Thursday, January 1, 2015

Prosedur Berkahwin di Luar Negara

Salam. Dah masuk bulan Januari 2015 hari ini. Pejam celik, dah hampir sebulan saya menikah. Post kali ini tentang proses yang akan berlaku bagi urusan perkahwinan di luar negara. Untuk pengetahuan, pernikahan saya dijalankan di Bandar Lampung, Indonesia. Manakala kawasan tempat tinggal saya di Selangor dalam urusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.

Sebelum Akad Nikah
Anda perlu melengkapi borang yang boleh didapati di laman web JAIS. Untuk perempuan, borang 2C dan 2D. Selepas print borang, pastikan anda bertemu Penolong Pendaftar Nikah (PPN) dalam kariah anda untuk dapatkan pengesahannya. Sebelum itu, pastikan anda telah membuat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik Kerajaan yang berhampiran. Untuk pengetahuan, tandatangan (termasuk saksi) juga perlu dilakukan di hadapan PPN. Selepas PPN tandatangan dan dokumen telah lengkap, ia perlu dihantar ke PAID dan bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Bagi yang menikah di luar Selangor akan mendapat borang kebenaran berkawin luar Selangor. Ianya sah digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja. Untuk yang akan berkahwin di Indonesia atau luar negara, perlu dapatkan surat rekomendasi nikah dari Kedutaan Malaysia (sebagai contoh, saya di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia). Bayaran adalah sebanyak Rp34ribu. Kemudian, bawa surat tersebut bersama dokumen2 yang lain yang dibawa dari Malaysia ke Kantor Urusan Agama (KUA) kawasan akad nikah akan dijalankan. Kalau nak menikah secara percuma, ianya mesti dijalankan di KUA itu sendiri. Bayaran kepada jurunikah berbeza tertakluk pada kawasan (Rp600ribu patutnya, kalau tak silap). Tapi saya haritu suami bayar hampir Rp900ribu.

Selepas Akad Nikah
Untuk urusan daftar perkahwinan di luar negara, anda perlu ke PAID dalam masa 6 bulan selepas nikah. Terdapat borang untuk daftar nikah dan beberapa salinan dokumen perlu dilampirkan. Untuk yang berkahwin di Indonesia, anda perlu mengesahkan dokumen nikah terlebih dahulu di KEDUTAAN  BESAR REPUBLIK INDONESIA (KBRI). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM70, proses mengambil masa 2 hari. Selepas semua dokumen dilampirkan, anda akan ditemubual di bilik siasatan PAID. Hehe. Di sana juga, suami akan dikehendaki melafazkan taklik. Bayaran untuk sijil daftar perkahwinan sebanyak RM20. Kebiasaannya sebaik sahaja borang diterima PAID, selepas seminggu barulah anda akan dapat mengutip sijil anda (tapi saya 'special case', dapat hari yang sama).

Setakat ini sahaja prosesnya. Tetapi ada lagi yang rumit kalau anda nak tinggal lama di Indonesia. Iaitu proses mendapatkan VISA SOSIAL atau VITAS (visa izin tinggal terbatas) ataupun KITAS (izin tinggal terbatas yang paling lama sampai 5 tahun). Ada yang boleh dilakukan di pejabat Dirjen Imigrasi Jakarta, ada yang perlu dilakukan di KBRI Malaysia/Singapura (negara yang terdekat dengan Indonesia).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails