Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Rutin Sejak Berkahwin

Salam pembaca yang budiman. Alhamdulillah pernikahan kami sudah genap 4 bulan pada 6 April 2015 yang lalu. Kadang-kadang ada orang mesti nak tau, apa je yang orang dah kahwin buat. Saya ingin berkongsi rutin yang kami suami isteri lakukan. 

Solat Tahajjud
Alhamdulillah, biasanya kami akan bangun dan solat Tahajjud berjemaah. Kadang2 sahaja solat Dhuha berjemaah. Waktu solat wajib yang lain, suami di masjid manakala saya di rumah (ini yang lebih afdal.

Majlis Taklim
Usai pulang dari masjid pada waktu Subuh, kami akan taklim bersama secara bergilir. Dimulakan dengan membaca ayat suci AlQur'an dan maknanya, kemudian baca kitab Muntakhab Ahadits (dari hadith nabi).

Zikir 100x
Tiap selesai Subuh dan Asar, kami juga mengamalkan bacaan Zikir (Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah AllahuAkbar, Selawat, Istighfar sebanyak 100 kali.

Perkongsian ini buat kalian yang sudah mahupun akan berkahwin. Marilah kita berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan menambah amalan.

Thursday, January 1, 2015

Prosedur Berkahwin di Luar Negara

Salam. Dah masuk bulan Januari 2015 hari ini. Pejam celik, dah hampir sebulan saya menikah. Post kali ini tentang proses yang akan berlaku bagi urusan perkahwinan di luar negara. Untuk pengetahuan, pernikahan saya dijalankan di Bandar Lampung, Indonesia. Manakala kawasan tempat tinggal saya di Selangor dalam urusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.

Sebelum Akad Nikah
Anda perlu melengkapi borang yang boleh didapati di laman web JAIS. Untuk perempuan, borang 2C dan 2D. Selepas print borang, pastikan anda bertemu Penolong Pendaftar Nikah (PPN) dalam kariah anda untuk dapatkan pengesahannya. Sebelum itu, pastikan anda telah membuat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik Kerajaan yang berhampiran. Untuk pengetahuan, tandatangan (termasuk saksi) juga perlu dilakukan di hadapan PPN. Selepas PPN tandatangan dan dokumen telah lengkap, ia perlu dihantar ke PAID dan bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM10. Bagi yang menikah di luar Selangor akan mendapat borang kebenaran berkawin luar Selangor. Ianya sah digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja. Untuk yang akan berkahwin di Indonesia atau luar negara, perlu dapatkan surat rekomendasi nikah dari Kedutaan Malaysia (sebagai contoh, saya di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia). Bayaran adalah sebanyak Rp34ribu. Kemudian, bawa surat tersebut bersama dokumen2 yang lain yang dibawa dari Malaysia ke Kantor Urusan Agama (KUA) kawasan akad nikah akan dijalankan. Kalau nak menikah secara percuma, ianya mesti dijalankan di KUA itu sendiri. Bayaran kepada jurunikah berbeza tertakluk pada kawasan (Rp600ribu patutnya, kalau tak silap). Tapi saya haritu suami bayar hampir Rp900ribu.

Selepas Akad Nikah
Untuk urusan daftar perkahwinan di luar negara, anda perlu ke PAID dalam masa 6 bulan selepas nikah. Terdapat borang untuk daftar nikah dan beberapa salinan dokumen perlu dilampirkan. Untuk yang berkahwin di Indonesia, anda perlu mengesahkan dokumen nikah terlebih dahulu di KEDUTAAN  BESAR REPUBLIK INDONESIA (KBRI). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM70, proses mengambil masa 2 hari. Selepas semua dokumen dilampirkan, anda akan ditemubual di bilik siasatan PAID. Hehe. Di sana juga, suami akan dikehendaki melafazkan taklik. Bayaran untuk sijil daftar perkahwinan sebanyak RM20. Kebiasaannya sebaik sahaja borang diterima PAID, selepas seminggu barulah anda akan dapat mengutip sijil anda (tapi saya 'special case', dapat hari yang sama).

Setakat ini sahaja prosesnya. Tetapi ada lagi yang rumit kalau anda nak tinggal lama di Indonesia. Iaitu proses mendapatkan VISA SOSIAL atau VITAS (visa izin tinggal terbatas) ataupun KITAS (izin tinggal terbatas yang paling lama sampai 5 tahun). Ada yang boleh dilakukan di pejabat Dirjen Imigrasi Jakarta, ada yang perlu dilakukan di KBRI Malaysia/Singapura (negara yang terdekat dengan Indonesia).

Sunday, December 7, 2014

Surat dari Cik Muchlisah kepada Pn Muchlisah


Taman Cheras Indah,
Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

13 SEPTEMBER 2014

Kehadapan Puan Muchlisah.

Assalamualaikum, semoga puan tetap sihat dan sentiasa hidup dirahmati oleh Allah SWT. Ingatlah puan, perkahwinan itu bukan suatu perkara mudah. Perkahwinan itu walaupun mungkin bukan terjadi kerana anda suka dia atau adanya perasaan suka sama suka. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, "kita bercinta 20 tahun pun takkan kenal dengan seseorang, melainkan LAKONAN dia". Siapa kata bercinta perlu sebelum nikah? Islam sendiri tak pernah mengajar Islamnya mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sebelum adanya pernikahan. Betapa Islam itu indah.

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Mungkin kita fikir seseorang itu jodoh kita apabila adanya perasaan "Saya suka dia. Rindu awak 200%" Haha. Tetapi, sentiasalah berdoa pada Allah, seandainya benar dia jodoh kita permudahkanlah urusan jangan dipersulitkan. Sekiranya ada orang lain jodoh kita, maka permudahkanlah urusan untuk menjadi HALAL itu.

Puan, perkahwinan itu melibatkan bukan soal hati sahaja tetapi melibatkan dua keluarga. Ingatlah puan untuk menjaga hubungan baik dengan mertua. Ya, kerana mertua itu ibarat ibu bapa kita sendiri sahaja. Apatah lagi sebagai seorang perempuan, tempatnya adalah di sisi suami setelah berkahwin. Patuhilah arahan suami selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama.

Selain itu, diharapkan puan dapat bertolak ansur serta terdapat konsep give-and-take antara suami isteri. Jangan masing-masing nak ikut perasaan, tidak boleh berkompromi. Ingatlah wanita itu memang emosinya cepat terganggu, malah oleh sebab itu hak untuk mengatakan "saya ceraikan awak" bukan terletak pada seorang wanita. Syaitan suka kita semua ini bercerai berai. Yang dah "bina masjid", akhirnya bercerai dek hasutan si syaitan. 

Orang kata, nak ikat suami kena ikat perut dia. Jadi kalau sudah berkahwin, kenalah banyak mencuba resipi baru atau pelbagaikan makanan. Jangan ikut apa kita suka di perut sahaja, kenalah tau juga apa yang suami suka makan. Kalau kita ikhlas memasak, insyaAllah makanan yang terhasil juga sedap.

Papa selalu kata "orang sabar disayang Allah". Malahan ungkapan itu juga yang sering Puan ungkapkan pada anak buah. Mungkin pulang setiap bulan ke kampung halaman tu MUSTAHIL. Tetapi yakinlah andainya ada rezeki, mungkin boleh puan pulang nanti. Apatah lagi dengan adanya sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Puan yang dikasihi, kita dituntut untuk tidak sesekali meninggikan suara pada ibu bapa. Ini jugalah yang perlu dipraktikkan apabila berkahwin. Sabar. Kawal perasaan memberontak yang mungkin akan hadir. Tetapi kalau suami dah menyakitkan hati dan mula angkat tangan itu lain cerita.  Kalau kita sayang ibu bapa kita, kita kena juga sayang ibu bapa suami. Sentiasa muhasabah diri. Mungkin juga perbincangan 5 minit itu perlu setiap hari (bak kata dalam cerita Aku Ada Wali). Apa yang terlintas di hati jangan dipendamkan seorang diri. 

"Career woman versus housewife". Ya, mungkin orang akan cakap "Eh, ada Master sayanglah kalau tak guna. Takkan duduk jadi suri rumah je. Terus terang ketika kata-kata ini ditaip, saya masih lagi dalam proses untuk mengikhlaskan hati. Siapa kata senang nak melupakan impian, cita-cita yang mungkin sudah ditanam dari awal. Mungkin Puan pernah ada perasaan untuk menyumbang semula kepada institusi pengajian Puan yang telah pun berbakti kepada puan. Menjadi seorang pensyarah mahupun pegawai kerajaan atau swasta. Akan tetapi, yakinlah Puan seandainya ada rezeki mungkin ilmu yang Puan ada boleh digunakan pada masa yang akan datang. Siapa kata surirumah tak boleh ada Master? Siapa kata surirumah tak boleh ada PhD? Yakinlah, insyaAllah...suatu hari nanti...siapa tahu panggilan yang mama berikan pada waktu kecil dulu akan menjadi kenyataan? "Profesor serba tahu". Lagipun, sekarang dah zaman bekerja dari rumah. Jadi surirumah dan menjalankan perniagaan Online dari rumah.

Rasanya setakat ini sahaja warkah saya buat Puan. "Ingatlah Allah pada ketika senangmu, nescaya Allah akan ingat kamu pada waktu susahmu". Jangan tinggal solat ya. Selalu lakukan solat Dhuha, solat tahajjud, puasa hari putih, dan begitu juga puasa isnin dan khamis. InsyaAllah kita cari redha Allah, maka Allah akan berkati hidup kita. Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Cik Muchlisah.

Tuesday, June 24, 2014

Photographer Kahwin TAK JUJUR ke TAK TELUS?

Salam readers. Sekarang saya sedang menunggu kelahiran cahaya mata KAKAK saya yang kedua. Al-kisahnya kakak saya yang pertama tu kahwin pada 8 Oktober 2010. Yang mana saya boleh katakan hampir 4 tahun berlalu. GAMBAR kahwin belah perempuan oleh 1st OP habuk pun tarak. FAHAM tak? Sampai ke tarikh ini tiada sebarang berita keberadaan gambar tu. SAYA MALU. Okey kenapa? Sebab saya kenal dengan OP. Dia junior sekolah teknik saya (SMT Bentong). Setelah 2 tahun tiada jawapan dari pihak BC sendiri, maka saya terpanggil untuk menulis di blog untuk menjadi pengajaran buat B2B (Bride-To-Be) sekalian.

BERHATI-HATI KETIKA MEMILIH OFFICIAL PHOTOGRAPHER (OP) ANDA. GOOGLE dulu tentang feedback customer mengenai OP. Ada sebarang komen negatif atau semuanya baik2 sahaja.

Saya jumpa business card BC semasa ke butik pengantin Rins Suzana. Ya, ada kad BC di sana dan setelah baca nama di kad itu saya terus kata "eh, ni junior teknik la kak rina". Kakak saya pernah juga lihat hasil BC sebelum tu. Lawa tu memang lawa.

Setelah dapat nombor, saya terus berhubung dan kami tetapkan jumpa kat Jusco (sekarang dikenali sebagai Aeon) Maluri. Setelah bersetuju, kakak saya bayar deposit sebanyak RM1000.

Pada tarikh 8 Oktober 2010, junior saya sendiri yang ambil gambar masa majlis akad nikah berlangsung. Manakala pada tarikh 16 Oktober 2010, abang kepada Aizat BC yang mengambil gambar sewaktu resepsi perkahwinan kakak saya yang berlangsung di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir.

Persoalannya, KEMANAKAH GAMBAR perkahwinan kakak saya tersebut?

Menurut kakak saya, menerusi mesej di FB, kakak saya atau abang ipar saya ada berhubung dengan aizat (masa tu bukan 1 tahun selepas perkahwinan ye, rasanya dah lebih) tentang gambar perkahwinan mereka. TETAPI menurut Aizat, "external hard disk rosak, jadi ada gambar yang HILANG". Boleh tak saya kata WHAT THE FISH????? Mana kejujuran. Patut kena inform customer kalau ada apa-apa berlaku. TAPI ini SENYAP dan diam 1000 BAHASA???? PROFESIONAL ke tak tu???
Boleh tengok invois dan mesej FB saya dengan Aizat di bawah. Tapi, snapshot dari conversation between Aizat and my sister/bro-in-law tak ada la. Ini dari pihak saya sendiri. Dari conversation berkenaan, kita boleh lihat tarikh 10 Mac 2011, saya ada bertanyakan mengenai album kahwin kakak saya. Jawapan dari Aizat BC, "Tengah buat lagi............". Pada 4 Oktober 2011, setelah usia perkahwinan kakak saya hampir menginjak 1 tahun, saya mesej aizat. TAPI, lepas saya tanya pasal album....dia terus senyap. Masa sebelum bayar dulu bukan main janji kata dalam 3-6 BULAN SIAP. Sekarang dah hampir 4 TAHUN tapi TAK SIAP-SIAP lagi ke????? Syukurlah kakak saya ada ambil 2nd Photographer iaitu kawan 1 KPTM juga, Effie Izwan. Hasil dia pun lawa. Masa tu dia ambil gambar sebagai hobi. Sekarang ini macam hebat juga dia. Gambar artis pun dia ada join ambil #eh
Invois setelah deposit dibayar


Mesej FB saya dgn pihak BC

Sunday, December 1, 2013

Cara Anda Komen di Facebook?

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Post ini pendek sahaja. Oh ya, apa pun hari ini dah 1 Disember 2013. Nak kahwin tarikh 12/12/12 tak kesampaian. Haha :p Tahun depan tak tahu lah kahwin ke tak, apa pun serah pada Allah mana yang lebih baik dan semoga dipertemukan jodoh yang baik juga. Tapi pada masa yang sama, saya juga perlu berubah untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah. 

Oh! Media
Seperti rakan-rakan ketahui, Oh! Media selalu share gambar di Facebook page mereka. Jadi 2 hari yang lepas ada sekeping gambar yang dikongsi tentang kemalangan. "Kereta baru keluar 24 jam, tapi dah kemalangan". Ramai yang komen dan antaranya cakap: " X sekebal vios yang langar treler..", "ptut wt kete pkai pokok".
Ada juga yang komen: "
ada byk darah..Ni bkn bahan lawak..Jagalah sensitivity..Klu keluarga korg yg excident berdarah2 or mati,pastu org lain buat lawak pasal excident tu,apa korg rasa?". Saya bersetuju dengan komen terakhir tu. Apa pun, saya pun ada komen juga pada gambar itu (lihat gambar).


P/s: Jadilah seorang yang tahu menjaga sensitiviti orang lain. Jangan main cakap saja. Memang kita ada kebebasan bersuara. Tapi, ada etika yang perlu kita patuhi. :)

Saturday, November 9, 2013

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [Happy Ending]

Assalamualaikum. Salam readers. Hehe. Inilah bahagian terakhir "Kisah lelaki berani dan perempuan pemalu". Kalau nak tahu kisah sebelum ini, klik sini. Sebenarnya resepsi belah perempuan dah pun dilangsungkan minggu lepas di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan saya ada perkahwinan anak sepupu, maka tak dapat pergi. Hari ini majlis belah laki pula yang dibuat (terkilan sebab tak dapat pergi juga T___T). Hehe. Memandangkan kami tak dapat pergi ke Pasir Gudang, maka saya minta rakan kami yang tinggal di Pasir Gudang hadir sebagai wakil kami. Huhu. 

sebenarnya mula2 kak sal kata tak dapat pergi kot.....huhu.

Tapi kan, tiba-tiba malam ni saya buka Facebook nampak ada mesej dihantar petang tadi pukul 5 lebih. Eh, Kak Sal la. Ada gambar. Hihihi..:) Gembira sangat. Rasa macam berada di Pasir Gudang je tadi. ^^ Saya perkenalkan perempuan pemalu dan lelaki berani.....


Rasa SWEET like CANDY je >.<

Terima kasih banyak kak sal sebab dapat hadir sebagai wakil kami :)

Bila kahwin? Hmm. Calon je belum hadir..

Salam readers. Siapa yang tak nak kahwin dengan orang yang dia suka, kan? Saya pun tak terkecuali. Oh ya, tapi untuk tidak kecewa di kemudian hari marilah kita tidak terlalu berharap pada manusia. Tapi, kita berdoa pada Allah. Andainya memang itu jodoh kita, insyaAllah dia akan hadir. Kan Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Ya, apabila seseorang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab pasti dia akan berusaha. Yang penting, untuk dapatkan jodoh yang baik kita kenalah berubah menjadi lebih baik dahulu. Bukannya nak dapat suami soleh, tapi diri sendiri tak cuba berubah menjadi solehah. Sama-sama kita muhasabah diri. Takut kan, jika kita terlalu mengikut perasaan. Kadang-kadang diri kita ini terlalu mengikut nafsu dan perasaan. Contohnya, kita rasa macam nak kena mesej atau call selalu dengan orang yang kita suka. Tapi....kita terlupa. Bukannya elok begitu. Kalau kerap sangat, hilanglah kemanisan bila berkahwin. Kalau semua pun dah cakap, nanti nak cakap apa pun tak tahu. Hilang idea mungkin. Bak kata pepatah, "Takkan lari gunung dikejar". Cuma, mungkin perempuan ini ada perasaan "insecure" atau dalam bahasa melayunya dia rasa tak selamat. Atau syaitan tu je yang nak goda manusia supaya timbul perasaan buruk sangka. Eh??


Gambar masa kenduri Nono tahun lepas #throwback2012

Friday, November 8, 2013

Semarang lagi? [Part II]

Salam readers. Post ini kesinambungan daripada Part I. Setibanya saya di Bandara Achmad Yani Semarang, saya terus ke imigresen dan Alhamdulillah bergerak sendiri ni sedikit sebanyak membuatkan saya boleh berjalan cepat. Tak lama pun menunggu giliran di kaunter imigrasi. Kemudian, saya terus menuju pintu keluar memandangkan saya tak check-in pun beg. Hehe. Tapi tak kelihatan pun saudara saya kat sana. Jadi, saya rasa belum ada yang sudah menunggu. Nasib baik rumah sepupu tak jauh pun dari Bandara. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, saya lihat suami kak Nova (kang Dadan) datang bersendirian. Eh, sebenarnya dia yang tegur saya dulu. Saya tengah tengok tempat lain masa tu. Hehe. Setibanya di rumah sepupu saya, saya bertemu dengan Mba Nadia. Sempat kami bersalaman dan kemudian saya terus naik ke bilik. Pada mulanya nak tidur, tapi dah masuk bilik dengar orang borak-borak terus tak boleh tidur. Pasang telinga pula. :p

Akad Nikah
Memandangkan hari Jumaat, maka acara akad nikah diadakan selepas kaum lelaki solat Jumaat. Kami bersiap-siap ketika kaum lelaki sedang solat. Sebelum acara dimulakan, adalah hidangan sate. Hehe.
Ok lah, biar gambar berbicara..... 

Pengantin menunggu untuk suap-suapan (pulut kuning)

Resepsi
Resepsi di rumah pada hari Sabtu

Adat Palembang tak dilupakan dan macam biasa ada tarian ni :D

Resepsi di Convention Hall, Masjid Agung Jawa Tengah ^^
Bak kata mama, terasa macam selebriti...asyik bertukar pakaian je..tapi saya tak merasa la, sebab datang hari Jumaat. Kalau yang datang hari Rabu, barulah merasa. #eh

Thursday, November 7, 2013

Semarang lagi? [Part I]

Salam readers. Genap seminggu sudah berlalu peristiwa yang boleh dikatakan agak mencemaskan berlaku pada diri saya. Alkisahnya, Jumaat lepas saya telah ke Semarang untuk menghadiri pernikahan anak sepupu saya di sana. Nak dijadikan cerita, tiket pesawat telah saya beli sebulan sebelum itu (beli awal pun harga dah hampir RM400 belum termasuk bagasi). Saya tak beli beg awal-awal sebab takut tak jadi 'terbang' ke sana je. Hehe. Maka pada saat-saat terakhir iaitu pada tengah malam Jumaat, saya cuba untuk membeli bagasi bagi penerbangan Semarang-KUL. Cuba membayar menggunakan kad kredit, akhirnya GAGAL. Permintaan untuk beli bagasi buatkan saya tak boleh check-in. Jadi saya buat keputusan untuk tidur sebentar. 

Gagal untuk Check-in
Pukul 4.15 pagi bangun ingatkan dah boleh check-in. Tapi rupa-rupanya booking saya di HOLD. Fuh. Memang menakutkan, tapi saya buat-buat COOL je masa tu. Malah, saya suruh kakak saya tolong hantar ke KL Sentral je. Kami keluar dari rumah pukul5 pagi dan tiba di KL Sentral pukul 5.11 pagi. Setibanya di tempat menunggu bas, ada sebuah bas berlalu pergi. Ternyata ada bas pukul 5.1.5 pagi. Ingatkan setiap 30 minit, rupa-rupanya bas ada setiap 15 minit. :| Untuk pengetahuan yang tak tahu, masa check-in biasanya paling lambat pun 1 jam sebelum penerbangan. Penerbangan saya pula dijadualkan pada pukul 7.20 pagi. RISAU tak? Rasa macam tak sempat je nak check-in masa tu. 

Ada Pramugari tak?
Kakak saya yang risau dengan situasi saya pada mulanya menyuruh saya mengajukan masalah saya kepada pramugari yang berada di dalam bas. Tapi memandangkan keadaan bas yang dipadamkan lampu, maka saya tak pasti di mana kedudukan pramugari yang saya lihat sebelum bas bertolak. Jadi, kakak saya turut sama membantu untuk mencari nombor telefon yang mungkin dapat membantu membatalkan pembelian bagasi tersebut. Dengan harapan, saya boleh Mobile Check-in je. Tapi, akhirnya saya cuma dapat telefon pihak di LCCT. Jawapannya memang seperti yang saya jangka iaitu kena ke kaunter AirAsia.

Pramugara ke?
Bas tiba di bahagian KETIBAAN sekitar pukul 6.11 pagi. Masa tu saya lihat orang sebelah saya macam pakai kot dia. Ok, mungkin dia business man ke apa. Tapi, rupa-rupanya setelah saya lihat betul2 dia merupakan seorang pramugara rupanya. "Eh, so you are a flight attendant?". Itulah yang terpacul dari mulut saya. Kemudian saya sempat tanya pasal check-in semua. Dia kata kalau nak check-in dalam masa 45 minit pun boleh. AGAK LEGA di situ. ;) Alhamdulillah bas saya menurunkan penumpang di LCCT pada pukul 6.13 pagi kot. Saya terus bejalan cepat sambil menarik bagasi saya ke arah kaunter. Subhanallah, sungguh ramai orang yang beratur di kaunter. "CONFIRM tak sempat nak check-in", begitulah perasaan saya pada masa itu. Tapi, ALHAMDULILLAH saya ternampak seorang staf AirAsia di sana. 


Ringan mulut saya untuk menceritakan masalah saya gagal untuk bayar menggunakan kad kredit. Syukur, urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Maka, saya dibawa ke satu kaunter yang tak dibuka. Saya bayar duit untuk bagasi pulang tersebut dan staf di kaunter tolong check-in kan. :) Alhamdulillah. ^^

Sunday, October 20, 2013

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [Part IV]

Salam bloggers. Fuh. Ini memang dahsyat sebab dah sampai part iv kisah kawan saya ini. Post terakhir saya mengenai mereka adalah pada bulan 5 tahun lepas (sila klik di sini untuk baca, kalau lupa la :p). Nak dijadikan cerita. Setelah sekian lama rakan saya mendiamkan diri. Er, sebenarnya sebelum kami konvo tiba-tiba kami dah jadi tak berapa rapat. Huhu. Semuanya sebab lelaki berani ni la! Haha. Alkisahnya pada suatu hari, kami lihat di Facebook yang dia ada buat status "in a relationship with Mr X kat Facebook". Kami salah sangka, ingatkan semua orang dapat view status tu. Jadi kami pun wish congrats kat wall Facebook perempuan pemalu tu. Tapi, dia marah pula. Dia kata sebenarnya cuma kami bertiga boleh tengok status tu sebenarnya. T___T aaaaa....awat dia tak habaq awai2..=.=" Berbalik kepada kisah lelaki berani dan perempuan pemalu ini. Seperti yang kami jangka, kami tahu mesti lelaki tu berani untuk bertemu dengan ibu bapa rakan kami tu. Dan, tepat jangkaan kami, pada bulan November tahun 2012, lelaki berani itu telah memberanikan diri untuk bertemu ibu bapa rakan kami untuk berkenal-kenalan a.k.a memperkenalkan diri (kagum sungguh ada juga lelaki melayu yang dari awal sampai hujung berani...eh. :p). Ianya tidak berpenghujung sampai ke situ. 
cincin ini mama yang beli...uhukks....tak ada sape bagi cincin lagi. =.="

Maka, pada bulan Mac yang lepas rombongan dari pihak lelaki datang untuk merisik a.k.a bertunang. Eh, so sweet kan kisah mereka? Jeng, jeng, jeng. To be continued.....

Saturday, October 19, 2013

Hello Oktober!

Salam readers. Lama saya tak update blog, apatah lagi upload gambar dalam blog ni. Fuh. Apa pun, saya kepilkan beberapa gambar. Lain kali saya tulis panjang lebar. Till fingers meet keyboard. :)

21 September 2013 - Pernikahan Abang Atta di Palembang


Awal Oktober - Melawat Farah di Kuching :)
11 Oktober - Menemani Anur ke Taman Botani Shah Alam. Sekarang tengah Musim Luruh. ;)


Monday, May 6, 2013

Saya, Raub dan Dia

Assalamualaikum dan salam readers. Post ini dah terlambat empat bulan. Fuh. Maaf farah. Hehe. Sebelum tu rasanya tidak terlambat saya nak beritahu yang pada bulan Januari yang lalu saya telah pun menghadiri majlis pernikahan dan resepsi BFF saya di Raub. Farah merupakan rakan satu kelas semasa di SMT Tengku Ampuan Afzan Bentong (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan). Kami mula rapat kalau tidak silap saya semasa tingkatan 5. Ha, sejarahnya tingkatan 4 memang saya ini lebih rapat dengan budak aliran Vokasional memandangkan dorm saya hanya ada 3 orang budak aliran Teknik. Suka, duka, semua kami dah lalui. Alhamdulillah, tak sangka sehingga kini meskipun kami jarang berjumpa tapi kami tetap saling ingat mengingati (cewah, sweet tak?). Bercakap tentang suami Farah. Mereka sebenarnya pernah satu sekolah semasa Sekolah Rendah tetapi Farah kemudiannya berpindah ke Raub. Bertemu kembali selepas berbelas tahun melalui Facebook. Kalau dah jodoh.......tak kisahlah baru kenal ke tapi Allah punya aturan tu memang indah. Semoga Engki dapat menjadi suami yang didambakan isteri, kehidupan mereka berdua sentiasa diredhai Allah dan diberkati. Amin.



P/s: Saya sayang Farah, jadi tolong jaga Farah sebaik-baiknya dan sayangi dia dengan sepenuh hati. ^^ 

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Pengantin Baru, Farhana!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hihi. Ahad lepas saya sempat menghadiri majlis perkahwinan Farhana aka Ban. Sebenarnya saya kenal dia dah lama juga. Sejak sekolah rendah, walaupun dulu saya SK(P) Bukit Bintang(Dua), KL, manakal Farhana tu pula SK(P) Bukit Bintang (Satu), KL. Kenapa saya boleh kenal dia? Semuanya sebab surat. Ekeke. Kitorang masa zaman sekolah dulu memang ada sistem hantar surat bawah meja. Haha. Lawak tak? Sebab surat juga saya kenal dia. Alkisahnya, Ban ni nak kenal dengan kawan sebelah meja saya (chinese..kalau tak silap Lai Cheng), tapi dia punya surat bawah meja saya. Haha. Jadi, mestilah saya yang jadi tukang baca dan balas. Sampailah satu masa tu, tiba-tiba dia pun beritahu yang dia nak kenal dengan Lai Cheng. Haha. LOL. Sebaik tamat sekolah rendah, kitorang masuk sekolah yang sama iaitu SMK Seri Bintang (Utara), KL. Tapi, kami memang tak pernah rapatlah masa zaman sekolah. Hehe.

P/s: Kadang2 kawan masa sekolah lebih menghargai kita daripada kawan masa kita dah menginjak dewasa. :)

#gambar lain kali upload.. :p

Wednesday, November 14, 2012

Sebelum Kahwin pun kena Ada Syarat

Assalamualaikum. Hari ini saya nak bercakap tentang syarat yang mana mama saya pun dah suruh saya buat kalau nak kahwin nanti (saya kena tetapkan syarat buat bakal suami saya lah kiranya). Sebab dari sini lah kita boleh lihat kesungguhan seseorang itu untuk memperisterikan kita. Eceh eceh. 

Nota: Redha ibu bapa tu penting, jadi silalah berjumpa dan berkenalan (ala2 ta'aruf) dulu dengan mama papa.

Tak Tinggal Solat
Sedangkan dalam Islam pun menitikberatkan soal solat, jadi sebagai seorang suami dia mestilah takut untuk meninggalkan solat. Bagaimana dia nak bimbing isteri kalau diri sendiri pun dia tak mampu nak disiplin.

Sayang keluarga
Memang penting buat bakal suami saya itu untuk sayang keluarga saya terutamanya mama papa saya. Sebab selepas kita menikah, kita juga diumpamakan berkahwin dengan keluarga pasangan kita itu. Mak bapa dia jadi mak bapa kita, dan sebaliknya. 

Solat Di Masjid
Dari dulu mama selalu kata, kalau nak kahwin carilah pasangan yang selalu solat berjemaah di masjid. Dulu saya selalu macam kata, "ma, takkan nak kena duduk depan pintu masjid dan pilih suami kat sana?". Tapi bila dah dewasa ni, saya dah faham. Saya juga mahu pasangan saya solat di masjid, sama macam papa yang rajin ke masjid. At least, kalau kerja boleh je datang waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.

Duduk Rumah Sendiri
Bila lagi nak merasa hidup berdua? Hehe. Ok lah, maksud rumah sendiri ni sekurang-kurangnya rumah sewa lah. Masa awal-awal kahwin dulu, mama papa pun tinggal kat rumah sewa. Pindah sana, pindah sini, sampailah terakhir rumah sewa kami di Jalan U-Thant (dulu kat sana khas buat pegawai kerajaan, sekarang dah jadi rumah orang kedutaan). Beberapa tahun lepas berkahwin tu barulah papa membeli rumah sendiri. :)

Ringan Tulang
Selain itu, bakal suami saya mestilah seorang yang tidak berasa kekok untuk membantu saya melakukan kerja-kerja rumah. Maklumlah baru kahwin, mesti banyak nak pakai duit. Banyak benda yang kita akan lakukan sendiri. Jadi apa salahnya tolong sapu ke..cuci apa2 yang patut ke? Hehe.

Pandai Menyesuaikan Diri
Yang ini salah satu perkara yang penting. Memandangkan kita berkahwin dan mungkin tak biasa dengan keluarga pasangan, jadi sekurang-kurangnya dia mestilah boleh get along dengan keluarga saya (terutamanya mama papa). JANGAN lah asyik duduk dalam bilik je.

Tidak Merokok
Faktor ini paling penting. Kenapa? Saya paling tak suka dan anti bau rokok. Jadi, macam mana saya nak hirup udara yang segar kalau saya terpaksa menghirup bau asap rokok je (apatah lagi dalam rumah). Paling kesian dan menyedihkan, perokok pasif yang dapat penyakit dengan mudahnya. T.T

Mudah di ajak Berbual/Bercakap
Ini berdasarkan pengalaman orang, menantu yang bila mertua tanya sepatah dia jawab sepatah, memang sukar mendapat tempat di hati mertua. Maklumlah, kita ini bila dah tua mestilah nak rasa kasih sayang anak (menantu pun sama). Kalau diam seribu bahasa, mana nak ada komunikasi yang berkesan?

Tak Suka Tidur Lepas Subuh
"Kalau tidur lepas Subuh tertutup pintu rezeki". Hehe. Inilah amalan saya dari kecil. Lepas Subuh saya memang tak tidur, kecuali TERtidur.

Addicted dengan Game
Satu hal lagi, game tak kisahlah online games ke, PSP ke, HP game ke. Kalau main suka2 di hujung minggu bolehlah. Tapi kalau tiap waktu di rumah asyik main game....... =.="

Jaga Anak Bersama
Ok lah, bila kita dah ada anak nanti tolonglah urus sekali anak. Hehe. Macam tolong basuh berak kencing dia ke (bila mak dia sibuk urus hal lain). Maklumlah, anak bersama. Takkan bila dah lahir lupa itu anak sama2? Haha.

Poligami? Er.
Saya tidak menolak poligami, tapi KALAU yang nak berpoligami itu bukan suami saya. :p

gambar hiasan semata-mata: wedding kak Sal

P/s: Setakat ini sahaja yang saya boleh fikir, tapi kalau ada idea lagi saya tambah ye wahai 'bakal imam' ku yang tak ku tahu siapa.

Her Wedding + Jalan2 Di Selatan Tanah Air

Assalamualaikum bloggers. Ahad lepas majlis kenduri kak sal telah selamat diadakan di Pasir Gudang, Johor. Kami (saya, ina dan kyla) telah membuat keputusan untuk bertolak ke Johor sehari sebelum majlis supaya kami boleh berjalan2 mahupun berehat.


Wedding Sahabat
banyak sangat kamera sampai tak tau nak pandang mana :))

Alhamdulillah walaupun jalan agak sesak dari arah Nilai menuju Seremban, tapi kami selamat juga sampai ke Pasir Gudang kira-kira pukul 3 petang. Hehe. Setibanya di sana kami mencari hotel untuk menginap dan kami pilih Hotel TS berdasarkan pujian dari pengalaman orang lain (ada halal JAKIM). Hehe. Selepas check-in barulah kami jalan-jalan cari makan. Pada malamnya kami makan di rumah kak sal. Hehe. Terserempak dengan suami kak Sal. Sian demam...eceh.eceh... Keesokan harinya selepas breakfast di hotel, kami menuju ke kawasan Muzium Layang-Layang untuk bergambar.



Cuaca agak panas, tapi nak bergambar punya pasal, kami biarkan sahaja. Selepas menyelesaikan misi, kami ke majlis kak sal. Dalam seumur hidup, pertama kali saya lihat ketibaan pengantin pada pukul 2.40 petang. Er, sebenarnya dah lambat 40 minit dari rancangan asal. =.=" Apa pun, kami semua sempat bergambar bersama pengantin sebelum mereka berdua bergerak ke meja beradab. Menjadi kumpulan pertama pula tu bergambar ramai2 di pelamin. Hehe. NICE ONE! 



P/s: Memang jodoh tu tak disangka-sangka. Beruntung kak sal, dah langsung! ^^

Cuti-Cuti Malaysia di Melaka

Sebab dah lama tak sekolah, kami pun dah terlupa sekarang musim cuti sekolah. Memang Melaka agak sesak, tapi Alhamdulillah segala urusan lancar. Kami tiba di Melaka kira-kira pukul 7 malam sebaik selesai majlis kak Sal. Surey banyak hotel di Persiaran Mahkota (tak jauh dari Menara Taming Sari), banyak yang penuh. Akhirnya kami memilih Hash House Hotel. Boleh tahan, tapi kami lebih sukakan Hotel TS tu. Hehe. ;) Memandangkan sampai dah malam, jadi pada keesokan harinya barulah kami jalan-jalan di sekitar bandar Hilir. Hehe. Best, apatah lagi jalan-jalan dengan kawan. :)

kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan...

Porta De Santiago, Melaka..memang kawasan strategik..boleh melihat kapal yang berlabuh...Subhanallah.

Thursday, May 31, 2012

Wedding @ Semarang

Assalamualaikum readers. Salam sejahtera. Seperti biasa kita bertemu lagi di alam maya ini. Cewah. Minggu lepas saya telah berkesempatan untuk ke Semarang menghadiri perkahwinan A1. Huhu. Dulu saya pernah ada saya cerita tentang A1 sikit dalam post Sejenak di Pula Jawa [Part II]. Poko'nya, dia udah menikah sama pacarnya (Deassy) setelah sekian lama pacaran (eh.tbe2 tukar jadi bahasa indonesia). :p
Semoga perkahwinannya berkah, menjadi keluarga yang SAMARA (singkatan dari: Sakinah, Mawaddah, Warahmah). Amin.


Dah tak payah cerita pasal A1 lagi. Kita beralih ke cerita lain. Nak dijadikan cerita, saya banyak pergi mall je la kot (Paragon dan Mall Ciputra). Nasib baiklah hari last sempatlah saya pergi ke Masjid Agung (dari dulu nak p sana, na <- ni loghat Kedah lak). Fuhh..Tapi tak dapat eden nak tengok payung dia ala2 di Masjid Nabawi tu terbuka. Kuncup je la gayanya. T.T Lagipun menurut bapak yang jaga di sana, ada dua payung yang rusak gara2 angin. Jadi harus dibenarin dulu. Cuma butuh biaya yang banyak sekali dan mereka cuma bergantung kepada duit sumbangan orang ramai. Huhu. Ada sesiapa yang mau jadi donator? Silahkan ke Masjid Agung Kota Semarang. He2.


Eh bercakap pasal hari terakhir saya di Semarang. Cuba bayangkan saya patut sampai di Bandara Ahmad Yani jam 4 sore paling lambat. Tapi, kul4 sore baru gerak dari rumah. Nasib baik dalam 15 minit je ke sana. Lepas tu, masa tengah kelam kabut nak drop bag kat kaunter sempatlah saya tanya. "Eh, pesawatnya delay ya?". Ternyata dari KL belum sampai lagi. Delay 45 minit camtu la. Memang rezeki saya. Alhamdulillah, baik betul aturan Allah tu. Urusan dipermudahkanNya. Amin. Hehe :)

kadang2 perkara kecil kita boleh rasa, "eh,sweet nye". ha2. tapi kenyataan kot. macam teh ni. thanks ^^

Sunday, May 20, 2012

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [part III]

Salam readers. Masih ingat Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu? Alkisahnya, ada lagi kesinambungan dari cerita itu (rupanya..). Kalau korang rasa perempuan pemalu tu memang tak ada hati dengan laki tu akhirnya, korang memang silap. Sebab.....setelah setahun, baru kitorang tahu yang perempuan tersebut ada hubungan dengan lelaki itu. Maksud di sini ialah perempuan tu sebenarnya dah terima lelaki itu. COMPLICATED ke? Tak lah seperti itu keadaannya. Tapi yang pasti benarlah kata-kata ini, "Janganlah terlalu suka akan sesuatu, mungkin pada suatu hari kita akan membencinya..dan janganlah terlalu benci akan sesuatu itu, mungkin suatu hari nanti kamu akan menyukainya". So, pengajaran di sini ialah biar bersederhana dalam segala aspek. Supaya tiada kecewa di kemudian hari. Semoga rakan saya dan lelaki berani itu ada jodoh. Boleh kami merasa nasi minyak di Terengganu..Tettttt. Oopps.. Amin~

Updated: kisah lelaki berani dan perempuan pemalu [part iv]
 
Credit to Eeyern Photography

Sunday, May 6, 2012

Perkahwinan Impian

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Hihi. Bercakap tentang perkahwinan pula kali ini, ok? Siapa kata senang nak buat majlis kahwin ni? Perancangan kena teliti, lepas tu jemput orang lagi. Kalau dah banyak pesan catering, tak nak lah orang tak datang pula. Huhu. Jadi, melalui pengalaman mengadakan majlis untuk perkahwinan kedua-dua kakak saya, saya telah membuat satu keputusan. Bukan hanya keputusan yang dibuat oleh saya tapi juga dipersetujui oleh kedua ibu bapa saya. Perkahwinan saya hanya akan dihadiri paling ramai oleh 150 orang jemputan. Mengapa? Sebab bila kita jemput, orang tak datang. Kita je yang sakit hati. Lebih baik jemput orang yang memang confirm boleh datang. Huhu. Betul kan? Lagipun untuk dua-dua majlis sebelum ini dah jemput satu taman saya ini untuk datang. Kita jemput bukan sebab nak suruh diorang bawa hadiah ke apa. Tapi, cukuplah untuk menikmati hidangan yang telah dipesan dengan caterer. Huhu. 

pelamin majlis Kak Huda. nice combination of colors. he2

Simple, biarpun satu kepala RM50, tapi at least tak pening kepala. Buat apa nak membazir makanan banyak, tapi orang tak datang. :| Meja beradap biar ada decoration yang lawa giler, so tak payah nak ada pelamin pula. Kalau tak pakai pelamin, ada photo booth. So boleh snap gambar kat sana. :p

Friday, May 4, 2012

Akhirnya...semua kakak saya dah kahwin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Dah lamaaaaaaaaaaa giler saya tak update blog. Sibuk sangat mengalahkan pengantin. Oh ya, cakap pasal pengantin ini saya nak cerita pasal wedding kakak saya yang baru berlangsung Sabtu yang lepas. Untuk pengetahuan, keluarga kami dari Indonesia lebih kurang 40 orang telah dapat menghadirkan diri. Ramai tak? Memey ramai, tapi itu yang buat meriah. Hehe. 


Majlis Pernikahan @ Surau Al-Mustaqimah, Taman Cheras Indah



Kali ini kita buat pada hari yang sama dengan majlis resepsi. Tak sangka, memang sangat penat buat pada hari yang sama berbanding kalau buat lebih awal. Sebab nak fikir lepas majlis tu pergi dewan lagi, hantar saudara ke dewan dan lain-lain.



Majlis Resepsi @ Dewan Serbaguna Taman Maluri




Kalau masih ingat, hampir 2 tahun yang lalu masa majlis kakak saya yang pertama kitorang buat kat Dewan Sebaguna Taman Tasik Ampang Hilir (lokasi sebelah MRR2 yang ada kolam tu). Hehe. Ingat nak buat kat sana juga, tapi dah fully-booked sampai hujung tahun daa. Haha. LAMBAT! Apa pun Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Hihi.


Pengapit, yeeeeeeah!


eh, sian Abang Atta..payung langgar dahan pokok ke?hihihi :p

Dah lama saya berangan nak jadi pengapit. Maka, pada hari Sabtu yang lepas impian saya terlaksana. Ada kisah sebelum saya dapat jadi pengapit ini. Nak dijadikan cerita, saya berebut menjadi pengapit ini dengan dua pupu saya. Haha. Boleh tahan tak? Lama bergaduh mulut dan akhirnya, sebagai adik kandung saya dapatlah kuasa veto tu. Hahahahaa. Peace, no war! (^v^)v


Jodoh...lagi...




Ok lah, adalah terbuka cerita pasal nak jodoh-jodoh ini.....lagi! Tapi saya dah tak ambil port. Malas nak berharap ke apa. Sebab apa yang penting....kerjasama (wonderpet mode: ON). LOL. Ok yang penting bak kata saya dulu2, kalau ada orang datang meminang masa saya masih single nanti....mungkin orang tu yang saya pilih. Tapi bukanlah terus terima, ok. Kalau dapat persetujuan ahli keluarga. Dan yang paling penting....saya kenalah suka juga. Sebab at the end of the day, yang kahwin tu saya. Takkan saya main tangkap muat je pasal kahwin ni. Seksa jiwa, beb. Haha. :p

Monday, April 16, 2012

Kahwin..yeay!

Salam readers. Hihi. Kahwin lagi? Maaf, asyik-asyik pasal kahwin je. Tapi serius kali ini saya nak kata apa yang ayah saya kata. Ha! Banyak kan "kata". :p Dua hari lepas ayah saya kata, "cepat2 la kahwin..nanti buat kat Kelate je". Muahaha. Nak tau kenapa? Pasal ayah saya tak larat nak fikir pasal jemputan da. Almaklumlah, kalau nak buat majlis ini kalau boleh kita nak jemputan rasa senang hati. Tapi, kalau ada terkurang serba serbi macam rasa serba tak kena lah. Untuk mengelakkan hal sebegitu terjadi, maka buat je la ala kadar (jemputan hanya 200 orang ke.....). Ooops.. Adakah ini bermakna majlis untuk saya dan adik saya yang akan berlangsung entah bila selepas ini hanyalah kecil-kecilan dan tertutup? TUNGGUUUUU. Haha. Lol. Parents dah bagi GREEN LIGHT. Cuma, calon je tak tau sape....wuuuu...sedih tak? Tak sedih la.. (Jawab sendiri) Maka, oleh sebab itu saya dengan suka cita menjemput rakan-rakan yang mengenali saya untuk menghadiri ke majlis perkahwinan kakak saya pada 28 April 2012 ini. Kenapa anda perlu hadir? Sebab, kalau nak tunggu majlis saya itu belum tahu bila....lagi satu.....saya tak tahulah saya kahwin ke tidak (eh, bukan saya kata saya tak nak kahwin tau!....eh, nauzubillah minzalik. Dan sebab yang paling utama ialah sebab lepas ini majlis yang akan diadakan mungkin hanyalah akan dihadiri oleh keluarga terdekat. Maaf, maaf, maaf.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails