Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Sebulan Sebelum Umrah #Throwback2011

Salam readers. Sebenarnya aturan Allah tu sangat indah. Ya, itulah yang terjadi pada saya. Saya pernah menulis dalam blog tentang rancangan menunaikan umrah pada tahun 2011. Memang betul saya dapat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah pada tahun 2011 iaitu semasa di akhir Ramadhan dan sempat beraya di sana. Masa tu semester baru sahaja bermula. Hari pertama semester, mama telefon bertanyakan sama ada saya ingin ikut menunaikan umrah. Tanpa berfikir panjang saya terus mengatakan "NAK!". Hehe. Padahal kalau ikutkan tempoh yang diambil 2 minggu kalau kita nak buat umrah ini. Selepas tolak cuti sempena Aidilfitri ada lagi seminggu. Adakah saya akan ponteng kelas je. Hehe. Pada mulanya begitulah. Tapi, kebetulan kuasa Allah juga. Rakan-rakan request supaya kelas kami selepas Aidilfitri lewat seminggu. Ganti kelas je. Jadi, memandangkan cadangan itu mendapat persetujuan ramai, jadi dapatlah saya menunaikan umrah tanpa perlu ponteng kelas. Alhamdulillah. Kalau kita permudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita pun dipermudahkan. :)

Saturday, October 8, 2011

Abaya..saya suka! :)

Salam bloggers. Hehe. Pada hari Rabu yang lalu saya telah pun selamat menerima Abaya Dubai yang saya tempah dari telekung.net. Kenapa saya beli abaya? Ok lah, ingat lagi tak saya pergi Umrah tempoh hari? Masa hari tu saya ada membeli sepasang abaya sekali ngan shayla dia. TAPI kan....saya menyesal satu hal. Masa kat Madinah saya ingat nak menambah satu lagi koleksi abaya. Dah minta potongan harga lagi tau masa tu. Tapi, akhirnya tak jadi beli. Masa nak bertolak ke lapangan terbang Madinah, baru saya terfikir nak beli. Tapi, sebab takut ditinggalkan bas maka saya tak jadi beli. PADAHAL, kalau saya turun dari bas masa tu masih sempat! T____T Jadi, untuk mengelakkan saya terus-menerus teringat kat abaya tu, jadi saya pun memesan abaya dari telekung.net. Alhamdulillah perkhidmatannya sangat baik. Kalau pembayaran dibuat sebelum 1pm, maka barang akan dihantar pada hari tersebut. Jadi, barang akan diterima dari Poslaju pada keesokan harinya la (bagi zon A). Gambar di bawah hanyalah contoh Abaya, bukan yang saya beli. ^^,

Monday, October 3, 2011

Perjalanan Umrah 1432H

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, dikesempatan ini saya menulis kisah perjalanan saya ketika ke Tanah Suci Ramadhan yang lalu.

Jumaat (26 Ogos 2011)
Pesawat bertolak sekitar pukul 3.30 petang dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Jeddah. Memandangkan waktu di Jeddah lewat 5 jam dari waktu Malaysia, maka kami yang sedang berpuasa ini hanya berbuka ketika waktu di Malaysia sudah menunjukkan 11.30 malam. Puasa kami jadi lama la. Juruterbang kemudian memberitahu kami apabila pesawat sudah melalui Miqat untuk berniat ihram. Hehe. Kalau tidak silap pukul 9 malam waktu Jeddah kami tiba di sana. Alhamdulillah. Oh ya, rombongan Andalusia pada 26 Ogos 2011 sebenarnya ramai, hampir 100 orang kalau tidak silap. Tetapi terpisah di lapangan terbang Jeddah memandangkan saya dan ahli kumpulan (kami seramai 10 orang), bertolak ke Mekah dahulu. Orang yang lain ke Madinah, baru ke Mekah. Hari pertama tiba kami tidak solat Tarawikh di Masjidilharam. Sudah lambat sampai hotel (selepas pukul 12 malam). Malam 27, ramai orang yang solat Qiamullail di Masjidilharam kerana mereka percaya bahawa Lailatul Qadar jatuh pada tarikh 27 Ramadhan.

Sabtu (27 Ogos 2011)
Sebaik sahaja sahur, kami sekumpulan menuju ke Masjidilharam untuk melakukan Umrah. Sebenarnya kami semua terpisah dengan mutawif yang membimbing kami ketika melakukan tawaf. Huhu. Jadi akhirnya masing-masing melakukan tawaf dan saie bersendirian. Ish ish. Satu hal yang baik di Mekah ialah pahala solat berjemaah di Masjidilharam iaitu sebanyak 100000 kali. Masya-Allah. Rugi kalau tidak bersolat di sana. Pada malamnya solat Tarawikh di tingkat 1 Masjidilharam. Masya-Allah memang penuh sangat dengan berjuta-juta manusia rasanya.

Ahad (28 Ogos 2011)
Benarlah kata-kata kalau di Tanah Haram kita tidak boleh tersalah kata. Kami hampir tidak bangun bersahur, tapi Alhamdulillah saya terjaga sekitar pukul 4 pagi. Jadi adalah masa lebih kurang 40 minit lagi. Sekitar jam 7 pagi kami bertolak ke Masjid Tana'im untuk berniat umrah dan solat sunat Ihram. Kemudian kami terus melakukan tawaf dan saie, tetapi kali ini Alhamdulillah kami tidak terpisah dengan mutawif. Oh ya, tempat saie ada dua tingkat tau! Satu di bawah, satu lagi di atas. Kalau di atas memang agak kurang orang, tapi perjalanan agak jauh sedikit la. Huhu. Pada malamnya, saya dan mama cuma dapat solat Tarawikh di atas jalan raya sebab jalan menuju ke Masjidilharam sesak. Tapi tak apa, yang penting dapat solat pada malam ke 29 Ramadhan (malam terakhir). Hehe.

Isnin (29 Ogos 2011)
Inilah hari terakhir puasa kami di Mekah. Pada petangnya saya dan mama membeli Laban (kira yogurt la kat Malaysia) dan roti2 di Supermarket. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini.

P/s: Nantikan kisah Syawal saya di Tanah Suci. ;)

Thursday, September 22, 2011

Kisah Syawal saya [part I]

Assalamualaikum. Maaflah saya memang dah lama tak jenguk blog saya ini sebenarnya. Apa pun. kisah Umrah saya tu saya nak tunda dulu. Sebab belum ada 'feel' nak taip panjang-panjang lagi. Satu hal yang buat saya insaf bila tibanya Syawal di kota Mekah Al-Mukarramah.....takbir raya hanyalah kedengaran usai solat Subuh 1 Syawal.....dan ianya tidak lagi berkumandang setelah solat sunat Aidilfitri dilakukan. Suasana di Mekah juga, masih tidak berubah seperti hari sebelumnya ketika bulan Ramadhan. PENUH sesak dengan umat Islam yang ingin menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah. Memang bersyukur sangat dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram ini. Perasaan ketika di sana memang susah nak digambarkan. Sebab tu saya sekarang tidak boleh terima kalau orang kata, RAYA sebulan. Eh, puasa sebulan.....raya pun nak sebulan? ANDAI Rasulullah SAW masih ada......adakah baginda juga akan beraya sebulan? Hmmmm..

P/s: Kalau ada rezeki, saya nak berpuasa sebulan di sana. Hopefully. Amin~ :)

Sunday, September 11, 2011

Syawal di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hehe. Alhamdulillah saya telah selamat sampai Malaysia pada hari Jumaat yang lalu dalam jam 1.20 petang. Cuaca ketika itu baik. Memandangkan air zam-zam lambat keluar dari tempat simpanan pesawat, maka kami hanya dapat keluar dari KLIA lebih kurang sejam kemudian. Huhu. Apa pun, hari tu masa di Mekah dan Madinah saya tak dapat online pun. Hehe. Bagus lah, boleh fokus untuk beribadah kan? Oh ya, nantikan kisah Ramadhan dan Syawal saya di Mekah dan Madinah. Tunggu......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails