Showing posts with label PTD. Show all posts
Showing posts with label PTD. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Hidup tak selamanya indah, tapi sabar itu indah ^^

Salam readers. Selamat tahun baru 2014. Sudah 10 hari kita menginjak ke tahun baru Masihi. Pencapaian tahun lepas?

  • Alhamdulillah saya telah ditawarkan kerja di Aeon Credit dan Intel, tapi terpaksa tolak kerana sudah diterima untuk sambung belajar di UiTM.
  • Saya telah dipanggil interview untuk menjadi pensyarah di KPTM dan juga sebagai Executive Account di Perodua rawang. Tapi, atas sebab saya ada presentation Interaction design pada hari tersebut, saya terpaksa menolak untuk hadir.
  • Alhamdulillah saya telah lulus peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41), tetapi sayangnya gagal pada sesi interview. Kalau diterima, kena mengikuti kursus di INTAN selama setahun. (Apapun, hikmahnya, saya dapat meneruskan program Master saya yang insyaAllah tinggal 1 sem lagi).
  • Alhamdulillah....syukur ya Allah, sungguh banyak nikmat yang telah diberikan....
Saya ingin berkongsi kepada rakan semua, salah satu cara untuk murah rezeki. Iaitu dengan solat sunat Dhuha. Paling kurang 2 rakat sahaja. Boleh dilakukan 30 minit selepas waktu Syuruk, sehingga sebelum waktu Zohor. Istiqamah dan InsyaAllah ada rezekinya....apa pun yang kita lakukan, kita kena yakin dengan Allah..begitu juga dengan jodoh...andai bukan rezeki untuk kahwin awal, mungkin sekarang masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa. :)

Monday, May 27, 2013

Misi Mustahil?

Salam readers. Saya kena berlatih. Ya..berlari sejauh 2.4km dalam masa 10 minit. Sebab inilah salah satu aktiviti wajib semasa PAC nanti. T.T saya suka lari.tapi..dah lama tak lari jarak jauh.ahaha

Sunday, May 26, 2013

Keputusan Exam PTD

Salam readers. Alhamdulillah, pada tengah malam 24 Mei 2013 saya baru teringat nak semak keputusan exam PTD saya. Sebelum itu, pada siang harinya rakan saya ada menyatakan yang dia gagal. Maka, saya pun tidak terlalu meletakkan harapan tinggi memandangkan tak nak rasa kecewa. TETAPI, Alhamdulillah kerana saya diberikan peluang untuk menjadi antara calon exam PTD 2013 yang LULUS. Tak sangka, tapi itulah rezeki Allah dah beri. Kita sebagai hamba kena yakin bukan manusia yang tentukan rezeki kita. :) Terima kasih Allah dan yang pasti kedua ibu bapa saya yang sudah pasti tak pernah lupa untuk mendoakan anaknya ini. Amin. 

P/s: Masih ada stage seterusnya......




Friday, May 17, 2013

PTD..oh..exam PTD

Salam readers. Tarikh 13 April 2013 merupakan hari di mana pertama kali saya menduduki peperiksaan PTD M41 (untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Sebenarnya dah lama apply kat SPA sejak bulan Ogos tahun 2012. Tapi dalam banyak-banyak jawatan yang saya pohon yang ini panggil dulu. Itu pun nak suruh panggil jawab exam. Untuk pengetahuan, ujian PTD ini tidak mudah malahan menurut pegawai yang kendalikan seminar pengenalan jawatan dalam kerajaan di SPA,  ada calon tu dah ambil sampai 11 kali kerana GAGAL. Ya, lihatlah betapa semua orang pun nak cuba nasib pegang jawatan PTD tu. Saya diberitahu melalui SMS dan email yang saya dipanggil untuk jawab exam PTD pada hari Selasa (9 April 2013). Fuh, betapa last minute nya. Ish ish. Maka pada hari Khamis sebaik sahaja tamat kelas, saya bergegas pulang ke rumah. Pada hari Jumaat saya bercadang untuk pergi ke seminar yang dianjurkan SPA di Putrajaya. Sebenarnya saya hampir2 tak jadi pergi seminar tu. Tapi..mak saya suruh pergi je la~

Exam PTD
Hari kejadian (Sabtu), sebaik tiba di SMK Sri Permaisuri saya terus melangkah masuk dan mencari dewan peperiksaan. Fuh, ramai dah beratur memandangkan saya sampai sana dah hampir pukul 9 pagi. Tapi exam dimulakan agak lambat sedikit la. Saya main masuk je kelas mana-mana yang saya berkenan, tapi rupa-rupanya sepatutnya saya jawab di kelas tingkat atas la. Hahaha. Maka, di atas kertas peperiksaan saya kena tulis CTP (calon tukar pusat..:p)

Format Kertas Exam PTD
Ianya terbahagi kepada empat bahagian:
A: Pengetahuan Am tentang Malaysia. Contoh: gagasan 1Malaysia, pasal negara ASEAN
B: Menyelesaikan masalah dan logik. Soalan matematik dan ada yang kita kena fikir secara logik je
C: Esei Bahasa Melayu. Saya tak ingat soalan pasal apa. =.="
D: Esei Bahasa Inggeris. Contoh: How job satisfaction can be measured ke. So kena elaborate la.




Tips Untuk Esei
Perlu ada 6 perenggan, iaitu Pengenalan, Isi-isi untuk hujah (kena ada 4 point) dan juga Penutup. Kalau boleh selitkan juga peribahasa ke dan gunakan ayat bombastik (cantik, tertarik, menarik, gituuuuu..). TAPI pastikan jangan terkeluar dari topik ye. Nanti markah kurang.

E-Book PTD, perlu ke beli?
Terus terang saya katakan saya tak beli pun e-book yang dijual secara online tu. Malahan, pegawai PTD yang saya temui di SPA pun tak kata ada buku spesifik pasal exam PTD ini. Cuma, kita kena dapatkan gambaran sedikit macam mana format dia. Tu yang penting! Baca pasal Malaysia dan PENTING tau untuk mahir mencongak (kalkulator tak boleh guna).

Saya paling tak confident jawab soalan bahagian A, yang lain Alhamdulillah :)

P/s: Sepatutnya hari ini result exam PTD dah keluar, tapi ditangguhkan ke 23 Mei 2013.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails