Friday, August 30, 2013

Happy 1st Birthday Exora

Salam Readers. Hari ini dah masuk setahun usia Exora. Alkisahnya dulu, sebelum beli Exora ini saya dan papa dah pergi survey kereta. Mula2, kami pergi kedai Used Cars. Tengok Honda Freed. Sebab utama nak beli kereta tu sebab semata-mata nak balik kampung. Kalau tak beli kereta, papa nak kena tukar tayar Pajero. Kalau difikir2kan balik macam kelakar pun ada. Kalau harga tayar untuk empat2 tu baru je dalam RM1.5k. Ekeke. 
Jadi pada 24 Ogos 2012 tarikh kami berdua survey Freed tu. Usianya dah 2 tahun kalau tak silap, tapi harganya dah RM90k, tak termasuk roadtax+insurans. Mula-mula berminat, tapi bila papa fikir pasal kunci kereta tu pula, kami tak jadi ambil. Papa terfikir nak beli je Honda Freed baru. Sebab harga beza RM10k dengan yang baru.
Pada hari isnin (27 Ogos 2012), tiba-tiba papa terfikir pasal Exora. Jadi saya layari internet dan lihat spesifikasi Exora. Menarik dan nampak lebih luas dari Freed tu. Jadi pada hari Isnin tu saya telefon show room Proton. Kalau tak silap satu Maluri, yang satu lagi lak kat Pandan Indah. Soalan saya, "saya nak beli Exora, tapi kalau bayar cash boleh tak dapat dalam satu hari?". Proton Pandan Indah kata tak boleh, manakala yang Maluri mula2 kata tak boleh. Tapi keesokannya kot atau petang tu, salesman tu telefon kata bos dia kata okey je. 
Maka keesokan harinya saya dan papa pergi ke Proton Maluri. Tanpa melihat Exora dan test drive, kami ke bank. Mula2 ada sedikit kesulitan nak keluarkan duit tu. Sebab kalau tak silap dulu papa buka akaun kat tabung Haji/Bank Islam Putrajaya. Ini bermakna kena keluarkan cash dari bank sana. Tapi, Alhamdulillah lepas tu manager dia kata boleh buat Instant Bank Transfer. Jadi, setelah selesai semua urusan kami kembali ke rumah. Exora boleh diambil pada keesokan harinya iaitu pada pukul 7 malam kot. Hehe. 
Kisah Exora yang ekspres giler dapat kat tangan. Macam beli baju kat shopping mall je. Tak payah nak tunggu sampai sebulan.

P/s: saya yang pandu Exora ke rumah buat pertama kali dan saya juga orang pertama yang buat Exora terluka. T.T

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails