Showing posts with label pesta buku. Show all posts
Showing posts with label pesta buku. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

review novel [part 1]

Lately saya dah mula suka membaca novel seperti dahulu kala (cewah). Eh, mungkin lebih tepat jika saya katakan minat itu timbul sebaik berakhir Pesta Buku Antarabangsa 2010 yang bertempat di PWTC. Masa ada assignment berlambak, ditambah lagi dengan projek tahun akhir (FYP), saya masih ada masa untuk baca novel. Haha. Apa-apa pun saya nak review dua novel yang saya dah baca daripada 5 buah novel.


Sepupuku Suamiku

Mengisahkan tentang Nana yang pernah memendam perasaan terhadap sepupunya sendiri, Hisham. Tetapi apabila Hashim bertunang dengan teman wanitanya maka Nana cuma memendam rasa. Entah mengapa tiba-tiba tunang Hisham memutuskan pertunangan di kala hari pernikahan akan menjelang tiba dua minggu lagi. Maka, untuk tidak memalukan keluarga, ibu saudara Nana (ibu Hisham) telah meminta Nana untuk berkahwin dengan Hisham. Nana terima biarpun dia seolah-olah cuma sebagai pengganti. Kehidupan yang bahagia tidak semestinya dari awal hingga akhir terus bahagia. Tiba-tiba bekas tunang Hisham hadir dalam hidup mereka dan mengeruhkan keadaan. Adakah bahagia yang diimpikan kekal hingga ke akhir hayat atau pun putus di tengah jalan? Sila dapatkan novel "Sepupuku Suamiku" tulisan Lynn Allyna ini di kedai buku yang berhampiran. Hehe. Bercakap tentang suka sepupu ni. Saya pernah suka sepupu saya kot masa kecik dulu (gatal pula budak ni masa kecik). LOL.


Hot Gimmick

Novel ini berkisar tentang Natasha Syakilla (Asya) yang baru sahaja pulang ke tanah air dari Sydney setelah menetap di sana selama 5 tahun. Sebelum ke Australia dulu Natasha Syakilla mempunyai kisah silam di mana dia pernah mengenali "Ayez". Perpisahan yang berlaku di antara Asya dan Ayez suatu ketika dahulu seakan-akan menjanjikan suatu hubungan apabila bertemu kembali. Asya mula bersekolah di salah sebuah sekolah swasta tetapi dia sering kali mendatangkan masalah kepada ketua pengawas sekolah (Haridz Hakkam). Hubungan di antara mereka berdua seperti anjing dan kucing. Pantang berjumpa, mesti bergaduh. Apakah Asya akan bertemu dengan Ayez yang pernah dikenalinya dahulu? Bacalah novel ini, baru tahu. Terdapat beberapa persoalan yang timbul sebaik sahaja saya selesai membaca novel ini. Kalau saya beritahu, tak suspens pula. Hehe. Novel hasil karya sulung Shasfa Alyahya ini menarik juga.




Saturday, April 3, 2010

akhir Mac

Setelah sekian lama tidak menulis di blog (kali terakhir 23/3), maka hari ini saya telah membuat keputusan untuk menulis. Sebelum ini bukannya malas saya untuk menulis atau kering idea, tapi akhir-akhir ini terlalu banyak assignment yang perlu saya siapkan. Maklumlah bulan Mei nanti dah nak final. Bercakap pasal assignment, dalam bulan April ini saya ada dua presentation projek. Satu untuk subjek E-Commerce dan satu lagi untuk projek tahun akhir (fyp). Apa ada dengan akhir Mac? Kalau pembaca masih ingat, post saya pada bulan yang lalu pernah bercerita tentang Pesta Buku Antarabangsa 2010.Saya telah ke sana bersama rakan-rakan pada hari pertama pesta berlangsung. Menariknya, pada hari terakhir pesta buku berlangsung, saya telah berkesempatan ke sana bersama mama dan kakak saya. Lebih kurang saya tahu apa yang berlaku pada hari pertama dan hari terakhir la. Hehe. Oklah, itu apa yang berlaku pada tarikh 28 Mac 2010 yakni Ahad yang lepas. Untuk penutup bulan Mac pula ada sedikit gambar yang akan saya kongsi. Aktiviti yang berlaku di KPTM KL iaitu Seminar Gerak Usahawan oleh JCorp(Johor Corporation). Usaha murni JCorp dalam melahirkan usahawan ini sangat saya kagumi. Pihak atasan JCorp telah bermurah hati untuk berkongsi dengan bakal-bakal graduan mengenai kepentingan menjadi seorang usahawan dan bagaimana untuk melaksanakannya serta peluang-peluang yang ada.
Pengerusi JCorp (muka beliau iras-iras dengan Colonel Sanders KFC tu)

Ni pun 'orang kuat' KFC

Wakil dari Catur Bistari (saya tertarik dengan cara permainan yang menguji minda ini..tapi belum berkesempatan untuk bermain T_T)

Kak Sal!

Bergambar beramai-ramai sementara menunggu seminar bersambung lagi (kak sal tiada dalam gambar kerana menjadi photographer tak bertauliah sekejap..hehe)





Saturday, March 20, 2010

bertemu Hlovate di pesta buku

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya pergi ke sana untuk membeli buku. Almaklumlah, ada potongan harga. Memandangkan kelas Enterprise pada hari Jumaat terpaksa dibatalkan kerana lecturer kami ada bengkel, maka saya dan rakan-rakan membuat keputusan untuk ke PWTC awal. Janji pukul 9.15 pagi di LRT, tapi akhirnya jumpa dalam pukul 9.30 pagi. Haha. Menunggu lrt lama lah pula. Entah apa masalah hari Jumaat tu. Kami tiba di PWTC dalam pukul 10.30 pagi (kalau tidak silap saya), dan terus menuju ke booth Jemari Seni Publishing untuk mendapatkan buku terbaru Hlovate yang bertajuk "Versus". Yeay. Jumpa pun Hlovate punya buku! Penulisan Hlovate yang bersahaja membuatkan anak muda dengan mudahnya terpikat dan ternanti-nanti. Hehe. Di booth JS, saya membeli 3 buah buku sebab ingin mendapatkan woven bag JS. Haha. Kemudian kami singgah ke Syarikat Fajar Pakeer. Saya sempat membeli "Sepupuku Suamiku". Hari itu lihat di TV, buku itu antara yang terlaris. Hehe. Then, ina cerita la yang dia da beli dan baca pun buku itu. Dia pun kata best. Makin semangat berkobar-kobarlah saya membeli buku tersebut. Selepas round2 di tingkat 2 dan 3, barulah kami turun dan singgah ke booth Karangkaraf. Eh, saya rasa bukan booth lagi, tapi hall. Kebetulan tahun ini Karangkraf masih lagi menawarkan perkhidmatan untuk cover page majalah dengan bayaran RM25.
Maka, kami (saya, kyla, ina dan wani) dengan semangatnya ber'photoshoot'. Sangat kelakar sebab kami agak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pose yang terbaik. Dalam pukul 1 petang, kami keluar dari PWTC dan menuju The Mall untuk makan tengah hari. Selesai makan, k.sal, kyla dan ain pulang ke rumah sewa mereka. Tetapi, saya, wani dan ina pergi ke Times Square. Berjalan di sekitar TImes Square dan juga membeli tiket wayang Alice In Wonderland 3D untuk kakak saya (tayangan petang tadi). Kami pulang pukul 5.30 petang. Sampai hari ini saya masih terasa sakit kaki. Pakai kasut baru first time dah berjalan jauh. Mana tak sakit? Ish ish.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails