Showing posts with label kolej. Show all posts
Showing posts with label kolej. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Gagal Sekali Bukan Bererti Gagal Selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang kejayaan. Ya, perkataan kejayaan ini selalu dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu yang menampakkan hasil di penghujungnya. Tapi, kita jangan lupa untuk berjaya itu kita perlu berusaha. "Man Jadda Wa Jadda", lebih kurang bermaksud siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya.

suka sangat gambar candid ini, credit to: adik Ina
Masa kecil dulu, saya selalu digelar "profesor serba tahu". Mungkin masa kecil dulu apa sahaja yang dipersoalkan mama papa, saya mesti dah tau jawapannya. Tapi, bak kata orang kalau "pisau tak diasah lama-lama tumpul juga". Jadi, disebabkan pujian itu akhirnya saya "take things for granted". Banyak membuang masa, leka, tak buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya keputusan makin elok, ini tak. UPSR dapat 3A2B, PMR 5A3B, tapi SPM dapat 4A je out of 11 subjects. Nah, itu la saya kata "kejayaan takkan datang bergolek" kalau kita kurang usaha. Lepas SPM, ambil foundation (ala-ala pra-U/Matriks) kat MMU. Tapi bila dah masuk first year degree, akibat main-main je...result teruk dan saya buat keputusan untuk tinggalkan je MMU. Masa nak keluar tu, menangis sama-sama Zirah dan Mina. T____T Mula-mula keluar dari MMU, saya rasa down sangat. Saya rasa macam nak kerja je, tak sambung belajar. Ayah saya siap kata, "kahwin je lah". Rasa macam dah fobia nak belajar dan kemudiannya gagal. Tapi dengan izin Allah, tiba-tiba terdetik saya nak sambung kat KPTM. Bukan mengambil degree, tapi saya berundur ke belakang..saya ambil diploma. Dan saya berjaya menamatkan diploma saya mengikut masa yang telah ditetapkan dan beroleh CGPA3.88. Sesuatu yang boleh dibanggakan buat seorang yang pernah gagal di suatu ketika. Mendapat diploma bukan penamat segala-galanya, saya teruskan lagi pengajian ke peringkat degree. Alhamdulillah, setelah 2 tahun belajar, saya berjaya memperoleh degree kelas pertama (dari Coventry University tau, sebab program saya ni memang usahasama dengan Uni sana). Segalanya bermula di KPTM, dan di sana juga saya kenal rakan-rakan susah dan masa senang saya. Hehe. 5 tahun suatu tempoh yang boleh dikira agak lama. Sekarang, saya sedang menanti untuk penempatan untuk menyambung pengajian di peringkat Master....hmmm..tapi kalau dapat kerja...er..dilemma.. ;))

Tuesday, November 6, 2012

Belajar atau Kerja Selepas Degree?

Salam bloggers. Saya dah menjadi penganggur bertauliah di rumah. Tapi kebetulan ada anak sedara, so ada la rutin menjadi babysitter. Seronok tengok bayi ini apatah lagi bila kita tak faham apa yang dia cakap. "Gi, gi...". Tapi sekarang dia dah boleh kata, "makkkk". Saya apa lagi, terus kata kat bayi, "ye ni mak". Hehe. :p

Cakap pasal apa saya nak buat selepas degree ini.... Hmm, dari hari tu saya dah niat nak sambung master je. Kenapa? Bak kata Aedy, "degree ramai dah ada, tapi master tak semua orang ada". Jadi sementara belum kahwin dan ada komitmen terhadap anak mahupun suami (eceh2), saya memang nak sambung belajar lagi. Dan menjadi harapan mak saya untuk melihat anaknya sambung master. Memandangkan semangat untuk belajar masih tinggi, jadi biarlah saya menjadi harapan mak saya pula. Hehehe. Memang pada mulanya saya tak ada plan nak sambung kat mana, tapi bila ada peluang untuk apply ke Aussie saya pun apply. Dah dapat pun conditional offer from Adelaide University. As usual, IELTS is compulsory. Tapi saya tak tahu lagi nak ke tak pi sana, since living cost dia is quite higher. Dengar cerita MARA tak fully-support untuk elaun sara hidup tu. Tapi tak tau ye ke? Heh.

Jadi sebagai alternatif, saya baru sahaja apply UTM. UITM kena beli pin kat BSN, memandangkan UTM boleh Internet Banking jadi saya apply sana dulu. Rasanya kalau dapat apply scholarship JPA kan best! Saya tak kisah kerja dengan kerajaan. Sebab sebenarnya saya malas nak minta2 papa tolong bayar yuran. Lain la kalau IPTS, boleh la continue PPM (Pinjaman Pelajaran MARA). Uhuks.


P/s: Harap2 saya tak payah bayar langsung MARA selepas buat pengurangan bayaran di pejabat MARA nanti. Amin.

Tuesday, April 24, 2012

Event Terakhir....KPTM-Cyber Race 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...heeeeee...rasanya dah lama giler saya tak update blog...sangat busy sampai tak ada masa nak mengarang kat sini. Gambar punya berlambak, tapi malas nak upload. LOL. Ok la bercakap tentang event KPTM - Cyber Race 2012 ini....pada mulanya, ianya di recommendkan oleh pensyarah subjek Event Mangement kitorang sendiri iaitu En Azrul (yeay...da berakhir 3 Temujanji..:p). Aktiviti ini pernah dijalankan oleh pensyarah Jabatan Sains Komputer beberapa tahun yang lalu. Tapi kali ini dijalankan oleh pelajar Event Management sendiri.
khusyuk diorang fikir jawapan...hihihi
Pengalaman
Bercakap tentang pengalaman, kalau tiada peluang diberikan maka takkan wujudlah pengalaman tu. Macam untuk event Cyber Race ini. Kitorang memang totally tak hebat kalau tiada bimbingan dari pensyarah kitorang. Masa bulan Mac yang lalu kelas kitorang ada buat event Green Day. Tapi ini dua event yang berbeza. Sangatlah berbeza. Apatah lagi sebab kitorang mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM12 kepada setiap kumpulan.
pelajar Event Management+lecturer...dan ada seorang checkpoint keeper tersesat..ha2


Promosi
Satu hal yang pentig,kan kalau nak buat sesuatu event ialah PROMOSI. Apa masalah kitorang? Mula-mula lepas submit proposal untuk minta dana dari kolej kitorang kena tunggu approval. Lepas tu 2 minggu sebelum event tu baru ada cerita pasal berapa peruntukkan yang diluluskan. Kelam kabut sikitlah jadinya. Advertise poster lambat.....huhuhu.
Group CAT 'I Miss You', salah satu pemenang cabutan bertuah :D


Peserta
Cuba bayangkan lagi 2 hari event nak dijalankan, hanya ada 5 group yang mendaftarkan diri. Saya hanya mensasarkan 20 kumpulan (tapi kalau ikutkan..lecturer kitorang nak 30 orang). Hehe. Punyalah cuak kitorang. Tapi, Alhamdulillah dengan bantuan lecturer-lecturer yang baik hati dan sanggup promote kepada pelajar, tiba-tiba pada keesokan harinya ada sebanyak lebih kurang 20 kumpulan yang mendaftarkan diri. Dan akhirnya pada hari Cyber race dijalankan, ada sebanyak 24 kumpulan yang bertanding. Sepatutnya ada 25 kumpulan, tapi satu kumpulan ada ahli kumpulan yang sakit. Huhu. Tapi kagum, kan? Dari 5 group jadi 25 group. :D


Kurang Lancar ke?
Ada pula masalah lain tiba-tiba timbul. Contohnya, PA System tiada di pentas utama. Akhirnya sebab lambat sangat, bercakap terus kat peserta. Dan juga checkpoint pun ada masalah timbul dimana warna CLUE tersalah. Ish ish. Tapi, Alhamdulillah majlis berjalan lancar.....fuhhhhhh.


Melalui event ini saya belajar banyak perkara. Seorang projek manager tidak semestinya buat semua kerja. Er, ok next time task memang kena bahagikan lebih banyak kepada committees. Mungkin sebab saya nak play safe je. Takut la kan, kalau expectation kita is higher than apa yang diorang boleh buat. :s Till finger meet keyboard again. 


P/s: Banyak kerja, tapi sempat lak saya update blog ni. Hahahahahhahhahaha.

cats for free adoption...anyone? heeeee.

lumayan hadiah budak2 mewarna Woopit ni..semua budak tak menang pun dpt saguhati..

kelihatan pensyarah2 bersama anak2 mereka di sana....

kitorang pun nak merasa jadi pemenang tempat kedua...hihihi..congrats akim & the geng

pemenang tempat pertama, kedua dan keempat bergambar bersama ^^,

Saturday, March 10, 2012

Seminar Penulisan Resume dan Temu Duga *Tips*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman (skema sikit, tak pe kan?). Pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas saya telah mengikuti seminar penulisan resume dan interview anjuran Yayasan Bank Rakyat di KPTM bangunan baru (LOL). Penceramahnya mahu dikenali sebagai Uncle Ed (panjang kisah kenapa namanya 'Ed'). Apa yang boleh saya kongsi di sini, apa yang perlu anda pakai ketika menghadiri temuduga dari kaca mata korporat. 


cara salam pun kena betul..hihi..tapi kalau bukan mahram, kena  nyatakan pendirian kita. huhu

Untuk menghadiri interview a.k.a temuduga:


*Sila bawa organizer dan pen yang nampak mahal (bukan jenis plastik) untuk merekodkan apa-apa maklumat penting, misalnya soalan dari penemuduga.


Bagi Lelaki:

  • Memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher.
  • Panjang seluar mestilah melebihi buku lali.
  • Kasut berwarna hitam gelap tinggi 1 inci dan mesti jenis bertali, bukan jenis 'slip-on'
  • Stokin dan kasut hendaklah mengikut warna seluar.
  • Jika memakai kot/blazer, pastikan BUTANG terakhir jangan digunakan (nampak macam robot) 
Bagi Perempuan:
  • Pakai kemeja yang berwarna gelap seperti hitam, navy dan grey. Kalau plain pun boleh, tapi jangan warna striking.
  • Jika bertudung, jangan pakai tudung yang berwarna-warni dan brooch jangan terlalu besar.
  • Pakai cotton pants dan masa gosok, biar ada garis kat depan.
  • Pakai long skirt juga boleh.
  • Imej korporat bagi perempuan, digalakkan memakai semua hitam.
  • Pakai stoking warna hampir sama warna kulit.
  • Kasut bertutup tinggi 1 inci dan jangan jenis kilat (sebaiknya pakai leather shoe).
  • Jangan pakai gelang, HANYA pakai 1 cincin dan juga jam tangan yang tidak begitu besar.
  • Kalau boleh bawa document bag yang jenis buka dari atas. Kalau bawa handbag, pastikan warna beg tangan dan document bag adalah senada (sama).
  • Eh, baju kurung tak boleh ke? BOLEH, tapi kena pakai warna plain dan biasanya untuk interview dengan kerajaan yang kita pakai baju kurung. Hehe. Jadi. kena study dulu syarikat kita nak pergi tu punya culture macam mana. Jangan TERJAH je.
Gaya duduk juga amat penting, jangan duduk macam ini, CONFIRM ditolak.
Selamat menghadiri temuduga. Ketahuilah bahawa 30 minit pertama adalah sangat penting!

Wednesday, February 29, 2012

Muzik Video Yang Panjang..Gler?


Salam readers. Hari ini saya nak share MV dari T-ara(티아라) _ Cry Cry MV. Durasi dia dalam 15 minit la. Cuba bayangkan. Memang dapat lihat perjalanan cerita lagu ini dari A ke Z. Apa pun, enjoy. :)

P/s: Esok dah event Green Day. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin~^^,

Saturday, February 25, 2012

Mari Manfaatkan Baucar Buku 1Malaysia


Buku-buku yang saya beli menggunakan baucar 1M. Ya Allah Diakah Jodohku, Bhagianya Merayakan Cinta, Doa dan Amalan Wirid Ibu Mengandung, Mudahnya Berkahwin dalam Islam, Oh, Mudahnya buat Baju Kurung. Yang majalah Solusi yang saya beli saya tak jumpa, so letak isu yang lama je. Ada lagi 1, saya beli file yang berharga RM12.90 untuk masa hadapan. Jumlah semua ini RM90+. 


Salam readers (hari ini dah tukar dari bloggers kepada readers.;p). Apa khabar? Pelajar-pelajar IPT mesti dah dapat baucar buku 1Malaysia kan? Ok, masa mula-mula kerajaan beritahu dalam bajet 2012 yang pelajar akan dapat duit buku RM200 saya macam terkejut la. Bersyukur tu memanglah. Tapi, cubalah bayangkan kalau bagi RM200 tunai mesti pelajar guna duit tu untuk benda lain. Nasib baik dapat baucar jadi kuranglah penyalahgunaan di sana. Konsep baucar buku 1M ini mudah je. Tulis nama dan nombor kad pengenalan di baucar tu kemudian serahkan kepada kedai buku sewaktu melakukan pembayaran. Ada kedai buku seperti MPH yang memerlukan pelajar menunjukkan kad pengenalan mereka. Setiap satu baucar bernilai RM50 dan jika pembelian kurang daripada RM50, maka tiada duit akan dikembalikan manakala kalau TERLEBIH memang confirm kena tambah duit la. Haha. Nanti bagi pihak kedai buku tu pula, mereka akan tuntut duit baucar itu di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN). Di sini kita dapat lihat win-win situation. Kedai buku dapat duit, pelajar dapat buku, kerajaan dapat undi (oklah, gurau je). Tak baik buruk sangka. Kita mesti anggap apa-apa yang diberi itu memang hak rakyat dan ikhlas diberikan oleh pemimpin. Husnuzon lah. :) 

Dalam buku himpunan nama-nama si comel ada erti nama saya, dan itulah satu sebab saya pilih buku tu.


Baucar buku berkenaan sah sehingga 31 Mac 2012. Jadi tinggal lebih kurang 1 bulan 1 minggu je lagi. Marilah kita amalkan nilai-nilai murni dengan membaca. Oh ya, siapa2 yang pakai kanta sentuh boleh lah beli contact lens dengan harga lebih murah di facebook: contact lens provider. Buat perbandingan dengan harga di luar, memang jauh beza. Untuk pengetahuan, penjual tu tinggal di taipan, USJ. Jadi tiada masalah kalau nak COD di area subang jaya tu. ;)


Mudah, murah dan cepat perkhidmatan contact lens provider tu.

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [part II]

Salam bloggers. Memandangkan ada request dari Cik Syasya supaya saya teruskan cerita tentang perempuan pemalu ini, maka saya ada sedikit rentetan cerita sebelum ini. Kalau tak tahu kisah yang mana, sila klik di sini. Sebelum ini saya ada cerita apabila lelaki tu beri tudung Ariani tu, rakan saya terus rasa malu. Dahla masa tu ada lecturer dalam kelas. Malahan, rakan-rakan lain pun ada sekali. Jadi, tindakan yang pertama dia lakukan masa tu. Dia rasa nak buang je tudung tu atau pulangkan. Tapi, kami kata tak baik lah. Sebab laki tu dah beria-ia kan? Nanti dia malu pula. Lagipun kalau orang kecewa ini, susah kita nak predict. Mana tau dia ada buat tindakan melulu nanti. Huhu. Rupa-rupanya, entah berapa lama lepas tu. Kawan perempuan saya tu mesej laki tu. Mengatakan dia tak dapat terima tudung tu. Dia dah tolak dengan cara baik. Hehe. Tapi kan, kisah ni dah setahun yang lepas jadi saya tak dapat nak ingat dengan baik. Yang pasti, sekarang ini kami dah tak nampak group laki tu sangat. Kalau dulu bila geng-geng kami pergi makan di gerai corner tu mesti kami nampak group laki tu ada sekali. Hoho. Ok, sekian kisah lelaki berani dan perempuan pemalu buat kali ini..mungkin ada sambungan lagi? Tunggu.... :)

Updated: klik untuk sambungan part III

Monday, April 18, 2011

seronok giler jumpa Dr Sheikh Muszaphar Shukor!!!


Salam readers. Pernah jumpa Dr Sheikh Muszaphar tak? Alhamdulillah, pada hari Jumaat 15 April 2011, telah diadakan di Kolej Poly-Tech MARA KL bertajuk "Kecemerlangan Ilmu dan Kerjaya bersama DATO' DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR". Saya telah berkesempatan bertemu dengan beliau (bukan secara perseorangan la). Bukan mudah nak bertemu dengan angkasawan nombor satu negara kita ini. Teringat saya kata-kata Dr. Sheikh apabila acapkali orang memanggil beliau dengan gelaran Dato'..."jangan panggil saya Dato', rasa macam dah tua!". Haha. Majlis bermula kira-kira pukul 9.30 pagi, dan Dr Sheikh masuk ke dewan dengan diiringi Pengerusi KPTM iaitu Dato' Suhaimi. Agak excited bila nampak gerangan Dr. Sheikh yang memakai sut angkasawan tu. Ramai yang mula melepaskan shutter kamera masing-masing, teruja bertemu Dr. Sheikh yang segak dan bergaya tu. Hoho. Dr Sheikh bercerita mengenai pengalaman beliau ketika di angkasa lepas seperti apa yang dilakukannya sepanjang 12 hari berada di sana. Sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi, kalau makanan, hanya makanan yang tidak akan berterabur boleh dibawa masuk ke kapal angkasa. Jadi, nasi memang tak boleh la. Dr Sheikh memberitahu bahawa beliau makan nasi beriani dimana ianya didalam paket berbentuk seperti kanji. Hari pertama beliau berada di angkasa lepas, beliau terlupa untuk tidur didalam beg tidur (ada zip semua), jadi apabila bangun, beliau dapati beliau sedang berada diawangan dalam kapal angkasa. Kira-kira pukul 11 pagi, beliau bersedia untuk mengundurkan diri. Tetapi memandangkan ramai orang yang nak bergambar dengan beliau dan mendapatkan autograf, maka beliau tidak terus pulang. Baik, kan? Memang susah bila dah jadi public figure ini. Kehidupan kita sentiasa dikelilingi dan diperhatikan.

P/s: Kadang-kadang terfikir apa perasaan Dr Harlina bila ramai sangat perempuan minat suaminya. Hihi. ;))

Wednesday, March 16, 2011

Cuti Hujung Minggu di Teluk Intan..Pahit dan Manis, Seiringan...


Salam readers. Entri kali ini tentang pengalaman saya ke Teluk Intan baru-baru ini. Tujuan utama ke sana untuk menghadiri perkahwinan rakan sekolah saya. Hehe. Tapi, pengalaman saya memang agak banyak lah.

Berjalan Untuk Negara..LOL
Setiba di Teluk Intan, saya terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 5 kilometer. Salah satu faktor sebab Teluk Intan tiada lrt. Ok, saya sebenarnya tak berani nak naik teksi. TAKUT mahal dan TAKUT kena tipu. Hehe. Kalau nak naik bas, saya tak nampak pun bas lalu. Huhu. Jadi, saya buat keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Hospital Teluk Intan. Sebenarnya saya nak berhenti depan hospital semasa naik Transnasional. Tapi, apabila saya lihat pakcik pemandu bas berkata kepada salah seorang penumpang yang beliau hanya akan memberhentikan bas di stesen, maka saya membantutkan niat saya untuk berhenti di hadapan hospital.

Berbasikal Untuk Kesihatan
Pagi Ahad sekitar jam 9 pagi, saya memulakan aktiviti riadah saya di pagi hari dengan berbasikal. Memandangkan kakak saya mempunyai basikal yang cukup hebat (harga pun dah mencecah RM1500..tak ke hebat?), maka saya menggunakan sepenuhnya kehebatan basikal tersebut. Ok, tipu, Saya tak dapat guna sepenuhnya sebab speed pun saya hanya set kepada "3". Saya rasa lenguh kaki mungkin kerana berjalan kaki jauh sangat pada hari Sabtu. Hoho. Oh ya, kediaman kakak saya di hospital teluk intan ialah di kuarters..eh, ye ke.tak sure apa istilah tempat tu. Hmm. Memang seronok berbasikal. Lebih kurang 45 minit saya beriadah. Kemudian, dah habis round hospital saya pun pulang ke bangunan tempat kediaman kakak saya tu. Maka, timbullah masalah sebenar. Masalah macam mana saya nak naikkan basikal tu. (kakak saya tinggal di tingkat 3). Dah lah basikal tu pula bukannya ringan. Azab sungguh lah masa tu saya rasa, sampai berpeluh-peluh. Huhu. Tapi, Alhamdulillah saya berjaya juga membawa naik basikal tersebut dengan jayanya.

Majlis Perkahwinan Suzila
Petang itu, kira-kira jam 2.15petang, saya dan kakak saya bertolak menuju ke tempat berlangsungnya majlis Suzila iaitu di Chenderong Balai, Teluk Intan. Kalau lihat dari peta, memang CONFIRM takkan sampai lah saya di lokasi tersebut. Tapi Alhamdulillah dengan bertanya penjual air di tepi jalan, kami selamat tiba di rumah nenek pengantin. Majlis diadakan di kampung atas saranan nenek pengantin perempuan.

baru tahu kalau ada 2 pasangan pengantin rupanya yang berkahwin...satu suzila, dan satu lagi pakcik dia juga berkahwin.. :)

pegang bunga sebab nak ambil berkat...wakaka ;p

menuju ke bandar teluk intan...nak balik KL da~

Wednesday, March 9, 2011

Happy Birthday Aqila!


Salam bloggers. Entri ini telah di--set secara automatik. Hoho. Hari ini bertarikh 9 Mac 2011 merupakan hari lahir rakan saya iaitu Nooraqilah Borhanuddin. Memandangkan minggu ini cuti, maka kebarangkalian untuk bertemu dengan beliau adalah sangat tipis. Hehe. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir. Semoga usia diberkati oleh Allah, menjadi anak yang solehah, dipermudahkan mendapat jodoh yang soleh, dan terakhir sekali semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat ye, kyla. Amin~

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu


Salam bloggers. Ini kisah kawan perempuan saya yang sangat pemalu. Memang kalau orang usik sikit, dia akan malu-malu. Apatah lagi bila kawan lelaki yang usik. Kira tahap pemalu tingkat tinggi la. LOL. Ada satu kisah yang berlaku 2 minggu yang lalu. Waktu itu, saya sedang berjalan dengan 4 rakan yang lain selepas makan tengah hari di depan kampus. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang datang melulu secara tiba-tiba ke arah kumpulan kami dan berkata, "saya nak bercakap dengan kawan awak ini sekejap ye". Cuba bayangkan, lelaki itu boleh datang ke arah kami yang tak kenal sama sekali dia. Dengan beraninya. Alkisahnya dia nak berkawan dengan kawan saya yang seorang ini. Jadi, pada hari itu, dia telah memberikan alamat e-mel dia, dengan harapan rakan saya akan "add as friend". Tapi, kawan saya langsung tak melayan alamat e-mel budak lelaki itu. Selepas 2 minggu berlalu, tiba-tiba petang semalam sewaktu pensyarah sudah masuk dalam kelas...lelaki itu masuk ke kelas kami dan datang ke arah kawan kami yang pemalu itu dan memberikan sesuatu yang berada dalam bungkusan plastik. Kami sangka dia akan berputih mata selepas tidak mendapat apa-apa respon. Tapi rupanya kali ini dia membuat tindakan yang lebih berani dengan masuk ke dalam kelas sewaktu pembelajaran hampir dimulakan dan dengan disaksikan rakan-rakan sekelas yang lain SERTA lecturer. Fuh... Oh ya, bungkusan plastik Ariani tersebut dalamnya ada sehelai selendang dan juga sekeping brochure Ariani yang bertulis nombor telefon lelaki itu. Hoho. Tapi kan, lelaki ini tak patut juga buat tindakan drastik sebegitu sebab mesti kawan saya jadi malu dengan rakan sekelas lain. Ish ish. Entah apa lagi yang akan lelaki itu lakukan selepas ini?

Klik untuk sambungan kisah part II

Monday, October 18, 2010

at last.....its over now

Salam bloggers. Maaf kerana lama sangat tak meng'update' blog saya yang tak seberapa ini. Apa pun, Alhamdulillah pada 8 oktober yang lalu kakak saya yang pertama telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya. Baguslah, akhirnya apa yang kakak saya impikan terlaksana. Apa pun, 2 hari yang lalu telah selamat berlangsungnya majlis resepsi kakak saya di Dewan Serbaguna Ampang Hilir, Taman Tasik Ampang Hilir. Syukur kerana dengan izin Allah dan bantuan dari pihak keluarga mama, majlis kami berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan saya (kyla, ina, ida dan lina) yang telah membantu saya di majlis resepsi kakak saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Begitu juga dengan para tetamu yang hadir, terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk datang ke majlis kakak saya, keluarga dari ayah saya yang datang dari Kelantan dan juga keluarga mama yang datangnya dari Indonesia. Gambar-gambar telah pun saya upload di Facebook, tapi ada beberapa foto yang saya "kepilkan" di sini untuk tatapan kalian. Haha.





P/s: penat gilerrrrrr...tapi, gembira sebab dapat entertain orang.. :D

Wednesday, September 15, 2010

penantian yang membuahkan hasil

Salam bloggers. Alhamdulillah baru semalam saya terfikir mengenai permohonan saya untuk internship dan hari ini saya telah mendapat tempat. Sime Darby, terima kasih sebab baca CV dan CL saya. Hehe. Saya risau kalau saya tidak mendapat tempat di mana-mana syarikat, apatah lagi minggu hadapan lecturer yang handle internship ni nak kami semua dah dapat tempat. Huhu. Pagi tadi saya mendapat satu panggilan dari pihak Sime Darby Jalan Raja Laut. Saya terus terima tawaran dari Sime Darby ni sebab saya tak nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Lagipun saya memang berminat juga untuk mencuba nasib di sana. (cewah, macam artis pula nak cuba nasib). Apa pun, doakan semoga saya dapat membuat latihan industri pada November dan Disember nanti dengan jayanya. Insya-Allah. Amin~ :)

Sunday, August 29, 2010

Come back.

Salam bloggers. Nampaknya bulan Ogos ni post saya dalam blog ni memang boleh dikira dengan jari. Serius saya tiada masa untuk berblogging. Apa pun saya ada serba sedikit update yang ingin dikongsi.

  1. Saya dah pun menghantar kesemua surat permohonan untuk Industrial Training di enam syarikat. (harap-harap ada permohonan yang diterima. Amin)
  2. Presentation untuk Case Study (Group Project) dah pun selesai. Saya puas hati, tapi ada masalah yang datang. Entah mengapa. Saya risau dengan markah yang datang dari group lain (berat sebelah atau "bias" mungkin berlaku)
  3. Alhamdulillah setakat hari ini, saya telah berjaya untuk puasa penuh. (andai sahaja saya dapat berpuasa penuh hingga ke akhir Ramadhan.... >.<)
  4. Orang kata sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan pada orang lain, kita perlu menyiasat dulu. Tapi pelik, mengapa masih ada orang yang tiba-tiba berubah (malah secara drastik), kerana hal yang sangat kecil. Malah boleh dikatakan mereka ini macam kebudak-budakan (childish).
  5. Pada hari Rabu yang lepas, mentor sewaktu saya DBIT telah menelefon dan memberitahu saya mengenai anugerah yang mungkin saya dapat pada majlis Convo november ini. Alhamdulillah. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada saya pada masa hadapan. InsyaAllah.
  6. Semalam saya pergi ke Jalan TAR dengan kak rina dan mira. Memandangkan minggu depan mira dah nak balik Indonesia, so saya ajak dia ke rumah time weekend. Hehe. Sesak giler Jalan TAR. Bukan sahaja sesak dengan kenderaan, tetapi manusia pun sangat ramai. Majoriti orang Melayu yang saya nampak. x)

Saya harap masalah yang timbul minggu lepas tidak berlaku pada minggu ini. Saya mahukan ketenangan di dalam kelas sebelum ini kembali seperti sediakala.

Wednesday, June 23, 2010

lenguh!

Capek deh........uwarrrrrrrrgh..semalam saya pergi kolej untuk melengkapkan borang berhenti. Selepas selesai urusan, saya pergi BB bersama kak sal. Tujuan utama kak sal mahu ke low yat untuk menjual laptopnya dan kemudian membeli laptop yang baru. Memandangkan kami terlalu banyak berjalan, akibatnya, dari semalam saya sakit kaki. Sewaktu bangun pagi ini, kaki masih terasa lenguh. Serius tak dapat digambarkan dengan kata-kata. =.=" Pagi ini, saya keluar rumah pukul 8.30 pagi dan pergi ke tempat kak sal. Install antivirus kaspersky di laptop kak sal, kemudian hantar kak sal ke bukit jalil. Kesian juga banyak baju yang kak sal nak bawa balik. Berat pula tu semuanya. Sebab tu saya menawarkan diri untuk hantar. Setibanya di bukit jalil, mula-mula saya ingatkan nak tolong angkatkan beg kak sal ke hentian bas. Tetapi memandangkan di seberang jalan kelihatan kelibat 3 orang polis trafik, saya terpaksa mematikan niat. Lebih-lebih lagi saya lihat kereta di belakang saya tu dah kena saman. Ish ish. Susah juga bila Hentian Puduraya ditutup sementara ini. Hari ini juga saya pergi bayar duit kepada kptm di bank islam memandangkan pagi tadi ayah saya sudah memberikan RM1500 yang saya minta semalam. Hehe. Pukul 12 tengah hari saya keluar rumah dan pergi bersama yana untuk mencari hadiah faridah yang nak kahwin sabtu ini. Alhamdulillah kami berjaya pilih hadiah dan kemudiannya kami sempat jalan-jalan. Hari ini saya balik 3 jam lebih awal dari semalam. Rekod baik mesti ditunjukkan untuk menutup rekod semalam yang kurang baik. Fuh~

P/s: Sekarang bila Penjara Pudu nak dirobohkan, ramai pula yang ambil gambar penjara tu. Persoalannya, perlu ke dirobohkan? Kenapa tak dikekalkan untuk menjadi tinggalan sejarah. Hmmm....

Saturday, May 8, 2010

memori tercipta!

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama takkan kulupa

Saya memang akan merindukan mereka. Semua kenangan. Pahit dan manis. Semuanya adalah kenangan yang takkan dapat dilupakan sepanjang berada bersama mereka di KPTM KL. Selepas ini semuanya membawa haluan masing-masing. Memang ada di antara kami yang akan kekal di sini (termasuklah saya..er.macam confirm jek?). Tetapi mungkin majoriti akan pergi. Bekerja, menjadi part-time student, mahupun meneruskan pengajian di IPT lain.

Oh, rindu. Hanya itu yang dapat saya ungkapkan. Biarpun kertas terakhir baru sahaja berlaku kurang daripada 24 jam yang lalu, tetapi perasaan saya sedikit tersentuh. Apatah lagi kini terasa 'sunyi'. Bulan depan, sudah pasti keputusan ujian MUET keluar. Begitu juga keputusan peperiksaan akhir KPTM. Keputusan kemasukan ke IPT juga. Memang debaran menanti di bulan Jun. SAYA RINDU MEREKA. Serius!





Monday, May 3, 2010

:)

Alhamdulillah hari ini saya serta partner saya dah submit fyp documentation kami. Syukurlah dah berakhir dengan baik. Markah? Hmm. Harap-harap dapat at least A. Cewah, demand pula. Petang tadi juga saya bertemu lecturer E-Commerce untuk melihat carrymarks saya. Masa call, miss kata belum key-in markah. Then, bila saya datang kat bilik dia, dia terus kirakan. Alhamdulillah dapat 45/60. Chance untuk dapat A memang ada. Tapi, tipis lah kot. Saya dah sedia ke belum ya? =.=" Tapi insyaAllah jika Allah izinkan, mesti boleh dapat asalkan saya cuba buat yang terbaik semasa paper final hari Jumaat ini. Doaku, harapanku. Macam tajuk sinetron Indonesia. Hihi. Esok ada MUET Speaking Exam. Hopefully, dapat buat yang terbaik dan dipermudahkan segalanya oleh Allah.

CIMB Clicks
Setelah sekian lama accout CIMB Clicks saya suspended, maka akhirnya saya telefon jua CIMB call center. Saya memang desperate nak bayar bil broadband. Nak pergi Celcom Cube entah bila. Masa call ada la moment yang saya rasa kelakar. Saya boleh tanya dekat operator tu, "boleh tak tolong tengokkan password saya". Haha. Sebab serius saya dah terlupa password. Username lagi la. Tapi saya rasa sangat puas hati dengan Call Center CIMB. Two thumbs up!

Liquid Paper
Petang tadi selepas meminta operator CIMB me'reset' E-Pin CIMB. Maka saya perlulah ke ATM untuk mendapatkan E-Pin. Selepas berbuat demikian, saya pergi membuat pencarian liquid paper. Memandangkan saya nak exam. Maka saya perlu membeli liquid paper untuk menggantikan liquid paper saya yang dah hilang. Siapalah yang minat dengan liquid saya tu? Saya telah masuk ke dalam sekurang-kurangnya 5 buah kedai untuk mencari liquid paper. Tapi tak berhasil kerana tiada liquid paper yang dijual. Akhirnya, saya singgah ke kedai stationary berhampiran LRT Pandan Jaya. Jumpa liquid paper dan saya terus bayar. Semasa tengah pilih liquid paper yang mana saya mahu beli, saya telah membuat keputusan untuk beli yang saiz kecil kerana "takut hilang" lagi. Dan kerana "ketakutan" saya itu. Maka, pulang sahaja saya dan setibanya di rumah. Tiba-tiba saya terperasan yang saya telah kehilangan penutup liquid paper yang baru saya beli dan belum pakai pun. T_T




Saturday, May 1, 2010

just a quick update

Lately terlalu banyak benda yang saya kena siapkan sehingga tiada kesempatan untuk menulis di blog. Almaklumlah lepas present FYP, kami dikehendaki menyiapkan final documentation pula. Markah presentation yang diberikan oleh examiner adalah sebanyak 40, manakala yang selebihnya supervisor yang beri markah. Oleh sebab itu, kami mesti melakukan yang terbaik untuk thesis yang dihantar. Pada hari khamis yang lepas, saya telah keluar jalan-jalan ke Times Square bersama Wani dan Tikah. Cuci mata, cuci duit. Haha. Seronok juga jalan-jalan sambil release tension menghadap fyp selama 4 bulan. Manakala semalam (Jumaat), saya dan rakan2 telah menghantar dokumen kami yang perlu dibukukan iaitu dengan menggunakan hardcover ala-ala buku kat perpustakaan yang ada jurnal. Kami tidak menghantar ke koperasi kolej memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen tersebut secepat mungkin. Lagipun, pihak koperasi juga menghantar dokumen tersebut kepada syarikat luar (dengar kata Serdang juda). Semalam saya, emira dan bell telah pergi ke Sri Serdang untuk servis hardcover thesis. Hari sebelumnya saya telah membuat survey dengan mengenalpasti lokasi pusat servis hardcover yang murah. Melalui pemerhatian saya, ramai yang mengatakan Sri Serdang lokasi yang paling banyak kedai yang menawarkan khidmat. Semalam saya sendiri telah melihat betapa banyaknya kedai yang ada perkhidmatan hardcover. Kedai yang kami pilih mengatakan harga untuk hardcover RM10. Tetapi memandangkan ada dua nama pelajar di muka buku, maka kena tambah RM1. Jumlah untuk satu buku berharga RM11 lah kiranya. Tetapi, harga itu kira murah kerana kami menghantar banyak set. Kalau setakat satu buku, RM15 kalau tidak silap saya. Kedai-kedai hardcover ini memang betul-betul sebelah UPM (ada gate kecil untuk pejalan kaki dari UPM untuk ke kedai-kedai tersebut. Tidak jauh dari SMK Sri Serdang lah juga. Kalau dari KL kena melalui Plaza Tol Sg. Besi, exit Sri Serdang. Keluar dari tol, lepas trafik light jalan terus je. Nanti ikut je signboard. Guna instinct pun ok gak. Hehe. ;)

p/s: Next week final exam. Wish me luck! Semoga saya berjaya mendapat apa yang saya impikan dan rakan-rakan saya juga begitu. Amin~ =)




Saturday, April 24, 2010

berat bebanku


Semalam merupakan hari yang sangat memenatkan. Manakan tidak, kelas pagi. Sebaik kelas tamat pukul 10 pagi, saya dan rakan-rakan sempat makan roti canai dan kemudian kami terus membuat assignment. Hari kena submit assignment, tapi masih ada yang perlu dikerjakan. Serius sangat penatlah semalam. Saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan assignment pada pukul 7 malam. Kami berpeluang print di bilik En Hanafi (terima kasih ye bagi kami print) pada pukul 7.15 malam. Keluar dari kolej 7.30 malam. Kemudian terus ke Pandan Perdana untuk binding.
Nasib baik En. Sofian beri kami masa untuk menghantar assignment selepas dia pulang ke rumah. Kata beliau, "Sabtu saya datang amik". Maka pagi tadi memandangkan saya ada MUET, saya pergi ke kolej awal dan menghantar assignment Enterprise tersebut. Alhamdulillah. Meskipun MUET tadi ada masalah sedikit di bahagian Listening, tapi so far ok. Gambateh! Final exam is just around the corner.




Tuesday, April 6, 2010

saya bukan perempuan itu

Post saya kali ini, tidak lain dan tidak bukan bercakap mengenai lelaki gatal (eh, tajuk macam nak cakap pasal perempuan tiba-tiba je laki?apa kes?). Pagi tadi sewaktu saya dalam perjalanan ke kampus, tiba-tiba ada la dua orang laki gatal ni hon2 la motor dia. Kononnya to attract my attention la. Tapi, saya dengan menggunakan kepakaran membuat ekspresi wajah tak ada perasaan, berjaya melalui perjalanan yang penuh berliku itu. Haha. Sebenarnya jalan tu lurus je, tapi since ada mamat dua orang yang mengganggu ketenteraman perjalananku, maka saya rasa jalan yang lurus itu bagaikan sudah bertukar menjadi bengkang-bengkok. Ada tak lelaki gatal kat sini? Soalan bodoh itu memang tak mungkin ada yang jawab, "sayalah lelaki itu". LOL. Kadang-kadang dengan adanya lelaki gatal di mana-mana (kebarangkalian itu tinggi), maka saya cuba elakkan dari melalui jalan-jalan yang ada lelaki-lelaki gatal itu. Berbalik kepada tajuk post saya, sebenarnya ada kisah yang berlaku pada hari ini. Arghhhhhh. SANGAT MEMALUKAN. Kenapa saya kata memalukan? Hari ini ada E-Commerce lab dan kami semua kena present website (untuk projek E-Commerce). Bukan saya malu sebab website atau presentation itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar biarpun ada sedikit kesilapan. Tetapi kisah ini berlaku sebelum saya present di hadapan. Saya sedang khusyuk meng'edit' website saya. Dan kemudiannya saya mahu membetulkan laptop case saya. Sewaktu saya menghulurkan tangan untuk memegang laptop case, tanpa saya sengajakan, saya terletak tapak tangan saya di atas tangan ***. Dowh. Malu gile. Tak semena-mena *** kata, "lisa gatal". Wakaka. Sangat malu la. Saya menjawab, "saya bukan perempuan gatal". LOL. Saya sempat meminta maaf. Haha. Minta maaf la calon suamiku (untuk masa hadapan), keadaan ini bukan kehendak saya. Hihi. Seumur hidup saya tak pernah la letak tangan saya atas lelaki yang bukan mahram. Oh no. Maka kesimpulan daripada kejadian petang tadi. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails