Assalamualaiku dan salam sejahtera. Sekadar penulisan agar saya tak lupa kisah macam mana arwah papa boleh memilih Exora walaupun sebelumnya sudah memiliki Pajero.
Saya masih ingat, waktu itu bulan Syawal. Ada sepupu nak kahwin sehari selepas Hari Kemerdekaan kalau tak salah. Kami nak balik kampung, jadi papa kata tayar keempat-empat kereta Pajero kena tukar. Saya lupa yang pasti akan habis beribu ringgit juga.
Papa suruh saya survey harga kereta. Masa tu 2012, kereta Pajero tu dibeli tahun 1997. Pada mulanya kami kedai jual kereta secondhand di Pandan Jaya. Dah tertarik dengan honda Freed, tapi papa kata tapi macam mana kalau orang tu dah buat kunci pendua. 😂 Tak jadi beli freed. Papa kata cuba tengok Exora kat website. Dealer kat mana yang terdekat. Saya call Maluri dan Pandan Indah. Saya minta yang ready stock. Hari tu dah hari Isnin. Plan balik kampung 31/8, jumaat. Branch Maluri kata ada stok, terus kita ke sana deal bayar cash. Proses dalam 2 hari, 30/8 dapat kereta, balik Kelantan 31/8. Pengalaman pertama kali saya tengok cek RM80ribu masa tu. 😂
Beberapa bulan sebelum papa meninggal pada tahun 2023, kereta Exora tu dah bertukar nama pemilik kepada saya.
Ok tu je kisah Exora yang nilai sentimental betul2 ada pada pandangan saya.
0 budak comel:
Post a Comment