Tuesday, March 22, 2011

Keputusan Akhir Adik-Adikku Musim Ke-2

Salam readers. Pernah dengar tak program realiti kanak-kanak di TV1 yang diberi nama Adik-Adikku? Untuk pengetahuan, program ini bukan untuk mencukil bakat menyanyi seperti program realiti yang sudah berlambak di siaran televisyen. Tetapi, program ini lebih kepada untuk mencari seorang yang petah seperti pemidato, pintar membaca Al-Quran, bertaranum dan menyanyi nasyid pun tau. Dalam erti kata lain, serba boleh dan berani.


Bukan cuma untuk melontarkan suara, tetapi ada juga pengisian ilmu. :) Baru sahaja malam tadi berlangsungnya final Adik-Adikku Musim Ke-2. Memang saya ada menonton siarannya, tapi tertidur pula sebelum sempat menonton persembahan kesemua peserta. T___T Cuma mak bapa saya je yang menonton dari awal hingga akhir. Hehe. Apa pun, keputusannya seperti berikut

Juara: Adik Muhammad Amirul Munir Azlin

Naib Juara: Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri


Ketiga: Adik Zaid Najmudin Zul Akmal

Saguhati:

  • Adik Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
  • Adik Siti Nur Alia Safri (seorang Ketua Pengawas..hebat tak?)
  • Adik Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin
  • Adik Iffah Ahmad Hilmi

Johan:
• Piala
• RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

Naib Johan:
• Piala
• RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga:
• Piala
• RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

4 Hadiah Finalis Akhir:
• Piala
• RM 3,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 300.00 sumbangan Tabung Haji
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Juara Muda dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan


Menarik juga kan hadiahnya. Hehe. Credit to Tok Esah untuk senarai hadiah dan budak botak (saya copy dari sana). Mereka semua hebat-hebat dan semoga akan menjadi Dae'i yang hebat suatu hari dalam menegakkan syiar Islam. Amin~

P/s: Sebelum ini saya ingatkan tetamu jemputan (isteri PM) akan bertudung litup ketika menyaksikan persembahan Adik-Adikku Musim Kedua ini di PICC. Tapi, rupa-rupanya tak..... (bunyi kecewa tak?)

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails