Saturday, August 9, 2025

Hari Terakhir Papa...

Assalamualaikum dan salam pembaca yang budiman. Pejam celik, lagi sebulan, masuk 2 tahun papa pergi menuju ke Negeri Abadi. Sampai ke detik ini saya masih ingat hari terakhir papa iaitu Jumaat 15 September 2023.
Siang itu, saya jemput anak-anak kakak saya dari sekolah mereka (SKSBS) dan SK Cochrane Perkasa. Ibu mereka ada meeting dan tak dapat pulang menjemput mereka seperti biasa. Mama di hospital menunggu papa, tidak pulang siang itu sebab kakak saya tiada di hospital. 
Pada mulanya, saya ingin menjemput mama tapi katanya petang nanti aja mama pulang. Dari hari Rabu mama suruh saya ke hospital, hari tu saya berkesempatan ke hospital. Sebaik solat Asar saya langsung bergegas menuju ke hospital dan membawa baby saya (Ihsan). 
Saya telefon mama sebaik hampir tiba hospital, mama suruh tunggu di lobi sebab mama nak solat dulu. Sementara menunggu saya lihat nun jauh di sana ada staf hospital sedang menolak troli peti jenazah. Dalam hati saya, "oh macam tu kalau ada yang meninggal".
Tak lama kemudian mama keluar dari lif, saya tinggalkan Ihsan yang sedang menangis. Baby tak boleh ikut melawat jadi harus ditinggalkan di lobi sahaja. Saya fikir kejap je. Sebelum naik mama kata ada air dan kentang dari orang katil sebelah di atas, jangan lupa bawa je nanti. 
Sebaik tiba di wad, saya lihat mama tertinggal HP papa di meja. Saya simpan HP papa itu. Tengok muka papa macam menahan. Papa nak berak ke? Saya tengok ada, tapi macam susah keluar. Saya bersihkan yang dapat je. Saya whatsapp mama beritahu saya lambat sikit sebab nak ganti pampers papa. Ambil masa sebab belum profesional nak ganti pampers orang yang bedridden sendiri. Sebelum turun saya bisik ke kedua telinga papa. "Lailahaillallah3x. Pa, hari ini hari Jumaat zikir Ya Allah, Ya Allah". Pa, nanti beby datang lagi ya... Saya melambai tangan ke papa dan turun. 
Sewaktu turun lif, tiba2 lif berhenti di level 1 saya nampak kakak no2 saya. Dia baru solat. Saya sempat lambai tangan. Kemudian lif tiba di lobi, saya terus ambil Ihsan yang ketika itu sudah di gendong orang (tadi nangis kan ceritanya) . Hihi. 
Dalam perjalanan ke kereta, saya sempat borak dengan mama. Saya kata, mama malam ini mama rehatlah. Mama kan baru balik petang ini (dah pukul 6 petang). 
Malam tu, pukul 9.30 malam mama ke bilik saya minta tolong hantar ke hospital. Tapi saya sedang menyusukan Ihsan, saya kata nanti kejap ya mama. Saya ketiduran entah bila. Tersedar dah jam 10 lebih. Saya siap berpakaian. Nampak kak rina depan pintu macam muka sembab (Saya ingatkan muka ngantuk). Mama cakap kat Saya, "beby tak payah la, sebab ada baby". Masa tu saya langsung tak fikir apa. Masa berjalan... Entah saya ada perasaan tak sedap pula sebab Kak Rina lama ke hospital tak pulang2 (kalau hantar mama ke hospital mesti tak lebih dari setengah jam dah pulang). 
Whatsapp di group, "Papa dah ke forensik". Menamatkan semua tanda tanya saya. 😭😭 Rupa-rupanya sewaktu saya tidur kakak saya menerima panggilan dari hospital mengatakan papa sudah pergi... Saya menjadi orang terakhir yang tahu. Sebab mereka lupa Saya tak tahu. Malam itu menjadi malam yang sangat panjang... 


Thursday, July 10, 2025

Kisah Sentimental Exora

Assalamualaiku dan salam sejahtera. Sekadar penulisan agar saya tak lupa kisah macam mana arwah papa boleh memilih Exora walaupun sebelumnya sudah memiliki Pajero. 
Saya masih ingat, waktu itu bulan Syawal. Ada sepupu nak kahwin sehari selepas Hari Kemerdekaan kalau tak salah. Kami nak balik kampung, jadi papa kata tayar keempat-empat kereta Pajero kena tukar. Saya lupa yang pasti akan habis beribu ringgit juga. 
Papa suruh saya survey harga kereta. Masa tu 2012,  kereta Pajero tu dibeli tahun 1997. Pada mulanya kami kedai jual kereta secondhand di Pandan Jaya. Dah tertarik dengan honda Freed, tapi papa kata tapi macam mana kalau orang tu dah buat kunci pendua. 😂 Tak jadi beli freed. Papa kata cuba tengok Exora kat website. Dealer kat mana yang terdekat. Saya call Maluri dan Pandan Indah. Saya minta yang ready stock. Hari tu dah hari Isnin. Plan balik kampung 31/8, jumaat. Branch Maluri kata ada stok, terus kita ke sana deal bayar cash. Proses dalam 2 hari, 30/8 dapat kereta, balik Kelantan 31/8. Pengalaman pertama kali saya tengok cek RM80ribu masa tu. 😂
Beberapa bulan sebelum papa meninggal pada tahun 2023, kereta Exora tu dah bertukar nama pemilik kepada saya. 

Ok tu je kisah Exora yang nilai sentimental betul2 ada pada pandangan saya. 

Tuesday, January 28, 2025

Plat DL di Bandar Lampung

Assalamualaikum dan salam pembaca yang budiman. Dah lama sangat saya tak update blog ini. 
Memandangkan kami sudah berpindah dari Sulawesi Utara ke Lampung, jadi mobil kami juga turut dibawa sekali. 
Uniknya nomor plat kenderaan kami sangat jarang apatah lagi di Indonesia ini. "Plat DL itu dari mana sih?", pasti banyak yang melakukan pencarian di internet gara-gara penasaran dengan nomor plat yang gak biasa ini. 
Sebetulnya plat DL itu berasal dari Kepulauan Sangihe, Tahuna, Sulawesi Utara. Suatu daerah yang gak jauh dari Filipina. Untuk ke Tahuna, seseorang perlu menyeberangi naik kapal yang memakan masa perjalanan selama kurang lebih 9-10 jam. Pernah sekali kami naik kapal tetapi cuaca kurang baik, ombak tinggi sepanjang perjalanan. Akibatnya kami sekeluarga muntah-muntah. 
Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang merantau. 

Wednesday, November 22, 2023

3 tahun kemudian

Salam buat pembaca sekalian. Sekarang blog bukan lagi pilihan ramai, tapi terdetik saya untuk update di sini perkembangan selepas 3 tahun. 
Pandemik covid-19 juga sudah berakhir. Tiada lagi sekatan untuk kemana-mana. Selepas 2 tahun setengah tidak pulang ke Malaysia, akhirnya saya pulang pada 28 Januari 2023. Dan selama 8 bulan saya berada di Malaysia banyak perkara terjadi. 

Melahirkan anak keempat
Alhamdulillah pada penghujung bulan Mac 2023 bersamaan dengan bulan Ramadhan saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Terlambat beberapa hari dari EDD. Tapi saya dah biasa anak keluar lambat dari EDD. 😂


Pemergian papa buat selamanya
Dua bulan papa dirawat di hospital Ampang selepas pertama kali dimasukkan kerana tersedak makanan. Ada dua kali papa sempat keluar dari hospital dan akhirnya papa menghembuskan nafas terakhir di wad 6D.



Innalillahiwainnailaihiroji'un. 
Al-fatihah(dibaca) buat papa, Md Yusoff bin Awang Hamat. 

Monday, November 30, 2020

Selepas 4 Bulan

Assalamualaikum pembaca budiman. Eh, masih ada orang ke yang baca blog?😂 Dah 2 tahun tak post apa pun di sini. Hari ini saya cuma nak beritahu perkembangan terbaru. 

Anak ketiga
Alhamdulillah 4 bulan yang lalu saya selamat melahirkan anak ketiga. Melahirkan anak masa pandemik covid-19 banyak buat saya belajar perkara baru terutama hampir semua benda saya lakukan bersendirian. Contohnya, duduk dalam wad tanpa pelawat (ada sekali kakak yang kerja di Hospital Ampang jenguk sebentar),
cukur rambut baby, khatan baby, buka akaun tabung haji baby, urus affidavit baby, ambil gambar baby, buat pasport baby. Fuhhh..mencabar kan. Banyak benda saya lakukan sendiri masa orang Melayu kata dalam pantang. Alhamdulillah masa renew pasport saya dan Adam serta buat surat beranak Ibrahim, ada mama temankan. Kalau ikutkan hari renew pasport tu nak buat pasport Ibrahim sekali. Tapi malangnya imigresen tu masa tulah system down.😅😅 Terpaksa tunda.


Pindah ke Jawa Tengah
Setelah saya tinggal 5 tahun lebih di Kalimantan Barat, akhirnya saya pindah ke Purbalingga, Jawa Tengah. Rasa macam belum puas lagi di Singkawang.😂 Terakhir di Singkawang akhir bulan Februari yang lalu. Ingatkan saya akan kembali ke pulau borneo selepas bersalin tapi perancangan Allah lebih indah. Semoga pandemik ini segera berakhir. Rindulah Malaysia. Tak mahu kuarantin 14 hari di pusat kuarantin tu sebab tak mungkin saya boleh berlama-lama di Malaysia.😅

P/s: Caj affidavit pun dah berubah. Dulu RM45, sekarang dah naik lebih 2 kali ganda. 😅

Friday, July 6, 2018

Khatan Anak Perempuan di Klinik Dr Azizah

Salam pembaca. Alhamdulillah petang semalam Sofiyyah dah selamat berkhatan. Hehe. Cara khatan perempuan dengan lelaki lain. Dan kalau untuk perempuan tak perlu berkain batik (lelaki kan berkain pelekat) dan angkat kain tu. 😉😛 Selepas melakukan survey dan bertanya kawan, saya pilih Klinik Dr Azizah yang terletak di Taman Dagang (sederet HeroMarket), sebab lokasi dekat. Masa pendaftaran di klinik saya sempat bertanyakan soal caj bayaran yang dikenakan dan ianya adalah sebanyak RM30. Walaupun ada baca klinik di Pinggiran Gombak RM18 sahaja yang dikenakan, tapi kalau dikira kos transportasi pula..kikiki. Apa pun pilihan di tangan ibu bapa. Tak lama pun proses khatan tu. Semalam sebelum melakukan prosedur, Dr sempat bersihkan sedikit kotoran najis Sofiyyah sebab dia macam tercirit sikit. Hehe. Peralatan yang steril, itu yang penting. 

Afidavit
Pagi semalam kami mengurus afidavit Sofiyyah. Supaya mudah urusan keimigrasian Sofiyyah di Indonesia. Untuk pengetahuan anda, Indonesia mengiktiraf dwikewarganegaraan jadi untuk anak yang berumur di bawah 18 tahun mereka boleh dikira bekewarganegaraan seperti ibu dan bapanya. Cuma nanti apabila mereka sudah mencapai umur 18-21 tahun barulah mereka perlu memilih kewarganegaraan. Caj visa di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) KL adalah seperti di dalam gambar. Lega saya dah melewati proses tu dahulu. Saya kan dah memegang Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP). 😘

Jumpa lagi di posting yang akan datang, InsyaAllah. 😊


Monday, June 18, 2018

2nd Baby. SVD method 😉


Salam pembaca. Alhamdulillah sebulan yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Nama panggilannya Sofiyyah. Jadi, Adam dah ada adik ceritanya. 

Baju raya warna sedondon di pagi 1 Syawal

Tuesday, February 6, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS Ke ITAP [Part 4]

Salam pembaca budiman. Alhamdulillah kartu izin tinggal tetap (ITAP) saya sudah di tangan. Pegawai imigrasi whatsapp khabarkan pada pagi Jumaat lepas, kalau kami sudah boleh mengambil ITAP. Hehe. Alhamdulillah kami pula baru pesan tiket pesawat sehari atau 2 hari sebelumnya untuk pulang ke Pontianak hari Ahad. Supaya tak pergi ke Sanggau berkali-kali jadi kami tidur 1 malam di Pontianak sebelum berangkat ke Sintang pada hari Isnin. Maklumlah sebelum sampai ke Sintang kami kena melalui Sanggau.  Jarak pula boleh tahan. Apa pun ketemu lagi imigrasi 2 tahun lagi untuk extend multiple re-entry permit.😉 Entah masih di kanim Sanggau atau dah ke kanim lain. #berharapmodeon 😆😜



Friday, January 19, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS ke ITAP [Part 3]

Salam pembaca yang budiman. Setelah menunggu hampir 2 bulan, Alhamdulillah akhirnya selesai juga proses konversi izin tinggal saya dari terbatas (ITAS) ke tetap (ITAP).  Status terakhir untuk proses itu saya lihat di website izin tinggal, "pemindaian dokumen selesai". Tapi...masalahnya sekarang mereka dah siap cop je kat pasport sedangkan kad ITAP nya belum dapat disiapkan sebab blangkonya dah dipulangkan ke Kantor Wilayah Imigrasi Pontianak, KalBar pada hujung tahun 2017 lepas. 😂😂 Sekarang posisi pasport masih di Sanggau sebab kami nak ambil minggu depan je sebab nak ke Pontianak bawa kereta. Ok lah tu je update terbaru. 😜

P/s: Tidak susah mengurus sendiri konversi kitap ini sebenarnya. Cuman agak ribet. 🙃 Kami langsung TIDAK menggunakan calo atau orang tengah. Sebab ada dengar citer orang bayar berkali2 lipat. 😵 Yang penting semua dokumen lengkap. InsyaAllah tidak ada kendala atau halangan. Kalau proses lambat tu maklum ajalah. Sebab tu dia dah beritahu awal2 yang proses konversi ini boleh dibuat 3 bulan sebelum ITAP expired. Jangan cakap diorang tak payung. ☂😝





Baca part sebelumnya:
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 1]
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 2]

Friday, January 12, 2018

Perjalanan Untuk Konversi ITAS ke ITAP [Part 2]


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Setelah 9 hari berlalu dari tarikh status terakhir untuk permohonan konversi ke ITAP saya di website izin tinggal imigrasi terupdate, Alhamdulillah hari ni dah bertukar status ke Pemindaian Dokumen Ditjenim.😊😊 InsyaAllah, saya jangka mungkin minggu depanlah ada khabar dari Kantor Imigrasi (Kanim) Sanggau.🤓🙄 #prayformypassport #ineedvacation #nopassportnoflight

Update: Petang status dah bertukar kepada "Penerbitan No Register". 😍😗😊


Status pada pagi 12 Januari 2018
Status pada petang 12 Januari 2018

P/s: Gigih tak saya tiap hari buka website nak tahu status permohonan. 😅😉😁


Baca part sebelumnya:
📌Konversi ITAS ke ITAP [Part 1]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails