Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Cuti Pertengahan Semester

Assalamualaikum Readers. Minggu lepas kembar saya aka Haizatul Hamz*ra baru sahaja bertunang dengan Azm*n. Hehe. Orangnya berkaca mata. Apa pun saya perhatikan tunang eira ni seorang yang penyabar orangnya. Bagus sebenarnya perangai yang melengkapi ni. Kalau seorang banyak cakap, seorang lagi kurang bercakap. Kalau dua2 suka bercakap nanti siapa yang nak dengar? ;) Semoga eira dan tunangnya dapat melalui fasa alam pertunangan ni dengan baik dan melangkah ke alam perkahwinan nanti. InsyaAllah. 

P/s: thanks for the oleh2...sabar itu indah, btw~

Monday, May 6, 2013

Saya, Raub dan Dia

Assalamualaikum dan salam readers. Post ini dah terlambat empat bulan. Fuh. Maaf farah. Hehe. Sebelum tu rasanya tidak terlambat saya nak beritahu yang pada bulan Januari yang lalu saya telah pun menghadiri majlis pernikahan dan resepsi BFF saya di Raub. Farah merupakan rakan satu kelas semasa di SMT Tengku Ampuan Afzan Bentong (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan). Kami mula rapat kalau tidak silap saya semasa tingkatan 5. Ha, sejarahnya tingkatan 4 memang saya ini lebih rapat dengan budak aliran Vokasional memandangkan dorm saya hanya ada 3 orang budak aliran Teknik. Suka, duka, semua kami dah lalui. Alhamdulillah, tak sangka sehingga kini meskipun kami jarang berjumpa tapi kami tetap saling ingat mengingati (cewah, sweet tak?). Bercakap tentang suami Farah. Mereka sebenarnya pernah satu sekolah semasa Sekolah Rendah tetapi Farah kemudiannya berpindah ke Raub. Bertemu kembali selepas berbelas tahun melalui Facebook. Kalau dah jodoh.......tak kisahlah baru kenal ke tapi Allah punya aturan tu memang indah. Semoga Engki dapat menjadi suami yang didambakan isteri, kehidupan mereka berdua sentiasa diredhai Allah dan diberkati. Amin.



P/s: Saya sayang Farah, jadi tolong jaga Farah sebaik-baiknya dan sayangi dia dengan sepenuh hati. ^^ 

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Pengantin Baru, Farhana!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hihi. Ahad lepas saya sempat menghadiri majlis perkahwinan Farhana aka Ban. Sebenarnya saya kenal dia dah lama juga. Sejak sekolah rendah, walaupun dulu saya SK(P) Bukit Bintang(Dua), KL, manakal Farhana tu pula SK(P) Bukit Bintang (Satu), KL. Kenapa saya boleh kenal dia? Semuanya sebab surat. Ekeke. Kitorang masa zaman sekolah dulu memang ada sistem hantar surat bawah meja. Haha. Lawak tak? Sebab surat juga saya kenal dia. Alkisahnya, Ban ni nak kenal dengan kawan sebelah meja saya (chinese..kalau tak silap Lai Cheng), tapi dia punya surat bawah meja saya. Haha. Jadi, mestilah saya yang jadi tukang baca dan balas. Sampailah satu masa tu, tiba-tiba dia pun beritahu yang dia nak kenal dengan Lai Cheng. Haha. LOL. Sebaik tamat sekolah rendah, kitorang masuk sekolah yang sama iaitu SMK Seri Bintang (Utara), KL. Tapi, kami memang tak pernah rapatlah masa zaman sekolah. Hehe.

P/s: Kadang2 kawan masa sekolah lebih menghargai kita daripada kawan masa kita dah menginjak dewasa. :)

#gambar lain kali upload.. :p

Tuesday, December 25, 2012

PMR, suatu ketika dahulu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan keputusan PMR pun baru lagi lah diumumkan minggu lepas, jadi saya terfikir nak post tentang hari saya dapat keputusan PMR dulu. Dulu, saya langsung tak sangka yang saya dapat 5A. Oklah, ni bukan 5A untuk UPSR, tapi PMR. Sebaik sahaja dapat slip keputusan, saya lihat satu persatu dan menghitung bilangan A. Lepas tu baru lihat slip dengan senang hati. Kalau nak dibandingkan dengan adik beradik saya yang lain, saya selalu je lain dengan mereka. Bukan tak pandai, sebab MALAS dan kurang usaha sikit. Huhu. T___T Jadi itulah sebabnya, kalau adik beradik saya yang lain dapat 8A untuk PMR, tapi saya cuma dapat 5A. Kalau tak dapat 8A tu, adik-adik semua janganlah terus kecewa sampai tidur tak lena, mandi tak basah, dan lain-lain. Lepas ni banyak lagi ujian yang perlu dihadapi. Apa-apa pun nak enjoy tu tak salah, tapi kena pandai bahagikan waktu. :)

Credit: gambar dari website Utusan. 

Saturday, November 17, 2012

Gagal Sekali Bukan Bererti Gagal Selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang kejayaan. Ya, perkataan kejayaan ini selalu dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu yang menampakkan hasil di penghujungnya. Tapi, kita jangan lupa untuk berjaya itu kita perlu berusaha. "Man Jadda Wa Jadda", lebih kurang bermaksud siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya.

suka sangat gambar candid ini, credit to: adik Ina
Masa kecil dulu, saya selalu digelar "profesor serba tahu". Mungkin masa kecil dulu apa sahaja yang dipersoalkan mama papa, saya mesti dah tau jawapannya. Tapi, bak kata orang kalau "pisau tak diasah lama-lama tumpul juga". Jadi, disebabkan pujian itu akhirnya saya "take things for granted". Banyak membuang masa, leka, tak buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya keputusan makin elok, ini tak. UPSR dapat 3A2B, PMR 5A3B, tapi SPM dapat 4A je out of 11 subjects. Nah, itu la saya kata "kejayaan takkan datang bergolek" kalau kita kurang usaha. Lepas SPM, ambil foundation (ala-ala pra-U/Matriks) kat MMU. Tapi bila dah masuk first year degree, akibat main-main je...result teruk dan saya buat keputusan untuk tinggalkan je MMU. Masa nak keluar tu, menangis sama-sama Zirah dan Mina. T____T Mula-mula keluar dari MMU, saya rasa down sangat. Saya rasa macam nak kerja je, tak sambung belajar. Ayah saya siap kata, "kahwin je lah". Rasa macam dah fobia nak belajar dan kemudiannya gagal. Tapi dengan izin Allah, tiba-tiba terdetik saya nak sambung kat KPTM. Bukan mengambil degree, tapi saya berundur ke belakang..saya ambil diploma. Dan saya berjaya menamatkan diploma saya mengikut masa yang telah ditetapkan dan beroleh CGPA3.88. Sesuatu yang boleh dibanggakan buat seorang yang pernah gagal di suatu ketika. Mendapat diploma bukan penamat segala-galanya, saya teruskan lagi pengajian ke peringkat degree. Alhamdulillah, setelah 2 tahun belajar, saya berjaya memperoleh degree kelas pertama (dari Coventry University tau, sebab program saya ni memang usahasama dengan Uni sana). Segalanya bermula di KPTM, dan di sana juga saya kenal rakan-rakan susah dan masa senang saya. Hehe. 5 tahun suatu tempoh yang boleh dikira agak lama. Sekarang, saya sedang menanti untuk penempatan untuk menyambung pengajian di peringkat Master....hmmm..tapi kalau dapat kerja...er..dilemma.. ;))

Thursday, March 29, 2012

Kehadiran Coklat Misteri [Part II]

Salam readers. Hari Selasa (iaitu semalam), tiba-tiba saya menerima bungkusan Pos Laju. Tak sangka pula. Mak saya bila tengok ada bungkusan dari Pos Laju tu, ingatkan saya ada beli barang secara online lagi. Haha. Nampak sangat hobi beli online. Tapi, nasib baik bukan saya yang beli. Apa pun, sebaik melihat bungkusan itu saya dah tau apa isinya. Coklat. Ya, itulah coklat. Kenapa saya tau? Sebab saya pernah terima bungkusan dari penghantar itu "Mama Chocolicious". Untuk baca post sebelumnya, sila klik di sini. Kemudian saya teringat yang beberapa hari sebelum itu, kawan baik saya (Farah) ada minta alamat rumah saya. So, dari situ saya dapat agak yang Farah bagi coklat tu. Lagipun, nombor telefon untuk penerima tu ialah nombor Farah. LOL. Dia silap bagi lah tu. Hihi. THANKS FARAH for the chocolate. Comel Oh. Sebab chocolate tu ada dalam kotak dan yang menariknya, penutup dan kotak itu sendiri boleh dimakan. Dalam erti kata lain, ianya ada coklat sepenuhnya. Hihihi. Kalau ikutkan, sayang nak makan rasanya.....

Coklat di dalam, coklat di luar, coklat di atas. RAJA segala coklat! ^^,

Saturday, January 21, 2012

Lagu Sedih [Part I]

Salam bloggers. Pernah tak dengar Lagu Sedih-VIP? Lagunya sedih, tapi rancak. Lain daripada yang lain tu! :p Oh ya, ada beberapa fakta tentang saya yang mungkin orang tak tahu. Antaranya:

  • Saya sangat jarang bergambar berdua dengan lelaki. Memang boleh dihitung dengan jari kot. Mengapa? Semuanya sebab masa saya sekolah..time form 5 dulu, ada seorang laki tu cakap saya minat dia padahal dia yang minta saya bergambar dengan dia. Perasan tak? LOL.
  • Saya pernah bersedih sebab putus cinta dan sebenarnya itulah perkara yang paling saya sesalkan, yakni MENANGIS KERANA SEORANG LELAKI. Bukankah kumbang bukan seekor?
  • Oleh sebab yang itu, saya memang cuba mengelak daripada BERCINTA SEBELUM KAHWIN.
  • Saya rasa ramai ada pengalaman ini, bergaduh dengan lelaki masa sekolah dan terSUKA dengan budak laki tu. TAPI, suka dalam diam je la. Hehe.
Oklah, nak solat da. InsyaAllah lain kali saya sambung. K, wassalam. Buhbye.


Tuesday, February 22, 2011

orang yang saya suka selalunya mesti tak lama lepas tu dia KAHWIN!!



Salam bloggers. Pernah tak suka orang dalam seumur hidup? Ok, kalau tak pernah tu memang TAK NORMAL. Masa kecil dulu saya pernah terSUKA classmate saya. Itu pun sebab asyik digosipkan je. LOL. Kemudian, pernah juga suka tengok artis. Macam si ALLY ISKANDAR tu. Nampak ada karisma (bukan Karisma Kapoor ye). Hmm. Kalau tak silap saya, masa tu saya berumur 14 tahun. Sekolah saya dulu (SBU) baru sahaja berpindah ke tapak sekolah yang baru iaitu di Taman Shamelin. Saya tak faham kenapa saya perlu cerita pasal sekolah tiba-tiba. LOL. Yang pasti, bila ada kelapangan waktu macam cuti sekolah ke..saya pasti akan menonton rancangan MHI (Malaysia Hari Ini). Semuanya semata-mata untuk melihat si Ally Iskandar ini. Haha. Masa tu dia kurus sedikit dari yang sekarang. Tak ingatlah kalau masa tu dia dah berpunya ke apa (biasalah orang TV ni mesti ada gosip..hoho). Bla bla bla. Semuanya adalah dulu-dulu OK! Sekarang saya tak lagi minat Ally Iskandar. Oh ya, si pengara merangkap hos ini (Ally Iskandar) baru sahaja bertunang baru-baru ini.

TAHNIAH BUAT ALLY ISKANDAR. Jangan tunang lama-lama. :D


Monday, December 20, 2010

Hot ke?

Salam bloggers. Hari ini saya terjumpa dengan Aida (kawan sekolah dulu) depan Sogo. Saya tengah nak jalan balik ke Menara UniAsia sambil cari makan masa tu. Rupa-rupanya dia sekarang sedang praktikal di Menara CIMB. Elaun praktikal dia masyuk la, lagi banyak dari SD ini. RM700 tau (tapi menurut Aida mereka ada potongan EPF kot). Hihi.
Bercerita tentang Aida ni, masa darjah 1 hingga darjah 3 dulu kami sekelas. Kami juga pernah menjadi kawan baik masa saya darjah 5. Tapi, kemudian ada konflik dan kami berakhir dengan menjadi kawan biasa. :p Masa form 2 dia pindah sekolah (kalau tak silap, SMK St Mary), tapi tak sangka saya bertemu dia kembali di sekolah teknik. Masuk kelas yang sama sekali lagi. Well, itulah orang kata jodohlah tu namanya. Cewah. Tamatlah cerita selingan. Oh ya, apa definisi perempuan hot? Kadang-kadang kita lihat perempuan tu nak kata hot tak lah. Muka pun biasa-biasa. Tapi, boyfriend boleh kata keliling pinggang. Dah couple, tapi masih keluar dengan orang lain. Tak faham betul. Satu hal lagi, perempuan materialistik. Tengok lelaki yang ada banyak duit je, nak terhegeh-hegeh. Rasanya, kita sebagai seorang perempuan ini janganlah tunjuk macam kita ini perempuan murahan. Baru kenal sekejap, dah boleh keluar berdua. Saya teringat mak saya pernah cakap dulu. Anak mak saya bukan jenis anak kucing (asyik nak datang dekat kat orang lain), tapi jenis yang garang. Hehe. Well, enough said.


P/s: Pagi tadi office ini blackout 1 jam sebab wayar terbakar. Eh, tak sangka betul-betul jadi sebab saya pernah terfikir pasal macam mana kalau office tiba-tiba blackout bulan lepas.

Friday, December 17, 2010

Kisah Goyang Kaki Dulu2..

Salam bloggers. Tinggal seminggu sahaja lagi praktikal saya nak habis. Mesti saya rasa sedih nanti (tapi tak sampai tahap menangis,ok! :p) Oh ya, siapa kat sini ada hobi suka goyang kaki? Bukan goyang kaki yang maksudnya bersenang lenang tu, tapi suka gerak-gerak kaki lah. Teringat saya masa sekolah di Bukit Bintang Girls School. Masa itu kita orang ada kelas kat Pusat Sumber. Oh ya, jangan pula search nama sekolah saya atau nak tau lokasi sekolah tu kat mana sebab sekolah itu sekarang dah bertukar jadi bangunan yang cantik, menarik dan mewah bernama Pavillion, KL. Hoho. Berbalik kepada cerita goyang kaki tadi. Melalui pemerhatian saya, ramai orang yang suka menggoyang-goyangkan kaki dia semasa sedang duduk di kerusi. Entah kenapa, hobi kot? Atau sebab masa tu diorang masih kecil dan kaki tak mencecah ke lantai. Ahaha. Sebenarnya dulu saya pun suka goyang-goyangkan kaki. Tapi bukan masa duduk, tapi kalau saya tengah menahan nak ke toilet aka k*nc*ng. Hihi. Jadi, kalau mak saya nampak saya goyang kaki je, mesti dia suruh saya cepat-cepat pergi toilet. Haha. Semua tu kisah dulu, sekarang saya dah tak suka tahan-tahan nak pergi toilet. Ok, tipu. Ada juga tahan tapi sangat jarang.

P/s: Saya menulis entri ini kerana semalam saya ternampak seorang lelaki yang asyik menggoyangkan kakinya di dalam lrt. Nak pergi toilet ke, sebab tengah asyik mendengar Mp3? :D

Friday, October 29, 2010

MARA...settled~

Salam bloggers. Alhamdulillah urusan berkaitan MARA telah selesai semalam. Hari Isnin dapat surat tawaran dan borang perjanjian, hari ini nak kena hantar. Sepatutnya 1 November, tapi memandangkan minggu depan saya dah start praktikal maka saya kena menghantar semua dokumen hari ini. Penantian selama 3 bulan tak sia-sia. Alhamdulillah kerana urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Oh ya, semalam macam best. Masuk sekolah lama saya (SMK Seri Bintang Utara) semata-mata untuk mendapatkan cop saksi dan pengesahan salinan fotostat. Sebenarnya saya berdebar sangat-sangat semasa dalam kawasan sekolah itu. Entah, mungkin sebab lama tak menjejakkan kaki. Semalam masa berada di hadapan pejabat, saya nampak seorang guru yang saya kenali. Saya rasa nama dia Pn Ng, dan dia senyum dekat saya. Tapi, cuma lidah saya kelu untuk memanggil beliau. Masa dalam pejabat saya lihat di carta organisasi dan nama beliau memang Pn Ng. Huhu. Apa pun, jutaan terima kasih buat Penolong Kanan Tadbir, Pn Rohana, kerana dapat meluangkan masa menandatangani semua bahagian saksi. Tak lupa juga buat kakak di pejabat SBU dan pakcik makcik guard. Hehe. Saya rindu zaman sekolah. x)

Friday, May 21, 2010

reunion kot?

Since kakak saya yang first akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, maka sekarang dia agak sibuk mencari photographer yang berkenan di hatinya. Al-maklumlah kalu boleh kita nak kahwin sekali seumur hidup maka kenalah abadikan dalam bentuk gambar a.k.a album. Hehe. Awal bulan mei yang lalu, ketika kakak saya mencuba pakaian di butik pengantin yang letaknya di Taman Permata (siapa yang dah biasa, mungkin dapat agak), saya telah melihat sesuatu.


Maksud saya, sewaktu kakak saya ingin melakukan pembayaran wang deposit untuk pakaian pengantin, tiba-tiba saya terlihat kad bisnes yang tertera nama "Aizat Rushdan". Automatically saya menyebut "Omg! I kenal lah dia ni. Dia dulu satu sekolah teknik". Haha. Okay, seriously tak sangka sangat. Bliss Candid, itulah nama syarikat si Aizat ni. Wah! Agak berjaya dia sekarang (boleh la kata berjaya, almaklumlah bisnes dia nampak dapat sambutan hangat juga oleh pengantin dan bakal-bakal pengantin). Kakak saya ketika mendengar nama "Bliss Candid", terus berkata yang dia minat juga gambar-gambar yang dicapture oleh photgrapher BC. Maka dia suruh saya tanya harga yang ditawarkan oleh BC. Selepas 2 hari menanti, akhirnya dapat juga quotation yang di"emelkan". Memang busy photographer ni, nak edit gambar lagi, nak hantar gambar untuk dijadikan album, Cewah, tiba-tiba semangat cerita. Macam minat juga nak jadi photographer sebenarnya. Sambilan je, boleh la.;p Wahaha. Apa-apa pun, pada hari Rabu (19/5) saya dan akak saya telah bertemu dengan Aizat ni bertempat di Jusco Maluri. Dia datang sekali dengan tunang dia yang merangkap business partner la. Walaupun mereka hadir lewat setengah jam kerana MRR2 "jam". Tapi, komitmen yang mereka berikan tu terbaik la. Oh ya, kepada Aizat "Semoga pertunangan berakhir dengan perkahwinan dan kekal hingga ke ahir hayat. Amin~"




P/s: Agak2 si Aizat ni jumpa ke blog ni? Fuh (sambil menarik nafas lega sebab tak bagi URL blog ni).

Wednesday, April 21, 2010

momento


Once upon a time, when i was in a secondary school. Ok, so not true. This is a picture of mine, 2 months ago (if i'm not mistaken). Haha. "I miss u, baju kurung putih+kain biru muda. That's why i'm wearing u" =p



Saturday, March 13, 2010

reunion bbgs

Semalam (hari sabtu) bersamaan 13 mac 2010, saya dan rakan-rakan yang bersekolah di BBGS yang kini telah dikenali sebagai SMKSBU telah membuat reunion. Tujuannya untuk saling bertemu setelah sekian lama tidak bersua muka. Saya tiba di Times Square tepat pada jam 2 petang seperti yang dijanjikan. Tetapi memandangkan saya gerak dari rumah sendiri, maka saya tidak terus naik ke tingkat 10 Times Square. Saya menunggu sesiapa yang mungkin belum naik ke tingkat 10. Hehe. Tidak lama kemudian saya terserempak dengan Juliza, Elly, Ena serta Yana. So, kami naik ke atas bersama-sama. Mini gathering semalam dianggarkan akan menemukan seramai 15 orang bekas pelajar BBGS batch kami. Tetapi alhamdulillah, sebenarnya bilangan yang turut serta seramai lebih kurang 23 orang (ada yang datang sangat lambat setelah beberapa rakan telah pulang). Huhu. Apa pun, memang seronok bertemu dengan rakan-rakan lama. Mereka cadangkan nak menyanyi di karaoke box. Tetapi, memandangkan masa yang diambil begitu lama. Saya dan yana membuat keputusan untuk berjalan-jalan di tingkat bawah dahulu. Eh, tidak lama kemudian kami ke Low Yat pula. Saya masih lagi survey harga bateri laptop. Harga masih sama around RM200-RM250. Mahal la. Bila nak turun bawah RM200? Beralih cerita kepada cadangan mereka yang nak berkaraoke. Tiba-tiba semasa saya dan yana berada di Low Yat ada yang menelefon dan beritahu mereka on the way balik ke Times Square dari tempat karaoke. Hah? Biar betul. Macam tidak percaya dan tidak disangka-sangka. Ingatkan cancel ke plan tu. It's ok, next time punya gathering kena plan baik-baik. Thanks buat Ena yang menyatakan hasrat murni untuk membuat mini gathering ini. ;)



Saturday, February 6, 2010

membuat pilihan

Semalam memang hari yang memenatkan. Hari ini pula, lebih memenatkan. Ceritanya begini. Pada mulanya saya langsung tidak membuat perancangan untuk ke mana-mana. Tetapi, Kyla beria-ia mengajak saya untuk ikut ke majlis kahwin hari ini. Dia risau Wani pulang seorang nanti sebab dia mahu pulang ke Shah Alam. Bukan itu sahaja, Yana juga telah mengajak saya untuk pergi melawat dia di booth Pencegahan Jenayah sempena tahun baru cina yang bakal berlangsung minggu depan. Sewaktu saya tidur malam tadi, Farah telah menghantar sms untuk bertanyakan sama ada saya free pada hari ini. Pagi tadi ketika saya menyuarakan hasrat untuk keluar, tiba-tiba akak saya menyatakan hasratnya untuk mengajak saya ke Jalan TAR bersamanya. Cuba bayangkan betapa banyaknya permintaan yang saya perlu tunaikan. Akhirnya, saya terpaksa mengecewakan Farah dan akak saya. Kenapa? Farah telah membalas sms saya lambat. Haha. Dia bangun lambat hari ini. Memandangkan hari ini saya tidak keluar dengan akak saya, kami telah merancang untuk keluar pada hari esok (Ahad).

bergambar sementara menunggu en ulam datang menjemput kami di hadapan stesen komuter kajang

the guys + pengantin..eh, maksudnya adik pengantin lelaki :D

saya dan wani bergambar sakan di dalam kereta comel ini

terus menuju ke bukit bintang sebaik sahaja pulang dari majlis kahwin untuk bertemu dengan yana =)



Tuesday, December 8, 2009

Gifts from Yana

hari ni tiba-tiba sy rs nk tunjuk la apa yg yana(kwn masa kt SBU) kasi sy daripada tahun lepas sampai ke tahun 2009 ni..dulu lepas sy msk sekolah teknik, kami terpisah selama 5 tahun kot..tak pernah jumpa dalam tempoh itu..apa yg dia bagi tu memang comel secomel orang yg memberinya gak..hihi.

bear Starbucks


cermin (dah tercabut la..sebab terjatuh kt dlm kelas..T_T nasib baik still elok)


handphone holder



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails