Tuesday, May 17, 2011

drama bersiri Akasia terbaru "Nora Elena", BEST!

Salam readers. Lama saya tak jenguk blog ini. Hari ini saya nak kongsi drama Melayu yang sedang saya ikuti (selain drama Asmara 2). Drama ini baru mula minggu lepas 9 Mei. Ia berkisar tentang seorang perempuan bernama Nora Elena (lakonan Siti Saleha) yang telah dirogol ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewaktu berusia 15 tahun. Setelah 10 tahun berlalu, Elena telah pun mempunyai seorang tunang bernama Saiful Idham (lakonan teman istimewa Abby Abadi, kot!) dan akan melangsungkan perkahwinan dalam 3 bulan lagi. Tetapi, nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Elena telah terlanggar tunang bos Elena iaitu Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) yang sedang membawa gelas berisi minuman di kafe. Habis kotor baju kemeja Seth ketika itu dan akibat dari perlanggaran itu ianya telah membuahkan rasa suka di dalam hati Seth terhadap Elena. Apa pun, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tonton drama slot Akasia ini di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis (pukul 7 malam). Kalau dah terlepas, bolehlah layari laman web Tonton.

drama ini diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha terbitan Karangkraf :)

dalam drama ini pelakon dia guna Facebook la! ni la Facebook untuk watak Nora Elena tu. Haha. (semangat saya cari :p)

P/s: Lakonan pelakon-pelakonnya memang best. Tapi kan, saya peliklah kenapa untuk watak Yvonne, mereka tidak menggunakan pelakon yang betul-betul berbangsa cina? Hihi. Musykil je. ;)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails