Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Selepas 4 Bulan

Assalamualaikum pembaca budiman. Eh, masih ada orang ke yang baca blog?😂 Dah 2 tahun tak post apa pun di sini. Hari ini saya cuma nak beritahu perkembangan terbaru. 

Anak ketiga
Alhamdulillah 4 bulan yang lalu saya selamat melahirkan anak ketiga. Melahirkan anak masa pandemik covid-19 banyak buat saya belajar perkara baru terutama hampir semua benda saya lakukan bersendirian. Contohnya, duduk dalam wad tanpa pelawat (ada sekali kakak yang kerja di Hospital Ampang jenguk sebentar),
cukur rambut baby, khatan baby, buka akaun tabung haji baby, urus affidavit baby, ambil gambar baby, buat pasport baby. Fuhhh..mencabar kan. Banyak benda saya lakukan sendiri masa orang Melayu kata dalam pantang. Alhamdulillah masa renew pasport saya dan Adam serta buat surat beranak Ibrahim, ada mama temankan. Kalau ikutkan hari renew pasport tu nak buat pasport Ibrahim sekali. Tapi malangnya imigresen tu masa tulah system down.😅😅 Terpaksa tunda.


Pindah ke Jawa Tengah
Setelah saya tinggal 5 tahun lebih di Kalimantan Barat, akhirnya saya pindah ke Purbalingga, Jawa Tengah. Rasa macam belum puas lagi di Singkawang.😂 Terakhir di Singkawang akhir bulan Februari yang lalu. Ingatkan saya akan kembali ke pulau borneo selepas bersalin tapi perancangan Allah lebih indah. Semoga pandemik ini segera berakhir. Rindulah Malaysia. Tak mahu kuarantin 14 hari di pusat kuarantin tu sebab tak mungkin saya boleh berlama-lama di Malaysia.😅

P/s: Caj affidavit pun dah berubah. Dulu RM45, sekarang dah naik lebih 2 kali ganda. 😅

Tuesday, February 6, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS Ke ITAP [Part 4]

Salam pembaca budiman. Alhamdulillah kartu izin tinggal tetap (ITAP) saya sudah di tangan. Pegawai imigrasi whatsapp khabarkan pada pagi Jumaat lepas, kalau kami sudah boleh mengambil ITAP. Hehe. Alhamdulillah kami pula baru pesan tiket pesawat sehari atau 2 hari sebelumnya untuk pulang ke Pontianak hari Ahad. Supaya tak pergi ke Sanggau berkali-kali jadi kami tidur 1 malam di Pontianak sebelum berangkat ke Sintang pada hari Isnin. Maklumlah sebelum sampai ke Sintang kami kena melalui Sanggau.  Jarak pula boleh tahan. Apa pun ketemu lagi imigrasi 2 tahun lagi untuk extend multiple re-entry permit.😉 Entah masih di kanim Sanggau atau dah ke kanim lain. #berharapmodeon 😆😜



Friday, January 19, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS ke ITAP [Part 3]

Salam pembaca yang budiman. Setelah menunggu hampir 2 bulan, Alhamdulillah akhirnya selesai juga proses konversi izin tinggal saya dari terbatas (ITAS) ke tetap (ITAP).  Status terakhir untuk proses itu saya lihat di website izin tinggal, "pemindaian dokumen selesai". Tapi...masalahnya sekarang mereka dah siap cop je kat pasport sedangkan kad ITAP nya belum dapat disiapkan sebab blangkonya dah dipulangkan ke Kantor Wilayah Imigrasi Pontianak, KalBar pada hujung tahun 2017 lepas. 😂😂 Sekarang posisi pasport masih di Sanggau sebab kami nak ambil minggu depan je sebab nak ke Pontianak bawa kereta. Ok lah tu je update terbaru. 😜

P/s: Tidak susah mengurus sendiri konversi kitap ini sebenarnya. Cuman agak ribet. 🙃 Kami langsung TIDAK menggunakan calo atau orang tengah. Sebab ada dengar citer orang bayar berkali2 lipat. 😵 Yang penting semua dokumen lengkap. InsyaAllah tidak ada kendala atau halangan. Kalau proses lambat tu maklum ajalah. Sebab tu dia dah beritahu awal2 yang proses konversi ini boleh dibuat 3 bulan sebelum ITAP expired. Jangan cakap diorang tak payung. ☂😝





Baca part sebelumnya:
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 1]
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 2]

Friday, January 12, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS ke ITAP [Part 2]


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Setelah 9 hari berlalu dari tarikh status terakhir untuk permohonan konversi ke ITAP saya di website izin tinggal imigrasi terupdate, Alhamdulillah hari ni dah bertukar status ke Pemindaian Dokumen Ditjenim.😊😊 InsyaAllah, saya jangka mungkin minggu depanlah ada khabar dari Kantor Imigrasi (Kanim) Sanggau.🤓🙄 #prayformypassport #ineedvacation #nopassportnoflight

Update: Petang status dah bertukar kepada "Penerbitan No Register". 😍😗😊


Status pada pagi 12 Januari 2018
Status pada petang 12 Januari 2018

P/s: Gigih tak saya tiap hari buka website nak tahu status permohonan. 😅😉😁


Baca part sebelumnya:
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 1]

Monday, January 1, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS ke ITAP [Part I]

Salam pembaca yang budiman. Masih ingat saya ceritakan pengalaman saya untuk mendapatkan KITAS dulu? Setelah diperpanjangkan sekali KITAS saya atau setelah usia perkahwinan mencapai 2 tahun, sekarang saya dah boleh urus izin tinggal tetap pula. Beza izin tinggal sementara dengan izin tinggal tetap tu tempoh untuk diperpanjangkan lebih lama. ITAS setahun sekali paling lama, tapi kalau ITAP 5 tahun sekali. Tapi perpanjangkan tu pakai duit lah, bukan air liur. Haha. Dah nasib badan. 😆😁 Kelebihan ITAP tu nanti dah boleh buat KTP* orang asing+ada SIM*. Cuma tak mudah ye nak convert ni sebab kena lalui proses macam nak buat ITAS juga. Lepas tu dia akan proses ke Jakarta dulu untuk dapat persetujuan. Sekarang dah sebulan tapi permohonan saya baru sampai Jakarta.😂😅 No wonder dia kata paling awal nak mohon ITAP tu 3 bulan sebelum ITAS tamat tempoh. Aigoo. Tu kot hikmah keguguran hari tu, kalau tak beranak kat Indonesia lah saya Januari. 😂😅😆


Status permohonan pada 7 Disember 2017

Status permohonan pada 29 Disember 2017

Status permohonan pada 3 Januari 2018


*KTP=kartu tanda penduduk
*SIM= Surat Izin Memandu


Baca part seterusnya:

📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 2]
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 3]

Thursday, June 15, 2017

Pengalaman Belanja di L*jel Home Shopping

Salam pembaca. Kali ini saya mahu berkongsi pengalaman membeli produk yang diiklankan di tv. Ala macam Go Shop dengan CJ Wow Shop kalau kat Malaysia. Cuma yang saya beli ini di Indonesia.

Terpengaruh Iklan
Dalam iklan produk yang dipertontonkan nampak memang multifungsi. Boleh nak deep fry, panggang, bakar, kukus dan pelbagai fungsi lainnya. Tentang produk Haneda Magic Pan ini saya belum sempat menggunakannya sebab masa terima produk itu bulan puasa dan keesokan harinya pula saya sedang spotting+bleeding. Jadi aktiviti memasak sudah dihentikan. Yang bestnya sebab bonus dari pembelian produk ini dapat 7pcs Container Haneda yang ala2 Lock&Lock. Memang sama tapi tak serupa je. Hihihi.


L*jel tak jujur atau Cubaan Untuk Menipu
Alkisahnya, dalam iklan katanya penghantaran seluruh Indonesia percuma. Tapi rupa-rupanya hanya di kota-kota besar dan beberapa tempat sahaja. Lagi satu katanya boleh bayar ansuran. Tapi sama macam saya kata tadi, hanya di kawasan tertentu. Iklan dia mengelirukan.

Kurang Efektif Pelayan Whatsapp
Kalau nak pesan produk dari L*jel ini ada beberapa cara seperti melalui web, telefon, sms mahupun whatsapp. Jadi saya pilih whatsapp sebab telefon dia tu yang jenis mahal. Ala kat Malaysia tu kalau call seminit 50sen ke RM1 ke apa tu lah. Haha. Masa awal-awal dia layan whatsapp. Lepas tu dia kasi format untuk pesan. Lepas kita dah taip apa yang kita pesan, dia 'gantung tak bertali'. Tanpa ada kata nanti kami akan hubungi ke apa. Esoknya kot saya nampak missed call kat handphone. Tapi manalah saya tahu siapa yang call. Rasanya dalam 2-3 kali dapat missed call dari nombor yang sama. Saya bukan tak nak angkat panggilan telefon, tapi biasanya handphone saya buat mode silent. Hihi. Lepas tu satu hari tu dengan bunyi vibrate phone, saya suruh suami angkat. Dia kata L*jel call. Lepas tu entah apa-apa si L*jel terus tanya dah bayar ke? What the fish. Saya kata belum diberi detail pembayaran macam mana nak bayar. Dia jawablah Rp1,152,000 termasuk penghantaran.  Lepas tu L*jel tu hantar sms bagi nombor akaun. Tak lama lepas tu saya transfer duit lah. Maklumlah zaman canggih ni takkan tak ada online banking kan? Haha. Dah bayar saya sms dan whatsapp untuk beritahu mereka. Ni satu hal lagi, si L*jel ini bukan nak respon ke apa pasal "ok, noted." Nanti dia check ke apa. Diam je. Akhirnya saya dapat panggilan telefon tanya konfirmasi pembayaran. Lepas dah confirm tu, esoknya barang sampai. Sebab dihantar dari L*jel Pontianak jadi satu hari dah sampai.

Bonus Tidak Sesuai Pesanan
Ha, part ini yang tak boleh saya terima. Iklan yang lama dia memang ada bagi bonus macam lunch box 3 tingkat (macam dalam gambar). Tapi katanya jenama Haneda. Masa sampai kat saya, sepatutnya saya terima Haneda 7pcs Container (iklan paling terbaru). Tapi si L*jel Pontianak hantar yang lunch box 3 tingkat tu. Dahlah nampak "produk murahan". Serius bonus tu nampak biasa2 giler. Jenama pun tak ada. Saya terus call nombor L*jel Pontianak dan dia minta maaf atas kesilapan tu. Entah lah silap atau saja je. Mana tahu sebab nak habiskan stok lama. Dia suruh hantar produk tu ke sana dan nanti dia akan kirimkan bonus yang sepatutnya saya terima. Yang tak boleh diterima dek akal, sebab bayaran untuk kirim tu saya kena tanggung sendiri padahal kesilapan dari pihak mereka. Siap dia boleh kata, nak tukar ke tak nak? Cehhh.kerek kan L*jel tu. Dah buat silap masih egois. Nasib baik kos pengiriman barang tu dalam Rp12 ribu kot. Ringan je. Kalau mahal dari tu..memang tak la. Padahal sebelum tu, baru plan nak beli tablet Lenovo kat L*jel. Terus cancel. Suami saya pun dah cop L*jel tu Lejelek. Haha. 

Tuesday, August 23, 2016

Perjalanan Untuk Mendapatkan KITAS (Kartu Izin Tinggal Terbatas)

Salam pembaca budiman. Sebenarnya dah berbulan saya nak cerita tentang perjalanan suka duka saya untuk dapatkan KITAS, tapi asyik tertangguh. Post saya kali ini mengenai perjalanan (aka perjuangan) saya untuk mendapatkan seHELAI KITAS. Oops..  ada sebab kenapa saya cakap sehelai tu. Hikhik. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, KITAS ialah singkatan dari Kartu Izin Tinggal Sementara. Kenapa perlu KITAS?. Sebab saya nak tinggal di Indonesia untuk tempoh yang lama dan agak leceh untuk keluar tiap 2 bulan ke KBRI Kuala Lumpur semata-mata untuk dapatkan Visa SosBud (sosiobudaya), tempoh paling lama untuk tinggal selama 2 bulan. Visa itu pula dikenakan caj RM165 untuk 2 bulan (tak silap saya). Kos lagi semua kena kira, tiket kapal terbang, dll (berdasarkan pengalaman saya tahun lepas).

Itulah maksud saya dengan seHELAI KITAS =.="

Macam mana nak dapatkan KITAS?  
Ada 2 cara, convert dari visa SosBud atau permohonan online.
1. Convert visa sosbud kepada VITAS (Visa Tinggal Terbatas) memerlukan seseorang untuk mengajukan permohonan di KANIM terdekat berdasarkan alamat di KTP (Kartu Tanda Penduduk) penjamin (kalau saya, suami lah). Tunggu kelulusan ketua KANIM, permohonan dihantar ke Jakarta sendiri nanti, bayar di Dirjen dan amik telex visa. Murah sikit kosnya tapi tetap leceh. Kebetulan masa saya cuba urus untuk convert visa sosbud ke VITAS dahulu, alamat KTP suami saya di Lampung. Jadi agak mustahil untuk berurusan di KANIM Lampung apatah lagi suami saya kerja di Kalimantan. Ditambah lagi dengan keadaan saya yang ketika itu sudah 27 minggu hamil.
2. Online (upload dokumen diperlukan terlebih dahulu dan tunggu kelulusan). Bukan mudah untuk online tu, sebab sehari hanya 600 permohonan je dari seluruh dunia boleh mohon. Siapa cepat dia dapat. Selepas diluluskan, bayar dahulu di Dirjen Imigrasi Jakarta (diwakilkan pun boleh). Kemudian tunggu email yg terkepil iaitu telex visa utk dibawa ke KBRI pilihan (saya pilih KBRI KL). Setelah ke KBRI bayar RM390 untuk dapat VITAS (visa tinggal terbatas tempoh 1tahun). Permohonan mengambil masa 2 hari. Hari pertama hantar dokumen (telex visa, pasport, foto berukuran pasport sebanyak 2 keping dan salinan fotostat beberapa dokumen) manakala hari kedua untuk pengambilan VITAS.

Cara Masuk Ke Indonesia Setelah Dapat VITAS                        
Tunjuk pasport dibahagian VISA yang telah diperoleh kepada pegawai Imigrasi Indonesia. Sebelum tu saya kena beritahu yang nanti saya nak convert VITAS jadi KITAS. Jadi, dia akan menggunakan cop  yang memberikan saya tempoh 30 hari untuk ke KANIM terdekat. Saya tiba di Indonesia pada 16 Februari, pada hari itu juga saya ke KANIM Sanggau. Tetapi masih tak boleh proses lagi. Minggu depannya terpaksa ke sana lagi setelah diberitahu oleh pegawai imigrasi. Oh ya, MAHAL SANGAT nak dapat KITAS ni kalau pilih cara yang ni. Sebab di KANIM tu saya kena bayar lagi Rp1,855,000 kot. Untuk KITAS setahun dan multiple re-entry permit. Jadi bolehlah saya keluar masuk Indonesia tanpa membatalkan visa sedia ada. VITAS yang saya bayar di KBRI Kuala Lumpur sebelumnya dikira HANGUS macam tu je. Ish..ish. Habis dalam RM1,000 untuk KITAS. Tapi insyaAllah lepas ni tak perlu lagi bayar yang VITAS tu. Hanya bayar untuk perpanjang KITAS sahaja.

P/s: Semoga bermanfaat pengalaman saya ini untuk orang lain.

Friday, August 19, 2016

Pengalaman Berdua Bayi Menaiki Pesawat

Salam pembaca yang budiman. Pada 12 Ogos yang lalu iaitu seminggu yang lalu, pertama kali saya menaiki pesawat bersama Adam sahaja. Maklumlah walid dia kerja dan sudah berada di Sintang, Kalimantan Barat. Untuk ke Sintang memerlukan saya menaiki pesawat sebanyak dua kali untuk route KUL-PNK (AirAsia) dan PNK-SQG (KALSTAR). Pagi itu adik saya menghantar kami ke klia2. Sebaik drop baggage, saya lihat ada beberapa missed calls dari walid. Ternyata kata walid, pesawat KALSTAR saya tidak jadi terbang pada hari itu. Ada 2 pilihan sama ada saya terbang pada keesokan harinya atau saya berangkat malam itu tapi dengan menaiki bas. Tapi kalau naik bas, sampai esok juga. Jadi pilihan terbaik adalah menaiki penerbangan pada keesokan harinya. Bermulalah perjalanan saya berdua Adam sahaja dari klia2 sehingga di Pontianak. Macam biasa, Alhamdulillah dah berkali2 Adam naik pesawat ini dia tak pernah meragam. Biasanya tidur selepas menyusu di pangkuan saya. Saya selalu pastikan semasa take-off dan landing Adam sedang menyusu/tidur. Sebelum ini pernah sekali je dia tak tidur masa kami naik pesawat dari Lampung ke Palembang tempoh hari. Tapi pesawat dah nak mendarat dia baru nak lelap. Hahaha. Adoi. Bercakap tentang pengalaman di klia2, saya tiba di ruang tunggu untuk berlepas masa orang dah bangun untuk masuk pesawat. Nasib baik tak lambat. Maklumlah sampai klia2 pun dah tinggal hampir sejam dari jam berangkat, sempat lagi makan kat airport sebelum berangkat (tolong jangan ikut macam saya ini, apatah lagi untuk yang International).
Gambar kiri: Senang berjalan pakai carrier jenis SSC. Adam pun selesa tidur dalam tu.

Dalam pesawat AirAsia kali ini, tak dapat pula saya seat belt untuk bayi. Hahhaha. Teringat KALSTAR kalau cakap pasal seat belt kena kongsi ni. Malas nak tanya steward/stewardess, saya diamkan je la. Kali ini Adam tak tidur. Fuhhh. Asyik senyum je dengan Spanish sebelah saya tu. Masa pesawat nak landing, Adam main cak-cak dengan orang yang duduk belakang saya pula. Hikhik. Ramah betul bayi seorang ini. Selama lebih kurang 1 jam 45 minit dalam pesawat tu Adam memang behave la. Menunggu bagasi di Pontianak agak lama (beratur di Imigrasi pun dah lama..huhu). Beratur nak keluar dari Kastam pun sama. Sebaik keluar dari ruang ketibaan di Bandara Supadio Pontianak, saya ke kaunter perkhidmatan KALSTAR untuk melaporkan diri. Saya diberikan tiket yang baru dan diberikan akomodasi di Dangau Hotel & Resort dan airport transfer pulang-pergi. Petang itu Bu Rina (ex-Panitera di PA Sintang) datang temankan di hotel. Alhamdulillah taklah rasa sunyi. Keesokan harinya selepas sarapan, saya terus ke bilik dan bersiap sementara menunggu teksi bandara. Jam 9 selepas di telefon oleh pakcik teksi, saya turun ke bawah dan rupanya ada seorang lagi yang mengalami nasib yang sama. Orang palembang, suaminya tentera di Sintang. Pesawat KALSTAR ke Sintang ni jenis ATR, pesawat kecil. Bagasi hanya 10kg je dapat. Merasalah saya denda terlebih bagasi sebanyak 17kg. T.T Nasib baik penerbangan domestik, jadi sekitar Rp205 ribu sahaja jumlahnya. Alhamdulillah sampai juga saya kembali di Sintang selepas 2 minggu di Lampung dan sebulan di Malaysia.

P/s: Tahun 2013-2015 pakai frame kacamata yang sama (frame kesayangan). Tahun lepas masa raya haji terpaksa ganti cermin mata sebab frame patah. Dua hari sebelum pulang ke Sintang frame patah lagi.

Wednesday, July 29, 2015

Kisah Syawal 1436H

Salam pembaca yang budiman. Hari ini dah masuk 13 Syawal. Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah berkesempatan untuk puasa penuh sekali lagi. Baik sangat baby dalam perut tak meragam. Tahun ini saya sempat berpuasa seminggu di Lampung dan kemudian menyambut lebaran di sana. 7 Syawal pula dah naik flight ke Kuala Lumpur. Sebenarnya last minute plan untuk ke Kuala Lumpur. Sampai usia kandungan 26 minggu, saya dan suami saya masih belum dapat buat keputusan di mana saya akan melahirkan. Semuanya kami kena fikirkan baik-baik demi masa depan anak dan mana paling tak menyusahkan.

Pengalaman Kami di Imigrasi Lampung
Beberapa hari sebelum lebaran, kami telah ke kantor imigrasi untuk bertanyakan mengenai konversi visa sosbud ke VITAS. Tapi pegawai di sana mengatakan kami tetap harus mengikuti proses memperpanjangkan terlebih dahulu visa sosbud saya selama 1 bulan, kemudian baru bertemu dengan bos mereka yang kemudiannya akan menyetujui permohonan untuk konversi dan setelah itu barulah permohonan KITAS akan diajukan ke Kantor Dirjen Imigrasi Jakarta. Kami sendiri yang kena ke Jakarta untuk hantar dokumen yang diperlukan. Nampak tak agak banyak proses dan lama masa yang akan diambil? Bukannya suami saya tak kerja, dia kena balik ke Kalimantan lagi. Huhu. Ada seorang pegawai beri cadangan melahirkan je di Kuala Lumpur, visa ajukan secara online je dan kemudian ke Jakarta sebelum ambil KITAS di Kedutaan Besar Republik Indonesia di  Kuala Lumpur. Kami bukan tak pernah cuba kaedah ini sebelum ini, cuma belum ada rezeki untuk tembus masuk dan hantar permohonan memandangkan website Visa imigrasi.co.id dah jammed. Sehari cuma 600 permohonan online yang diterima. 4 malam berturut-turut cuba tapi tetap gagal.

Beberapa jam sebelum puasa terakhir...
Suami saya dah buat keputusan, saya akan melahirkan di Kuala Lumpur. Dalam hati memang gembira sebab dari awal saya nak juga merasa pengalaman pantang di samping mama. Huhu. Saya mula melakukan pencarian tiket pesawat di internet. Alhamdulillah dapat beli juga.

Berpisah Selepas 28 Minggu Kehamilan
Nak tak nak, suami saya akhirnya pulang ke Kalimantan bersendirian pada hari Isnin lepas. Sedih pula bila ingat kata-kata dia pagi itu, "Sebenarnya aku pengen banget liat anak kita membesar di perut kamu". Tiap kali teringat ayat tu air mata saya mesti mengalir. Sob sob. T.T

Sunday, June 28, 2015

11 Ramadhan 1436H

Salam pembaca yang budiman. Alhamdulillah sudah 11 hari umat Islam berpuasa pada tahun ini. Tahun ini tak sama seperti tahun-tahun yang lepas. Biasanya:

  • Saya ke masjid dengan mama. Saya yang akan drive, pergi dan pulang bersama mama. Tahun ini mama kena pergi dengan papa pula. Dan yang pasti mesti awal lagi dah sampai masjid.
  • Saya bukan orang yang bangun paling awal untuk siapkan sahur (ada buat, tapi jarang). Tapi tahun ini saya yang bangun lebih dulu.
  • Saya khatam AlQuran sempat sekali je dalam Ramadhan. Tahun ini Alhamdulillah setakat hari ini, dah 1 kali. InsyaAllah boleh lebih.
  • Saya tengok tv. Tahun ini, suami saya simpan tv masa Ramadhan. Biar fokus ngaji. Hanya Online je yang mampu. :p
Kesimpulannya, bermula tahun ini semua dah tak akan pernah sama...

Monday, March 23, 2015

Kalimantan, with love

Assalamualaikum dan salam buat pembaca. Setelah hampir 3 bulan di Sintang, Kalimantan Barat ini, baru saya terpanggil untuk menceritakan tempat atau apa yang menarik di sini. Untuk pengetahuan, saya di sini sebab ikut suami yang ditugaskan di sini. Saya tiba di Sintang pada 26 Disember 2014 menggunakan pesawat dari KUL-KCH, kemudian menaiki bas. 

Apa yang menarik di Sintang? 
Susah nak jawab pertanyaan tu. Harga barang tak murah, dibandingkan tempat lain. Oh ya, ada satu bukit di sini (dalam 30-45minit perjalanan dari kota Sintang) namanya Bukit Kelam. Keseluruhan bukit dilitupi oleh batu. Sayangnya, tempat wisatanya kurang diberi perhatian (tidak dirawat) oleh pemerintah setempat. 

Ke Pontianak kita
Pada 9-11 Januari 2015, saya telah berkesempatan ke Pontianak memandangkan suami saya menyertai pemilihan Tenis PA di Kalimantan Barat. Sempat ke gelanggang Tenis, Masjid Mujahidin, PTA Pontianak dan Mall je. Haha. Saya lupa nama mall nya apa. Ada Hypermart kalau tak silap. Sempat juga suami saya belikan kasut sukan untuk saya bermain tenis.

Tenis dan saya
Sepulangnya dari Pontianak, boleh dikatakan kerap saya belajar main Tenis dengan suami saya. Seminggu mungkin 2-3 kali. Tapi, bulan Februari saya dah malas tiba-tiba. Jeng jeng jeng.

Adin menikah
Dari Khamis malam Jumaat minggu lepas hingga hari ini (Isnin), suami saya tiada di sini. Pulang ke Lampung sebab abang dia kahwin. Mula-mula dia pergi, saya nangis gak la. Tapi, hlepas tu dah kuat. Hehe.

Arisan oh Arisan
Bulan Mac ini nak dijadikan cerita, suami saya dan Pak wakil punya giliran. Tapi, Pak wakil tak bawa isteri ke Sintang, jadi terpaksalah arisan dibuat di rumah kami nanti. Fuh. Doakan lancar..

TPM..penantian suatu penyiksaan
Sampai ke saat ini kami masih menunggu senarai nama untuk mutasi. Semoga nanti ada nama suami saya. Aminn

Wednesday, February 18, 2015

Malaysia Di Hati

Salam. Esok insyaAllah saya akan pulang ke Malaysia bertepatan dengan Tahun Baru Cina. Hampir dua bulan saya di Sintang, Kalimantan Barat, malah visa sosio budaya saya juga hampir tamat. Alhamdulillah. Doakan kesihatan dan perjalanan saya mudah dan selamat. Aminn.

Thursday, January 1, 2015

Prosedur Berkahwin di Luar Negara

Salam. Dah masuk bulan Januari 2015 hari ini. Pejam celik, dah hampir sebulan saya menikah. Post kali ini tentang proses yang akan berlaku bagi urusan perkahwinan di luar negara. Untuk pengetahuan, pernikahan saya dijalankan di Bandar Lampung, Indonesia. Manakala kawasan tempat tinggal saya di Selangor dalam urusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.

Sebelum Akad Nikah
Anda perlu melengkapi borang yang boleh didapati di laman web JAIS. Untuk perempuan, borang 2C dan 2D. Selepas print borang, pastikan anda bertemu Penolong Pendaftar Nikah (PPN) dalam kariah anda untuk dapatkan pengesahannya. Sebelum itu, pastikan anda telah membuat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik Kerajaan yang berhampiran. Untuk pengetahuan, tandatangan (termasuk saksi) juga perlu dilakukan di hadapan PPN. Selepas PPN tandatangan dan dokumen telah lengkap, ia perlu dihantar ke PAID dan bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Bagi yang menikah di luar Selangor akan mendapat borang kebenaran berkawin luar Selangor. Ianya sah digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja. Untuk yang akan berkahwin di Indonesia atau luar negara, perlu dapatkan surat rekomendasi nikah dari Kedutaan Malaysia (sebagai contoh, saya di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia). Bayaran adalah sebanyak Rp34ribu. Kemudian, bawa surat tersebut bersama dokumen2 yang lain yang dibawa dari Malaysia ke Kantor Urusan Agama (KUA) kawasan akad nikah akan dijalankan. Kalau nak menikah secara percuma, ianya mesti dijalankan di KUA itu sendiri. Bayaran kepada jurunikah berbeza tertakluk pada kawasan (Rp600ribu patutnya, kalau tak silap). Tapi saya haritu suami bayar hampir Rp900ribu.

Selepas Akad Nikah
Untuk urusan daftar perkahwinan di luar negara, anda perlu ke PAID dalam masa 6 bulan selepas nikah. Terdapat borang untuk daftar nikah dan beberapa salinan dokumen perlu dilampirkan. Untuk yang berkahwin di Indonesia, anda perlu mengesahkan dokumen nikah terlebih dahulu di KEDUTAAN  BESAR REPUBLIK INDONESIA (KBRI). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM70, proses mengambil masa 2 hari. Selepas semua dokumen dilampirkan, anda akan ditemubual di bilik siasatan PAID. Hehe. Di sana juga, suami akan dikehendaki melafazkan taklik. Bayaran untuk sijil daftar perkahwinan sebanyak RM20. Kebiasaannya sebaik sahaja borang diterima PAID, selepas seminggu barulah anda akan dapat mengutip sijil anda (tapi saya 'special case', dapat hari yang sama).

Setakat ini sahaja prosesnya. Tetapi ada lagi yang rumit kalau anda nak tinggal lama di Indonesia. Iaitu proses mendapatkan VISA SOSIAL atau VITAS (visa izin tinggal terbatas) ataupun KITAS (izin tinggal terbatas yang paling lama sampai 5 tahun). Ada yang boleh dilakukan di pejabat Dirjen Imigrasi Jakarta, ada yang perlu dilakukan di KBRI Malaysia/Singapura (negara yang terdekat dengan Indonesia).

Sunday, December 7, 2014

Surat dari Cik Muchlisah kepada Pn Muchlisah


Taman Cheras Indah,
Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

13 SEPTEMBER 2014

Kehadapan Puan Muchlisah.

Assalamualaikum, semoga puan tetap sihat dan sentiasa hidup dirahmati oleh Allah SWT. Ingatlah puan, perkahwinan itu bukan suatu perkara mudah. Perkahwinan itu walaupun mungkin bukan terjadi kerana anda suka dia atau adanya perasaan suka sama suka. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, "kita bercinta 20 tahun pun takkan kenal dengan seseorang, melainkan LAKONAN dia". Siapa kata bercinta perlu sebelum nikah? Islam sendiri tak pernah mengajar Islamnya mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sebelum adanya pernikahan. Betapa Islam itu indah.

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Mungkin kita fikir seseorang itu jodoh kita apabila adanya perasaan "Saya suka dia. Rindu awak 200%" Haha. Tetapi, sentiasalah berdoa pada Allah, seandainya benar dia jodoh kita permudahkanlah urusan jangan dipersulitkan. Sekiranya ada orang lain jodoh kita, maka permudahkanlah urusan untuk menjadi HALAL itu.

Puan, perkahwinan itu melibatkan bukan soal hati sahaja tetapi melibatkan dua keluarga. Ingatlah puan untuk menjaga hubungan baik dengan mertua. Ya, kerana mertua itu ibarat ibu bapa kita sendiri sahaja. Apatah lagi sebagai seorang perempuan, tempatnya adalah di sisi suami setelah berkahwin. Patuhilah arahan suami selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama.

Selain itu, diharapkan puan dapat bertolak ansur serta terdapat konsep give-and-take antara suami isteri. Jangan masing-masing nak ikut perasaan, tidak boleh berkompromi. Ingatlah wanita itu memang emosinya cepat terganggu, malah oleh sebab itu hak untuk mengatakan "saya ceraikan awak" bukan terletak pada seorang wanita. Syaitan suka kita semua ini bercerai berai. Yang dah "bina masjid", akhirnya bercerai dek hasutan si syaitan. 

Orang kata, nak ikat suami kena ikat perut dia. Jadi kalau sudah berkahwin, kenalah banyak mencuba resipi baru atau pelbagaikan makanan. Jangan ikut apa kita suka di perut sahaja, kenalah tau juga apa yang suami suka makan. Kalau kita ikhlas memasak, insyaAllah makanan yang terhasil juga sedap.

Papa selalu kata "orang sabar disayang Allah". Malahan ungkapan itu juga yang sering Puan ungkapkan pada anak buah. Mungkin pulang setiap bulan ke kampung halaman tu MUSTAHIL. Tetapi yakinlah andainya ada rezeki, mungkin boleh puan pulang nanti. Apatah lagi dengan adanya sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Puan yang dikasihi, kita dituntut untuk tidak sesekali meninggikan suara pada ibu bapa. Ini jugalah yang perlu dipraktikkan apabila berkahwin. Sabar. Kawal perasaan memberontak yang mungkin akan hadir. Tetapi kalau suami dah menyakitkan hati dan mula angkat tangan itu lain cerita.  Kalau kita sayang ibu bapa kita, kita kena juga sayang ibu bapa suami. Sentiasa muhasabah diri. Mungkin juga perbincangan 5 minit itu perlu setiap hari (bak kata dalam cerita Aku Ada Wali). Apa yang terlintas di hati jangan dipendamkan seorang diri. 

"Career woman versus housewife". Ya, mungkin orang akan cakap "Eh, ada Master sayanglah kalau tak guna. Takkan duduk jadi suri rumah je. Terus terang ketika kata-kata ini ditaip, saya masih lagi dalam proses untuk mengikhlaskan hati. Siapa kata senang nak melupakan impian, cita-cita yang mungkin sudah ditanam dari awal. Mungkin Puan pernah ada perasaan untuk menyumbang semula kepada institusi pengajian Puan yang telah pun berbakti kepada puan. Menjadi seorang pensyarah mahupun pegawai kerajaan atau swasta. Akan tetapi, yakinlah Puan seandainya ada rezeki mungkin ilmu yang Puan ada boleh digunakan pada masa yang akan datang. Siapa kata surirumah tak boleh ada Master? Siapa kata surirumah tak boleh ada PhD? Yakinlah, insyaAllah...suatu hari nanti...siapa tahu panggilan yang mama berikan pada waktu kecil dulu akan menjadi kenyataan? "Profesor serba tahu". Lagipun, sekarang dah zaman bekerja dari rumah. Jadi surirumah dan menjalankan perniagaan Online dari rumah.

Rasanya setakat ini sahaja warkah saya buat Puan. "Ingatlah Allah pada ketika senangmu, nescaya Allah akan ingat kamu pada waktu susahmu". Jangan tinggal solat ya. Selalu lakukan solat Dhuha, solat tahajjud, puasa hari putih, dan begitu juga puasa isnin dan khamis. InsyaAllah kita cari redha Allah, maka Allah akan berkati hidup kita. Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Cik Muchlisah.

Friday, November 8, 2013

Semarang lagi? [Part II]

Salam readers. Post ini kesinambungan daripada Part I. Setibanya saya di Bandara Achmad Yani Semarang, saya terus ke imigresen dan Alhamdulillah bergerak sendiri ni sedikit sebanyak membuatkan saya boleh berjalan cepat. Tak lama pun menunggu giliran di kaunter imigrasi. Kemudian, saya terus menuju pintu keluar memandangkan saya tak check-in pun beg. Hehe. Tapi tak kelihatan pun saudara saya kat sana. Jadi, saya rasa belum ada yang sudah menunggu. Nasib baik rumah sepupu tak jauh pun dari Bandara. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, saya lihat suami kak Nova (kang Dadan) datang bersendirian. Eh, sebenarnya dia yang tegur saya dulu. Saya tengah tengok tempat lain masa tu. Hehe. Setibanya di rumah sepupu saya, saya bertemu dengan Mba Nadia. Sempat kami bersalaman dan kemudian saya terus naik ke bilik. Pada mulanya nak tidur, tapi dah masuk bilik dengar orang borak-borak terus tak boleh tidur. Pasang telinga pula. :p

Akad Nikah
Memandangkan hari Jumaat, maka acara akad nikah diadakan selepas kaum lelaki solat Jumaat. Kami bersiap-siap ketika kaum lelaki sedang solat. Sebelum acara dimulakan, adalah hidangan sate. Hehe.
Ok lah, biar gambar berbicara..... 

Pengantin menunggu untuk suap-suapan (pulut kuning)

Resepsi
Resepsi di rumah pada hari Sabtu

Adat Palembang tak dilupakan dan macam biasa ada tarian ni :D

Resepsi di Convention Hall, Masjid Agung Jawa Tengah ^^
Bak kata mama, terasa macam selebriti...asyik bertukar pakaian je..tapi saya tak merasa la, sebab datang hari Jumaat. Kalau yang datang hari Rabu, barulah merasa. #eh

Thursday, November 7, 2013

Semarang lagi? [Part I]

Salam readers. Genap seminggu sudah berlalu peristiwa yang boleh dikatakan agak mencemaskan berlaku pada diri saya. Alkisahnya, Jumaat lepas saya telah ke Semarang untuk menghadiri pernikahan anak sepupu saya di sana. Nak dijadikan cerita, tiket pesawat telah saya beli sebulan sebelum itu (beli awal pun harga dah hampir RM400 belum termasuk bagasi). Saya tak beli beg awal-awal sebab takut tak jadi 'terbang' ke sana je. Hehe. Maka pada saat-saat terakhir iaitu pada tengah malam Jumaat, saya cuba untuk membeli bagasi bagi penerbangan Semarang-KUL. Cuba membayar menggunakan kad kredit, akhirnya GAGAL. Permintaan untuk beli bagasi buatkan saya tak boleh check-in. Jadi saya buat keputusan untuk tidur sebentar. 

Gagal untuk Check-in
Pukul 4.15 pagi bangun ingatkan dah boleh check-in. Tapi rupa-rupanya booking saya di HOLD. Fuh. Memang menakutkan, tapi saya buat-buat COOL je masa tu. Malah, saya suruh kakak saya tolong hantar ke KL Sentral je. Kami keluar dari rumah pukul5 pagi dan tiba di KL Sentral pukul 5.11 pagi. Setibanya di tempat menunggu bas, ada sebuah bas berlalu pergi. Ternyata ada bas pukul 5.1.5 pagi. Ingatkan setiap 30 minit, rupa-rupanya bas ada setiap 15 minit. :| Untuk pengetahuan yang tak tahu, masa check-in biasanya paling lambat pun 1 jam sebelum penerbangan. Penerbangan saya pula dijadualkan pada pukul 7.20 pagi. RISAU tak? Rasa macam tak sempat je nak check-in masa tu. 

Ada Pramugari tak?
Kakak saya yang risau dengan situasi saya pada mulanya menyuruh saya mengajukan masalah saya kepada pramugari yang berada di dalam bas. Tapi memandangkan keadaan bas yang dipadamkan lampu, maka saya tak pasti di mana kedudukan pramugari yang saya lihat sebelum bas bertolak. Jadi, kakak saya turut sama membantu untuk mencari nombor telefon yang mungkin dapat membantu membatalkan pembelian bagasi tersebut. Dengan harapan, saya boleh Mobile Check-in je. Tapi, akhirnya saya cuma dapat telefon pihak di LCCT. Jawapannya memang seperti yang saya jangka iaitu kena ke kaunter AirAsia.

Pramugara ke?
Bas tiba di bahagian KETIBAAN sekitar pukul 6.11 pagi. Masa tu saya lihat orang sebelah saya macam pakai kot dia. Ok, mungkin dia business man ke apa. Tapi, rupa-rupanya setelah saya lihat betul2 dia merupakan seorang pramugara rupanya. "Eh, so you are a flight attendant?". Itulah yang terpacul dari mulut saya. Kemudian saya sempat tanya pasal check-in semua. Dia kata kalau nak check-in dalam masa 45 minit pun boleh. AGAK LEGA di situ. ;) Alhamdulillah bas saya menurunkan penumpang di LCCT pada pukul 6.13 pagi kot. Saya terus bejalan cepat sambil menarik bagasi saya ke arah kaunter. Subhanallah, sungguh ramai orang yang beratur di kaunter. "CONFIRM tak sempat nak check-in", begitulah perasaan saya pada masa itu. Tapi, ALHAMDULILLAH saya ternampak seorang staf AirAsia di sana. 


Ringan mulut saya untuk menceritakan masalah saya gagal untuk bayar menggunakan kad kredit. Syukur, urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Maka, saya dibawa ke satu kaunter yang tak dibuka. Saya bayar duit untuk bagasi pulang tersebut dan staf di kaunter tolong check-in kan. :) Alhamdulillah. ^^

Friday, November 2, 2012

Lampung selepas 2 tahun...

Salam bloggers. Sudah 2 tahun bumi Lampung tidak saya jejaki dan akhirnya pada hari AidilAdha yang lepas (26 Oktober 2012) saya ke sana jua. Beli tiket betul2 pada saat-saat akhir (satu hari sebelum keberangkatan). Malah, renew pasport pun pada hari yang sama selepas beli tiket. Imigresen dah la penuh dengan umat manusia yang nak buat pasport. T.T Memang kerja gila. =.=" Saya pergi hari Jumaat, sampai Lampung malam. Sampai Malaysia hari Isnin (29 Oktober 2012). Memang rasa tak puas pergi sekejap sangat. Tak sempat shopping ke apa. Tapi, berbaloi dapat jumpa saudara mara. Hehe. Anak sepupu pun dah membesar. Anak saya je tak wujud2 lagi (dah suami pun belum ada). Haha. Ok, abaikan. Cuma nak share gambar je, malas cerita panjang-panjang.

kubur datuk dan nenek bersebelahan masjid lama


sekitar haul

the guys

Monday, July 2, 2012

Java's Getaway..heee~

Assalamualaikum and salam 1Malaysia. Hehe. Alhamdulillah saya telah tamat pengajian degree walaupun belum officially sebab graduation bulan Oktober nanti,da.. Uhukkss.. Apa pun saya nak cerita tentang aktiviti selepas tamat kertas terakhir bulan lepas(13 Jun 2012). 
Disebalik tarikh 13 Jun itu ada kisah sebenarnya. Alkisahnya sepatutnya pada tarikh tersebut saya terbang ke Jakarta. Sadly. Tiket beli bulan Mac, tapi terpaksa burn macam tu je. Yang paling menyedihkan, sebenarnya itu adalah tiket penerbangan kedua ke Jakarta yang saya beli. Sebelumnya, tarikh ialah pada 6 Jun. Tak da rezeki, na. Takpe. Tapi Allah ganti dengan perkara lain malah lebih indah. Hehe.


Pada 14 Jun 2012, saya dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan jamuan perpisahan dengan makan lunch secara buffet di Hotel De Palma Ampang. 


Mungkin itulah pertemuan terakhir kami sebelum bertemu kembali pada majlis konvokesyen di PICC pada 13 Oktober. Hehe.
Selain itu, pada 16 Jun 2012 saya terbang ke Semarang (lagi....). Tiket ini saya baru beli 2 minggu sebelumnya. Betul-betul seminggu sebelum exam saya confirm dah selesai. Alhamdulillah keluarga di Semarang melayan saya dengan baik dan saya amat gembira bertemu dengan mereka. Hehe. 


Tujuan saya ke sana ialah untuk mengikuti Haul Akbar di Surabaya pada 23 dan 24 Jun 2012. Seru sekali!


Pada pagi 23 Jun, Kak Mia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang kedua. Alhamdulillah mudah urusan melahirkannya.
Pada tarikh 26 Jun 2012 ketika hampir Maghrib, kami bertolak pulang ke Semarang dari Surabaya. Hehe. Sampai di Semarang sekitar pukul 3.30pagi WIB. Alhamdulillah perjalanan lancar. Pagi 27 Jun 2012 saya berjalan-jalan dengan Mba Nadia ke Pasar Johar. Saya berkesempatan untuk membeli hiasan buat tudung bawal. Hihi. Lucu-lucu sih soalnya.
Tanggal 28 Jun 2012, saya pulang ke Malaysia. Perjalanan memang amat menyenangkan. ^^

Thursday, May 31, 2012

Wedding @ Semarang

Assalamualaikum readers. Salam sejahtera. Seperti biasa kita bertemu lagi di alam maya ini. Cewah. Minggu lepas saya telah berkesempatan untuk ke Semarang menghadiri perkahwinan A1. Huhu. Dulu saya pernah ada saya cerita tentang A1 sikit dalam post Sejenak di Pula Jawa [Part II]. Poko'nya, dia udah menikah sama pacarnya (Deassy) setelah sekian lama pacaran (eh.tbe2 tukar jadi bahasa indonesia). :p
Semoga perkahwinannya berkah, menjadi keluarga yang SAMARA (singkatan dari: Sakinah, Mawaddah, Warahmah). Amin.


Dah tak payah cerita pasal A1 lagi. Kita beralih ke cerita lain. Nak dijadikan cerita, saya banyak pergi mall je la kot (Paragon dan Mall Ciputra). Nasib baiklah hari last sempatlah saya pergi ke Masjid Agung (dari dulu nak p sana, na <- ni loghat Kedah lak). Fuhh..Tapi tak dapat eden nak tengok payung dia ala2 di Masjid Nabawi tu terbuka. Kuncup je la gayanya. T.T Lagipun menurut bapak yang jaga di sana, ada dua payung yang rusak gara2 angin. Jadi harus dibenarin dulu. Cuma butuh biaya yang banyak sekali dan mereka cuma bergantung kepada duit sumbangan orang ramai. Huhu. Ada sesiapa yang mau jadi donator? Silahkan ke Masjid Agung Kota Semarang. He2.


Eh bercakap pasal hari terakhir saya di Semarang. Cuba bayangkan saya patut sampai di Bandara Ahmad Yani jam 4 sore paling lambat. Tapi, kul4 sore baru gerak dari rumah. Nasib baik dalam 15 minit je ke sana. Lepas tu, masa tengah kelam kabut nak drop bag kat kaunter sempatlah saya tanya. "Eh, pesawatnya delay ya?". Ternyata dari KL belum sampai lagi. Delay 45 minit camtu la. Memang rezeki saya. Alhamdulillah, baik betul aturan Allah tu. Urusan dipermudahkanNya. Amin. Hehe :)

kadang2 perkara kecil kita boleh rasa, "eh,sweet nye". ha2. tapi kenyataan kot. macam teh ni. thanks ^^

Friday, May 4, 2012

Akhirnya...semua kakak saya dah kahwin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Dah lamaaaaaaaaaaa giler saya tak update blog. Sibuk sangat mengalahkan pengantin. Oh ya, cakap pasal pengantin ini saya nak cerita pasal wedding kakak saya yang baru berlangsung Sabtu yang lepas. Untuk pengetahuan, keluarga kami dari Indonesia lebih kurang 40 orang telah dapat menghadirkan diri. Ramai tak? Memey ramai, tapi itu yang buat meriah. Hehe. 


Majlis Pernikahan @ Surau Al-Mustaqimah, Taman Cheras Indah



Kali ini kita buat pada hari yang sama dengan majlis resepsi. Tak sangka, memang sangat penat buat pada hari yang sama berbanding kalau buat lebih awal. Sebab nak fikir lepas majlis tu pergi dewan lagi, hantar saudara ke dewan dan lain-lain.



Majlis Resepsi @ Dewan Serbaguna Taman Maluri




Kalau masih ingat, hampir 2 tahun yang lalu masa majlis kakak saya yang pertama kitorang buat kat Dewan Sebaguna Taman Tasik Ampang Hilir (lokasi sebelah MRR2 yang ada kolam tu). Hehe. Ingat nak buat kat sana juga, tapi dah fully-booked sampai hujung tahun daa. Haha. LAMBAT! Apa pun Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Hihi.


Pengapit, yeeeeeeah!


eh, sian Abang Atta..payung langgar dahan pokok ke?hihihi :p

Dah lama saya berangan nak jadi pengapit. Maka, pada hari Sabtu yang lepas impian saya terlaksana. Ada kisah sebelum saya dapat jadi pengapit ini. Nak dijadikan cerita, saya berebut menjadi pengapit ini dengan dua pupu saya. Haha. Boleh tahan tak? Lama bergaduh mulut dan akhirnya, sebagai adik kandung saya dapatlah kuasa veto tu. Hahahahaa. Peace, no war! (^v^)v


Jodoh...lagi...




Ok lah, adalah terbuka cerita pasal nak jodoh-jodoh ini.....lagi! Tapi saya dah tak ambil port. Malas nak berharap ke apa. Sebab apa yang penting....kerjasama (wonderpet mode: ON). LOL. Ok yang penting bak kata saya dulu2, kalau ada orang datang meminang masa saya masih single nanti....mungkin orang tu yang saya pilih. Tapi bukanlah terus terima, ok. Kalau dapat persetujuan ahli keluarga. Dan yang paling penting....saya kenalah suka juga. Sebab at the end of the day, yang kahwin tu saya. Takkan saya main tangkap muat je pasal kahwin ni. Seksa jiwa, beb. Haha. :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails