Sunday, May 29, 2011

Novel Terbaru Yang Saya Baca. :)


Salam readers. Sempena cuti semester ini saya sudah pun mengkhatamkan pembacaan tiga buah novel (sebenarnya ada lagi 1 novel. Hehe.

Coke and Sundae
Kisah ini tentang seorang perempuan yang cantik dan menarik tapi agak kasar. Suatu hari, dia suka seorang lelaki ini, tapi untuk menarik perhatian lelaki tu dia sanggup mengubah perlakuannya yang agak kasar itu menjadi lemah lembut. Tetapi dalam masa yang sama ada seorang lelaki yang suka dengan perempuan tu. Cuma lelaki tu tak tahu cara nak luahkan perasaan dia. Mereka asyik bertegang urat kalau bertemu. Adakah mereka akhirnya bersama? Jangan lupa baca novel keluaran Kaki Novel tu. :D

Kasih Yang Suci
Novel karya Meen Zulaikha ini mengisahkan Nora Elena yang pernah dicabul kehormatannya ketika berusia 15 tahun. Selepas 10 tahun berlalu, dia telah pun bertunang dengan seorang lelaki (Saiful Idham). Siapakah yang merogolnya dulu? Adakah bahagia yang akan dikecapinya selepas tunangnya mengetahui bahawa dirinya tidak lagi suci? Ikuti kisahnya dengan mendapatkan novel ini atau sila tonton drama Nora Elena di slot Akasia TV3 pukul 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Hehe

Contengan Jalanan
Inilah buah tangan Hlovate yang terbaru. Apa yang menarik dalam novel ini? Kisah perjalanan insan dalam menelusuri hidup. Ikuti kisah Fend, K2, Chad..Perjalanan mereka dalam mencari apakah yang sebenarnya mereka inginkan dalam hidup, yakni perjalanan mencari keredhaan-Nya. Ada kisah suka, duka yang diselitkan. Yang pasti, novel ini tidak akan mengecewakan peminat-peminat Hlovate. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dan dimanfaatkan. :)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails