Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Online Shopping..lagi?

Salam bloggers. Rasanya dah lama saya tak membeli barangan secara online. Maklumlah bila dah sekali beli tu, nanti takut jadi ketagih lak. LOL. Tapi kan, baru-baru ini saya telah membeli barangan online yang dijual secara offline. 


GetGorgeous - Fashion For Muslim Chic!
Butik online yang namanya GetGorgeous (please jgn kata saya nak jadi gorgeous ke apa, tu nama je la!). Rasanya terakhir kali saya beli di sana pada tahun 2009. Hehe. Hari tu, butik tu buka booth masa karnival belia parlimen Pandan di hadapan Tesco Ampang. Cik Allia Idha (salah satu owner) yang jaga booth masa tu. Pada hari tersebut saya telah membeli 2 helai pakaian, tapi akhirnya salah satu saya exchange jadi kain lak. 
*Designer Made*Tiered Chiffon Skirt (freesize,black)
Chiffon skirt hitam inilah yang saya pilih, design oleh owner GetGorgeous ini sendiri.
 Tapi saya memang salute ngan Kak Allia ini sebab dia mengotakan janjinya (kalau tak puas hati ke, boleh return). Tapi adalah syarat-syarat juga. Tapi, memang itulah yang patut diamalkan oleh penjual2 online supaya pelanggan boleh percaya dan yakin.


Dahlya Fashion
Dulu saya pernah cerita dalam blog tentang produk x10der. Nak dijadikan cerita, saya telah pun selamat membeli lagi produk keluaran yang pengasasnya bernama Pn Emy ini. Kenapa? Sebab ada 50% diskaun, so siapa yang tak nak kan.
Memandangkan warna apple green dah sold out, so saya pilih je yang ini. Nice what? :p
Kadang-kadang kita nak beli barang ni tak perlu nak tergesa-gesa. Tunggu je masa, nanti harga produk tu turun juga. Tapi harga x10der ini boleh tahan juga. Cuma saya tak berkenan harga dari segi penghantaran sebab agak mahal. Huhu. 

Modish Mode House - Affordable, Trendy Fashion
Ini pengalaman pertama saya membeli dari MMH, tapi saya yakin produknya pasti tak mengecewakan. Apatah lagi owner nya sendiri telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya lihat harganya memang berpatutan juga. Warna pun menarik dan ianya design owner sendiri kot. Saya yakin tak ramailah yang memiliki baju yang sama ketika saya berjalan-jalan nanti. LOL.
Lawa-lawa, tapi warna yang unik biasanya laku cepat! x)
P/s: ada satu lagi blogshop yang saya minat tengok, iaitu CalaQisya. Perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik FARAH. Sala satu owner dia saya kenal sebab pernah satu sekolah dulu. FYI, sangat laris baju-baju Cala Qisya ni. Once dia bagi orang order, berderet-deret email masuk. DAHSYAT! Tapi saya tak ada pengalaman lagi membeli ngan diorang. Sebab benda yang saya nak mesti dah sold out bila saya tengok. Huhu. Ok, wassalam. :)

Friday, April 1, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Salam readers. Memandangkan saya telah ditag oleh cik kyla, maka saya kenalah senarai pendekkan 5 blog yang saya selalu lawat tahun ini. Ok lah. Kedudukan kelima-lima blog ini saya tidak susun mengikut kekerapan ye.

Mula-mula, saya suka sangat baca blog cik Fatin Liyana.

Seingat saya dulu saya sekadar blogwalking dan terjumpa blog dia ini. Saya tertarik membaca blog dia dulu setelah mengetahui dia belajar di Universitas Padjadjaran, Bandung, iaitu di kampus ayah saya dulu. Hehe. Walaupun dia tak kenal saya, tapi saya sangat suka baca blog dia. Sebab dia comel dan bakal bergelar seorang Doktor pula tu (ok, dengar macam diskriminasi pula).

Selain itu, mestilah saya suka lawat blog cik kyla.

Sebab blog dia banyak informasi berguna. Contohnya sedikit sebanyak tentang ilmu agama, malahan kartun boboiboy pun ada. Hehe.

Kemudian, saya suka juga baca blog cik jejari runcing.

Mula-mula dulu saya tau tentang jejari runcing ini sebab adik saya yang perkenalkan. Dia
beritahu saya yang cik jejari runcing ini dulu sekolah sama dengan dia (SAB). Hoho. Untuk pengetahuan (yang tidak tahu), cik jejari runcing ini girlfriend Khairul Fahmi Che Mat (KFCM). Tak kenal siapa? Sila google sendiri. :p


Blog yang keempat ialah blog kawan SBU saya yang saya pernah rapat masa zaman sekolah di SBU dulu iaitu cik yana.

Blog dia ini lebih menceritakan tentang diri dia dan orang sekeliling dia. Memandangkan kami sangat jarang menghubungi antara satu sama lain, maka saya jadikan blog dia sebagai medium untuk mengetahui perkembangan diri dia.


Terakhir sekali ialah blog cik oren. Ok lah, bukan. Tapi cik epal.

Kenal kan? Trademark dia ialah "hai koranggggg". Jangan marah cik epal. Hihi. ;) Kenapa saya baca blog dia (eh, ini macam menjawab soalan contest dia je)..? Saya baca sebab saya nak tahu macam mana dia boleh dapat duit Nuffnang banyak sangat tu, hampir sama macam Hanis Zalikha. Hoho. Boleh tak? Cik epal ini kelakar juga, bak kata kawan saya. Ok, chow dulu..

P/s: Ada banyak lagi blog yang saya selalu lawat. Tapi, sebab dia nak lima je blog..jadi, tak dapat nak senaraikan semua kan. :|

Sunday, March 6, 2011

Giveaway by Ezan

Salam bloggers. Ini entri kedua saya untuk hari ini. Sebenarnya kalau boleh saya nak buat 1 entri per hari. Tapi memandangkan masa tengah check blog tadi, tiba-tiba ternampak blog si ezan ni buat GA contest. Maka, tergerak hati saya untuk post pasal ini. Kalau nak tahu ini Giveaway pasal apa, sila lihat syarat-syarat di bawah.

SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI :

1) buat satu entry, dan letak title "giveaway by ezan" dalam entry tue, letak sekali banner yang dekat atas tue.

2) tak perlu nak follow-follow nie, tak wajib pun, cuma pastikan korang rajinlah singgah blog aku nie untuk tahu update pasal giveaway nie! lagi satu tak payah letak banner dekat sidebar korang okey :)

3) lepas dah buat entry semua, korang tinggalkan link dekat entry nie okey

4) giveaway nie akan berlansung selama 2 minggu sahaja. tarikh tutup ada dekat banner tue


Sebenarnya apa yang buat saya tertarik, hadiah yang ditawarkan. Hadiahnya bukan berupa RM atau apa-apa benda melibatkan material. Tapi, banner. HAA! Itulah sebab utamanya. Kalau saya terpilih, merasalah saya header blog yang baru dan tentunya nampak kreatif. Sebab saya tak terel dalam bidang photoshop ini. T__T huuuuu~

P/s: Kalau nak tahu, si ezan ini yang buat blog header si Fatin Liyana. Cunnn. ^_^

Monday, February 21, 2011

dari majlis bertunang, ke plaza low yat

Salam bloggers. Seperti yang pernah saya perkatakan dalam entri sebelum ini, jiran saya iaitu kak umi telah pun mengikat tali pertunangan pada hari Ahad (semalam). Jadi pada pagi Ahad, saya telah berada di dalam majlis pertunangannya dari sebelum majlis bermula sampai majlis berakhir. Hoho. Kemudian, pada petangnya saya telah pergi ke Plaza Low Yat bersama kakak saya sebab dia nak beli kabel. Kabel laptop dia dah rosak. Jadi lepas dah beli barang yang dia nak, saya sempatlah beli air Cool blog (bukan blog yang cool tau) dan juga donut big apple yang sedap. Haha. Sila lihat gambar-gambar dibawah sebagai rujukan. LOL.

Masa Majlis Bertunang

cantikkan pelamin dia? simple, but nice combination of colors and decorations :)

masa kak umi tengah nak salam dengan mak tunang dia ni, susah betul nak snap gambar, sebab semua orang pun nak ambil gambar pada masa yang sama..hoho.. =.="

hihi..sampai senyum ke telinga..orang tengah bahagia la, katakan. ;D

Ni pula, di Plaza Low Yat, Bukit Bintang

mula-mula, saya pastikan ada logo halal JAKIM dulu..hihi

sebab ramai orang beratur nak membeli, jadi saya semakin teruja nak mencuba..haha.

*lupa nak tulis watermark URL blog..ish* ok la kawan-kawan..inilah air Cool blog..dari penutup dia, saya teringat air teh Poci palembang..kenapa saya beli Cool Blog ni? sebab pernah dengar orang cerita sedap!jadi saya pilih air Cool blog Chocolate..tapi, saya rasa jauh lebih sedap ice blended chocolate kopiee satu (favourite saya coklat)..hehe ^_^
taraaaaaa..nak balik da~

P/s: Maaf guna kamera hp je..kamera SLR akak saya ada kt Dubai la. T_T

Tuesday, May 25, 2010

nampak macam remeh

Sudah lama saya mahu menulis tentang hal ini, tetapi terlupa je sebelum ini. Pernahkah anda melihat di laman rangkain sosial (social network) rakan anda yang memakai tudung tetapi terdapat gambar yang dipaparkan tidak memakai tudung? Tak kisahlah disengajakan atau tidak disengajakan. Persoalan yang kadang-kadang bermain di minda orang, "apakah ada persamaan antara gambar dengan jumpa secara live"
Sebenarnya tidak jauh beza, malah boleh saya katakan tidak ada perbezaan di antara melihat gambar dan jumpa di alam nyata. Kerana dengan melihat gambar, orang dapat membayangkan bagaimana rupa orang itu ketika bertemu secara berhadapan. Saya sendiri, kalau ada orang ingin merakamkan gambar saya ketika tidak bertudung, maka secara automatik saya akan mengambil tudung kerana bimbang gambar saya itu dimuat naik ke mana-mana laman rangkaian sosial. Bukannya apa, kita harus berwaspada agar gambar kita yang menampakkan aurat menjadi santapan mata orang yang tidak sepatutnya. Beberapa bulan yang lepas saya pernah mendapat e-mail orang yang bertanyakan hal agama kepada ustaz yang berbunyi, "adakah kita sebagai muslimah boleh meletakkan gambar tidak bertudung di internet". Jawapannya: tidak boleh. Mengapa? Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, orang dapat membayangkan tentang sesuatu. Malahan, gambar sewaktu kecil juga sebaiknya tidak dimuat naik (upload), kerana dari gambar tersebut orang dapat membayangkan rambut kita masa sekarang. Nasihat saya kepada pembaca, "1. Jika anda seorang yang memakai tudung dan memakainya kerana tahu akan kewajipan anda, maka jangan sesekali upload gambar anda yang tidak bertudung di mana-mana atau mem'publish' di mana-mana. 2. Jika anda mempunyai gambar rakan anda yang tidak bertudung, tolong jangan sesekali upload dan tag mereka. Sekian". Wallahua'lam~

Sunday, February 7, 2010

februari kembali

Memang ini bukan post saya yang pertama dalam bulan Februari ini. Tetapi apabila tarikh 7 Februari ini menjelma kembali, saya pasti teringat apa yang berlaku 3 tahun yang lalu. Bulan Februari 3 tahun yang lalu menyaksikan saya gagal dalam meneruskan apa yang saya perjuangkan, saya gagal dalam percintaan (what the fish?) dan juga saya telah mengalami suatu kemalangan. Saya telah meninggalkan MMU dan rakan-rakan saya pada tarikh 5 Februari 2007. Bercakap tentang percintaan, saya anggap itu hanyalah cinta monyet. Kenapa? Saya tidak pernah bercinta sebelumnya. Saya cuma boleh berbangga dengan diri saya kerana saya tidak pernah sesekali membiarkan seorang lelaki menyentuh saya dengan sewenang-wenangnya. Kalau nak pegang tangan, dan lain-lain lepas kahwin tak apalah. Bercakap tentang kemalangan, dulu side mirror kereta akak saya telah dilanggar sehingga tercabut oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki melayu. Masa kejadian, saya dalam perjalanan untuk bertemu BFF saya. Segalanya berlaku dalam sekelip mata dan yang pasti tempat kejadian di Bulatan Kg Pandan (masa bulatan itu under construction). Terpaksa saya pergi ke bengkel untuk menggantikan side mirror sebelah kanan yang telah tercabut itu. Maka, bulan Februari tiga tahun yang lalu itu boleh dikatakan benar-benar menguji diri saya. Mungkin itulah titik tolak kepada perubahan dari cara saya berfikir kini. :)

saya rindu zira dan mina T_T


Monday, February 1, 2010

bigheadz, datanglah padaku....

Saya malas mahu buat post banyak-banyak, so ini kisah pertama. Hari Sabtu saya pergi fotostat sijil-sijil yang diperlukan untuk dihantar ke Universiti pilihan. Saya pernah cerita yang saya mahu mencuba nasib dengan memohon UPU sebelum ini. Sebaik sahaja fotostat mana-mana yang patut, saya pergi singgah ke Guardian untuk membeli barang keperluan. Saya datang bulan dan perlu beli night pad. Gila terus-terang saya di sini. LOL. Pada keesokan harinya, saya lihatlah packaging pad itu dan terperasan sesuatu. Eh, ini ada gel ke. Sebab dia tulis "Laurier Superguard". Saya tidak suka pad yang ber'gel'. Kemudian, saya mula membuka plastik pad itu.
Yeay, macam bukan gel je. Tapi, baru saya tahu tadi sewaktu mahu mencuci pad tersebut yang pad itu sebenarnya ber'gel'. Kenapa saya tidak suka yang ber'gel'? Sebab semasa cuci pad, gel tu akan keluar dengan banyaknya. Benci! =.="
Kisah kedua pula tentang mengumpul setem Bigheadz di Guardian. Untuk setiap pembelian sebanyak RM15 akan mendapat satu setem Bigheadz. Tetapi kalau beli barangan yang ada **, akan mendapat setem ekstra (lebih). Apa yang seseorang boleh dapat selepas mengumpul setem-setem berkenaan? Kalau sudah cukup 40 setem, nanti boleh tukar untuk dapat sebuah patung Bigheadz. Kenapa nama dia Bigheadz? Saya rasa sebab kepala patung tu besar. Hihi. Setakat ini saya baru mengumpul 23 keping setem. Mungkin saya terpaksa membayar sebanyak RM19.90 untuk mendapatkan patung tersebut, sebab tarikh tutup sudah hampir. Oh ya, jika seseorang mengumpul sebanyak 20 keping setem, mereka juga boleh dapatkan patung tersebut dengan membayar sejumlah wang seperti yang saya beritahu tadi. Saya mahu Bigheadz!!


P/s: adik saya sudah redeem Bigheadz monyet..lihat gambar tu ada lapan Bigheadz yang menanti untuk dipilh..oh, saya pun nak. T_T




Sunday, January 31, 2010

program detoksin Juvanex

Sebenarnya sudah lama saya mahu post di blog apakah menu yang saya ambil semasa saya mengikuti program detoksin 7 hari Juvanex hujung tahun 2009 yang lalu. Tetapi kerana kekangan waktu, saya tiada kesempatan untuk berbuat demikian (nak kata konon busy tapi sebenarnya dah terlupa). Tujuan sebenar saya masa dulu mengambil Juvanex semata-mata kerana mahu melancarkan pembuangan sisa pepejal (sebab dua hari tak membuang..huhu). Niat saya untuk mengikuti program itu saya jayakan sewaktu parents saya pulang ke kampung dan kebetulan saya sedang dalam cuti semester ketika itu. Kalau kita mengikut pemakanan yang disyorkan Juvanex, memang nampak terseksa. So, saya telah mengubah beberapa menu.

Hari Pertama (2/12/09)
Breakfast
- Roti gardenia 2 keping
- Juvanex
Lunch
- buah pear/honey dew (mkn selang-seli 2 jam skali)
Dinner
- Bubur nasi perang+salad (Caesar dressing)
- Sepotong buah pear
- Juvanex

Kesan:
Rasa pening2 sikit..tapi ok la..masih boleh handle. masa nak solat banyak kali amik wudhu sebab asyik tut..tut..lol~

Hari Kedua (3/12/09)
Breakfast
- Buah honey dew
- Juvanex
Lunch
- Buah pear/honey dew (mkn selang-seli 2 jam skali)
Dinner
- Bubur nasi perang
- Juvanex

Kesan:
Saya mendapat ulser (sariawan). Mungkin sebab minuman Juvanex agak 'panas'.

Hari Ketiga (4/12/09)
Breakfast
- Yogurt
- Buah
- Juvanex
Lunch
- Sweet potato (2 biji)
Dinner
- Bubur nasi perang
- Daging sedikit+cendawan
- Juvanex

Hari Keempat (5/12/09)
Breakfast
- Yogurt
- Buah
- Juvanex
Lunch
- Sweet potato (2 biji)
Dinner
- Nasi goreng kampong+potongan frankfurter ayam Ramlee
- Juvanex

Hari Kelima (6/12/09)
Breakfast
- Yogurt
- Buah
- Juvanex
Lunch
- Sweet potato (2 biji)
Dinner
- Mi Ruski perisa tomyam
- Juvanex

Hari Keenam (4/12/09)
Breakfast
- Sweet potato (1biji)
- Juvanex
Lunch
- 2 petak Coklat cadburry
- Chipsmore
Dinner
- Mi goreng perisa ayam Indomie
- Kek keju
- Juvanex

Hari Ketujuh (8/12/09)
Breakfast
- 2 potong kek keju
- 1 petak coklat cadburry
- Juvanex
Lunch
- Makaroni goreng
Dinner
- 3 bebola ayam+satu mangkuk carrot bermayonis
- Juvanex


P/s: Hari yang lain saya tidak ingat apa kesannya. Kalau mahu program detoksin berkesan, jangan langgar pantang. Alhamdulillah sekarang lancarlah pembuangan sisa pepejal. Satu lagi kesan, saya sekarang asyik berjaga sampai tengah malam. Sekian.




Tuesday, January 26, 2010

sinopsis Mr Brain

Sebelum ini saya pernah tulis di blog yang saya telah membeli DVD Mr Brain. Selepas menonton sehingga episod terakhir saya telah membuat kesimpulan. Drama ini memang best. Macam ada penyiasatan dan misteri yang perlu diselesaikan. Pelakon-pelakonnya juga hebat-hebat termasuklah pelakon pembantunya.
Cerita dimulakan dengan Tsukumo Ryusuke (Kimura Takuya) yang bekerja sebagai hos kelab. Kiranya, dia pelayan lelaki yang melayan pelanggan perempuan. Suatu hari dia telah ditimpa kemalangan. Bermula dari situ, dia telah menjadi seorang yang pandai (otak dia memang ligat) dan banyak membantu polis dalam penyiasatan terutamanya kes bunuh. Banyak kes-kes yang membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana pelakunya melakukan hal itu. Rasanya nanti ada Mr Brain 2, tak sabar menunggu sambungan cerita ini.

Ayase Haruka

Mizushima Hiro




terlajak perahu boleh diundur...

Kadang-kadang manusia ni melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya. Memang kita ada kebebasan dalam bersuara, tetapi bukanlah dengan membuat pengakuan secara terbuka atau senang cerita menyebarkan hal-hal sedemikian di internet sama ada melalui blog atau e-mail. Saya masih ingat akan apa yang pernah saya lihat di berita (kes Manohara pulang ke Indonesia juga hangat diperkatakan pada waktu yang sama) ketika saya berada di Indonesia tahun lepas. Ibu Prita, yang pernah mendapat rawatan di sebuah hospital di Jakarta tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital itu. Maka dia telah menulis e-mel kepada rakannya. Entah apa silapnya, e-mail yang dihantar akhirnya tersebar sehingga ke pihak hospital. Maka pihak hospital berkenaan telah membuat tindakan iaitu ingin menyaman ibu Prita. Memang kasihan ibu Prita yang waktu itu baru keluar hospital, tetapi ada tindakan undang-undang yang dihadapinya sebaik keluar hospital. Setelah sekian lama kes didengari di mahkamah dan sokongan padu yang diberikan oleh orang ramai, alhamdulillah keputusan berpihak kepada ibu Prita. Beliau bebas daripada tindakan mahkamah. Dalam kes ibu Prita, memang sewajarnya dia menceritakan pengalamannya agar orang lain tidak akan membazirkan wang membayar perkhidmatan di hospital tersebut tetapi layanan yang diberikan langsung tidak setimpal. Beberapa hari yang lalu kita telah dikejutkan dengan berita pemergian almarhum Sultan Johor. Pemergiannya diratapi oleh rakyat negeri Johor khasnya dan umumnya rakyat Malaysia. Akan tetapi, tidak lama selepas itu ada seorang blogger yang telah menulis di blog dan menulis sesuatu yang tidak baik tentang almarhum. Janganlah kita membuka aib orang, kerana apabila kita menutup aib orang maka Allah akan menutup aib kita. Oh ya, saya sangat malu membaca komen-komen orang yang menulis tanpa memikirkan keindahan bahasa. Sangat sedih kerana mereka yang mengaku diri mereka Islam tetapi menggunakan ayat seakan-akan orang yang tidak beragama. Nauzubillah minzalik.


Sunday, January 10, 2010

kala matahari bersinar

Title tu tiada kena mengena dengan blog hari ini. Tapi cuaca hari ini memang baik. Cerah. Esok bermula semester yang baru. Menurut koordinator course DBIT, kelas akan bermula pada hari Selasa. Cuma esok kena juga datang kolej, ambil result slip yang sepatutnya dapat masa register hari tu tapi belum dapat. Lagi satu perkara, saya kena ambil add/drop form. Mungkin saya kena add secara manual subjek E-Commerce since sistem macam tak letak pun subjek tu dalam list subjek yang saya ambil semester ini. Semester ni saya mesti memastikan CGPA tidak terusik, dalam erti kata lain CGPA kalau boleh tidak jatuh. Huhu. Saya mesti jadi yang terbaik antara yang terbaik. Gambateh!! Semester ini akan menjadi semester yang terakhir buat saya dalam course DBIT ni. Perlukah saya teruskan degree di KPTM atau di IPTA? Parent saya tiada halangan dalam memberikan saya kebebasan untuk memilih. Kemungkinan besar saya akan meneruskan sahaja pengajian di sini since boleh credit transfer. Lagipun degree dia under Coventry University, UK.
Harap-harap dalam 2012 saya berjaya menamatkan degree dan mendapat B.IT(Hons) Business Information Technology with ____________. Major apa yang saya patut ambil? Accounting/International Business? Confuse sudah...Oh Coventry~



Wednesday, January 6, 2010

ada apa dengan blog?

Pernah terfikir apa maksud URL ini?
Al-kisahnya, mula-mula saya nak buat mystorynotyours tapi dah ada orang buat. T_T Sebab tu saya pilih mistolinoturs. Lagipun nampak macam unik, kan. So, apa maksud disebalik URL yang saya pilih?
  • mi= my
  • stoli= story
  • not= not
  • urs= yours
"Ini cerita saya, bukan cerita awak"
as simple as that. :D

Kenapa blog?

Saya rasa cara terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati saya melalui penulisan. Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah berjaya untuk menulis di dalam diari seumur hidup ni. Sebab tu alternatif lain saya menggunakan blog. Oh ya, blog pertama saya ditulis di Friendster blog pada sekitar tahun 2005. :p




Tuesday, January 5, 2010

conversation (part 2)

Semua kerana Hanis. ;)

Kak Rina: By, tengah guna internet ek? Tolong buka SIHAT jap.
Me: Ok. (sambil membuka tab yang baru dan menaip URL dia)

Tidak lama selepas itu...

Me: Kak Rina, cuba tengok ni. Hanis Zalikha pakai tudung la!
Kak Rina: Ala, tau da. Masa raya hari tu kan?
Me: Tak lah! Semalam kat kelas dia.

Sambil-sambil tu kak Rina pergi tengok page SIHAT dia, then dia beralih ke tab yang terpampang muka Hanis.

Kak Rina: Dia ni cantik kan.
Me: A'ah.
bla bla bla

Sebaik sahaja selesai melihat blog Hanis, Kak Rina terus bangun.

Me: Eh, tadi kata nak tengok page SIHAT?
Kak Rina: Lupa pula. x)



Thursday, December 10, 2009

cekap dan efisyen

pagi hari selasa yg lepas saya sibuklah meng'usha' website atau blog yg boleh shopping online (menjual barang secara dalam talian)..sy klik dari satu link ke link yg lain..dlm byk2 link URL yg sy klik, tiba-tiba saya berkenan ngan satu baju kt The Urban Muslimah ni..so, sy buat keputusan nak beli baju tu..lepas dah submit order form, sy menunggu reply dr seller..alhamdulillah tak lama selepas tu, baju tu berjaya di 'book' oleh sy..petang itu sy transfer duit di CIMB..semalam seller tu hantar parcel yg berisi pakaian yg sy order tu dan alhamdulillah sebelum tengah hari td sy dah dapat apa yg sy nak..khidmat yg sgt cepat..sy suka! oh ya, ni pula tips buat penjual yg ingin menjual barang secara online..antaranya:

  1. pastikan bank yg anda pilih utk pelanggan melakukan pembayaran adalah bank yg common..bank yg common disini misalnya, CIMB, Maybank, etc..jgn ambil bank yg tak banyak branch/susah org nak berurusan.
  2. sebaik sahaja menerima bayaran drpd pelanggan, sebaiknya jgn melewat-lewatkan penghantaran..ini value yg sy dititikberatkan oleh pembeli..
  3. jangan sesekali merahsiakan sebarang kecacatan(yang mungkin ada) pada barang yang ingin dijual..nanti anda juga yg mendapat kesusahan..
  4. sentiasa update dan keep in touch dengan pembeli yang berminat dengan barang yang anda jual..

tu je tips yg dpt sy fikirkan..best pula share2 tips ni..semua ni ilham daripada pengalaman saya membeli secara online..alhamdulillah so far saya dapat penjual yg jujur..hehe.. :)



Tuesday, December 8, 2009

tips shopping secara online

lately, ramai orang yg suka beli barang online je (dalam talian)..yg penting ada komputer dan internet..then, kita hanya perlu browse je website or blog yg ada menjual barang2 yg kita nak..sy dah pernah shopping online kt GetGorgeous..memang puas hati sbb tak payah susah2 nak gi kedai cari..haha..tp, jgn la smp giler b'shopping online sampai tak dapat nak berjimat..itu namanya boros..ada beberapa tips yg kita perlu tau sebelum nak membeli secara online ni terutamanya klu nak membeli baju..
antaranya:

  1. pastikan lihat dulu saiz ukuran yang diberikan..jgn ingat kalau awak biasa pakai saiz S, baju yg mereka jual tu ukuran S nya sama dgn yg awak biasa pakai..
  2. pastikan juga mereka ni boleh dipercayai atau x..mcm mn caranya?cara termudah,lihat feedback/komen customer..
  3. pilih warna yg anda berkenan..tp, perlu diingatkan disini, warna yg biasanya anda lihat di internet, tak semestinya sama seperti yg sebenarnya..semua kerana faktor cahaya (semasa gambar itu diambil dan juga skrin monitor anda)..so, jgn lah nanti marah penjual tu.
  4. kalau awak tak jadi nak beli barang yg awak dah book(nak cancel order), tolong beritahu penjual tu..mereka tak makan orang, tapi mereka tak suka kalau org yg cancel order tu senyap macam tu je(ramai lg orang yg mgkin berminat dgn barang tu)..

p/s: kat left-side bar blog saya ni ada link utk "Shopping Online"..highly recommended..cuci mata pn xpe.(sy tak dibayar apa2 utk ini..hehe) ;)



Monday, December 7, 2009

salah sendiri


alkisahnya, masa saya tenggh baca2 blog orang lain 2 hari lepas..saya terbaca rasa kecewa someone..die sedih sebab orang yang dulu nya pernah convert masuk islam..then dah keluar dr Islam..saya pun ble dapat tau tentang hal itu rasa agak sedih..salah siapa?jangan salahkan orangg itu sahaja..salahkan diri kita sbg org Islam sndiri juga..kenapa kita tak dapat nak bimbing dia..mungkin dia masih lemah dalam iman..tau ape sbb dia keluar dr Islam?cuma sebab anjing dia mati..dia cakap dia dah tak percaya tuhan..Nauzubillah Minzalik..smoga dia mendpt hidayah lg suatu hari nanti..kisah dia masuk Islam tu..dia mula mengenal Islam masa dia berada di Indonesia pada thn 2007..mungkin hati dia terus tergerak utk mengikuti ajaran Islam masa tu..saya ada lihat gambar dia pakai tudung..memang comel..sedih sebab kini dia bukan lg seorg Muslimah kini....



Sunday, December 6, 2009

hati

ok la. semua posting lama sy delete sebab dah malas melihat isi2 tu. bosan. blog link pn da tukar. yg ni br la nampak istimewa (entah apa yg istimewa). sebenarnya hati manusia ni pelik dan unik,kn? kdg2 mgkn kita cuba utk suka something. tp at the end of the day, kta tak dpt suka kn bnd tu since hati ini bukan boleh di paksa. mslh skrg mcm mn klu kta cuma t'paksa b'kata suka,sedangkan hati tidak. oh hati. maafkan tuanmu krn kadangkala tak dpt memenuhi hasrat hati.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails