Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Tahun ini vs. tahun depan

Salam readers. Tahun ini ramai yang mengungkapkan kata-kata ini kepada saya "tahun depan raya..... "Tahun depan nanti...". "Susahlah nak jumpa nanti..". Hey Malaysia, I'll be missing you. If you miss me, then please send me a flight ticket. Hehe.  Sabarlah wahai hati....

Saturday, November 9, 2013

Bila kahwin? Hmm. Calon je belum hadir..

Salam readers. Siapa yang tak nak kahwin dengan orang yang dia suka, kan? Saya pun tak terkecuali. Oh ya, tapi untuk tidak kecewa di kemudian hari marilah kita tidak terlalu berharap pada manusia. Tapi, kita berdoa pada Allah. Andainya memang itu jodoh kita, insyaAllah dia akan hadir. Kan Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Ya, apabila seseorang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab pasti dia akan berusaha. Yang penting, untuk dapatkan jodoh yang baik kita kenalah berubah menjadi lebih baik dahulu. Bukannya nak dapat suami soleh, tapi diri sendiri tak cuba berubah menjadi solehah. Sama-sama kita muhasabah diri. Takut kan, jika kita terlalu mengikut perasaan. Kadang-kadang diri kita ini terlalu mengikut nafsu dan perasaan. Contohnya, kita rasa macam nak kena mesej atau call selalu dengan orang yang kita suka. Tapi....kita terlupa. Bukannya elok begitu. Kalau kerap sangat, hilanglah kemanisan bila berkahwin. Kalau semua pun dah cakap, nanti nak cakap apa pun tak tahu. Hilang idea mungkin. Bak kata pepatah, "Takkan lari gunung dikejar". Cuma, mungkin perempuan ini ada perasaan "insecure" atau dalam bahasa melayunya dia rasa tak selamat. Atau syaitan tu je yang nak goda manusia supaya timbul perasaan buruk sangka. Eh??


Gambar masa kenduri Nono tahun lepas #throwback2012

Sunday, October 20, 2013

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [Part IV]

Salam bloggers. Fuh. Ini memang dahsyat sebab dah sampai part iv kisah kawan saya ini. Post terakhir saya mengenai mereka adalah pada bulan 5 tahun lepas (sila klik di sini untuk baca, kalau lupa la :p). Nak dijadikan cerita. Setelah sekian lama rakan saya mendiamkan diri. Er, sebenarnya sebelum kami konvo tiba-tiba kami dah jadi tak berapa rapat. Huhu. Semuanya sebab lelaki berani ni la! Haha. Alkisahnya pada suatu hari, kami lihat di Facebook yang dia ada buat status "in a relationship with Mr X kat Facebook". Kami salah sangka, ingatkan semua orang dapat view status tu. Jadi kami pun wish congrats kat wall Facebook perempuan pemalu tu. Tapi, dia marah pula. Dia kata sebenarnya cuma kami bertiga boleh tengok status tu sebenarnya. T___T aaaaa....awat dia tak habaq awai2..=.=" Berbalik kepada kisah lelaki berani dan perempuan pemalu ini. Seperti yang kami jangka, kami tahu mesti lelaki tu berani untuk bertemu dengan ibu bapa rakan kami tu. Dan, tepat jangkaan kami, pada bulan November tahun 2012, lelaki berani itu telah memberanikan diri untuk bertemu ibu bapa rakan kami untuk berkenal-kenalan a.k.a memperkenalkan diri (kagum sungguh ada juga lelaki melayu yang dari awal sampai hujung berani...eh. :p). Ianya tidak berpenghujung sampai ke situ. 
cincin ini mama yang beli...uhukks....tak ada sape bagi cincin lagi. =.="

Maka, pada bulan Mac yang lepas rombongan dari pihak lelaki datang untuk merisik a.k.a bertunang. Eh, so sweet kan kisah mereka? Jeng, jeng, jeng. To be continued.....

Sunday, October 13, 2013

Simple but Deep

Will you stay if I ask you to stay?

Wednesday, May 29, 2013

Salahkah Bercinta?

Salam readers. Fuh. Tajuk post kali ini macam nak cakap pasal cinta lak. Konon-kononnya pakar cinta la. Cewah. LOL. Okay, sebenarnya saya afa tersalah faham dalam beberapa bulan ini. Pasal zina hati. Er, kawan-kawan pernah dengar ke? Mula-mula saya ingatkan zina hati ini apabila kita dah bercakap pasal soal hati dengan orang yang kita suka. Saya suka awak, awak suka saya tak? Haha. Almaklumlah dah nama kat ayat belakang dia tu ada "hati". Tapi, selepas saya buat research (google je kat internet) saya dapati apa saya fikirkan tu salah. Sebenarnya zina hati ini lebih kurang bila hati kita ini dah mula berlebih-lebihan dan mahu melakukan sesuatu di luar batas. Maksud lainnya, mengikut nafsu syahwat la. Begitulah lebih kurang. Jadi, kesimpulannya suka tu tak salah. Perasaan suka terhadap kaum yang berlainan jantina tu adalah normal. Yang tak normal tu bila perasaan suka terlebih-lebih dengan yang sama jantina. Eh? Jadi persoalannya salahkah bercinta? Tak salah bercinta, tapi lepas nikah. Ekeke. Ada gaya macam UAI punya jawapan tak? :D Sebabnya bukan apa, bila bercinta ini ada orang tu tak boleh nak tahan nafsu dia. Nak pegang-pegang lah, nak peluk-peluklah, ala-ala tak boleh berenggang langsung lah kiranya..ok lah..memang tak semua orang macam tu, tapi ramai yang macam tu.



Saturday, April 6, 2013

Aku Suka Dia


Salam readers. Tajuk post ni dah macam ala2 lagu Ainan Tasneem da. Haha. Yes. Suka seseorang. Tapi tak boleh nak dibawa-bawa sangat. Sebab tak pasti. Sebab takut kecewa. Tapi,orang kata kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tau. Ni saya dah main kat gigi air. Adoi. Hehe. Ok lah. Minggu ni saya belajar sesuatu, hargai sesuatu selagi masih diberikan kesempatan. Kena semangat buat kerja untuk Master ni. Terima kasih Allah. ♥

Thursday, April 4, 2013

Terima kasih Allah


Salam readers. Post kali ini pendek je. Ya.terima kasih. Syukur kepada Allah yang menggerakkan hati Dr untuk extend tarikh hantar assignment. Tadi pagi saya submit,tengah hari ambil balik. Nak cek balik. Fuh. Alhamdulillah... ♥

Sunday, March 31, 2013

Hati. Oh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Hehe. Weekend duduk kat Shah Alam macam pelik je. Tapi lama2 biasalah kot. Hari ni saya nak cerita pasal kawan saya. Alkisahnya, dia ada kawan. Tapi dia terasa ngan kawan dia sebab dia macam seseorang yang ambil mudah tentang sesuatu. Sekarang kawan dia tengah mencari kerja lagi, konvo bulan 10. Masalahnya sekarang ada job fair, tapi kawan dia tak fikir pun drop resume ke apa. Semalam dia kata just nak spend time with her. Saya faham, kawan saya dah fobia. Bercinta 7 tahun, tapi putus sebab laki tu ada perempuan lain. Sekarang kawan saya fikir nak kahwin, bukan bercinta tapi tak tau ending macam mana. Faham2 je la, perempuan kalau rasa insecure macam tu la. So, dia beritahu laki tu "jangan cari dia". Ada jodoh, ada la. Er. Saya tau kawan saya sedih and rasa down sangat. Sampai 20 minit kitorang bercakap di telefon.

P/s: kadang2 kita rancang tak menjadi, tapi yakinlah Allah ada rancangan lebih baik.

Tuesday, March 26, 2013

26 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah genap 18 tahun nenek Mek Thom meninggal. 1 hari lepas birthday saya. Memang tak boleh lupa.

Btw, kenapa ye rasa berdebar-debar. Macam dulu...

Wednesday, November 14, 2012

Sebelum Kahwin pun kena Ada Syarat

Assalamualaikum. Hari ini saya nak bercakap tentang syarat yang mana mama saya pun dah suruh saya buat kalau nak kahwin nanti (saya kena tetapkan syarat buat bakal suami saya lah kiranya). Sebab dari sini lah kita boleh lihat kesungguhan seseorang itu untuk memperisterikan kita. Eceh eceh. 

Nota: Redha ibu bapa tu penting, jadi silalah berjumpa dan berkenalan (ala2 ta'aruf) dulu dengan mama papa.

Tak Tinggal Solat
Sedangkan dalam Islam pun menitikberatkan soal solat, jadi sebagai seorang suami dia mestilah takut untuk meninggalkan solat. Bagaimana dia nak bimbing isteri kalau diri sendiri pun dia tak mampu nak disiplin.

Sayang keluarga
Memang penting buat bakal suami saya itu untuk sayang keluarga saya terutamanya mama papa saya. Sebab selepas kita menikah, kita juga diumpamakan berkahwin dengan keluarga pasangan kita itu. Mak bapa dia jadi mak bapa kita, dan sebaliknya. 

Solat Di Masjid
Dari dulu mama selalu kata, kalau nak kahwin carilah pasangan yang selalu solat berjemaah di masjid. Dulu saya selalu macam kata, "ma, takkan nak kena duduk depan pintu masjid dan pilih suami kat sana?". Tapi bila dah dewasa ni, saya dah faham. Saya juga mahu pasangan saya solat di masjid, sama macam papa yang rajin ke masjid. At least, kalau kerja boleh je datang waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.

Duduk Rumah Sendiri
Bila lagi nak merasa hidup berdua? Hehe. Ok lah, maksud rumah sendiri ni sekurang-kurangnya rumah sewa lah. Masa awal-awal kahwin dulu, mama papa pun tinggal kat rumah sewa. Pindah sana, pindah sini, sampailah terakhir rumah sewa kami di Jalan U-Thant (dulu kat sana khas buat pegawai kerajaan, sekarang dah jadi rumah orang kedutaan). Beberapa tahun lepas berkahwin tu barulah papa membeli rumah sendiri. :)

Ringan Tulang
Selain itu, bakal suami saya mestilah seorang yang tidak berasa kekok untuk membantu saya melakukan kerja-kerja rumah. Maklumlah baru kahwin, mesti banyak nak pakai duit. Banyak benda yang kita akan lakukan sendiri. Jadi apa salahnya tolong sapu ke..cuci apa2 yang patut ke? Hehe.

Pandai Menyesuaikan Diri
Yang ini salah satu perkara yang penting. Memandangkan kita berkahwin dan mungkin tak biasa dengan keluarga pasangan, jadi sekurang-kurangnya dia mestilah boleh get along dengan keluarga saya (terutamanya mama papa). JANGAN lah asyik duduk dalam bilik je.

Tidak Merokok
Faktor ini paling penting. Kenapa? Saya paling tak suka dan anti bau rokok. Jadi, macam mana saya nak hirup udara yang segar kalau saya terpaksa menghirup bau asap rokok je (apatah lagi dalam rumah). Paling kesian dan menyedihkan, perokok pasif yang dapat penyakit dengan mudahnya. T.T

Mudah di ajak Berbual/Bercakap
Ini berdasarkan pengalaman orang, menantu yang bila mertua tanya sepatah dia jawab sepatah, memang sukar mendapat tempat di hati mertua. Maklumlah, kita ini bila dah tua mestilah nak rasa kasih sayang anak (menantu pun sama). Kalau diam seribu bahasa, mana nak ada komunikasi yang berkesan?

Tak Suka Tidur Lepas Subuh
"Kalau tidur lepas Subuh tertutup pintu rezeki". Hehe. Inilah amalan saya dari kecil. Lepas Subuh saya memang tak tidur, kecuali TERtidur.

Addicted dengan Game
Satu hal lagi, game tak kisahlah online games ke, PSP ke, HP game ke. Kalau main suka2 di hujung minggu bolehlah. Tapi kalau tiap waktu di rumah asyik main game....... =.="

Jaga Anak Bersama
Ok lah, bila kita dah ada anak nanti tolonglah urus sekali anak. Hehe. Macam tolong basuh berak kencing dia ke (bila mak dia sibuk urus hal lain). Maklumlah, anak bersama. Takkan bila dah lahir lupa itu anak sama2? Haha.

Poligami? Er.
Saya tidak menolak poligami, tapi KALAU yang nak berpoligami itu bukan suami saya. :p

gambar hiasan semata-mata: wedding kak Sal

P/s: Setakat ini sahaja yang saya boleh fikir, tapi kalau ada idea lagi saya tambah ye wahai 'bakal imam' ku yang tak ku tahu siapa.

Sunday, May 20, 2012

Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu [part III]

Salam readers. Masih ingat Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu? Alkisahnya, ada lagi kesinambungan dari cerita itu (rupanya..). Kalau korang rasa perempuan pemalu tu memang tak ada hati dengan laki tu akhirnya, korang memang silap. Sebab.....setelah setahun, baru kitorang tahu yang perempuan tersebut ada hubungan dengan lelaki itu. Maksud di sini ialah perempuan tu sebenarnya dah terima lelaki itu. COMPLICATED ke? Tak lah seperti itu keadaannya. Tapi yang pasti benarlah kata-kata ini, "Janganlah terlalu suka akan sesuatu, mungkin pada suatu hari kita akan membencinya..dan janganlah terlalu benci akan sesuatu itu, mungkin suatu hari nanti kamu akan menyukainya". So, pengajaran di sini ialah biar bersederhana dalam segala aspek. Supaya tiada kecewa di kemudian hari. Semoga rakan saya dan lelaki berani itu ada jodoh. Boleh kami merasa nasi minyak di Terengganu..Tettttt. Oopps.. Amin~

Updated: kisah lelaki berani dan perempuan pemalu [part iv]
 
Credit to Eeyern Photography

Friday, May 4, 2012

Akhirnya...semua kakak saya dah kahwin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Dah lamaaaaaaaaaaa giler saya tak update blog. Sibuk sangat mengalahkan pengantin. Oh ya, cakap pasal pengantin ini saya nak cerita pasal wedding kakak saya yang baru berlangsung Sabtu yang lepas. Untuk pengetahuan, keluarga kami dari Indonesia lebih kurang 40 orang telah dapat menghadirkan diri. Ramai tak? Memey ramai, tapi itu yang buat meriah. Hehe. 


Majlis Pernikahan @ Surau Al-Mustaqimah, Taman Cheras Indah



Kali ini kita buat pada hari yang sama dengan majlis resepsi. Tak sangka, memang sangat penat buat pada hari yang sama berbanding kalau buat lebih awal. Sebab nak fikir lepas majlis tu pergi dewan lagi, hantar saudara ke dewan dan lain-lain.



Majlis Resepsi @ Dewan Serbaguna Taman Maluri




Kalau masih ingat, hampir 2 tahun yang lalu masa majlis kakak saya yang pertama kitorang buat kat Dewan Sebaguna Taman Tasik Ampang Hilir (lokasi sebelah MRR2 yang ada kolam tu). Hehe. Ingat nak buat kat sana juga, tapi dah fully-booked sampai hujung tahun daa. Haha. LAMBAT! Apa pun Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Hihi.


Pengapit, yeeeeeeah!


eh, sian Abang Atta..payung langgar dahan pokok ke?hihihi :p

Dah lama saya berangan nak jadi pengapit. Maka, pada hari Sabtu yang lepas impian saya terlaksana. Ada kisah sebelum saya dapat jadi pengapit ini. Nak dijadikan cerita, saya berebut menjadi pengapit ini dengan dua pupu saya. Haha. Boleh tahan tak? Lama bergaduh mulut dan akhirnya, sebagai adik kandung saya dapatlah kuasa veto tu. Hahahahaa. Peace, no war! (^v^)v


Jodoh...lagi...




Ok lah, adalah terbuka cerita pasal nak jodoh-jodoh ini.....lagi! Tapi saya dah tak ambil port. Malas nak berharap ke apa. Sebab apa yang penting....kerjasama (wonderpet mode: ON). LOL. Ok yang penting bak kata saya dulu2, kalau ada orang datang meminang masa saya masih single nanti....mungkin orang tu yang saya pilih. Tapi bukanlah terus terima, ok. Kalau dapat persetujuan ahli keluarga. Dan yang paling penting....saya kenalah suka juga. Sebab at the end of the day, yang kahwin tu saya. Takkan saya main tangkap muat je pasal kahwin ni. Seksa jiwa, beb. Haha. :p

Monday, April 16, 2012

Kahwin..yeay!

Salam readers. Hihi. Kahwin lagi? Maaf, asyik-asyik pasal kahwin je. Tapi serius kali ini saya nak kata apa yang ayah saya kata. Ha! Banyak kan "kata". :p Dua hari lepas ayah saya kata, "cepat2 la kahwin..nanti buat kat Kelate je". Muahaha. Nak tau kenapa? Pasal ayah saya tak larat nak fikir pasal jemputan da. Almaklumlah, kalau nak buat majlis ini kalau boleh kita nak jemputan rasa senang hati. Tapi, kalau ada terkurang serba serbi macam rasa serba tak kena lah. Untuk mengelakkan hal sebegitu terjadi, maka buat je la ala kadar (jemputan hanya 200 orang ke.....). Ooops.. Adakah ini bermakna majlis untuk saya dan adik saya yang akan berlangsung entah bila selepas ini hanyalah kecil-kecilan dan tertutup? TUNGGUUUUU. Haha. Lol. Parents dah bagi GREEN LIGHT. Cuma, calon je tak tau sape....wuuuu...sedih tak? Tak sedih la.. (Jawab sendiri) Maka, oleh sebab itu saya dengan suka cita menjemput rakan-rakan yang mengenali saya untuk menghadiri ke majlis perkahwinan kakak saya pada 28 April 2012 ini. Kenapa anda perlu hadir? Sebab, kalau nak tunggu majlis saya itu belum tahu bila....lagi satu.....saya tak tahulah saya kahwin ke tidak (eh, bukan saya kata saya tak nak kahwin tau!....eh, nauzubillah minzalik. Dan sebab yang paling utama ialah sebab lepas ini majlis yang akan diadakan mungkin hanyalah akan dihadiri oleh keluarga terdekat. Maaf, maaf, maaf.



Sunday, March 18, 2012

Bahagia, Siapa Tak Nak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, kami akhirnya telah menghantar kucing yang kami gelar datuk (kucing tu dah tua dan banyak luka) ke Pandan Indah. Semuanya sebab dia 'perkosa' kucing yang kami gelar "bing-bing". Harap-harap dia tak tahu jalan pulang. Huhu. :p
Gambar Hiasan: Nampak emo kan kucing ni?
 

Oklah. Bercakap tentang bahagia. Memang ianya subjektif. Semua orang pun inginkan kebahagiaan. Tapi, bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan. Sebagai contoh...Masa kecil dulu, saya seorang kanak-kanak yang pandai. Entah kenapa tiba-tiba jadi pemalas. Begitulah manusia, boleh berubah. Bukan selamanya bahagia. Ada turun-naik dan pasang-surut juga dalam kehidupan saya. Kalau pandai tapi tak menggunakan kepandaian sepenuhnya juga tak guna, kan? Hmm..Oh ya. Ada orang kata, CINTA=BAHAGIA? Mungkin. Tapi tak semua orang bahagia kerana cinta.  Ada juga yang merana kerana C.I.N.T.A (sing: d'Bagindas)..Ally Iskandar sebagai contoh. Pernah bercinta, putus cinta..Kemudian pernah juga bertunang, putus tunang. Akhirnya pada 20.01.2012 yang lalu telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis yang lebih dikenali sebagai Farah Lee. Iya, itulah CINTA. Lebih manis kerana ianya "BerCINTA selepas kahwin". Bertuah Ally dan Farah. :-) Saya pula? Hmmm.. Masih mengharapkan sinar bintang *


 

Monday, February 20, 2012

Kisah Tak Sempurna telah berakhir. :)

Salam bloggers. Hari ini saya mahu kongsi lagu Samsons yang best ini iaitu "Kisah Tak Sempurna". Enjoy. Ini mungkin post terakhir saya tentang lagu cinta. Lepas ini, tiada lagi lagu cinta. Eh, tapi ini macam lagu sedih je (so, ada lagi lagu sedih untuk dipost lain kali). Wakaka. Btw, lagu sedih tetap menjadi pujaan hati saya dari dulu sampai sekarang. Hihi. :)
             
Lirik Lagu Kisah Tak Sempurna oleh Samsons

Aku memang tak berhati besar

Untuk memahami hatimu di sana

Aku memang tak berlapang dada
Untuk menyadari kau bukan milikku lagi

Dengar dengarkan aku
Aku akan bertahan
Sampai kapanpun
Sampai kapanpun ooo

Maafkan aku
Yang tak sempurna tuk dirimu
Usailah sudah
Kisah yang tak sempurna untuk kita kenang

Andai aku dapat merelakan
Setiap kepingan butiran kenangan indah
Andai aku sanggup menjalani
Setiap detik dan waktu yang datang dan oh



More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/samson/#share

Wednesday, February 15, 2012

Hati, tenanglah.

Salam bloggers. Lately saya dah boleh menenangkan diri saya. Ya, caranya tak susah. Cuma tiap kali teringat perkara yang menyedihkan kena berzikir. Imam Al-Ghazali kan ada zikir hariannya. Hehe. Sememangnya betullah kata-kata, "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Semalam saya dan rakan-rakan ke kedai buku MPH Maluri. Entah mengapa tangan ini tercari-cari buku tentang kahwin. Mungkin sebab kakak saya nak kahwin da. Lepas tu, entah la adik saya dulu ke...atau saya dulu ke...atau kami berdua sekaligus ke..haha. Oh ya berbalik kepada kisah di MPH. Masa di sana saya ada terbaca di salah satu buku, "sebaik-baik wanita adalah yang paling murah maharnya(Hadith Riwayat Ibnu Hibba, Hakim, Baihaqi, Ahmad). Er. Mesti ramai perempuan tak setuju! Haha. Abaikan. Dan biarlah semuanya berlalu...kerana hati telah terluka. Ada orang kata, don't cry over a spilt milk. Let bygone be bygone. Hehe. Ya, memang things are easier said than done. But, thanks to ALLAH. Hanya padaNya cinta yang abadi. Allah turunkan hujan mungkin sebab nak berikan pelangi. Ya, saya yakin akan janji Allah. Allah sayangkan hamba-Nya. Dengan mendekatkan diri dengan-Nya mungkin saya akan jadi lebih baik. Kerana "sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya...". Selama ini apa yang saya inginkan ALLAH dah beri. Alhamdulillah. Mungkin ini yang ALLAH nak tunjuk. Doa saya sewaktu di Jabal Rahmah dulu....siapa tahu. Itu semua kuasa ALLAH. Kita harus yakin yang ALLAH takkan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya. Mulai saat ini, saya kena kuat. Saya tahu cinta yang diredhai ALLAH itu cinta selepas kahwin. InsyaAllah.

kenangan di Masjidil Haram Syawal yang lepas.. :)

P/s: Kumbang bukan seekor.....dan hidup tidak selalunya indah. Saya kena ingat itu!

Wednesday, February 1, 2012

1 Februari dalam Sejarah

Salam bloggers. Hari ini 1 Februari dan merupakan hari wilayah. Dari semalam, mama dah ajak pergi Tabung Haji. Nak deposit simpanan katanya. Hehe. Mula-mula dah plan dengan kakak sulung saya ke Jalan TAR, tapi tak jadi pula akhirnya. 


Kisah di Tabung Haji
Setibanya di cawangan TH mini Ampang Wawasan, saya beserta mama dan kak rina terus menulis di meja. Maklumlah, ada 5 akaun yang nak diisi duit. Alhamdulillah mama telah bermurah hati menghadiahkan kami berempat duit. Happy sangat! Saya ngan adik saya dapat RM4.5K, manakala kakak-kakak kami RM4k setiap seorang. Hihi. Oh ya, no giliran kami ialah 2308, 2309 dan 2310. Masa kami tiba, nombor adalah 2174. Maklumlah hari ini KL cuti, jadi bank di Selangor je yang buka. Maka, saya suggest kepada mak saya untuk guna CDM di Bank Islam je, jadi tak perlu susah2 menunggu. Tapi mak saya nak update buku bank, jadi kena ke kaunter TH. Hehe. Oklah, cuba bayangkan.....lebih dua jam kami menunggu...tiba-tiba mak saya terdengar ada ibu ni berkata dengan anaknya, "nanti beratur belakang orang tu kat kaunter 2 untuk deposit duit....". er.speechless. Sebab, kami dah tunggu dari tadi......Siap sempat ke Giant dan kedai beli barang barangan untuk buat kek lagi....Rupa-rupanya betul kata mama, kalau di menara TH Jln Tun Razak biasanya nak deposit duit tak payah pakai no giliran..ish.


Deposit Simpanan & Daftar Haji 
Masa tengah nak deposit duit di kaunter, tiba-tiba ada seseorang yang saya kenali menegur. Ya, kakak itu... Dia pernah saya kenali sewaktu saya melakukan umrah pada hujung Ramadhan 1432H yang lalu.... Tak sangka, kan? Dulu bertemu di Tanah Suci, tahun ini pula bertemu di Tabung Haji. Kecik dunia. >.< Kakak tu nak merayu untuk menunaikan haji pada tahun ini. Semoga rayuannya diterima. Amin. Hehe. Oh ya, tadi kami berempat terus mendaftar untuk menunaikan haji. Guess what? Kami punya giliran ialan pada tahun 2045. Er, bukan salah taip ye. Tahun Dua Ribu Empat Puluh Lima. Ini bermakna, masa tu kami dah pun tua. Hehe. Jadi, kalau anda belum mendaftar haji lagi jangan lupa daftar dengan segera.  

"Your heart is no good until it has been broken at least 10 times".

Sunday, January 22, 2012

Lagu Sedih [Part II]

'Salam bloggers. Seperti yang dijanjikan, saya mahu menyambung tentang 'lagu sedih'. inilah sambungan cerita tentang saya yang anda mungkin tidak tahu. 

  1. Saya seorang yang suka pendam je masalah. Jarang saya kongsi dengan orang lain.
  2. Kalau orang cerita masalah kepada saya, biasanya saya akan simpan dalam hati je dari menceritakan kepada orang lain.
  3. Masa sekolah dulu saya macam Dr. Love. Kawan saya selalu rujuk saya bila ada masalah cinta.
  1. Masa dulu, saya selalu layan lagu-lagu sedih. Macam lagu "Nidji-Hapus Aku","SO7-Sephia", "Flop Poppy-Masih", etc....Rasa macam best.
  2. Oh ya...yang terakhir sekali..bila saya marah....saya nampak comel. Haha.
Ok. Wassalam.

Saturday, January 21, 2012

Lagu Sedih [Part I]

Salam bloggers. Pernah tak dengar Lagu Sedih-VIP? Lagunya sedih, tapi rancak. Lain daripada yang lain tu! :p Oh ya, ada beberapa fakta tentang saya yang mungkin orang tak tahu. Antaranya:

  • Saya sangat jarang bergambar berdua dengan lelaki. Memang boleh dihitung dengan jari kot. Mengapa? Semuanya sebab masa saya sekolah..time form 5 dulu, ada seorang laki tu cakap saya minat dia padahal dia yang minta saya bergambar dengan dia. Perasan tak? LOL.
  • Saya pernah bersedih sebab putus cinta dan sebenarnya itulah perkara yang paling saya sesalkan, yakni MENANGIS KERANA SEORANG LELAKI. Bukankah kumbang bukan seekor?
  • Oleh sebab yang itu, saya memang cuba mengelak daripada BERCINTA SEBELUM KAHWIN.
  • Saya rasa ramai ada pengalaman ini, bergaduh dengan lelaki masa sekolah dan terSUKA dengan budak laki tu. TAPI, suka dalam diam je la. Hehe.
Oklah, nak solat da. InsyaAllah lain kali saya sambung. K, wassalam. Buhbye.


Tuesday, January 19, 2010

tidak sempurna

Since lately kat tv asyik ada perbincangan tentang kahwin la (atau saya yang tak perasan selama ni? haha), saya rasa terpanggil la untuk menulis serba sedikit tentang alam rumahtanga ni. Maksud saya dari perspektif gadis yang belum berkahwin la. Apabila seorang gadis itu dah mula meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam 'campus life', mereka yang mungkin tidak pernah bercinta sebelumnya akan merasakan cinta itu adalah perlu. Saya terkecuali dalam hal ini ye. Haha. Terutama sekali buat gadis yang tidak lama lagi akan menamatkan alam kampus dan memasuki alam pekerjaan. Kerisauan yang mungkin mereka hadapi, adakah mereka akan bertemu seseorang yang akan menjadikan mereka suri atau mereka akan terus hidup membujang hingga ke akir hayat. Kalau dalam hal ni, saya pun pernah terfikir perkara yang sama.

majlis perkahwinan sepupu saya di Palembang 28 Disember 2008


Masalah sekarang adakah berkahwin kerana cinta lebih baik mahupun berkahwin dengan seorang yang merupakan pilihan keluarga atau dalam erti kata lain perkahwinan yang diatur? Kita perlu tahu yang tiada istilah bercinta sebelum berkahwin kerana ditakuti akan berlakunya zina. Ada manusia yang tidak dapat menahan hawa nafsu, maka berlakulah kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa seperti yang kita acapkali lihat di tv dan suratkhabar. Memang tidak ada manusia yang sempurna tanpa melakukan sebarang dosa. Tetapi, kita mampu mengubahnya. Contohnya, apabila seseorang itu terniat ingin mencuri. Dia hanya berniat tetapi dia boleh berhenti daripada melakukan perbuatan itu. Orang itu tidak seharusnya mengatakan, "sudah nasibku menjadi seorang pencuri". Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib seseorang kaum itu sehingga mereka mengubahnya. Seorang isteri sudah tentu mahukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang suami. Kalau ingin berkahwin, persiapan dari segi mental dan fizikal adalah perlu. Jangan ingat kursus kahwin yang diadakan sebelum kahwin sudah cukup. Terlalu banyak kes perceraian yang dilaporkan sekarang. Banyak sebab mengapa terjadinya perceraian dan yang biasanya kita dengar kerana adanya pihak ketiga. Kalaulah saya kahwin nanti, saya harap itulah perkahwinan pertama dan terakhir saya. Saya juga berharap mendapat suami dan anak yang soleh/solehah dan hidup mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah. Walaupun kita telah mengenali seseorang itu selama 5 tahun, tidak semestinya kita betul-betul memahami dia. Jadi tidak hairanlah bagaimana orang yang telah berkenalan selama bertahun-tahun dan kemudiannya berkahwin tetapi cuma selama 5 bulan. Apa yang kita lihat sebelum berkahwin itu tidak semestinya apa yang akan kita lihat selepas berkahwin. Tiada seorang pun yang sempurna dan perkahwinan memerlukan suami isteri saling melengkapi. Oklah, saya rasa dah out of the topic la sekarang. =.="



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails