanglah kalau tak guna. Takkan duduk jadi suri rumah je. Terus terang ketika kata-kata ini ditaip, saya masih lagi dalam proses untuk mengikhlaskan hati. Siapa kata senang nak melupakan impian, cita-cita yang mungkin sudah ditanam dari awal. Mungkin Puan pernah ada perasaan untuk menyumbang semula kepada institusi pengajian Puan yang telah pun berbakti kepada puan. Menjadi seorang pensyarah mahupun pegawai kerajaan atau swasta. Akan tetapi, yakinlah Puan seandainya ada rezeki mungkin ilmu yang Puan ada boleh digunakan pada masa yang akan datang. Siapa kata surirumah tak boleh ada Master? Siapa kata surirumah tak boleh ada PhD? Yakinlah, insyaAllah...suatu hari nanti...siapa tahu panggilan yang mama berikan pada waktu kecil dulu akan menjadi kenyataan? "Profesor serba tahu". Lagipun, sekarang dah zaman bekerja dari rumah. Jadi surirumah dan menjalankan perniagaan Online dari rumah.

Rasanya setakat ini sahaja warkah saya buat Puan. "Ingatlah Allah pada ketika senangmu, nescaya Allah akan ingat kamu pada waktu susahmu". Jangan tinggal solat ya. Selalu lakukan solat Dhuha, solat tahajjud, puasa hari putih, dan begitu juga puasa isnin dan khamis. InsyaAllah kita cari redha Allah, maka Allah akan berkati hidup kita. Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Cik Muchlisah.

Saturday, October 20, 2012

Graduation Day...at last! :)


Salam bloggers. Alhamdulillah pada Sabtu lepas (13 Oktober 2012), saya telah bergraduasi. Yeay. Syukur dapat "menggenggam segulung ijazah", bak kata orang. Padahal tak gulung2 pun sijil tu nanti. Hehe. Dapat 1st Class memang satu perkara yang agak menggembirakan saya dan juga parents saya. Akhirnya semua adik-beradik kami dah ada ijazah. ^^ Semoga saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Itu juga merupakan harapan mak saya. Hehe. InsyaAllah. Amin. Terima kasih kepada Allah SWT, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, mama, papa, siblings, family, friends, lecturers, KPTM, MARA, Coventry University dan buat yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam membantu saya.:)

Facts

  • "8 kuntum bunga"= I love you! ha2..tq siblings..mama bagi duit je sebab tak sempat belikan bunga.
  • Banyak gambar yang sempat disnap masa pre-convo day dan post-convo je..he2..hari kejadian ada sedikit je gambar..nak cepat keluar dari PICC punya pasal. @.@

Degree in BSC(Hons) Business Information Technology with Accounting 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK

Sunday, May 20, 2012

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [part III]

Salam readers. Masih ingat Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu? Alkisahnya, ada lagi kesinambungan dari cerita itu (rupanya..). Kalau korang rasa perempuan pemalu tu memang tak ada hati dengan laki tu akhirnya, korang memang silap. Sebab.....setelah setahun, baru kitorang tahu yang perempuan tersebut ada hubungan dengan lelaki itu. Maksud di sini ialah perempuan tu sebenarnya dah terima lelaki itu. COMPLICATED ke? Tak lah seperti itu keadaannya. Tapi yang pasti benarlah kata-kata ini, "Janganlah terlalu suka akan sesuatu, mungkin pada suatu hari kita akan membencinya..dan janganlah terlalu benci akan sesuatu itu, mungkin suatu hari nanti kamu akan menyukainya". So, pengajaran di sini ialah biar bersederhana dalam segala aspek. Supaya tiada kecewa di kemudian hari. Semoga rakan saya dan lelaki berani itu ada jodoh. Boleh kami merasa nasi minyak di Terengganu..Tettttt. Oopps.. Amin~

Updated: kisah lelaki berani dan perempuan pemalu [part iv]
 
Credit to Eeyern Photography

Tuesday, April 24, 2012

Event Terakhir....KPTM-Cyber Race 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...heeeeee...rasanya dah lama giler saya tak update blog...sangat busy sampai tak ada masa nak mengarang kat sini. Gambar punya berlambak, tapi malas nak upload. LOL. Ok la bercakap tentang event KPTM - Cyber Race 2012 ini....pada mulanya, ianya di recommendkan oleh pensyarah subjek Event Mangement kitorang sendiri iaitu En Azrul (yeay...da berakhir 3 Temujanji..:p). Aktiviti ini pernah dijalankan oleh pensyarah Jabatan Sains Komputer beberapa tahun yang lalu. Tapi kali ini dijalankan oleh pelajar Event Management sendiri.
khusyuk diorang fikir jawapan...hihihi
Pengalaman
Bercakap tentang pengalaman, kalau tiada peluang diberikan maka takkan wujudlah pengalaman tu. Macam untuk event Cyber Race ini. Kitorang memang totally tak hebat kalau tiada bimbingan dari pensyarah kitorang. Masa bulan Mac yang lalu kelas kitorang ada buat event Green Day. Tapi ini dua event yang berbeza. Sangatlah berbeza. Apatah lagi sebab kitorang mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM12 kepada setiap kumpulan.
pelajar Event Management+lecturer...dan ada seorang checkpoint keeper tersesat..ha2


Promosi
Satu hal yang pentig,kan kalau nak buat sesuatu event ialah PROMOSI. Apa masalah kitorang? Mula-mula lepas submit proposal untuk minta dana dari kolej kitorang kena tunggu approval. Lepas tu 2 minggu sebelum event tu baru ada cerita pasal berapa peruntukkan yang diluluskan. Kelam kabut sikitlah jadinya. Advertise poster lambat.....huhuhu.
Group CAT 'I Miss You', salah satu pemenang cabutan bertuah :D


Peserta
Cuba bayangkan lagi 2 hari event nak dijalankan, hanya ada 5 group yang mendaftarkan diri. Saya hanya mensasarkan 20 kumpulan (tapi kalau ikutkan..lecturer kitorang nak 30 orang). Hehe. Punyalah cuak kitorang. Tapi, Alhamdulillah dengan bantuan lecturer-lecturer yang baik hati dan sanggup promote kepada pelajar, tiba-tiba pada keesokan harinya ada sebanyak lebih kurang 20 kumpulan yang mendaftarkan diri. Dan akhirnya pada hari Cyber race dijalankan, ada sebanyak 24 kumpulan yang bertanding. Sepatutnya ada 25 kumpulan, tapi satu kumpulan ada ahli kumpulan yang sakit. Huhu. Tapi kagum, kan? Dari 5 group jadi 25 group. :D


Kurang Lancar ke?
Ada pula masalah lain tiba-tiba timbul. Contohnya, PA System tiada di pentas utama. Akhirnya sebab lambat sangat, bercakap terus kat peserta. Dan juga checkpoint pun ada masalah timbul dimana warna CLUE tersalah. Ish ish. Tapi, Alhamdulillah majlis berjalan lancar.....fuhhhhhh.


Melalui event ini saya belajar banyak perkara. Seorang projek manager tidak semestinya buat semua kerja. Er, ok next time task memang kena bahagikan lebih banyak kepada committees. Mungkin sebab saya nak play safe je. Takut la kan, kalau expectation kita is higher than apa yang diorang boleh buat. :s Till finger meet keyboard again. 


P/s: Banyak kerja, tapi sempat lak saya update blog ni. Hahahahahhahhahaha.

cats for free adoption...anyone? heeeee.

lumayan hadiah budak2 mewarna Woopit ni..semua budak tak menang pun dpt saguhati..

kelihatan pensyarah2 bersama anak2 mereka di sana....

kitorang pun nak merasa jadi pemenang tempat kedua...hihihi..congrats akim & the geng

pemenang tempat pertama, kedua dan keempat bergambar bersama ^^,

Saturday, March 10, 2012

Seminar Penulisan Resume dan Temu Duga *Tips*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman (skema sikit, tak pe kan?). Pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas saya telah mengikuti seminar penulisan resume dan interview anjuran Yayasan Bank Rakyat di KPTM bangunan baru (LOL). Penceramahnya mahu dikenali sebagai Uncle Ed (panjang kisah kenapa namanya 'Ed'). Apa yang boleh saya kongsi di sini, apa yang perlu anda pakai ketika menghadiri temuduga dari kaca mata korporat. 


cara salam pun kena betul..hihi..tapi kalau bukan mahram, kena  nyatakan pendirian kita. huhu

Untuk menghadiri interview a.k.a temuduga:


*Sila bawa organizer dan pen yang nampak mahal (bukan jenis plastik) untuk merekodkan apa-apa maklumat penting, misalnya soalan dari penemuduga.


Bagi Lelaki:

  • Memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher.
  • Panjang seluar mestilah melebihi buku lali.
  • Kasut berwarna hitam gelap tinggi 1 inci dan mesti jenis bertali, bukan jenis 'slip-on'
  • Stokin dan kasut hendaklah mengikut warna seluar.
  • Jika memakai kot/blazer, pastikan BUTANG terakhir jangan digunakan (nampak macam robot) 
Bagi Perempuan:
  • Pakai kemeja yang berwarna gelap seperti hitam, navy dan grey. Kalau plain pun boleh, tapi jangan warna striking.
  • Jika bertudung, jangan pakai tudung yang berwarna-warni dan brooch jangan terlalu besar.
  • Pakai cotton pants dan masa gosok, biar ada garis kat depan.
  • Pakai long skirt juga boleh.
  • Imej korporat bagi perempuan, digalakkan memakai semua hitam.
  • Pakai stoking warna hampir sama warna kulit.
  • Kasut bertutup tinggi 1 inci dan jangan jenis kilat (sebaiknya pakai leather shoe).
  • Jangan pakai gelang, HANYA pakai 1 cincin dan juga jam tangan yang tidak begitu besar.
  • Kalau boleh bawa document bag yang jenis buka dari atas. Kalau bawa handbag, pastikan warna beg tangan dan document bag adalah senada (sama).
  • Eh, baju kurung tak boleh ke? BOLEH, tapi kena pakai warna plain dan biasanya untuk interview dengan kerajaan yang kita pakai baju kurung. Hehe. Jadi. kena study dulu syarikat kita nak pergi tu punya culture macam mana. Jangan TERJAH je.
Gaya duduk juga amat penting, jangan duduk macam ini, CONFIRM ditolak.
Selamat menghadiri temuduga. Ketahuilah bahawa 30 minit pertama adalah sangat penting!

Saturday, January 21, 2012

misteri yang cuba dirungkai [part II]

Salam bloggers. Setelah sekian lama, setelah direquest oleh junior KPTM (Sarah), maka saya ingin menceritakan kesinambungan misteri KPTM KL yang cuba saya rungkai dahulu. Kalau nak tahu cerita sebelum ini, klik di sini.


Kisah Miss Nita
Menurut bekas pensyarah saya ini, dulu beliau pernah datang pejabat awal. Masa beliau masuk dalam bilik, beliau melihat ada rakannya sedang duduk di kerusi. Kira macam ada mereka berdua je dalam bilik. Kemudian, beliau keluar dari pejabat. Setelah masuk ke pejabat sekali lagi, beliau lihat rakannya sudah tiada. Tidak lama kemudian baru pensyarah-pensyarah datang. Er. Jadi siapa yang Miss Nita nampak sebelum itu?


Kisah Pelajar KPTM
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada beberapa pelajar dulu pernah terserempak dengan lembaga yang tidak diketahui di sekitar tingkat 4 dan 5. Biasanya kejadian itu berlaku pada lewat petang ketika pelajar-pelajar kebanyakannya sudah pulang.




Beberapa tanda tanya kisah misteri bangunan KPTM ini:

  • Mungkin dulu ada kisah lain kenapa kilang itu ditutup?
  • Mengapa setelah 10 tahun berlalu, baru ada pihak yang ingin membeli tapak kilang itu.
  • Apakah sebab tingkat 6 bangunan KPTM tidak digunakan.
By the way, sekarang KPTM KL dah ada bangunan tambahan baru. Bangunan baru itu dahulunya GMI, tetapi kini KPTM KL berkongsi bangunan dengan UniKL. Serius, interior design dia memang lawa. Maklumlah, masih baru dan ada separuh pejabat  di bangunan lama yang telah dipindahkan ke sana. UniKL menggunakan tingkat 1-3, manakala KPTM tingkat 4&5. Jangan confused, na~

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [part II]

Salam bloggers. Memandangkan ada request dari Cik Syasya supaya saya teruskan cerita tentang perempuan pemalu ini, maka saya ada sedikit rentetan cerita sebelum ini. Kalau tak tahu kisah yang mana, sila klik di sini. Sebelum ini saya ada cerita apabila lelaki tu beri tudung Ariani tu, rakan saya terus rasa malu. Dahla masa tu ada lecturer dalam kelas. Malahan, rakan-rakan lain pun ada sekali. Jadi, tindakan yang pertama dia lakukan masa tu. Dia rasa nak buang je tudung tu atau pulangkan. Tapi, kami kata tak baik lah. Sebab laki tu dah beria-ia kan? Nanti dia malu pula. Lagipun kalau orang kecewa ini, susah kita nak predict. Mana tau dia ada buat tindakan melulu nanti. Huhu. Rupa-rupanya, entah berapa lama lepas tu. Kawan perempuan saya tu mesej laki tu. Mengatakan dia tak dapat terima tudung tu. Dia dah tolak dengan cara baik. Hehe. Tapi kan, kisah ni dah setahun yang lepas jadi saya tak dapat nak ingat dengan baik. Yang pasti, sekarang ini kami dah tak nampak group laki tu sangat. Kalau dulu bila geng-geng kami pergi makan di gerai corner tu mesti kami nampak group laki tu ada sekali. Hoho. Ok, sekian kisah lelaki berani dan perempuan pemalu buat kali ini..mungkin ada sambungan lagi? Tunggu.... :)

Updated: klik untuk sambungan part III

Tuesday, April 26, 2011

Nak Tanya Lain, Tapi Tanya Lain. Eh, Pelik!


Salam readers. Petang tadi saya dan rakan-rakan (qila, ina dan lina) telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Memang seronoklah pergi tengok buku-buku yang dijual, memandangkan memang buku yang dijual adalah dengan harga promosi. Memang sesak ketika kami mahu menunaikan solat Zohor di sana. Satu perkara yang saya tak suka tentang toilet di PWTC adalah kerana toiletnya jenis duduk dan airnya pula yang jenis pancut tu. Huh. Jadi, saya dan lina telah mengambil kesempatan untuk mencari toilet di The Mall biarpun kena bayar. Huhu. Selepas ke toilet, kami mula mencari surau di sana. Tapi sebelum itu saya telah bertanya dengan penjaga pintu masuk toilet.
Saya: Nak tanya lah, toilet ada tak?
Penjaga T: (sedikit terkejut ekspresi mukanya)
Saya: Eh, silap. Maksud saya, ada tak surau kat sini?
Penjaga T: Ada di tingkat 3.
Saya: Ok, terima kasih.

Agak malulah di situ sebab tersilap tanya. Dahlah saya tanya depan toilet pula tu. Haha. Ok, gambar belum ada sebab belum dapat dari Ina.

Monday, April 18, 2011

seronok giler jumpa Dr Sheikh Muszaphar Shukor!!!


Salam readers. Pernah jumpa Dr Sheikh Muszaphar tak? Alhamdulillah, pada hari Jumaat 15 April 2011, telah diadakan di Kolej Poly-Tech MARA KL bertajuk "Kecemerlangan Ilmu dan Kerjaya bersama DATO' DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR". Saya telah berkesempatan bertemu dengan beliau (bukan secara perseorangan la). Bukan mudah nak bertemu dengan angkasawan nombor satu negara kita ini. Teringat saya kata-kata Dr. Sheikh apabila acapkali orang memanggil beliau dengan gelaran Dato'..."jangan panggil saya Dato', rasa macam dah tua!". Haha. Majlis bermula kira-kira pukul 9.30 pagi, dan Dr Sheikh masuk ke dewan dengan diiringi Pengerusi KPTM iaitu Dato' Suhaimi. Agak excited bila nampak gerangan Dr. Sheikh yang memakai sut angkasawan tu. Ramai yang mula melepaskan shutter kamera masing-masing, teruja bertemu Dr. Sheikh yang segak dan bergaya tu. Hoho. Dr Sheikh bercerita mengenai pengalaman beliau ketika di angkasa lepas seperti apa yang dilakukannya sepanjang 12 hari berada di sana. Sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi, kalau makanan, hanya makanan yang tidak akan berterabur boleh dibawa masuk ke kapal angkasa. Jadi, nasi memang tak boleh la. Dr Sheikh memberitahu bahawa beliau makan nasi beriani dimana ianya didalam paket berbentuk seperti kanji. Hari pertama beliau berada di angkasa lepas, beliau terlupa untuk tidur didalam beg tidur (ada zip semua), jadi apabila bangun, beliau dapati beliau sedang berada diawangan dalam kapal angkasa. Kira-kira pukul 11 pagi, beliau bersedia untuk mengundurkan diri. Tetapi memandangkan ramai orang yang nak bergambar dengan beliau dan mendapatkan autograf, maka beliau tidak terus pulang. Baik, kan? Memang susah bila dah jadi public figure ini. Kehidupan kita sentiasa dikelilingi dan diperhatikan.

P/s: Kadang-kadang terfikir apa perasaan Dr Harlina bila ramai sangat perempuan minat suaminya. Hihi. ;))

Wednesday, March 9, 2011

Happy Birthday Aqila!


Salam bloggers. Entri ini telah di--set secara automatik. Hoho. Hari ini bertarikh 9 Mac 2011 merupakan hari lahir rakan saya iaitu Nooraqilah Borhanuddin. Memandangkan minggu ini cuti, maka kebarangkalian untuk bertemu dengan beliau adalah sangat tipis. Hehe. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir. Semoga usia diberkati oleh Allah, menjadi anak yang solehah, dipermudahkan mendapat jodoh yang soleh, dan terakhir sekali semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat ye, kyla. Amin~

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu


Salam bloggers. Ini kisah kawan perempuan saya yang sangat pemalu. Memang kalau orang usik sikit, dia akan malu-malu. Apatah lagi bila kawan lelaki yang usik. Kira tahap pemalu tingkat tinggi la. LOL. Ada satu kisah yang berlaku 2 minggu yang lalu. Waktu itu, saya sedang berjalan dengan 4 rakan yang lain selepas makan tengah hari di depan kampus. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang datang melulu secara tiba-tiba ke arah kumpulan kami dan berkata, "saya nak bercakap dengan kawan awak ini sekejap ye". Cuba bayangkan, lelaki itu boleh datang ke arah kami yang tak kenal sama sekali dia. Dengan beraninya. Alkisahnya dia nak berkawan dengan kawan saya yang seorang ini. Jadi, pada hari itu, dia telah memberikan alamat e-mel dia, dengan harapan rakan saya akan "add as friend". Tapi, kawan saya langsung tak melayan alamat e-mel budak lelaki itu. Selepas 2 minggu berlalu, tiba-tiba petang semalam sewaktu pensyarah sudah masuk dalam kelas...lelaki itu masuk ke kelas kami dan datang ke arah kawan kami yang pemalu itu dan memberikan sesuatu yang berada dalam bungkusan plastik. Kami sangka dia akan berputih mata selepas tidak mendapat apa-apa respon. Tapi rupanya kali ini dia membuat tindakan yang lebih berani dengan masuk ke dalam kelas sewaktu pembelajaran hampir dimulakan dan dengan disaksikan rakan-rakan sekelas yang lain SERTA lecturer. Fuh... Oh ya, bungkusan plastik Ariani tersebut dalamnya ada sehelai selendang dan juga sekeping brochure Ariani yang bertulis nombor telefon lelaki itu. Hoho. Tapi kan, lelaki ini tak patut juga buat tindakan drastik sebegitu sebab mesti kawan saya jadi malu dengan rakan sekelas lain. Ish ish. Entah apa lagi yang akan lelaki itu lakukan selepas ini?

Klik untuk sambungan kisah part II

Thursday, November 11, 2010

Seminggu

Salam bloggers. Maaflah saya langsung tiada kesempatan untuk meng'update' blog saya ni. Balik kerja, kalau online terlupa nak jenguk blog. Bila di pejabat, sibuk buat kerja. Hehe. Bila dah free, saya segan nak online dengan gembiranya. Lagipun meja saya ni orang yang lalu lalang confirm nampak apa yang saya buat. Apa pun, kini saya berada di minggu kedua praktikal di Global Services Centre (Wisma UniAsia). Seronok juga bekerja untuk timba pengalaman ni, dapat tambah pengetahuan dan tahu serba sedikit apa yang orang Finance & Accounting Department buat. Hihi. Hari ini saya dah mula menggunakan software "SAP". Seronok juga. Memudahkan kerja. :) Semoga hari-hari mendatang di Sime Darby akan lebih baik. InsyaAllah.


P/s: Sabtu minggu lepas saya sudah selamat berkonvo. Alhamdulillah, dapat AKR dan APP. ^^,

Monday, October 25, 2010

Apabila terlalu sibuk

Salam bloggers. Sebenarnya saya ada banyak cerita yang nak diceritakan dalam blog. Tapi rasanya tak larat kalau saya taip semuanya (eh, ke sebenarnya saya dah lupa apa saya nak taip?:p). Apa pun, baru saya teringat hal yang kurang menyenangkan berlaku kepada saya.


Pada hari Rabu dan Khamis yang lepas, van bergerak Pusat darah Negara telah datang ke kampus saya. Memandangkan saya sangat sibuk untuk menyiapkan assignment pada hari Rabu, maka saya telah bercadang untuk mendermakan darah saya pada hari Khamis. Pada hari Khamis apabila saya telah siap mental dan fizikal, saya pun melangkahkan kaki saya ke alat timbang berat di depan kaunter untuk periksa darah. Dan, keputusannya...............saya tidak dapat mendermakan darah. Berat badan saya kurang dari 45kg tapi lebih dari 44 kg. Haha. Faham tak? Sikit je lagi boleh derma. Rasa lain bila tak derma darah memandangkan sudah 8 bulan sejak kali terakhir saya derma (bulan Februari). Saya doakan semoga Pusat Darah Negara tidak akan kekurangan bekalan darah supaya orang-orang yang memerlukan dapat memanfaatkan bekalan darah yang sedia ada. :)

P/s: gambar di atas saya ambil dari website unimap. hihi. maaflah, malas letak gambar saya tengah derma darah. ;p

Sunday, October 24, 2010

biasanya...

Salam bloggers. Hari ini saya akan memulakan kata-kata dengan "biasanya". Pelik? Ada sebab mengapa perkataan itu akan saya gunakan. Jom kita lihat~
  • Biasanya apabila cuti semester, saya akan balik kampung. Tapi kali ini, saya tidak akan balik kampung sama sekali kerana ada praktikal.
  • Biasanya, saya akan memesan tiket kapal terbang untuk ibu bapa saya dan nama saya mesti termasuk dalam senarai yang akan naik ke atas kapal terbang.Tetapi kali ini, tidak.
  • Biasanya, kami sekeluarga akan menyambut hari lebaran bersama-sama. Tetapi pada tahun ini (seperti tahun yang lepas), mama papa akan pergi beraya di Indonesia. Tapi, pada hari raya haji kedua mama dah balik ke Malaysia.
  • Biasanya, bila mama dan papa pulang ke Malaysia nanti mereka akan berada di rumah lama-lama. Tetapi untuk November ini, mereka akan pergi ke Kelantan pula dengan menaiki kapal terbang lagi pada keesokan harinya sebaik tiba di Malaysia.

Agak sedihkan tahun ini? Tapi saya harap praktikal saya nanti berjalan lancar. Amin. Begitu juga markah coursework saya. Ahhhhhhh. Takut saya untuk melihat markah term 1 pada tahun depan. x)

Saturday, July 24, 2010

add+vantage module

Salam bloggers. Tajuk apakah? Mungkin pelik tajuk post kali ini. Sebenarnya semester ini saya ada satu pilihan untuk module (subject) add+vantage. Saya perlu memilih satu subjek sahaja, kira macam subjek elektif la. Setelah memikirkan masak-masak, maka saya telah memilih untuk membuat practical semester ini. Mengikut module di bawah Coventry University, practical atau lebih dikenali sebagai industrial training cuma mengambil masa lebih kurang 8 minggu. Maka, mungkin saya akan membuat praktikal ini pada 1/11-24/12 tahun ini. Hehe. Harap-harap saya dapat membuat CV dan cover letter yang baik.

P/s: Seriously saya tak pernah ada pengamalan bekerja seumur hidup. @.@

Sunday, July 18, 2010

kelas bermula


Salam bloggers (cewah, lain macam je bila start intro macam ni). Rasanya, bagaikan sudah setahun lamanya saya tidak meng'update' blog (padahal rasanya sebulan pun tak sampai). Apa pun, saya nak beritahu beberapa perkara yang berlaku dalam seminggu ini. Maklumlah saya dah mula masuk kuliah. Hehe. Inilah course saya "BSc(Hons) in Business Information Technology with Accounting 3+0 Collaboration with Coventry University, UK. Panjang tak nama course saya, mak ngah? :p Lompat terus ke semester 3. Tapi, yuran dia memang mahal la. Lebih mahal dari MMU. Hari Khamis yang lepas, setelah sekian lama, saya terserempak dengan Zira. Kebetulan dia masuk KPTM, sambung amik ACCA. Tak sangkalah dia pilih KPTM ni. Apa lagi nak cerita yer? Oh ya, saya punya brooch semakin lama semakin tiada. Entah mana saya letak, saya pun dah lupa. Maka hari ini saya akan keluar pergi Jalan TAR bersama kakak saya. Hehe. Bercakap tentang kelas, so far ok je. Subjek Database Systems dan Group Project diajar oleh pensyarah yang pernah mengajar saya semasa Diploma dulu. Hehe. Alhamdulillah. Harap-harap saya dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk program Degree ini. Amin.

p/s: Gambar di atas ialah Coventry University. Kan best boleh belajar sana. Hmm..

Wednesday, May 12, 2010

Nikon Center @ Times Square

Dulu masa di awal pembukaan Nikon Center di Times Square, saya fikir itu kedai yang menjual kamera Nikon. Al-maklumlah, besar je nampak lot die. Tapi entah bila saya terbaca di surat khabar mengatakan yang Nikon Center itu bukanlah sebuah kedai yang menjual kamera Nikon, tetapi khas buat yang minat fotografi yakni pengguna kamera Nikon.

Sejak hari saya baca artikel itu saya telah tanamkan niat untuk melawat Nikon Center itu. Oh ya, khidmat nasihat juga boleh anda dapatkan di sana. Untuk pengetahuan anda, sejak zaman menggunakan kamera biasa (guna gulungan filem, digital camera hinggalah ke DSLR, saya sekeluarga tetap mempercayai Nikon). Loyal customer lah, bak kata orang. ;) Hari Sabtu yang lepas saya berpeluang singgah dan menjenguk Nikon Center bersama Wani. Hehe. Biarkan gambar yang menceritakan segalanya. :)

wani yang semangat ambil gambar ni. hehe. ;)

saya mencuba kamera yang ada di ruang pameran Nikon Center

inilah wani. hihi. jalan-jalan, i like! :D



Saturday, May 8, 2010

memori tercipta!

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama takkan kulupa

Saya memang akan merindukan mereka. Semua kenangan. Pahit dan manis. Semuanya adalah kenangan yang takkan dapat dilupakan sepanjang berada bersama mereka di KPTM KL. Selepas ini semuanya membawa haluan masing-masing. Memang ada di antara kami yang akan kekal di sini (termasuklah saya..er.macam confirm jek?). Tetapi mungkin majoriti akan pergi. Bekerja, menjadi part-time student, mahupun meneruskan pengajian di IPT lain.

Oh, rindu. Hanya itu yang dapat saya ungkapkan. Biarpun kertas terakhir baru sahaja berlaku kurang daripada 24 jam yang lalu, tetapi perasaan saya sedikit tersentuh. Apatah lagi kini terasa 'sunyi'. Bulan depan, sudah pasti keputusan ujian MUET keluar. Begitu juga keputusan peperiksaan akhir KPTM. Keputusan kemasukan ke IPT juga. Memang debaran menanti di bulan Jun. SAYA RINDU MEREKA. Serius!





Saturday, May 1, 2010

just a quick update

Lately terlalu banyak benda yang saya kena siapkan sehingga tiada kesempatan untuk menulis di blog. Almaklumlah lepas present FYP, kami dikehendaki menyiapkan final documentation pula. Markah presentation yang diberikan oleh examiner adalah sebanyak 40, manakala yang selebihnya supervisor yang beri markah. Oleh sebab itu, kami mesti melakukan yang terbaik untuk thesis yang dihantar. Pada hari khamis yang lepas, saya telah keluar jalan-jalan ke Times Square bersama Wani dan Tikah. Cuci mata, cuci duit. Haha. Seronok juga jalan-jalan sambil release tension menghadap fyp selama 4 bulan. Manakala semalam (Jumaat), saya dan rakan2 telah menghantar dokumen kami yang perlu dibukukan iaitu dengan menggunakan hardcover ala-ala buku kat perpustakaan yang ada jurnal. Kami tidak menghantar ke koperasi kolej memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen tersebut secepat mungkin. Lagipun, pihak koperasi juga menghantar dokumen tersebut kepada syarikat luar (dengar kata Serdang juda). Semalam saya, emira dan bell telah pergi ke Sri Serdang untuk servis hardcover thesis. Hari sebelumnya saya telah membuat survey dengan mengenalpasti lokasi pusat servis hardcover yang murah. Melalui pemerhatian saya, ramai yang mengatakan Sri Serdang lokasi yang paling banyak kedai yang menawarkan khidmat. Semalam saya sendiri telah melihat betapa banyaknya kedai yang ada perkhidmatan hardcover. Kedai yang kami pilih mengatakan harga untuk hardcover RM10. Tetapi memandangkan ada dua nama pelajar di muka buku, maka kena tambah RM1. Jumlah untuk satu buku berharga RM11 lah kiranya. Tetapi, harga itu kira murah kerana kami menghantar banyak set. Kalau setakat satu buku, RM15 kalau tidak silap saya. Kedai-kedai hardcover ini memang betul-betul sebelah UPM (ada gate kecil untuk pejalan kaki dari UPM untuk ke kedai-kedai tersebut. Tidak jauh dari SMK Sri Serdang lah juga. Kalau dari KL kena melalui Plaza Tol Sg. Besi, exit Sri Serdang. Keluar dari tol, lepas trafik light jalan terus je. Nanti ikut je signboard. Guna instinct pun ok gak. Hehe. ;)

p/s: Next week final exam. Wish me luck! Semoga saya berjaya mendapat apa yang saya impikan dan rakan-rakan saya juga begitu. Amin~ =)




Saturday, April 24, 2010

berat bebanku


Semalam merupakan hari yang sangat memenatkan. Manakan tidak, kelas pagi. Sebaik kelas tamat pukul 10 pagi, saya dan rakan-rakan sempat makan roti canai dan kemudian kami terus membuat assignment. Hari kena submit assignment, tapi masih ada yang perlu dikerjakan. Serius sangat penatlah semalam. Saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan assignment pada pukul 7 malam. Kami berpeluang print di bilik En Hanafi (terima kasih ye bagi kami print) pada pukul 7.15 malam. Keluar dari kolej 7.30 malam. Kemudian terus ke Pandan Perdana untuk binding.
Nasib baik En. Sofian beri kami masa untuk menghantar assignment selepas dia pulang ke rumah. Kata beliau, "Sabtu saya datang amik". Maka pagi tadi memandangkan saya ada MUET, saya pergi ke kolej awal dan menghantar assignment Enterprise tersebut. Alhamdulillah. Meskipun MUET tadi ada masalah sedikit di bahagian Listening, tapi so far ok. Gambateh! Final exam is just around the corner.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails