Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Belajar atau Kerja Selepas Degree? [Part II]

Salam readers. Memandangkan mood convocation sekarang masih hangat. Ramai yang sudah atau bakal menerima ijazah masing-masing. Jadi pasti ada yang terfikir nak sambung Master ke kerja? Bagi saya, selepas menamatkan satu semester, saya dah tahu apakah jawapan untuk persoalan mana lebih baik "sambung MAster ke kerja". Sekarang kalau orang tanya, saya akan jawab "KERJA dulu..". Kenapa?

Pengalaman
Percaya atau tidak. Adalah lebih mudah sekiranya kita dah ada pengalaman kerja semasa buat Master ini. Secara tidak langsung ilmu yang kita ada juga boleh digunakan. Kalau kita terus sambung Master, ada satu benda yang biasa budak Degree buat. Kurang inisiatif dan masih mengharapkan disuap. Eh??? Lagi satu, lecturer mesti tanya soalan ini "kenapa awak sambung Master?".

Part Time pun OK
Kalau dah kerja tu, nak buat Master part time pun okey je. Kenapa? Sebab bak kata kawan saya (tak ingat siapa yang cakap), orang yang kerja dan buat Master ini fokus dia nak BELAJAR. Jadi, dia akan berusaha untuk buat juga kerja dia walaupun hari-hari biasa sibuk dengan kerja. Lain dengan kita yang amik full time ni. Kadang-kadang banyak masa tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Fuh. Nauzubillah Minzalik~~

Kesimpulannya, buat pilihan yang bijak. Tapi, secara peribadi lebih suka untuk mencadangkan kerja dulu. Dapatkan pengalaman berharga dulu. Kemudian, sambung belajar. So, kawan saya yang dah bercadang nak sambung Master tu bolehlah sambung tahun depan ke. Sebab awak dah kerja.....hehehe ;))

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan di hati...Aidilfitri menanti...

Assalamualaikum Readers. Hari ini dah masuk 29 Ramadhan 1434H. Mama papa dah selamat sampai Indonesia pada Sabtu yang lepas. Saya pula hanya jadi tukang hantar, tak macam tahun2 sebelum ini. Asal mama papa pergi Indonesia, saya mesti ada. :p Oh ya, syukur Alhamdulillah pada hari Sabtu tu keputusan Master Part1 saya dah keluar dan result saya pun baik.



Syukur, berkat Ramadhan dan sudah tentu doa mama papa juga. Agak menakutkan Master ni sebab kalau dapat B- untuk Core subject, dah kira gagal. Kalau untuk subjek Elektif pula, C baru gagal. Pointer untuk lulus pula adalah 3.0. Jadi, kena struggle dan buat yang terBAIK. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Salam Aidilfitri 1434H. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan istiqamah pada bulan-bulan yang seterusnya.

P/s: Alhamdulillah apa yang saya nak, semua saya dah dapat, tapi satu je saya belum dapat. Suami??. Eh...er?hahahaa.

Monday, February 4, 2013

Medical Checkup for Post Grad

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera. Hihi. Lama sungguh blog ini tak diupdate. Hari ni barulah ada kesempatan. Tujuan medical check-up ini sebab saya nak sambung belajar di UiTM. Hihihi. Orang selalu kata "Rajin pula nak sambung belajar". "Tak nak kerja dulu ke?". "Kahwin lambat nanti kang". Sekarang ini, siapa yang tentukan, orang sekeliling kita ke? Semuanya bermula dari hati kita sendiri..... 

Medical Check-up
Saya nak cerita pengalaman pertama kali saya melakukan medical check-up di Klinik Kesihatan Cheras, Jalan Yaacob Latiff. Apa yang saya boleh simpulkan, staf-staf di sana boleh dikatakan mesra kepada pelanggan. Sebaik tiba di lobi, saya telah beratur untuk mengambil nombor giliran. Kemudian, saya menunggu untuk dipanggil bagi membuat pembayaran. Tapi memandangkan saya merupakan penderma darah yang aktif (dengan hanya menunjukkan buku penderma), jadi bayaran perkhidmatan saya adalah PERCUMA. (hooray!!) Hihihi. :)
ramai sungguh yang menunggu giliran...almaklum tak ada temujanji :))

Seterusnya, saya ke bahagian Klinik Pesakit Luar dan menunggu giliran. Nombor saya dipanggil untuk masuk ke Bilik 4 (untuk yang tidak mempunyai temujanji aka appointment). Jadi JM (jururawat masayarakat) periksa denyutan nadi, tekanan darah, tinggi, berat). Beliau juga memberikan saya kertas untuk Makmal Patologi dan Bahagian Pengimejan Diagnostik memandangkan medical checkup saya kena ada X-Ray juga. Hihi. Saya memilih untuk ke Unit Patologi dahulu memandangkan saya nak pi toilet dari tadi, na. Haha. Wuu. Tak lama pun untuk tunggu hasil ujian urine tu.



kat bahagian ini si isteri ditemani oleh si suami..huhu..macam ramai ibu mengandung je kat sini..hahaha 
Selepas selesai di bahagian makmal, saya ke Unit Pengimejan dan Diagnostik lak.. Hehe. Tak lama pun menunggu, kemudian tibalah giliran saya. 

Selesai di X-Ray, saya kembali ke Klinik Pesakit Luar. Terus masuk ke Bilik 4. JM menyuruh saya keluar selepas mendapat hasil ujian dari makmal. Jadi, saya pun menunggu giliran di luar sekejap.

Tidak lama kemudian nombor saya dipanggil untuk masuk ke Bilik 3. Di sana ada seorang Dr yang menulis segala butiran. Hehe. Maka selesailah proses medical check-up aka pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Cheras.

Ambank. oh... Ambank
Selepas Zohor, saya ke Menara Ambank Jalan Yap Kwan Seng memandangkan kakak saya nak re-finance pinjaman kereta dia dari konvensional ke islamik. Paling menakutkan di menara tu, tempat parking dia. SERIUS. Takutttttttttttttt. Ok, nak tau kenapa. Cuba ke sana dan park. :p


Friday, January 1, 2010

2010

Hari ini 15 Muharram 1431H bersamaan 1 Januari 2010. Akhirnya, tahun 2010 muncul juga. Banyak yang perlu saya lakukan tahun ini atau lebih spesifik, pada semester akan datang yang akan bermula pada 11 Januari 2010. Menghabiskan sisa-sisa waktu dan kemudiannya meneruskan lagi pengajian (mungkin di tempat yang sama) dan melipat gandakan usaha (wajib sangat!!). Jangan benarkan kesilapan masa lalu menghantui diri. Saya mesti berubah bukan sahaja demi masa depan saya, malah orang-orang di sekitar saya terutama sekali ibu bapa dan keluarga tercinta. Semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah pada tahun baru ini. Amin~



Monday, December 14, 2009

tips utk berjaya

hari ni dengan berbesar hati saya ingin berkongsi rahsia apa yg perlu anda lakukan jika anda ingin berjaya dengan cemerlang..ini berdasarkn pengalaman mahupun maklumat daripada pakar motivasi (secara jujur, ada yg sy tak ikut pun..lol).

ada empat perkara mudah yang perlu anda lakukan.

1. fokus dalam kelas (dengar apa yg cikgu/lecturer cakap dlm kelas..ambil nota juga)

2. jangan study last minute (yg ini saya tak tau la knp sy btul2 tak boleh nak ikut..da terbiasa)

3. tidur secukupnya (hari sebelum exam kna dptkn rehat yg scukupnya..ini PENTING!)

4. sila OFFLINE SEKARANG dan BUKA BUKU!! (sudah2 la online tu)



nota kaki: dahulukan apa yg lebih penting daripada yg penting.



sy teringat kata-kata someone bila sy bgtau sy dapat semua A last sem..dia kata, "hah?main barn buddy jg dpt semua A?"..lol..sebenarnya sy pn tak berapa nak confident masa jwb paper masa final..sebab lepas keluar dari exam hall sy sedar yg sy telah melakukan beberapa careless mistake..tp, alhamdulillah tak lah banyak kesalahan yg sy lakukan (rasanya la)..mungkin juga berkat doa mak bapa..hehe..jgn ingat kejayaan boleh datang bergolek..sy pernah melakukan kesilapan dahulu dan saya tahu yg tiada siapa yg boleh mengubah sy melainkan diri sy sendiri..that's why sy cuba juga utk melupakan kesilapan sy masa lalu dgn belajar dgn cara yg lebih baik..sy akui yg sy seorg yg mudah terleka mahupun lalai..tp, selagi seseorang itu mempunyai niat untuk berubah..insya-Allah nnt ada jalan ke arah yg lebih baik itu..tiada siapa yg dilahirkan utk menjadi bodoh di dunia ini..cuma kita yg salah pilih jalan....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails