Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, November 30, 2020

Selepas 4 Bulan

Assalamualaikum pembaca budiman. Eh, masih ada orang ke yang baca blog?😂 Dah 2 tahun tak post apa pun di sini. Hari ini saya cuma nak beritahu perkembangan terbaru. 

Anak ketiga
Alhamdulillah 4 bulan yang lalu saya selamat melahirkan anak ketiga. Melahirkan anak masa pandemik covid-19 banyak buat saya belajar perkara baru terutama hampir semua benda saya lakukan bersendirian. Contohnya, duduk dalam wad tanpa pelawat (ada sekali kakak yang kerja di Hospital Ampang jenguk sebentar),
cukur rambut baby, khatan baby, buka akaun tabung haji baby, urus affidavit baby, ambil gambar baby, buat pasport baby. Fuhhh..mencabar kan. Banyak benda saya lakukan sendiri masa orang Melayu kata dalam pantang. Alhamdulillah masa renew pasport saya dan Adam serta buat surat beranak Ibrahim, ada mama temankan. Kalau ikutkan hari renew pasport tu nak buat pasport Ibrahim sekali. Tapi malangnya imigresen tu masa tulah system down.😅😅 Terpaksa tunda.


Pindah ke Jawa Tengah
Setelah saya tinggal 5 tahun lebih di Kalimantan Barat, akhirnya saya pindah ke Purbalingga, Jawa Tengah. Rasa macam belum puas lagi di Singkawang.😂 Terakhir di Singkawang akhir bulan Februari yang lalu. Ingatkan saya akan kembali ke pulau borneo selepas bersalin tapi perancangan Allah lebih indah. Semoga pandemik ini segera berakhir. Rindulah Malaysia. Tak mahu kuarantin 14 hari di pusat kuarantin tu sebab tak mungkin saya boleh berlama-lama di Malaysia.😅

P/s: Caj affidavit pun dah berubah. Dulu RM45, sekarang dah naik lebih 2 kali ganda. 😅

Saturday, September 13, 2014

Semester Terakhirku di UiTM

Salam readers. Pada 14 Ogos 2014 yang lalu keputusan untuk pengajian peringkat Sarjana saya di UiTM telah pun keluar. Walaupun tidak mendapat ANC, tapi Alhamdulillah saya boleh konvo pada November depan. CGPA 3.62 ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada adik saya. Katanya, dia nak ambil Master juga. Alhamdulillah. Mama sangat menggalakkan anak-anaknya untuk mengambil Master. Kalau dapat menggembirakan hati ibu bapa, tak salah bukan? Berkorban.... :)

Sunday, February 23, 2014

Tak semua tentang AirAsia itu buruk.. ;)

Salam readers. Orang  selalu nak menyalahkan orang lain. Contohnya, orang nak condemn perkhidmatan AirAsia. Saya tiada apa-apa hubungan dengan syarikat tambang murah AirAsia, tapi saya rasa terpanggil apabila orang asyik nak menyalahkan orang lain. Terdapat beberapa situasi dimana saya rasa saya patut puji AirAsia (lebih spesifik, pekerjanya):
1. Penerbangan ke Padang 3 tahun yang lalu. Sepatutnya ada 2 penerbangan ke Padang dalam sehari, tapi 1 penerbangan telah dibatalkan. Nak dijadikan cerita, saya terlepas pandang sms yang dihantar oleh AirAsia. Tiba di LCCT, saya dikhabarkan pesawat sudah berlepas. Tapi, saya tak perlu beli tiket lain, cuma perlu menaiki pesawat pada keesokan harinya tanpa membayar apa-apa.
2. Pengalaman saya cuba untuk membeli bagasi untuk penerbangan pulang beberapa jam sebelum pesawat berlepas. Memandangkan ada masalah untuk melakukan pembayaran, saya gagal untuk melakukan check-in. Penerbangan saya dijadualkan pada 7.25 pagi. Saya tiba di KL Sentral untuk menaiki bas pada 5.13 pagi. Naik bas yang bertolak pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah tiba di LCCT 6.17 pagi. Sejurus tiba saya bergegas ke kaunter untuk beratur. Fuh, ramai yang beratur. Saya melihat seorang staf AirAsia yang sedang memerhati barisan. Maka saya datang ke arah beliau dan menceritakan permasalahan saya. Saya di bawa ke kaunter yang kosong dan di sana saya di berikan boarding pass selepas membayar untuk harga beg (kalau ikutkan check-in di kaunter kena bayar RM10).
3) "Panggilan terakhir.....". Kalau orang kata mereka tak boleh terbang selepas check-in, saya rasa sepatutnya ada panggilan untuk penumpang yang belum ke pintu berlepas. Saya pernah ada pengalaman nak ke Palembang, tapi saya singgah sebentar di Farmasi Pusrawi beli barang. Tiba-tiba dengar pengumuman nama saya. Hmm...musykil kalau orang kata dia tak dapat terbang sebab gate dah tutup. Kecuali....dia sebenarnya belum check-in. Ya, kalau belum check-in, syarikat penerbangan ada hak untuk menafikan hak kita sebagai penumpang. 

Pengalaman tak berapa best:
1. Masa tu saya lapar, ingatkan nak beli makanan dalam pesawat, tapi FA langsung tak pandang barisan tempat duduk saya. Akhirnya sampai ke destinasi, saya menahan lapar je. Huhu.
2. Pagi tadi penerbangan balik dari KCH ke KUL. Jumlah bagasi dah 60 kg, ingatkan nak tambah sekaki payung yang beratnya tak sampai 200 gm rasanya, tapi dia kata payung di kira 1 kg je terus. Akhirnya tak dapat bawa balik KUL payung tu. Hmm....kelakar.

P/s: Kesimpulannya di sini, tak semua orang ada sikap bertolak ansur. Untuk mengelakkan dari dinafikan hak sebagai penumpang, kita mesti merancang dan tiba awal di airport. Jangan last minute, kelak merana. Anda pilih. :)

Thursday, December 19, 2013

Bogushipda...alif :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alif dah tak ada lagi kat rumah. Sekarang dia duduk dengan mertua kakak saya pula. Maka, tiada lagi suara alif kedengaran. Tiada lagi keletah dia yang melucukan. "Sakit", "Ta...kut", "O..pa??", "Taaa", dan banyak lagi. Sekarang alif dah pandai juga nak cakap ABC...tapi kadang2 asal ada bunyi je la. Sabtu lepas Alif balik rumah kejap. 10 jam je kami bersama. :( Macam biasa, Alif mesti nak tarik perhatian papa. Dia mesti cakap "Sakit", sambil pegang kepala dia. Macam biasa, papa akan pegang kepala Alif sambil baca doa. Hehe. Lepas tu dia sendiri kata, "dah!". Hehe. Sabtu lepas kami sempat ke tempat kakak ipar kak adek. Ada house warming. Masa dalam perjalanan, mama nyanyi lagu Opick "rindu...rindu...rindu kamu....". Serius touching dengar. Tadi kak rina telefon rumah. Mama cerita yang Alif pegang telefon sambil nyanyi "rindu...rindu....". Ya, Alif memang tak lupa. Sebab dia INGAT, kami mesti rasa nak nangis. Kami RINDU Alif. Saya pun rindu Alif. Sejak Alif lahir, tak pernah berjauhan lama2. Ya, sayalah ibu kendong alif (bukan ibu kandung ye..hihi).

Btw, esok usia Alif sudah mencapai 1 tahun 5 bulan. Kalau dulu, kami selalu kata kenapa Alif tak merangkak? Kenapa dan kenapa...rupa-rupanya Alif terus belajar berjalan dulu. Alif memang pandai dan boleh buat orang senang hati. Hehe. :)

Saturday, October 19, 2013

Sebulan Sebelum Umrah #Throwback2011

Salam readers. Sebenarnya aturan Allah tu sangat indah. Ya, itulah yang terjadi pada saya. Saya pernah menulis dalam blog tentang rancangan menunaikan umrah pada tahun 2011. Memang betul saya dapat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah pada tahun 2011 iaitu semasa di akhir Ramadhan dan sempat beraya di sana. Masa tu semester baru sahaja bermula. Hari pertama semester, mama telefon bertanyakan sama ada saya ingin ikut menunaikan umrah. Tanpa berfikir panjang saya terus mengatakan "NAK!". Hehe. Padahal kalau ikutkan tempoh yang diambil 2 minggu kalau kita nak buat umrah ini. Selepas tolak cuti sempena Aidilfitri ada lagi seminggu. Adakah saya akan ponteng kelas je. Hehe. Pada mulanya begitulah. Tapi, kebetulan kuasa Allah juga. Rakan-rakan request supaya kelas kami selepas Aidilfitri lewat seminggu. Ganti kelas je. Jadi, memandangkan cadangan itu mendapat persetujuan ramai, jadi dapatlah saya menunaikan umrah tanpa perlu ponteng kelas. Alhamdulillah. Kalau kita permudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita pun dipermudahkan. :)

Wednesday, March 6, 2013

Happy Birthday Mama :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hihi. Hari ni hari lahir mama. Terima kasih mama sebab menjadi ibu yang terbaik dalam hidup saya dan tidak mungkin ada galang gantinya. Masih ingat lagi mama selalu cerita yang dalam adik beradik saya yang paling tak boleh berenggang dengan mama masa bayi. Minum susu ibu hampir 24 jam dan kat mana2 pun. Hehe. Tu la berkatnya Alhamdulillah tak pernah admit hospital. :) Hihi. Mungkin saya bukan yang terbaik, tapi saya cuba menjadi anak yang terbaik buat mama. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Sempena hari lahir mama hari ni, saya berdoa agar Allah sentiasa berikan kesihatan kepada mama. Rezeki murah, usia mama diberkati dan juga kita sekeluarga hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. :)

P/s: Post ini dibuat awal memandangkan saya sedang berada di UiTM tak tahu online ke tak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails