Salam sejahtera pembaca yang budiman. Alhamdulillah hari ini dah sampai pun breast pump Autumnz yang saya pesan dari Lazada. Memang menurut Lazada, parcel akan diterima antara 20-25 Ogos 2015. Alkisahnya saya terinspirasi beli pam susu ini sebab nurse di KKIA yang cakap pasal kepentingan pam susu apabila anak dah lahir. Sebelum ini saya fikir pam susu ini perlu ada bagi ibu yang bekerja sahaja. Tapi setelah memikirkan dengan sebaiknya, saya telah membuat keputusan untuk membeli sahaja pam susu. Saya mulakan dengan Google beberapa blog yang memaparkan pengalaman mereka yang telah menggunakan pam susu, Ada beberapa jenis pam susu yang terkenal dengan pam susu seperti Medela, Avent dan lain-lain. Kakak saya dulu beli Medela Freestyle. Harganya RM1.7k kalau tak silap. Mahal terutama bagi saya yang tidak bekerja dan bukan priority untuk simpan stok susu di peti sejuk buat anak, Selain Medela, ada juga jenama pam susu manual yang mendapat feedback baik juga dari penggunanya iaitu Philips Avent Manual BP. Harganya dalam RM200. Pada mulanya saya terminat juga nak beli Avent tu. Tapi terfikir pula, mana tahu saya penat nak pam secara manual nanti. Haha. :p Saya scroll senarai breast pump (BP) yang dijual di website online. Akhirnya terjumpa pam susu yang macam berkenan di hati.
"Autumnz BLISS Convertible Single Electric/Manual Breast Pump"
Itulah nama yang diberi. Saya mula survey harga yang biasa dijual bagi pam berkenaan dan rata-rata menjual >RM200. Oh, boleh tahan murah harganya berbanding jenama BP lain. Antara ciri-ciri yang ada pada pam berkenaan:
- 2-Stage Pumping (T1 & T2) : 'stimulation' & 'pumping' stages for effective & efficient pumpingA
- Anti Backflow Device : To prevent milk contamination
- Convertible - Can be converted to a manual pump by attaching a manual knob (provided FREE in the pack) *tak perlu susah2 beli pam susu manual*
- Multi Suction Levels : 5 suction levels to choose from
- LCD Display - informative time display for user
- Dual Power Source : main electric power or batteries (FREE built-in battery casing)
- Bottle Adaptor - Free 2 bottle adaptors so can pump into wide neck or standard neck bottles
- Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield : with comfortable massage bubbles design
- Light, Compact & Portable : only 250g and with quiet motor unit
- User Friendly: easy to assemble, use and clean
- Autumnz BLISS Single Electric Breastpump comes with 2-Stage Pumping to mimic baby's natural suckling pattern.
Oh ya, untuk pengetahuan anda bateri tidak disertakan sekali. Kalau nak guna bateri, anda memerlukan 4 bateri bersaiz AA.
P/s: Masa saya dapat tahu Lazada gunakan perkhidmatan Skynet untuk menghantar barang, saya agak risau. Takut dapat lambat (melalui pembacaan saya, terlalu banyak complaint orang tentang perkhidmatan Skynet). Alhamdulillah parcel selamat tiba pada waktu yang dijanjikan. Saya rasa bersyukur sangat sebab tak pernah ada pengalaman buruk dengan mana-mana courier (Poslaju, Gdex, Ta-Q-Bin, Skynet). Mungkin perkhidmatan buruk tu tengok kawasan juga. :p
1 budak comel:
Salam sis..nk tny klu sis tahu..blh x klu autumnz bliss ni kt convert kpd double pump? Dgn guna trulee handsfree tu? Agk2 rosak x motor dia?
Post a Comment