Tuesday, December 29, 2009

lunch di hotel istana

Hari ni saya pergi event pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 di Hotel Istana. Event yang sepatutnya bermula jam 11 pagi, lewat kira-kira 45 minit.

Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebenarnya saya bukanlah anggota MPP, mahupun orang yang terlibat secara langsung dengan MPP. Saya cuma bernasib baik. Nasib baik rumah dekat dengan kolej + saya online semalam dan nampak Syed post kat facebook. "Sesiapa yang berminat untuk lunch di hotel istana sila beri nama. Terbuka kepada 10 orang pelajar sahaja". Memandangkan sekarang masih cuti sem, terdapat segelintir MPP yang tidak dapat hadir. Takkan nak biar tempat kosong macam tu je. Bazir duit ATAP je. Duit ATAP tu pula, student bayar RM100 tiap sem. Saya dengan hati yang terbuka telah memberi nama kepada Syed untuk turut serta. Ahaha. Apa pun, memang sedap makan kat Hostel Istana. Ada sijil halal dari Jakim lagi. Makan kat hotel bertaraf lima bintang, mestilah best kn? LOL.

3 scoop aiskrim perisa coklat, vanila dan jagung. Saya yang hias sendiri ni. :)

nota kaki: tak sabar nak ikut dinner final year student di Hotel Istana 29 Januari 2010 nanti.




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails