Tuesday, March 15, 2011

Bekicot Baik Buat Orang Yang Tergolong Dalam Golongan Darah AB

Salam readers. Pernahkah anda baca buku yang bercerita tentang makanan yang baik mengikut golongan darah anda. Untuk pengetahun, saya merupakan salah seorang penerima darah universal iaitu AB. Hehe. Cemburu tak? Menjadi penerima universal bukanlah satu perkara yang menggembirakan buat orang yang suka derma darah. Sebab orang yang bergolongan darah O pasti akan kata, "alah, darah AB kedekut!". LOL. Oh ya, balik kepada cerita mengenai buku golongan darah tadi....Beberapa tahun yang lalu parents saya telah membeli buku Golongan Darah semasa berada idi Indonesia. Rasanya adalah dalam 4 buah buku yang dibeli hasil karya Peter J. Adamo kalau tak silap (buku untuk darah A, B, AB dan juga semua golongan darah). Apa kebaikan kita mengikuti pemakanan ikut golongan darah? Kata penulis buku tu, ia dapat mencegah kanser. Hmm. Wallahua'lam. Memandangkan saya ini berdarah AB, jadi saya boleh kongsi makanan apa yang KITA harus elak makan ya. JANGAN makan ayam, aiskrim, coklat. Haa! Tu baru tiga jenis makanan, yang lain-lain saya tak ingat. Tapi, boleh ke ikut? Bila dengar itu yang kena dielakkan, saya memang tak boleh nak ikut la. Sebab semua makanan tu SEDAP. Hoho. Teringat saya dialog saya dengan mak saya.

Saya: Mama, kalau darah AB ini baik makan bekicot lah. Nak BEKICOT lah, ma! (dengan penuh semangat saya berkata)
Mama: Tahu tak bekicot tu apa?
Saya: Tak tahu lah, tapi baik untuk golongan darah AB.
Mama: Bekicot tu siput babi.
Saya: (speechless) eeeeeee...tak nak lah ma....


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails