Saturday, December 4, 2010

persepsi manusia

Salam bloggers. Manusia memang unik dan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Kadang-kadang mendengar kata-kata orang lain boleh membuatkan kita rasa kecil hati atau terasa hati (dalam erti kata lain). Saya selalu juga lihat facebook page kawan-kawan saudara saya di INA.

Saya berminat untuk berkongsi satu perkara yang membuatkan saya rasa kurang senang. Sebenarnya hal ini sudah lama, tetapi baru hari ini saya bangkitkan.

Apa masalahnya?

Seperti yang boleh anda lihat di dalam gambar, satu pihak mengatakan tentang "hati2 tuh sama PDRM, awas ditangkap nanti.....".

Saya dengan suka citanya ingin menerangkan bahawa, kalau anda tidak melakukan apa-apa kesilapan seperti tidak melakukan jenayah atau datang ke Malaysia secara sah, maka anda insyaAllah akan selamat di sini tanpa gangguan pihak polis. Biasanya orang yang ditangkap kerana menjadi pencopet atau perampok. Ok, itu satu hal.

Kemudian, pihak yang satu lagi mengatakan "kalau mereka berani bilang gw indon, gw juga berani manggil mereka maling"

Untuk pengetahuan rakyat Indonesia, kalau di Malaysia memang kebanyakan rakyat memanggil orang Indonesia (Indon), tetapi saya terkecuali. Sebenarnya panggilan itu tiada apa-apa niat yang tersembunyi. Maksudnya, itu hanyalah satu panggilan (pada pandangan mereka) untuk memendekkan ayat "Indonesia". Saya sangat tidak bersetuju apabila ada pihak di INA yang dengan senang lenangnya memanggil Malaysia dengan panggilan maling. Pencuri? Fikir-fikirkanlah sendiri, jenayah di sini ada juga yang dilakukan oleh orang sana (yang datang dengan niat yang tidak baik). Macam mana nak hidup serumpun, kalau hubungan baik tidak dapat terjalin?

Nota Kaki: Post ini berbaur EMO. :p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails