Monday, November 11, 2013

Belajar atau Kerja Selepas Degree? [Part II]

Salam readers. Memandangkan mood convocation sekarang masih hangat. Ramai yang sudah atau bakal menerima ijazah masing-masing. Jadi pasti ada yang terfikir nak sambung Master ke kerja? Bagi saya, selepas menamatkan satu semester, saya dah tahu apakah jawapan untuk persoalan mana lebih baik "sambung MAster ke kerja". Sekarang kalau orang tanya, saya akan jawab "KERJA dulu..". Kenapa?

Pengalaman
Percaya atau tidak. Adalah lebih mudah sekiranya kita dah ada pengalaman kerja semasa buat Master ini. Secara tidak langsung ilmu yang kita ada juga boleh digunakan. Kalau kita terus sambung Master, ada satu benda yang biasa budak Degree buat. Kurang inisiatif dan masih mengharapkan disuap. Eh??? Lagi satu, lecturer mesti tanya soalan ini "kenapa awak sambung Master?".

Part Time pun OK
Kalau dah kerja tu, nak buat Master part time pun okey je. Kenapa? Sebab bak kata kawan saya (tak ingat siapa yang cakap), orang yang kerja dan buat Master ini fokus dia nak BELAJAR. Jadi, dia akan berusaha untuk buat juga kerja dia walaupun hari-hari biasa sibuk dengan kerja. Lain dengan kita yang amik full time ni. Kadang-kadang banyak masa tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Fuh. Nauzubillah Minzalik~~

Kesimpulannya, buat pilihan yang bijak. Tapi, secara peribadi lebih suka untuk mencadangkan kerja dulu. Dapatkan pengalaman berharga dulu. Kemudian, sambung belajar. So, kawan saya yang dah bercadang nak sambung Master tu bolehlah sambung tahun depan ke. Sebab awak dah kerja.....hehehe ;))

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails