Showing posts with label imigresen. Show all posts
Showing posts with label imigresen. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Selepas 4 Bulan

Assalamualaikum pembaca budiman. Eh, masih ada orang ke yang baca blog?😂 Dah 2 tahun tak post apa pun di sini. Hari ini saya cuma nak beritahu perkembangan terbaru. 

Anak ketiga
Alhamdulillah 4 bulan yang lalu saya selamat melahirkan anak ketiga. Melahirkan anak masa pandemik covid-19 banyak buat saya belajar perkara baru terutama hampir semua benda saya lakukan bersendirian. Contohnya, duduk dalam wad tanpa pelawat (ada sekali kakak yang kerja di Hospital Ampang jenguk sebentar),
cukur rambut baby, khatan baby, buka akaun tabung haji baby, urus affidavit baby, ambil gambar baby, buat pasport baby. Fuhhh..mencabar kan. Banyak benda saya lakukan sendiri masa orang Melayu kata dalam pantang. Alhamdulillah masa renew pasport saya dan Adam serta buat surat beranak Ibrahim, ada mama temankan. Kalau ikutkan hari renew pasport tu nak buat pasport Ibrahim sekali. Tapi malangnya imigresen tu masa tulah system down.😅😅 Terpaksa tunda.


Pindah ke Jawa Tengah
Setelah saya tinggal 5 tahun lebih di Kalimantan Barat, akhirnya saya pindah ke Purbalingga, Jawa Tengah. Rasa macam belum puas lagi di Singkawang.😂 Terakhir di Singkawang akhir bulan Februari yang lalu. Ingatkan saya akan kembali ke pulau borneo selepas bersalin tapi perancangan Allah lebih indah. Semoga pandemik ini segera berakhir. Rindulah Malaysia. Tak mahu kuarantin 14 hari di pusat kuarantin tu sebab tak mungkin saya boleh berlama-lama di Malaysia.😅

P/s: Caj affidavit pun dah berubah. Dulu RM45, sekarang dah naik lebih 2 kali ganda. 😅

Thursday, January 1, 2015

Prosedur Berkahwin di Luar Negara

Salam. Dah masuk bulan Januari 2015 hari ini. Pejam celik, dah hampir sebulan saya menikah. Post kali ini tentang proses yang akan berlaku bagi urusan perkahwinan di luar negara. Untuk pengetahuan, pernikahan saya dijalankan di Bandar Lampung, Indonesia. Manakala kawasan tempat tinggal saya di Selangor dalam urusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.

Sebelum Akad Nikah
Anda perlu melengkapi borang yang boleh didapati di laman web JAIS. Untuk perempuan, borang 2C dan 2D. Selepas print borang, pastikan anda bertemu Penolong Pendaftar Nikah (PPN) dalam kariah anda untuk dapatkan pengesahannya. Sebelum itu, pastikan anda telah membuat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik Kerajaan yang berhampiran. Untuk pengetahuan, tandatangan (termasuk saksi) juga perlu dilakukan di hadapan PPN. Selepas PPN tandatangan dan dokumen telah lengkap, ia perlu dihantar ke PAID dan bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Bagi yang menikah di luar Selangor akan mendapat borang kebenaran berkawin luar Selangor. Ianya sah digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja. Untuk yang akan berkahwin di Indonesia atau luar negara, perlu dapatkan surat rekomendasi nikah dari Kedutaan Malaysia (sebagai contoh, saya di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia). Bayaran adalah sebanyak Rp34ribu. Kemudian, bawa surat tersebut bersama dokumen2 yang lain yang dibawa dari Malaysia ke Kantor Urusan Agama (KUA) kawasan akad nikah akan dijalankan. Kalau nak menikah secara percuma, ianya mesti dijalankan di KUA itu sendiri. Bayaran kepada jurunikah berbeza tertakluk pada kawasan (Rp600ribu patutnya, kalau tak silap). Tapi saya haritu suami bayar hampir Rp900ribu.

Selepas Akad Nikah
Untuk urusan daftar perkahwinan di luar negara, anda perlu ke PAID dalam masa 6 bulan selepas nikah. Terdapat borang untuk daftar nikah dan beberapa salinan dokumen perlu dilampirkan. Untuk yang berkahwin di Indonesia, anda perlu mengesahkan dokumen nikah terlebih dahulu di KEDUTAAN  BESAR REPUBLIK INDONESIA (KBRI). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM70, proses mengambil masa 2 hari. Selepas semua dokumen dilampirkan, anda akan ditemubual di bilik siasatan PAID. Hehe. Di sana juga, suami akan dikehendaki melafazkan taklik. Bayaran untuk sijil daftar perkahwinan sebanyak RM20. Kebiasaannya sebaik sahaja borang diterima PAID, selepas seminggu barulah anda akan dapat mengutip sijil anda (tapi saya 'special case', dapat hari yang sama).

Setakat ini sahaja prosesnya. Tetapi ada lagi yang rumit kalau anda nak tinggal lama di Indonesia. Iaitu proses mendapatkan VISA SOSIAL atau VITAS (visa izin tinggal terbatas) ataupun KITAS (izin tinggal terbatas yang paling lama sampai 5 tahun). Ada yang boleh dilakukan di pejabat Dirjen Imigrasi Jakarta, ada yang perlu dilakukan di KBRI Malaysia/Singapura (negara yang terdekat dengan Indonesia).

Sunday, September 21, 2014

Mudahnya Berurusan di UTC Pudu Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post saya kali ini mengenai proses untuk memperbaharui pasport dan juga menukar kad pengenalan. Semalam saya ke UTC Pudu Sentral kerana itulah lokasi paling terdekat dengan rumah saya. Hanya dengan menaiki LRT, turun di Plaza Rakyat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan (seperti Imigresen, JPN, JPJ, SPAD, Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di UTC Pudu Sentral adalah di tingkat 2.

Pejabat Imigresen
Saya tiba di imigresen sebelum pukul 9.30 pagi. Sebaik tiba, memang orang ramai dah beratur panjang untuk mengambil nombor giliran. Giliran saya mengambil nombor tiba sejam kemudian "1292" dianggarkan pada pukul 3.30 petang. Untuk tidak membuang masa, saya ke pejabat JPN untuk menukar kad pengenalan lama kepada yang baru (padahal dari 2012 dah boleh tukar). Selepas ke JPN, saya ke Mydin sebentar dan pulang ke rumah. Kembali ke UTC dengan menaiki LRT pada pukul 3pm. Pukul 3.20petang saya menunggu di hadapan kaunter. Akan tetapi nombor giliran saya dipanggil lebih kurang pukul 4.30 petang. Sekarang kita tidak perlu untuk mengambil gambar pasport di kedai gambar (jimat RM12 di situ) kerana pihak imigresen sudah menyediakan kamera. Ceq habaq, sekarang dah canggih tau. Bukan JPN je yang dah canggih. Ekeke. Ketika menunggu giliran dipanggil ke kaunter 9 (juruwang), tiba-tiba nama dipanggil pegawai imigresen. "Ada tukar IC ke? Gambar tak update". Lebih kurang begitu soalan yang ditanya kepada saya. Saya disarankan untuk ke JPN dan mengambil resit kad pengenalan sementara, ataupun ambil IC. Saya kemudiannya terus ke JPN. Mula2 saya sudah menekan nombor giliran "1" (urusan mykad, kelahiran, kematian, etc). Tapi terdetik di hati saya untuk bertanya tentang status MyKad saya kepada pegawai JPN. Alhamdulillah katanya kad pengenalan saya dah siap. Maka, saya mengambil nombor "2" iaitu untuk urusan mengambil kad pengenalan, dan memberikan nombor saya kepada seorang pakcik. Hehe. Saya perlu membuat salinan fotostat IC itu dan menyerahkannya kepada pegawai imigresen. Alhamdulillah tidak sampai 1 jam nombor saya dipanggil untuk membuat pembayaran, nombor saya dipanggil di kaunter penyerahan pasport. Untuk pengetahuan anda, hanya urusan permohonan untuk kali pertama dan memperbaharui pasport boleh dilakukan di UTC. Urusan lain seperti pasport Sabah, Sarawak dan lain-lain perlu dilakukan di Pejabat Imigresen seperti dibawah. 
Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pejabat Imigresen Selangor
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan
  • Pejabat Imigresen Melaka 
  • Pejabat Imigresen Pahang
  • Pejabat Imigresen Perak
  • Pejabat Imigresen Pulau Pinang
  • Pejabat Imigresen Perlis
  • Pejabat Imigresen Sabah
  • Pejabat Imigresen Sarawak
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan: Seremban
  • Pejabat Imigresen Selangor: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang
  • Pejabat Imigresen Pulau Pinang: Seberang Jaya
  • Pejabat Imigresen Sarawak: Kuching, Miri
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya: Pejabat Pasport Presint 3
Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang
  • Pejabat Imigresen Kedah
  • Pejabat Imigresen Kelantan
  • Pejabat Imigresen Terengganu
  • Pejabat Imigresen Johor
Khamis : 7.30 pagi - 3.30 petang
  • Pejabat Imigresen Kedah
  • Pejabat Imigresen Kelantan
  • Pejabat Imigresen Terengganu
  • Pejabat Imigresen Johor
Waktu Operasi Pejabat UTC
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
  • UTC Pudu, Kuala Lumpur
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  • UTC Ipoh, Perak
  • UTC Melaka
  • UTC Kuantan, Pahang
  • UTC Alor Setar, Kedah
  • UTC Johor
*Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
*Tutup semasa Cuti Umum
Waktu Operasi Pejabat UTC 
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
  • UTC Kota Kinabalu, Sabah
*Jumaat Tutup : 11.30tgh hingga 2.00ptg
*Tutup semasa Cuti Umum
Waktu Operasi Pejabat RTC
Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
  • RTC Gopeng, Perak
*Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
Waktu Operasi Pejabat RTC
Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
  • RTC Napoh, Kedah
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
  • RTC Napoh, Kedah
Waktu Operasi Urusan Selain Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45petang
  • Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pejabat Imigresen Selangor
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan
  • Pejabat Imigresen Melaka 
  • Pejabat Imigresen Pahang
  • Pejabat Imigresen Perak
  • Pejabat Imigresen Pulau Pinang
  • Pejabat Imigresen Perlis
  • Pejabat Imigresen Sabah
  • Pejabat Imigresen Sarawak
Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang
  • Pejabat Imigresen Kedah
  • Pejabat Imigresen Kelantan
  • Pejabat Imigresen Terengganu
  • Pejabat Imigresen Johor
Khamis: 7.30 pagi - 3.30 petang
  • Pejabat Imigresen Kedah
  • Pejabat Imigresen Kelantan
  • Pejabat Imigresen Terengganu
  • Pejabat Imigresen Johor
Sumber: Portal Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara
Sebaik selesai mengambil nombor giliran di pejabat imigresen, saya ke pejabat JPN. Saya perlu menunggu lebih kurang 1 jam sebelum nombor saya dipanggil. Untuk urusan penukaran kad pengenalan, hanya serahkan kad pengenalan di kaunter. Hanya untuk urusan menukar alamat sahaja perlu menulis butiran di borang. Untuk menggantikan kad pengenalan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Tidak lama kemudian, nama saya dipanggil ke kaunter 9 untuk mengambil gambar. Katanya kad pengenalan boleh diambil selepas 24 jam. Alhamdulillah selesai urusan.

P/s: Gambar lelaki tu sedang berhadapan kamera untuk proses mengambil gambar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails