Salam readers. Fuh! Excited betul saya sebaik sahaja dapat tau kisah cinta Nur Amina dan Adam akan ke panggung. Oh ya, dah tonton belum cerita Nur Kasih yang baru sahaja ditayangkan pada hari Khamis bersamaan dengan 19 Mei 2011? Kalau saya, mesti lah sudah! Haha. Untuk ringkasan cerita, Nur Kasih dimulakan dengan satu letupan dan kemudian ada teknik penceritaan imbas kembali "flashback" apa yang berlaku pada 6 bulan yang sebelumnya. Kisah Aidil yang baru kehilangan seorang isteri, anak-anak yang kehilangan seorang ibu, kisah Adam dan Hawa. Eh, silap taip. Adam dan Nur yang baru mendapat tahu bahawa mereka bakal menimang cahaya mata. Siapa tahu kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Bahagia yang dikecapi bukannya kekal abadi kerana padaNya juga kita akan kembali. Inilah kisah yang berlaku selepas 8 tahun mereka berkahwin. Apa yang terjadi selanjutnya boleh kita dalami dan hayati dalam filem Nur Kasih ini. Yang pasti, ianya sebuah filem yang tidak akan mengecewakan peminat-peminat drama Nur Kasih. Penuh dengan unsur suspens dan apa yang kita sangka berlaku, mungkin bukan seperti yang kita jangka. Serius, tak tipu! Hehe. Ok, kepada yang belum menonton filem Nur Kasih ini silalah ke panggung wayang berhampiran. :)
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
4 years ago
2 budak comel:
da xde feel da pon lepas bc blog ni.. hahaha
hahaha..k.adek, sabaq je la na
Post a Comment