Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Tips Mengatasi Masalah Tidak Boleh Login Facebook di Browser

Salam readers. Hari ini saya ingin berkongsi satu cara yang baru saya pelajari dari satu website. Alhamdulillah masalah yang laptop saya hadapi iaitu tidak boleh akses laman Facebook, akhirnya dapat diatasi. Sebelum ini saya dah lama tak guna laptop ini sebab masalah ini. :p 

Cara mengatasinya:

  1. Klik Start> di bahagian search taip %systemroot% system32driversetc dan ENTER
  2. Kalau tak dapat, cari secara manual dalam FOLDER Windows>System32>drivers>etc
  3. Cari fail bernama Hosts. Rename atau tukar nama fail kepada Hosts.old
  4. Sekarang anda perlu mewujudkan fail Hosts yang baru.
  5. Caranya, buka Notepad atau text editor. Taip seperti yang berikut:
Untuk Windows XP:
# Copyright (c) 1993-1999 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

127.0.0.1       localhost

Untuk Windows Vista:
# Copyright (c) 1993-2006 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

127.0.0.1       localhost
::1             localhost

Untuk Windows 7:
# Copyright (c) 1993-2006 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

# localhost name resolution is handle within DNS itself.
#       127.0.0.1       localhost
#       ::1             localhost


       6. Simpan fail sebagai "Name": Hosts "Save As Type": All Types. Pastikan ianya disimpan didalam                  folder tadi juga.
      7. Sepatutnya cara ini dapat mengatasi masalah tidak boleh akses ke laman Facebook tadi. 

Semoga berjaya!


Saturday, July 28, 2012

Maquerade Mask murah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post saya kali ini ringkas, tapi informatif (masuk bakul, angkat sendiri). Saya dapati ramai juga yang google cari pasal masquerade mask. Terlalu banyak hits. Setelah dua tahun Grand Annual Dinner kolej yang bertemakan masquerade berlalu.....akhirnya saya telah terjumpa satu kedai yang jual mask dengan harga yang murah GILER. Lokasinya di Pandan Mewah. Kedainya terletak disebelah 99 Speed Mart. Untuk pengetahuan kedai ini dari Hospital Ampang atau Mc Donalds's dah boleh jalan kaki. Kalau takut sesat boleh tanya orang kat sana, for sure mereka tahu. Oh ya.Masa dulu saya beli mask dengan harga RM14.90. Mahalnya. Pakai sekali je. @.@ Tapi mask yang dijual di kedai ini, harganya CUMA RM2.90. Pengsan tak dengar? Bukan RM12.90 atau RM21.90. So apa tunggu lagi, belilah di sana selagi stok MASIH ADA. :D

P/s: Picture will be upload bila saya rajin. he2

Friday, July 27, 2012

Tips Menghilangkan Sedu Bayi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia (rasa macam patriotik). Kawan-kawan dah kibarkan bendera Malaysia (aka Jalur Gemilang)? Saya sudah. Sehari sebelum puasa hari tu. Ayah saya kata, "aik, cepatnya bendera dah letak". :p Saya memang seorang yang semangat giler untuk kibarkan bendera di luar rumah. Dah jadi satu kebiasaan sejak tahun 2007. Heeee. :) 


Apa pun, hari ini saya nak berkongsi apa yang telah saya dapat dari rakan-rakan saya di Facebook. Semalam kakak sulung saya suruh saya cari di internet cara untuk menghilangkan sedu bayi. Tapi saya terus post di FB kepada rakan-rakan saya. Hasilnya seperti di bawah:






Ada petua yang kalau kita fikir berkali-kali, macam tak boleh diterima akal. Haha. Rasa macam tak logik. Tapi dah nama pun petua orang dulu-dulu. Hihihihi. Layan.

Saturday, March 10, 2012

Seminar Penulisan Resume dan Temu Duga *Tips*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman (skema sikit, tak pe kan?). Pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas saya telah mengikuti seminar penulisan resume dan interview anjuran Yayasan Bank Rakyat di KPTM bangunan baru (LOL). Penceramahnya mahu dikenali sebagai Uncle Ed (panjang kisah kenapa namanya 'Ed'). Apa yang boleh saya kongsi di sini, apa yang perlu anda pakai ketika menghadiri temuduga dari kaca mata korporat. 


cara salam pun kena betul..hihi..tapi kalau bukan mahram, kena  nyatakan pendirian kita. huhu

Untuk menghadiri interview a.k.a temuduga:


*Sila bawa organizer dan pen yang nampak mahal (bukan jenis plastik) untuk merekodkan apa-apa maklumat penting, misalnya soalan dari penemuduga.


Bagi Lelaki:

  • Memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher.
  • Panjang seluar mestilah melebihi buku lali.
  • Kasut berwarna hitam gelap tinggi 1 inci dan mesti jenis bertali, bukan jenis 'slip-on'
  • Stokin dan kasut hendaklah mengikut warna seluar.
  • Jika memakai kot/blazer, pastikan BUTANG terakhir jangan digunakan (nampak macam robot) 
Bagi Perempuan:
  • Pakai kemeja yang berwarna gelap seperti hitam, navy dan grey. Kalau plain pun boleh, tapi jangan warna striking.
  • Jika bertudung, jangan pakai tudung yang berwarna-warni dan brooch jangan terlalu besar.
  • Pakai cotton pants dan masa gosok, biar ada garis kat depan.
  • Pakai long skirt juga boleh.
  • Imej korporat bagi perempuan, digalakkan memakai semua hitam.
  • Pakai stoking warna hampir sama warna kulit.
  • Kasut bertutup tinggi 1 inci dan jangan jenis kilat (sebaiknya pakai leather shoe).
  • Jangan pakai gelang, HANYA pakai 1 cincin dan juga jam tangan yang tidak begitu besar.
  • Kalau boleh bawa document bag yang jenis buka dari atas. Kalau bawa handbag, pastikan warna beg tangan dan document bag adalah senada (sama).
  • Eh, baju kurung tak boleh ke? BOLEH, tapi kena pakai warna plain dan biasanya untuk interview dengan kerajaan yang kita pakai baju kurung. Hehe. Jadi. kena study dulu syarikat kita nak pergi tu punya culture macam mana. Jangan TERJAH je.
Gaya duduk juga amat penting, jangan duduk macam ini, CONFIRM ditolak.
Selamat menghadiri temuduga. Ketahuilah bahawa 30 minit pertama adalah sangat penting!

Tuesday, January 17, 2012

Online Shopping Berbaloi Ke?

Salam bloggers. Memandangkan tiba-tiba saya dah kembali aktif membeli secara online, jadi saya nak bercerita tentang online shopping ini la. Haha. Saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman membeli secara online (walaupun bukan semua orang pernah). Tapi yang pasti buat orang yang pertama kali membeli, mereka tentunya ada satu perasaan kurang selamat. Maklumlah, bukan mudah untuk percaya orang lain. Kualiti produk pun belum terjamin. Hmm.. Dulu saya online shopping sebab tertarik dengan produk yang dijual, lagipun tak perlu keluar untuk cari barang tu. Lawa dan menarik gitu! 

  • Oh ya, sekarang ini saya suka warna2 pastel atau warna yang comel seperti yang dijual Calaqisya. Founder dia budak SBU sama batch dengan saya dan ianya usaha adik beradik, tapi memang laris baju-baju yang dijual. Boleh dibanggakan sebab design sendiri pun laku. Hehe. >.< Sebenarnya, saya tak pernah beli dengan Cala, tapi melalui feedback saya tahu customer puas hati.




  • Modish Mode House pun sama juga. Menjual pakaian yang direka sendiri dan saya perhatikan tiap minggu pun ada baju yang baru. Cuci mata, oh! Saya pernah beli dari MMH ini sekali. Ok la. Tapi tangan macam kurang panjang je (mungkin sebab custom made, jadi dia ikut saiz owner dia yang kecik molek. Huhu.




  • Saya salah seorang returning customer butik online GetGorgeous. Dulu saya pernah beli cardigan hitam, blouse chiffon, jaket dan inner dari mereka. Hujung tahun lepas, saya telah membeli produk mereka setelah sekian lama. Saya beli kain chiffon hitam, tapi agak jarang juga la. Kena cari kain dalam yang extra tebal rasanya. Huhu.
  • Selain itu, saya juga pernah membeli dari Urban Muslimah. Memang ekspres penghantaran yang dibuat memandangkan stok memang ada dalam tangan.

Nota Kaki:
  1. Setelah yakin penjual itu boleh dipercayai, barulah anda submit order.
  2. Ikut arahan pembayaran. Jika perlu bayar segera, jangan berlengah lebih-lebih lagi kalau tidak boleh reserved. Tapi, jangan hilangkan BUKTI pembayaran.
  3. Kalau barang itu ialah pre-order items, tunggu dengan sabar mengikut masa yang telah dijanjikan.
  4. Selamat membeli secara online dengan berhemah.

Wednesday, January 4, 2012

Renovate Rumah Pun Susah

Salam bloggers. Siapa-siapa yang duduk di kawasan yang ada majlis perbandaran, mestilah ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Misalnya kalau nak renovate rumah. Siapa kata senang je nak renovate rumah? Kalau setakat cari kontraktor, memang mudah. Ada duit, semua boleh jalan. TAPI, sebelum itu ada perkara yang lebih mustahak kita lakukan. 

Apa yang anda perlu lakukan sebelum renovate rumah (bahagian atas)?

  • Mendapatkan kelulusan dari majlis perbandaran. Kena ada lukisan pelan dari pelukis pelan bertauliah dan ianya mesti diluluskan oleh pihak majlis (contoh: MPAJ)
  • Sebelum itu, anda mesti menyediakan salinan S&P (sales & purchase), cukai tanah, cukai pintu (yang telah dibayar), CF (kalau tak de, dapatkan surat akuan bersumpah), gambar rumah (sebelum renovate), borang jiran, dan lain-lain. Jangan ingat harganya murah sebab kos semua ini mencecah RM3000 (termasuk lukis pelan oleh pelukis pelan dan juga tong besi tempat sampah tu).
  • Tapi, kalau nak tanggung risiko, boehlah beli pelan standard yang dijual di sana (dijual dengan harga RM30 kalau untuk MPAJ). Cuma, kalau tiba-tiba ada pihak majlis buat round kat kawasan rumah dan anda tidak bernasib baik, KEMUNGKINAN besar anda akan dikompaun. Hehe. Sebab, pelan standard tu hanya meliputi renovasi rumah bahagian porch.
  • Proses ini mengambil masa 2 minggu, tapi kalau kita beli pelan standard tu, masa yang diambil lebih kurang 1 minggu je. 
Susah kan, banyak kerenah. Siapa kata, ada duit semua boleh jalan? Atas faktor-faktor keselamatan, banyak yang perlu kita lalui.........huhu.

Friday, July 22, 2011

Ada Apa dengan Umrah Ramadhan?

Salam readers. Hihi. Rasanya dah lama saya tak jenguk blog ini. Semalam saya demam. Huhu. Semuanya bermula dari hari Rabu. Mula-mula bile bangun pagi saya rasa tekak saya sakit. Petang tu balik dari kampus, saya terus makan aiskrim bersama durian dan juga roti. Malam tu makin teruk pula sakit tekak saya. Semalam sepatutnya saya nak mendapatkan suntikan Meningitis di klinik. Tapi, memandangkan suhu saya 38.4 darjah kot, jadi saya tak boleh lah. Sebab katanya, suntikan itu macam dia masukkan virus dalam badan lah. Kalau badan tengah lemah, takut makin bertambah teruk pula sakitnya. Alhamdulillah hari ini saya rasa dah beransur pulih juga walaupun masih panas sikit dan tekak pun rasa sakit sikit lagi. Tapi, tak adalah macam semalam sampai nak telan rasa pedih sangat. Macam tekak luka la rasanya. Oh ya, hari ini saya ingin berkongsi tips kalau seseorang tu nak pergi menunaikan umrah. Apa persediaan yang perlu ada untuk mendapatkan visa. Pertama sekali, mestilah kena tau nak pergi dengan agensi apa? Kalau dah bayar duit booking, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan. Antaranya, pasport (dokumen perjalanan sah untuk 6 bulan), buku suntikan Meningitis, surat nikah (bagi yang telah berkahwin), surat beranak (bagi anak kepada pasangan). Oh ya, kalau dah bayar penuh untuk tambang tu jangan lupa segera dapatkan suntikan Meningitis. Jangan last minute! Huhu. Ok, till fingers meet keyboard, ;)

Saturday, April 23, 2011

OMG! Ada Orang Langgar Kereta. Apa Reaksi Anda?

Salam readers. Entri ini saya tulis memandangkan ada satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi. Waktu itu saya baru selesai makan dan kebetulan nasi goreng ayam yg saya makan tak habis, jadi saya ingat nak derma kat kucing jalanan. Maka, saya pun keluar dari rumah dan sebelum saya keluar dari pagar saya lihat ada sebuah kereta Myvi di depan rumah jiran saya. Ah! Tunggu la kereta ni gerak dulu, baru lempar2 nasi kat luar. Itulah yang terdetik di hati saya ketika itu. Tidak lama kemudian, tiba-tiba kelihatan ada lampu yang menandakan kereta itu baru mahu reverse. Maka saya menyorokkan diri sekejap. Dalam beberapa saat, tiba-tiba saya terdengar bunyi benda dilanggar.
OMG! Habis kereta kakak saya yg Dr tu kena langgar. Cuba bayangkan, ada scratch yang sangat jelas kelihatan di sebelah kiri bahagian belakang. Pemandu itu seorang lelaki cina dan dia dengan segera keluar dari keretanya. "Sorry tak perasan dari side mirror". Begitulah katanya. Lelaki berkenaan minta phone number untuk contact. Tapi saya kata, dulu kakak saya ada pengalaman dilanggar dan kereta tu dah bagi phone number tipu. Siot je, kan? Jadi, lelaki cina itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan memberikan business cardnya. Saya ada tips untuk dikongsi jika KERETA ANDA DILANGGAR. Ini cuma boleh dipraktikkan kalau anda rasa kereta anda dilanggar oleh orang yang TERlanggar. Kalau yang sengaja langgar dengan tujuan lain, lain cerita. TIPSnya seperti berikut: Kalau boleh lihat IC pemandu berkenaan. Catatkan nama, no K/P dan juga alamat. Kemudian, minta phone number dia. Kalau nak lebih selamat, suruh dia missed call. Sebab takut dia menipu nombor. Kemudian, catatkan no plat kenderaan berkenaan. Dengan adanya semua maklumat berkenaan, tipis kemungkinan orang itu nak menipu. Berbalik kepada kisah dilanggar tadi. Nak dipendekkan cerita, setelah bersemuka dengan kakak saya, lelaki berkenaan telah berjanji untuk bertemu kakak saya esok untuk settle kan masalah ini. Apa kesudahannya? Tunggu esok...

P/s: Kakak saya sempat kata pada saya, nasib baik SAGA..kalau hari tu beli HONDA ke....

Wednesday, March 23, 2011

Soalan Bocor, Tapi Tak Semua Dapat Menjawabnya. Mampukah Anda?

Salam readers.

Siapa tuhan kamu? Siapa Nabi mu? Apa agamamu? Acapkali kita mendengar soalan ini sewaktu belajar matapelajaran Pendidikan Islam sewaktu di sekolah dulu. Dulu, kita dengan yakin mengatakan bahawa kita mampu menjawabnya. Tetapi persoalannya, benarkah kita mampukah menjawab soalan bocor ini ketika roh sudah keluar dari jasad?Syarat mampu menjawab soalan bocor ketika di kubur nanti adalah dengan amalan kita ketika kita hidup. Membaca kitabullah serta membenarkannya dan mengamalkannya. Renung-renungkan dan selamat beramal....Sebelum itu marilah kita sama-sama menadahkan tangan dan berdoa..
"Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami memohon padamu, ampunilah dosa kami ya Allah..sesungguhnya kami terlalu banyak melakukan dosa, ya Allah, matikanlah kami dengan amal yg soleh, semoga kami tergolong dalam orang yang masuk ke syurgaMu ya Allah..Amin Ya Rabbal A'lamin.." =)

Tuesday, March 15, 2011

Cara Untuk Mempercepatkan Akses Facebook Anda


Salam readers. Perasan tak dalam beberapa hari ini anda ada masalah ketika mengakses laman sosial Facebook? Lembab sangat kan. Tapi, jangan risau setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Masa saya tengah blogwalking tadi tiba-tiba saya terjumpa blog yang ajar cara untuk mempercepatkan akses di Facebook. Tapi untuk pengetahuan, ini hanya boleh diamalkan oleh pengguna di Malaysia kerana server yang digunakan adalah di Malaysia. Rujuk di sini untuk cerita lanjut. Saya akan beritahu cara yang mudah untuk anda aplikasi kan (bagi pengguna Windows).
  1. Sila cari C:\Windows\System32\drivers\etc\
  2. Buka hosts file dengan menggunakan notepad. Tapi, sebelum berbuat demikian anda perlu right click di ikon Notepad dan pilih "Run as Administrator"
  3. Tambahkan ayat berikut di bahagian bawah sekali: 203.106.85.66 www.facebook.com
  4. Simpan fail yang telah diubah (save)
  5. Buka browser internet anda dan rasai perubahannya. Laju tak? ;)
Selepas perubahan, hosts file anda sepatutnya nampak seperti di bawah:

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com

P/s: Tapi menurut blog berkenaan, apabila masalah di Hong Kong Internet Exchange telah pulih, kita kena delete semula perubahan yang telah dilakukan. Selamat mencuba. Hehe.

Bekicot Baik Buat Orang Yang Tergolong Dalam Golongan Darah AB

Salam readers. Pernahkah anda baca buku yang bercerita tentang makanan yang baik mengikut golongan darah anda. Untuk pengetahun, saya merupakan salah seorang penerima darah universal iaitu AB. Hehe. Cemburu tak? Menjadi penerima universal bukanlah satu perkara yang menggembirakan buat orang yang suka derma darah. Sebab orang yang bergolongan darah O pasti akan kata, "alah, darah AB kedekut!". LOL. Oh ya, balik kepada cerita mengenai buku golongan darah tadi....Beberapa tahun yang lalu parents saya telah membeli buku Golongan Darah semasa berada idi Indonesia. Rasanya adalah dalam 4 buah buku yang dibeli hasil karya Peter J. Adamo kalau tak silap (buku untuk darah A, B, AB dan juga semua golongan darah). Apa kebaikan kita mengikuti pemakanan ikut golongan darah? Kata penulis buku tu, ia dapat mencegah kanser. Hmm. Wallahua'lam. Memandangkan saya ini berdarah AB, jadi saya boleh kongsi makanan apa yang KITA harus elak makan ya. JANGAN makan ayam, aiskrim, coklat. Haa! Tu baru tiga jenis makanan, yang lain-lain saya tak ingat. Tapi, boleh ke ikut? Bila dengar itu yang kena dielakkan, saya memang tak boleh nak ikut la. Sebab semua makanan tu SEDAP. Hoho. Teringat saya dialog saya dengan mak saya.

Saya: Mama, kalau darah AB ini baik makan bekicot lah. Nak BEKICOT lah, ma! (dengan penuh semangat saya berkata)
Mama: Tahu tak bekicot tu apa?
Saya: Tak tahu lah, tapi baik untuk golongan darah AB.
Mama: Bekicot tu siput babi.
Saya: (speechless) eeeeeee...tak nak lah ma....

Sunday, February 20, 2011

ada apa dengan x10der @ extender?


Salam bloggers. Pernah dengar produk yang dikeluarkan satu syarikat di Malaysia yang namanya x10der dahlya? Kalau tak pernah sila klik link ini. Produk yang dijual merupakan skirt yang boleh melabuhkan baju dan juga sarung lengan. Ianya bukan seperti armsock yang biasa dijual di pasaran. Kalau kawan-kawan pernah pakai inner, perasan tak bila kita pakai saiz yang biasa kita pakai (contoh: XL). Mesti kita dapat rasa inner tu agak melekap kat badan kecuali kita pakai saiz yang lebih besar. Tetapi, dengan memakai produk dari x10der dahlya ini, semua itu bukan lagi masalah. Malah, jika baju yang kita pakai kurang panjang, ia juga boleh menjadi labuh hanya dengan memakai skirt yang dijual oleh x10der dahlya. Tidak menjadi suatu kemestian untuk membeli produk dari x10der dahlya. :D Untuk alternatif lain, kita boleh juga beli skirt pendek yang dijual di mana-mana kedai baju untuk dipadankan dengan baju T yang mungkin kurang panjang. Gaya sopan kan membuatkan kita lebih dipandang tinggi. Hihi. Ok, papai. Selamat mencuba! ;)


P/s: Saya bukan ejen x10der dahlya, cuma pelanggan. Tapi tak salah berkongsi kan? :)

Saturday, February 19, 2011

Wear It Right Campaign. Cara Berhijab Yang Paling Baik :)


Salam bloggers. Tiba-tiba banyak idea muncul pagi-pagi buta ni. Haha. Ceritanya macam ini, sebenarnya saya dah lama dok perhati a.k.a melihat orang-orang yang pakai tudung ini. Sayangnya sekarang ramai (bukan semua) yang menjadikan tudung sebagai aksesori. Faham maksudnya? Tudung ini cuma sekadar barang hiasan yang dipakai bila perlu. Ada orang dia pakai tudung semata-mata kerana rambut dia tak cantik dan dia malu kalau orang nampak rambut dia macam tu. Ok, pelik kan? Dengar cakap orang, tapi tuntutan agama dia lupa. Kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat kamu pakai tudung tak? Kalau pakai, Alhamdulillah. Kalau belum pakai, marilah sama-sama doakan biar terbuka hati mereka suatu hari nanti. Tapi, perlu diingatkan pakai tudung bukanlah bermakna tutup rambut sahaja ye kawan-kawan. Kita perlu ingat, pakai tudung bermakna melabuhkan tudung/shawl di bawah paras dada. Kalau sekarang kawan-kawan pakai tudung selempang ke belakang, apa kata esok cuba untuk tak selempang lagi. Kalau selempang pun, biar tutup dada. Jom, sematkan di dalam dada kita, apa yang kita buat kerana Allah bukan kerana orang lain. Dalam Surah Al-Nur ayat 31 ada menyebut:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …"
Pedulikanlah kalau orang lain kata, "Eh, tak fashionable @ fashionista la kalau pakai tudung macam tu". Berfesyen itu tak salah, tapi kalau salah fesyen yang membuatkan kita bersalah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sunday, February 13, 2011

PERHATIAN! Kalau Tong Gas Anda Sudah Habis, Jangan Terus Beli Yang Baru!

Salam bloggers. Masih ingat kisah tong gas yang diterbalikkan saya pernah cerita? kalau tak ingat klik di sini ;) Alhamdulillah hingga ke hari ini (selepas 16 hari berlalu), tong gas berkenaan masih mengeluarkan gas. Berasa takjub? Hehe. Rupa-rupanya, petua ini telah ayah saya dengar lebih 20 tahun yang lalu. Tetapi baru dipraktikkan hujung tahun yang lalu. *rugi-rugi* Hehe. So, kamu dah cuba belum terbalikkan tong gas yang dah habis gas? Pelik kan bila tong gas yang sepatutnya dah habis, tapi tiba-tiba ada gas balik. Tapi, sebenarnya mudah sahaja kalau kita fikir secara logik. Gas kan bukan ada di atas sahaja. Jadi, bila kita tegakkan tong gas, tentu ada gas yang terkumpul di bawah. Sebab tu masih ada gas yang tersisa. Ada faham? :D

Monday, January 31, 2011

Wong Solo

Salam bloggers. Entri kali ini pasal makan-makan. Lokasinya Wong Solo. Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki dan makan di Wong Solo ini. Tapi memandangkan saya masih baru lagi pulang dari Solo, maka saya pun berminat nak tulis pasal Wong Solo ini. Tahu maksud wong Solo? Ertinya, Orang Solo. Wong=Orang. Maklumlah, kat Jawa ada loghat dia yang tersendiri. Cewah. Masa di Solo tempoh hari, saya tak pula makan di Wong Solo. LOL. Apa pun tahniah buat Wong Solo sebab ada cawangan di Malaysia (Taman Dagang, Kg. Baru, dan satu lagi tak ingat kat mana). Apa yang menarik di Wong Solo ini ialah ayam bakarnya.


Enuaaaaaaakk buangeeeet. ;p Lihat foto di atas. Kalau beli set ayam bakar Wong Solo ini, kosnya hanya RM10.90. Satu set merangkumi nasi+ayam bakar+air mineral cawan.

Tapi, saya pesan air limau ini gak. Bukan Limau Ais, tapi hangat a.k.a Suam. Kosnya pula, RM3. Kalau dulu biasanya saya pesan Es Alpokat. Tapi, selepas sekian lama saya rasa kalau minum Es Alpokat tak sesuai bila makan nasi, sebab Es Alpokat memang dah cukup mengenyangkan. Ni tips untuk beli air Alpokat a.k.a Avocado. ;p Hehe.



Saturday, January 29, 2011

tong gas terbalik


Salam bloggers. Hari ini saya dapat membuktikan yang eksperimen ayah saya memang betul-betul berjaya dan berkesan. Eksperimen apa? Jeng jeng jeng. Tong gas yang kosong akan kembali terisi gas. Tak faham? Ok macam ini ceritanya. Rumah saya ada 2 tong gas Petronas. Satu yang digunakan di dapur, satu lagi spare. Just in case tiba-tiba gas habis, so ada back-up kan? Maka pada tahun lepas, rasanya bulan November, sebaik melihat tong gas yang digunakan habis, ayah saya telah menerbalikkan satu tong gas yang kosong itu. Saya pun bertanya ayah saya, "Pa, kenapa terbalikkan tong tu?". Maka ayah saya menjawab, "Nak test betul ke lepas terbalikkan tong, nanti ada gas lagi". Selepas beberapa bulan berlalu, maka tiba-tiba hari ini masa saya masak air, eh tiba-tiba gas habis. Jadi, saya tukarlah tong gas yang lama kepada tong gas yang ayah saya terbalikkan hari tu. Eh. Nak tau sesuatu? Tong gas yang tahun lepas dah habis gas tu, tiba-tiba masa saya angkat lebih berat dari tong gas yang baru je habis tu. Ini bermakna, eksperimen ayah saya telah berjaya. Walaupun pada mulanya kita dapati gas telah habis, tapi sebenarnya masih ada tersisa gas di dalam tong. Mahu mencuba tips mengembalikan tong gas yang kosong kepada berisi gas? Silakan. Hehe. Tapi mungkin hanya boleh digunakan buat sementara waktu je. Wallahua'lam.

P/s: Gambar dari google. ;p

Tuesday, January 25, 2011

sejenak di Pulau Jawa [part I]

Salam bloggers. Sudah lama saya tidak meng'update' blog. Apa pun, minggu lepas saya telah pergi ke Jawa, yang terletak di Indonesia umumnya. Oklah, sebenarnya tujuan utama saya untuk bercuti di Semarang bersama kakak saya sambil melawat saudara di sana. Maka, pada hari Khamis bersamaan dengan Thaipusam yang disambut oleh kaum Hindu, kami berdua bertolak ke Solo, Indonesia dengan menaiki kapal. Bukan kapal selam, tapi mestilah kapal terbang. LOL. Setibanya kami di Bandara Adi Soemarmo, kami dijemput oleh Kak Nelly dan juga Putri. Hehe. Seterusnya, kami makan di restoran masakan Padang. Kami tidur semalam di Hotel Ibis, Jogja. Kebetulan hotel tersebut terletak bersebelahan dengan shopping mall. Jadi pada malam harinya, kami makan mi ayam bakso di Es Teller 77.


Nyam2. Pagi esoknya, sebaik makan pagi di hotel, kami berjalan-jalan di sekitar hotel untuk membeli souvenir. Kami bertolak ke Semarang sebaik sahaja solat Jumaat. Tapi dalam perjalanan ke Semarang, kami telah singgah ke Candi Borobudur. Hehe. Salah satu tempat bersejarah yang terkenal di dunia.

Excited juga melihat bangunannya, tapi sayang kami hanya boleh naik hingga ke tingkat 7. Tingkat 8 hingga 10 ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan, kesan daripada lahar Gunung Merapi. Buat sesiapa yang bercadang untuk ke Candi Borobudur, ada beberapa tips yang boleh saya berikan. Sebaik sahaja turun dari kaki tangga candi, nanti ada beberapa penjual yang menawarkan barangan cenderahati (souvenir). Mereka mengatakan barang mereka murah. Tapi, jangan tergesa-gesa untuk membeli. Relaks. Sebab didepan sana banyak lagi gerai-gerai yang menawarkan harga yang lebih murah. Ok, saya berminat nak cerita pengalaman saya ketika dihampiri seorang penjual fridge magnet yang ada gambar Borobudur. Dia beria-ia mengatakan fridge magnet yang dijualnya dibuat dari Perak. ASLI gitu. Mula-mula dia tawarkan harga Rp100ribu.


Tapi, memandangkan saya tidak mahu diperbodohkan. Saya tak terus percaya 100 peratus. Memang tak logik, kan? Saya minta turun harga, tapi dia tak mau. Akhirnya, tiba-tiba dia bersetuju untuk menjual magnet tersebut dengan harga Rp20ribu untuk 2 magnet. Itupun selepas saya mengatakan berkali-kali, saya tak mahu. Huhu Memang nasib baik saya tak beli. Sebab di gerai hadapan, kakak saya dapat membeli magnet yang memang SEBIJIK sama dengan harga Rp 5 ribu setiap satu. Murah kan? Ahaha. Banyak juga souvenir yang dibeli ketika di candi tersebut.


Selepas ke candi, kami singgah makan. Kemudian, terus bertolak ke Semarang. Tiba di sana dalam pukul 9 malam WIB. Hehe. Eh, saya terserempak a1. Ada ke patut dia kata saya ni gemuk. Tau la dia tu 'underweight'. :)) Dush2. Apa pun, sila lihat foto-foto yang telah diupload.

Friday, January 7, 2011

masquerade mask lagi

Salam bloggers. Melalui blog post saya tentang masquerade mask, saya dapati ramai orang yang search tentang masquerade mask. Tak kiralah sebab nak tau harga atau di mana ia dijual ke. Apa pun saya nak bagitau yang ada satu lagi kedai di Kuala Lumpur yang jual masquerade mask ini. Nak tau kat mana? Semua House. Kalau tak silap nama kedai itu "Escapade". Saya pasti majoriti orang tau kat mana Semua House. Tapi buat yang tak tahu, ia terletak berhampiran Jalan TAR. Dipendekkan cerita, sebaik sahaja anda tiba di pintu masuk utama Semua House, sila jalan ke arah kiri. Kedai Escapade tersebut merupakan kedai kedua yang anda nampak (kalau tak nampak, cuba tanya orang). Hihi.


Wednesday, January 5, 2011

Resepi Kek Carrot


Salam bloggers. Seperti yang dijanjikan, ini dia resepi kek carrot turun-temurun saya. Cewah, padahal dalam family saya, saya orang pertama yang masak. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan kek ini kerana sukatannya menggunakan "cawan".

Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak jagung/sayuran
1 cawan gula (kalau saya,sukat kurang dari 1 cawan)
2 biji telur
2 batang carrot (lobak merah)
1 sudu teh esen vanila
5 biji kurma
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuatnya:
  • Pukul minyak bersama gula. Apabila sebati, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
  • Kemudian, masukkan carrot yang telah diparut. (Pada masa yang sama, bolehlah panaskan ketuhar pembakar 180 darjah Celcius)
  • Gaul bersama carrot dan bahan yang telah dipukul sebelumnya, serta masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali, masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul sebentar sahaja untuk mengelakkan kek terbantut.
  • Oleskan tin pembakar dengan sedikit marjerin untuk mengelakkan kek melekat. Susun kurma dan masukkan bahan-bahan yang telah sedia digaul tadi. Masa selama 50 minit (tapi kalau dah 30 minit, cuba periksa sama ada kek dah masak belum dengan mencucuk dengan garfu atau lidi - kalau melekat ertinya belum masak).

Ok, ada cerita selingan ini. Masa 1 Jan 2011 iaitu bersamaan hari Sabtu yang lepas. Saya telah dijemput oleh rakan satu sekolah agama. Dia suruh saya jemput rakan-rakan lain, jadi saya telah menjemput Ain dan juga Raja. Sebaik sampai di Pandan Lake Club Ballroom, kami berdiri dan mencari-cari kelibat rakan kami itu. Nak dijadikan cerita, saya boleh tersilap orang. Saya melihat kelibat orang yang mukanya seiras kawan saya itu, dan berkata "tu dia". Eh, rupanya dia tu abang kawan saya tu. Haha. Serius, saya ini memang kelakar kadang-kadang. :p

Thursday, December 23, 2010

Tips Menaiki LRT

Salam bloggers. Arggggghh bengang. Ok, settled. Tu je nak cakap. Apa pun hari ini saya nak beri tips atau panduan untuk menaiki LRT. Kadang-kadang orang yang baru datang Kuala Lumpur macam tak biasa nak naik tren dalam bandar ini. Atau, ada juga yang biasanya travel by car tapi terpaksa naik lrt tiba-tiba. Apa pun, panduan ini berguna buat sesiapa yang mahu menaiki LRT menuju ke aliran Sri Petaling ataupun Ampang, memandangkan selalu sahaja ada kekeliruan.
Mula-mula sebaik sahaja anda membeli tiket dan berada di ruang menunggu lrt, sila perhatikan papan elektrik di atas. Contohnya, ada tulisan "Tren ini menuju ke Sri Petaling". Jika anda ingin pergi sama ada ke Cheras, Bandar Tasik Selatan, Bukit Jalil, mahupun stesen-stesen yang berada di laluan tersebut, sila naik lrt aliran Sri Petaling. Tetapi, jika anda ingin pergi ke Miharja, Maluri, Pandan Jaya, Pandan Indah, Cempaka, Cahaya atau Ampang, sila tunggu lrt sehingga tertulis di skrin tersebut "Tren ini menuju ke Ampang".

Jika sebaik sahaja anda tiba di platform, lrt baru sahaja lalu, sila tunggu lebih kurang 1 minit, baru anda lihat skrin tersebut kerana dikhuatiri ketika anda melihat skrin, ianya masih menunjukkan mesej yang sama. Saya pernah dahulu, sampai di platform lrt baru jalan. Kemudian saya lihat papan, "Tren ini menuju ke Ampang". Jadi sebaik sahaja lrt sampai, saya terus naik. Tapi ketika di Chan Sow Lin, tiba-tiba announcement dia cakap "Tren ini menuju ke Sri Petaling. Untuk ke aliran Ampang, sila buat pertukaran di platform 2A. Terima Kasih". Hoho. Maka saya tahulah yang saya telah ter'awal' membaca papan skrin itu.

Jika anda sudah tersilap naik tren, buat-buat "Cool" je dan turun dari lrt dan tunggu di platform yang anda turun itu. Tak payahlah rajin nak pergi tunggu di platform sebelah. Nanti silap hari bulan, anda tersilap naik tren. Oh ya, buat yang nak turun di stesen Chan Sow Lin dan stesen-stesen sebelumnya, jangan risau anda boleh terus naik tren yang tiba tanpa melihat papan. Tapi pastikan anda menunggu di platform yang betul.

Buat penumpang lrt yang datang dari arah Sri Petaling yang ingin menuju ke Ampang atau dari Ampang menuju ke aliran Sri Petaling, prosedurnya berbeza sedikit. Anda perlu turun di stesen Chan Sow Lin. Tapi jangan tersilap dengan menunggu di platform yang salah. Sila tunggu lrt di platform sebelah (platform 2A). Kalau anda naik lrt di platform yang anda turun tadi, maka anda akan menuju ke arah bandar (Sentul Timur). Sia-sialah anda turun dari lrt tadi. :p Sekian tips menaiki lrt Ampang-Sentul Timur dan Sri Petaling-Sentul Timur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails