Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Cuti Pertengahan Semester

Assalamualaikum Readers. Minggu lepas kembar saya aka Haizatul Hamz*ra baru sahaja bertunang dengan Azm*n. Hehe. Orangnya berkaca mata. Apa pun saya perhatikan tunang eira ni seorang yang penyabar orangnya. Bagus sebenarnya perangai yang melengkapi ni. Kalau seorang banyak cakap, seorang lagi kurang bercakap. Kalau dua2 suka bercakap nanti siapa yang nak dengar? ;) Semoga eira dan tunangnya dapat melalui fasa alam pertunangan ni dengan baik dan melangkah ke alam perkahwinan nanti. InsyaAllah. 

P/s: thanks for the oleh2...sabar itu indah, btw~

Thursday, February 27, 2014

Cuti-Cuti Malaysia di Penang

Salam readers. Semoga sihat selalu. Post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ke Penang tempoh hari. Perancangan ke Penang dibuat sebulan sebelumnya dengan ina dan adik dia, ila. Kami pilih untuk menaiki pesawat ke sana. Bertolak dari LCCT dalam 8.30 pagi kalau tak silap. 



Penang International Airport
Setibanya di Penang International Airport, kami menunggu bas Rapid Penang. Untuk pengetahuan, senang je kalau nak ke mana-mana di Penang ni, naik je bas Rapid Penang (promote sikit). Cuma ketibaan bas di airport bukanlah tiap 15 minit. Kalau tak silap ada 3 bas yang berbeza nombor akan lalu depan airport Penang ni (401, 401A dan 401E kalau tak silap). Cuma jangan salah naik bas je. Tanya dulu pemandu bas sebab ada bas yang dia menuju ke Balik Pulau, ada yang menuju ke Jetty (kalau nak ke arah KOMTAR kena naik yang ke Jetty). Nak dijadikan cerita, kami naik bas konon2nya nak turun di KOMTAR, tapi terlepas pula perhentian tu dan akhirnya turun di Weld Quay. Tapi, nasib baik turun kat sana sebab saya memang teringin nak bergambar kat Street Art sana. LOL. Kami masa tu dah kelaparan, tak sabar nak 'pekena' Nasi Kandar, bak kata orang Penang. Tapi, bila nampak Street Art yang lawa2 kat dinding2 bangunan, terus boleh lupa kelaparan tu. :p 



Nasi Kandar Line Clear
Akhirnya berpandukan peta yang kami ambil di Pusat Informasi Pelancongan airport, kami menemui gerai Nasi Kandar Line Clear yang terkenal atau sering menjadi buah mulut orang. LOL. Komen: sedap, teh tariknya pun sedap, gelas tak kecik.




Jalan Chowrasta, Komtar
Sementara tunggu waktu check-in tiba, kami berjalan di Chowrasta dan beli Jeruk Pak Ali, souvenir. 




Kimberly House Hotel
Sebaik membeli tiket penerbangan tempoh hari, saya terus memesan hotel. Selepas melakukan survey hotel yang terdekat dengan KOMTAR di bandar Georgetown, saya memilih hotel ini. Cuma saya terlepas pandang yang toiletnya bukan attached, tapi shared bathroom. Hehe. Tapi, walaupun kat luar toiletnya, best juga hotel ini. Bersih dan cantik dekorasi dalamannya. 

Bukit Bendera a.k.a Penang Hill
Nak dijadikan cerita, sebelum ke Penang saya ada menghubungi Nora (rakan kami sewaktu program GCAP dulu). Dia sekarang kerja kat Penang. Maka, pada hari tu kebetulan dia mempunyai masa lapang pada waktu petang. Kami dijemput berhampiran Komtar, dan kami dibawa ke Bukit Bendera. Hehe. Banyak juga kami ambil gambar di atas tu. Fuh...sekarang dah maju train dia..dulu jalan naik atas terkedek-kedek. Sekarang dah laju, canggih pula tu. Macam naik LRT. :p




Gerai Persiaran Gurney
Pada malamnya, sebaik turun dari Bukit Bendera kami singgah untuk makan malam di Gurney. Kat sini adagerai Pasembur yang agak meriah. Sedap juga. Cuma saya masa tu pesan Charkueytiau yang tak ada lah best mana (kat KL lagi sedap). Haha




Roti Canai Transfer
Pada keesokan harinya dalam 8.30 pagi kami keluar dari hotel dan mencari sarapan di Jalan Transfer. Melalui pembacaan saya dari blog2 mereka yang telah ke Penang, katanya sedap roti canai di sana. Alhamdulillah kami jumpa gerai Roti Canai tu. Komen: sedap juga (tapi roti canai kat kg pandan lagi sedap kot..hihi), yang  specialnya ayam karinya kuah pekat. Kalau tak silap, harga untuk Roti canai+kari ayam tu RM6.60. 




Bas Free = CAT (Central Area Transit)
Yang paling best kat Penang ni apabila Majlis Perbandarannya menyediakan perkhidmatan bas percuma yang dikenali sebagai CAT. Destinasinya berhampiran pusat tumpuan pelancong. 



Fort Cornwallis
Tiket masuk ke sini untuk dewasa RM3, manakala kanak-kanak RM2. Kita dapat lihat tugu Francis Light, bekas peninggalan meriam, ada juga kisah sejarah di sana, tempat simpan senjata. Menarik juga dari sini sebab kita dapat lihat laut. 




Armenian Street
Inilah tempat paling banyak Street Art dan ramai pelancong bertumpu di sini. Ada juga orang yang jual keychain, buku, dan lain-lain berkaitan Street Art di sini. Apa pun, salah satu Street Art yang ada di sini gambar kucing besar kat bawah ini. ;)


Masjid Kapitan Keling
Kami sempat solat di masjid lama ini. Kedudukannya tak jauh dari Armenian Street (tempat yang ada banyak Street Art -kami dah pergi pada pagi tu)




Ais Kacang berhampiran Padang Kota Lama
Jalil Special ABC di foodcourt ni memang sedap dan tak rugi kalau korang datang sini. Harganya RM3. Yang kelakarnya kami dah lalu foodcourt ni pada pagi harinya (masa ke Fort Cornwallis), tapi tak terfikir nak makan ABC masa tu. Masa petang dah nak ke airport baru terfikir nak makan. Fuh..nasih baik tak lambat sampai airport.




Komtar to Airport
Perjalanan ke airport pada hari Isnin tu agak sesak tak selancar pada hari sebelumnya. Huhu. Saya salah perkiraan. Maklumlah hari sebelumnya kan hari cuti. Tapi, Isnin tu masa orang dah balik kerja di Bayan Lepas tu, kami pula duk sibuk nak ke airport. Memang saat yang mendebarkan hati jugalah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Tiba di airport betul2 1 jam lagi flight nak terbang. Saya dah check-in dari masa kat KL, cuma tak print je lagi. Tu yang risau. Ish ish. Nasihat saya, siapa yang nak naik Rapid Penang ke airport tu, anggaplah bas akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 30 minit. Bajet waktu betul-betul.

Sayonara Penang
Saya suka Penang. Serius! Kurang orang merokok. Katanya lebih kurang 83% bukan perokok di sana. Siapa tak suka? Kemudahan di sana juga best!

Saturday, November 9, 2013

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [Happy Ending]

Assalamualaikum. Salam readers. Hehe. Inilah bahagian terakhir "Kisah lelaki berani dan perempuan pemalu". Kalau nak tahu kisah sebelum ini, klik sini. Sebenarnya resepsi belah perempuan dah pun dilangsungkan minggu lepas di Kuala Terengganu. Tapi memandangkan saya ada perkahwinan anak sepupu, maka tak dapat pergi. Hari ini majlis belah laki pula yang dibuat (terkilan sebab tak dapat pergi juga T___T). Hehe. Memandangkan kami tak dapat pergi ke Pasir Gudang, maka saya minta rakan kami yang tinggal di Pasir Gudang hadir sebagai wakil kami. Huhu. 

sebenarnya mula2 kak sal kata tak dapat pergi kot.....huhu.

Tapi kan, tiba-tiba malam ni saya buka Facebook nampak ada mesej dihantar petang tadi pukul 5 lebih. Eh, Kak Sal la. Ada gambar. Hihihi..:) Gembira sangat. Rasa macam berada di Pasir Gudang je tadi. ^^ Saya perkenalkan perempuan pemalu dan lelaki berani.....


Rasa SWEET like CANDY je >.<

Terima kasih banyak kak sal sebab dapat hadir sebagai wakil kami :)

GCAP [Part III]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah beberapa bulan, saya rasa nak sambung kisah GCAP [Part II]. Tapi saya nak skip ke minggu terakhir terus. Alkisahnya, pada minggu terakhir kami dikehendaki untuk present dalam group. Pilih satu company yang kononnya kami nak apply kerja. 


Group saya pilih AirAsia. Saya pilih jawatan Live Chat Officer. Ekeke. Maklumlah chatting tu memang keBOLEHan saya. :p Memang best juga lah masa present tu. Hmmm..RINDU sangat dengan GCAP. 

Group pertama saya semasa GCAP :)

Farewell Party
Pada hari terakhir kami buat jamuan. Ada barbeque la kat bawah. Selain itu, kitorang ada buat games. Terima kasih buat mereka yang dah memikirkan idea untuk permainan tu. Seronok sangat program GCAP ini. Tapi, sekarang dah tak ada GCAP. Sebab sasaran semua graduan GCAP dapat kerja selepas pergi Career Fair tak tercapai. Tak pe lah. Yang penting saya dah merasa pergi GCAP. :) Kenangan....

Group saya masa Farewell party...tengok tu, tiap kali ada group mesti saya dan ina ditakdirkan untuk bersama :p

Sunday, October 20, 2013

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [Part IV]

Salam bloggers. Fuh. Ini memang dahsyat sebab dah sampai part iv kisah kawan saya ini. Post terakhir saya mengenai mereka adalah pada bulan 5 tahun lepas (sila klik di sini untuk baca, kalau lupa la :p). Nak dijadikan cerita. Setelah sekian lama rakan saya mendiamkan diri. Er, sebenarnya sebelum kami konvo tiba-tiba kami dah jadi tak berapa rapat. Huhu. Semuanya sebab lelaki berani ni la! Haha. Alkisahnya pada suatu hari, kami lihat di Facebook yang dia ada buat status "in a relationship with Mr X kat Facebook". Kami salah sangka, ingatkan semua orang dapat view status tu. Jadi kami pun wish congrats kat wall Facebook perempuan pemalu tu. Tapi, dia marah pula. Dia kata sebenarnya cuma kami bertiga boleh tengok status tu sebenarnya. T___T aaaaa....awat dia tak habaq awai2..=.=" Berbalik kepada kisah lelaki berani dan perempuan pemalu ini. Seperti yang kami jangka, kami tahu mesti lelaki tu berani untuk bertemu dengan ibu bapa rakan kami tu. Dan, tepat jangkaan kami, pada bulan November tahun 2012, lelaki berani itu telah memberanikan diri untuk bertemu ibu bapa rakan kami untuk berkenal-kenalan a.k.a memperkenalkan diri (kagum sungguh ada juga lelaki melayu yang dari awal sampai hujung berani...eh. :p). Ianya tidak berpenghujung sampai ke situ. 
cincin ini mama yang beli...uhukks....tak ada sape bagi cincin lagi. =.="

Maka, pada bulan Mac yang lepas rombongan dari pihak lelaki datang untuk merisik a.k.a bertunang. Eh, so sweet kan kisah mereka? Jeng, jeng, jeng. To be continued.....

Saturday, October 19, 2013

Hello Oktober!

Salam readers. Lama saya tak update blog, apatah lagi upload gambar dalam blog ni. Fuh. Apa pun, saya kepilkan beberapa gambar. Lain kali saya tulis panjang lebar. Till fingers meet keyboard. :)

21 September 2013 - Pernikahan Abang Atta di Palembang


Awal Oktober - Melawat Farah di Kuching :)
11 Oktober - Menemani Anur ke Taman Botani Shah Alam. Sekarang tengah Musim Luruh. ;)


Monday, May 6, 2013

Saya, Raub dan Dia

Assalamualaikum dan salam readers. Post ini dah terlambat empat bulan. Fuh. Maaf farah. Hehe. Sebelum tu rasanya tidak terlambat saya nak beritahu yang pada bulan Januari yang lalu saya telah pun menghadiri majlis pernikahan dan resepsi BFF saya di Raub. Farah merupakan rakan satu kelas semasa di SMT Tengku Ampuan Afzan Bentong (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan). Kami mula rapat kalau tidak silap saya semasa tingkatan 5. Ha, sejarahnya tingkatan 4 memang saya ini lebih rapat dengan budak aliran Vokasional memandangkan dorm saya hanya ada 3 orang budak aliran Teknik. Suka, duka, semua kami dah lalui. Alhamdulillah, tak sangka sehingga kini meskipun kami jarang berjumpa tapi kami tetap saling ingat mengingati (cewah, sweet tak?). Bercakap tentang suami Farah. Mereka sebenarnya pernah satu sekolah semasa Sekolah Rendah tetapi Farah kemudiannya berpindah ke Raub. Bertemu kembali selepas berbelas tahun melalui Facebook. Kalau dah jodoh.......tak kisahlah baru kenal ke tapi Allah punya aturan tu memang indah. Semoga Engki dapat menjadi suami yang didambakan isteri, kehidupan mereka berdua sentiasa diredhai Allah dan diberkati. Amin.



P/s: Saya sayang Farah, jadi tolong jaga Farah sebaik-baiknya dan sayangi dia dengan sepenuh hati. ^^ 

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Pengantin Baru, Farhana!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hihi. Ahad lepas saya sempat menghadiri majlis perkahwinan Farhana aka Ban. Sebenarnya saya kenal dia dah lama juga. Sejak sekolah rendah, walaupun dulu saya SK(P) Bukit Bintang(Dua), KL, manakal Farhana tu pula SK(P) Bukit Bintang (Satu), KL. Kenapa saya boleh kenal dia? Semuanya sebab surat. Ekeke. Kitorang masa zaman sekolah dulu memang ada sistem hantar surat bawah meja. Haha. Lawak tak? Sebab surat juga saya kenal dia. Alkisahnya, Ban ni nak kenal dengan kawan sebelah meja saya (chinese..kalau tak silap Lai Cheng), tapi dia punya surat bawah meja saya. Haha. Jadi, mestilah saya yang jadi tukang baca dan balas. Sampailah satu masa tu, tiba-tiba dia pun beritahu yang dia nak kenal dengan Lai Cheng. Haha. LOL. Sebaik tamat sekolah rendah, kitorang masuk sekolah yang sama iaitu SMK Seri Bintang (Utara), KL. Tapi, kami memang tak pernah rapatlah masa zaman sekolah. Hehe.

P/s: Kadang2 kawan masa sekolah lebih menghargai kita daripada kawan masa kita dah menginjak dewasa. :)

#gambar lain kali upload.. :p

Friday, July 27, 2012

Tips Menghilangkan Sedu Bayi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia (rasa macam patriotik). Kawan-kawan dah kibarkan bendera Malaysia (aka Jalur Gemilang)? Saya sudah. Sehari sebelum puasa hari tu. Ayah saya kata, "aik, cepatnya bendera dah letak". :p Saya memang seorang yang semangat giler untuk kibarkan bendera di luar rumah. Dah jadi satu kebiasaan sejak tahun 2007. Heeee. :) 


Apa pun, hari ini saya nak berkongsi apa yang telah saya dapat dari rakan-rakan saya di Facebook. Semalam kakak sulung saya suruh saya cari di internet cara untuk menghilangkan sedu bayi. Tapi saya terus post di FB kepada rakan-rakan saya. Hasilnya seperti di bawah:






Ada petua yang kalau kita fikir berkali-kali, macam tak boleh diterima akal. Haha. Rasa macam tak logik. Tapi dah nama pun petua orang dulu-dulu. Hihihihi. Layan.

Monday, July 2, 2012

Java's Getaway..heee~

Assalamualaikum and salam 1Malaysia. Hehe. Alhamdulillah saya telah tamat pengajian degree walaupun belum officially sebab graduation bulan Oktober nanti,da.. Uhukkss.. Apa pun saya nak cerita tentang aktiviti selepas tamat kertas terakhir bulan lepas(13 Jun 2012). 
Disebalik tarikh 13 Jun itu ada kisah sebenarnya. Alkisahnya sepatutnya pada tarikh tersebut saya terbang ke Jakarta. Sadly. Tiket beli bulan Mac, tapi terpaksa burn macam tu je. Yang paling menyedihkan, sebenarnya itu adalah tiket penerbangan kedua ke Jakarta yang saya beli. Sebelumnya, tarikh ialah pada 6 Jun. Tak da rezeki, na. Takpe. Tapi Allah ganti dengan perkara lain malah lebih indah. Hehe.


Pada 14 Jun 2012, saya dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan jamuan perpisahan dengan makan lunch secara buffet di Hotel De Palma Ampang. 


Mungkin itulah pertemuan terakhir kami sebelum bertemu kembali pada majlis konvokesyen di PICC pada 13 Oktober. Hehe.
Selain itu, pada 16 Jun 2012 saya terbang ke Semarang (lagi....). Tiket ini saya baru beli 2 minggu sebelumnya. Betul-betul seminggu sebelum exam saya confirm dah selesai. Alhamdulillah keluarga di Semarang melayan saya dengan baik dan saya amat gembira bertemu dengan mereka. Hehe. 


Tujuan saya ke sana ialah untuk mengikuti Haul Akbar di Surabaya pada 23 dan 24 Jun 2012. Seru sekali!


Pada pagi 23 Jun, Kak Mia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang kedua. Alhamdulillah mudah urusan melahirkannya.
Pada tarikh 26 Jun 2012 ketika hampir Maghrib, kami bertolak pulang ke Semarang dari Surabaya. Hehe. Sampai di Semarang sekitar pukul 3.30pagi WIB. Alhamdulillah perjalanan lancar. Pagi 27 Jun 2012 saya berjalan-jalan dengan Mba Nadia ke Pasar Johar. Saya berkesempatan untuk membeli hiasan buat tudung bawal. Hihi. Lucu-lucu sih soalnya.
Tanggal 28 Jun 2012, saya pulang ke Malaysia. Perjalanan memang amat menyenangkan. ^^

Thursday, March 29, 2012

Kehadiran Coklat Misteri [Part II]

Salam readers. Hari Selasa (iaitu semalam), tiba-tiba saya menerima bungkusan Pos Laju. Tak sangka pula. Mak saya bila tengok ada bungkusan dari Pos Laju tu, ingatkan saya ada beli barang secara online lagi. Haha. Nampak sangat hobi beli online. Tapi, nasib baik bukan saya yang beli. Apa pun, sebaik melihat bungkusan itu saya dah tau apa isinya. Coklat. Ya, itulah coklat. Kenapa saya tau? Sebab saya pernah terima bungkusan dari penghantar itu "Mama Chocolicious". Untuk baca post sebelumnya, sila klik di sini. Kemudian saya teringat yang beberapa hari sebelum itu, kawan baik saya (Farah) ada minta alamat rumah saya. So, dari situ saya dapat agak yang Farah bagi coklat tu. Lagipun, nombor telefon untuk penerima tu ialah nombor Farah. LOL. Dia silap bagi lah tu. Hihi. THANKS FARAH for the chocolate. Comel Oh. Sebab chocolate tu ada dalam kotak dan yang menariknya, penutup dan kotak itu sendiri boleh dimakan. Dalam erti kata lain, ianya ada coklat sepenuhnya. Hihihi. Kalau ikutkan, sayang nak makan rasanya.....

Coklat di dalam, coklat di luar, coklat di atas. RAJA segala coklat! ^^,

Wednesday, April 20, 2011

Senyum, tak perlu kata apa-apa! :)

Salam readers. Anda suka senyum? Bukan senyum tersengih macam kerang busuk. Tetapi senyum dan membalas senyuman orang lain. Kalau jawapannya, ya. Maka anda bukanlah golongan yang saya sasarkan untuk membaca enri ini. Alkisahnya, saya ada mengenali seseoran perempuan ini yang nak senyum sangatlah susah. Rasanya sudah 2 tahun lebih saya mengenali perempuan ini. Bila terjumpa dia ini dan saya senyum, dia langsung tak senyum. Bukan saya sahaja yang mempunyai pengalaman begitu. Tetapi rakan saya yang lain juga. Entah apa masalah perempuan itu, saya pun tak tahu. Huhu. Sampai dia pernah satu tahap bertanya rakan saya, "eh, kau ini apsal asyik senyum je?". Bagi saya, orang yang tak senyum tu orang yang kedekut malahan sombong. Eh, ke dia ini orang yang tak ada perasaan. Hmm.....Wallahua'lam.


Antara bait lirik lagu Senyum by Malique ft Najwa =)

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

Wednesday, March 9, 2011

Happy Birthday Aqila!


Salam bloggers. Entri ini telah di--set secara automatik. Hoho. Hari ini bertarikh 9 Mac 2011 merupakan hari lahir rakan saya iaitu Nooraqilah Borhanuddin. Memandangkan minggu ini cuti, maka kebarangkalian untuk bertemu dengan beliau adalah sangat tipis. Hehe. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir. Semoga usia diberkati oleh Allah, menjadi anak yang solehah, dipermudahkan mendapat jodoh yang soleh, dan terakhir sekali semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat ye, kyla. Amin~

Saturday, March 5, 2011

kucing itu comel, tapi copyCAT tak comel la!

Salam bloggers. Pernahkah kamu mengenali seseorang yang macam tiada pendirian? Contohnya pasal makanan. Dulu dia kata tak suka makan coklat, tapi tiba-tiba bila ramai orang suka coklat. Dia pun mengaku yang dia suka coklat. Atau, dia tak kata dia suka. Tapi bila berdepan dengan anda, tiba-tiba boleh pula dia makan coklat. Itu baru tentang makanan. Tapi bagaimana pula dengan barangan yang kamu miliki? Misalnya kamu beli beg. Tapi, bila dia tengok beg kamu macam cantik. Tak lama kemudian dia pun beli. Cuma yang bezanya, dia tak mengaku dia beli. Dia kata yang ada orang bagi beg tu dan dia rasa serba salah sebab beg tu sama pula dengan beg kamu. Hoho. Logik tak kalau dapat barang yang sama dan harga pun boleh tahan, tapi orang nak bagi dengan sebegitu mudah?


P/s: Eh, teringat zaman kanak-kanak dulu..biasanya budak-budak mesti nak ikut apa yang kawan dia ada. =.="

Wednesday, June 23, 2010

lenguh!

Capek deh........uwarrrrrrrrgh..semalam saya pergi kolej untuk melengkapkan borang berhenti. Selepas selesai urusan, saya pergi BB bersama kak sal. Tujuan utama kak sal mahu ke low yat untuk menjual laptopnya dan kemudian membeli laptop yang baru. Memandangkan kami terlalu banyak berjalan, akibatnya, dari semalam saya sakit kaki. Sewaktu bangun pagi ini, kaki masih terasa lenguh. Serius tak dapat digambarkan dengan kata-kata. =.=" Pagi ini, saya keluar rumah pukul 8.30 pagi dan pergi ke tempat kak sal. Install antivirus kaspersky di laptop kak sal, kemudian hantar kak sal ke bukit jalil. Kesian juga banyak baju yang kak sal nak bawa balik. Berat pula tu semuanya. Sebab tu saya menawarkan diri untuk hantar. Setibanya di bukit jalil, mula-mula saya ingatkan nak tolong angkatkan beg kak sal ke hentian bas. Tetapi memandangkan di seberang jalan kelihatan kelibat 3 orang polis trafik, saya terpaksa mematikan niat. Lebih-lebih lagi saya lihat kereta di belakang saya tu dah kena saman. Ish ish. Susah juga bila Hentian Puduraya ditutup sementara ini. Hari ini juga saya pergi bayar duit kepada kptm di bank islam memandangkan pagi tadi ayah saya sudah memberikan RM1500 yang saya minta semalam. Hehe. Pukul 12 tengah hari saya keluar rumah dan pergi bersama yana untuk mencari hadiah faridah yang nak kahwin sabtu ini. Alhamdulillah kami berjaya pilih hadiah dan kemudiannya kami sempat jalan-jalan. Hari ini saya balik 3 jam lebih awal dari semalam. Rekod baik mesti ditunjukkan untuk menutup rekod semalam yang kurang baik. Fuh~

P/s: Sekarang bila Penjara Pudu nak dirobohkan, ramai pula yang ambil gambar penjara tu. Persoalannya, perlu ke dirobohkan? Kenapa tak dikekalkan untuk menjadi tinggalan sejarah. Hmmm....

Wednesday, May 12, 2010

Nikon Center @ Times Square

Dulu masa di awal pembukaan Nikon Center di Times Square, saya fikir itu kedai yang menjual kamera Nikon. Al-maklumlah, besar je nampak lot die. Tapi entah bila saya terbaca di surat khabar mengatakan yang Nikon Center itu bukanlah sebuah kedai yang menjual kamera Nikon, tetapi khas buat yang minat fotografi yakni pengguna kamera Nikon.

Sejak hari saya baca artikel itu saya telah tanamkan niat untuk melawat Nikon Center itu. Oh ya, khidmat nasihat juga boleh anda dapatkan di sana. Untuk pengetahuan anda, sejak zaman menggunakan kamera biasa (guna gulungan filem, digital camera hinggalah ke DSLR, saya sekeluarga tetap mempercayai Nikon). Loyal customer lah, bak kata orang. ;) Hari Sabtu yang lepas saya berpeluang singgah dan menjenguk Nikon Center bersama Wani. Hehe. Biarkan gambar yang menceritakan segalanya. :)

wani yang semangat ambil gambar ni. hehe. ;)

saya mencuba kamera yang ada di ruang pameran Nikon Center

inilah wani. hihi. jalan-jalan, i like! :D



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails