Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

Pengalaman D&C (Dilatation & Curettage) di Negara Orang

Salam pembaca yang budiman. Sudah seminggu berlalu selepas saya melakukan proses d&c atau di Indonesia lebih dikenali sebagai kuret. 

Sebab apa perlu dilakukan d&c? 
Kerana selepas keguguran masih ada sisa jaringan plasenta atau apa sahaja misalnya anggota tubuh janin yang tertinggal atau boleh juga gumpalan darah. Dalam kes saya, pada pagi hari itu sekitar jam 1.30 pagi WIB atau kalau di Malaysia 2.30 pagi, saya sudah merasakan ada sesuatu yang keluar di bawah ketika bangun dari tidur. Dalam hati saya dah pasrah dan redha kerana saya tahu Allah lebih tahu mana yang terbaik buat saya. Kalau menurut perkiraan dari tarikh haid pertama terakhir, kandungan saya sudah 9minggu+. Hampir seminggu bleeding setelah spotting sehari, malah setelah di scan terlihat kantung sudah berada di kedudukan agak bawah. Biarpun kantung terlihat sempurna dan kelihatan embrio yang dah keluar mata. Tapi siapa yang mampu menidakkan kehendak Allah. Aturan Allah bukankah lebih indah?

Keluar sendiri atau operasi
Saya diberikan pilihan untuk melakukan proses d&c atau tunggu sisa jaringan keluar sendiri. Saya sendiri bimbang ketika itu dan terfikir berapa lama pula yang harus saya tunggu untuk sisa turun sendiri. Setelah 2 jam berfikir akhirnya keputusan diambil. "Saya mahu melakukan kuret!".

Proses d&c
Saya diberitahu bahawa operasi kuret akan dilakukan pada keesokan harinya. Jadi saya menginap dulu di hospital. Oh ya, memandangkan saya tinggal di Sintang, Kalimantan Barat, jadi hanya terdapat satu hospital aka rumah sakit. Dr pakar O&G ada 2 orang. Pada hari Ahad (4 Jun 2017) iaitu hari yang mendebarkan tiba, saya dikehendaki berpuasa setelah sarapan. Dari jam 7.30 pagi sehinggalah waktu saya dibawa ke ruang operasi iaitu jam 2.30 petang. Saya sangat jelas dengan waktu sebab tepat di hadapan saya ada jam dinding. Kikiki. Sewaktu berada di ruang operasi saya dah mula membaca Rabbi Yassir Ala Tuassir Rabbi Tammim Ala Bilkhoir, Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin, Surah Al-Ikhlas, Surah AnNas, Surah Al-Alaq dan juga berzikir. Mohon ketenangan hati dan dipermudahkan segalanya. 

Bermula Suntikan Bius
Kalau dari pembacaan saya, ada yang kata mereka dibius di belakang. Tapi sewaktu proses d&c saya tempoh hari, saya tidak dibius di belakang tapi suntikan di bahagian saluran infus. Teringat saya ketika melihat pakar bius datang. Saya tanya itu ke biusnya. Katanya belum lagi. Adalah dalam 2 ke 3 kali jarum suntik itu melewati saluran infus saya. Tiap kali suntikan dilepaskan saya akan bercakap dalam hati, saya tak mengantuk. Masih sedar ini. Saya sempat bertanya di dalam ruang operasi , "lama ke prosesnya", "tak apa ke pakai kacamata". Katanya ok je. Sehingga akhirnya pakar bius berkata kepada saya, "baca doa". Ketika itu tahulah saya kalau saatnya dah tiba....

Mamai Banyak Cakap
Tiba-tiba saya terdengar suara orang bercakap-cakap. Suami saya diberikan kacamata saya yang entah bila pula dilepaskan tadi. Ada kedengaran juga orang bercakap beritahu Adam yang saya dah keluar. Saat-saat yang kelakar saya paling ingat sewaktu masih mamai tu, saya terus teringat kakak saya. Sehari selepas dia melakukan pembedahan aka ceaserean anak kembarnya saya sempat ziarah ke hospital. Masa tu katanya dia masih mamai, kesan bius masih kuat. Disuruhnya saya tolong susukan anaknya. Memang sebelumnya kedua-dua kembar tidak dapat disusukan secara langsung ekoran kakak saya belum sedar sepenuhnya. Maklumlah mungkin kalau bius sepenuhnya untuk melahirkan anak dengan d&c dos dia berbeza kot. Hehe. Kalau saya tempoh hari, dalam masa 30 minit selepas d&c macam dah boleh bercakap banyak walaupun tahap kesedaran belum sepenuhnya. Sampailah saya dibawa ke bilik, saya belum mampu bangun ketika diangkat untuk dipindahkan ke katil. Hehe. Tapi dalam tak sampai sejam lepas tu saya boleh bangun masuk toilet dan tukar baju lain dah. Nak makan, tapi katanya jangan dulu sampai dah tak rasa pening. Memang masih rasa agak pening. Untuk mengelakkan muntah juga katanya. Disuruhnya minum air terlebih dahulu. Akhirnya dah nak maghrib baru saya dapat makan. Hikhik. Macam puasa betul-betul lak.

Apa selepas d&c
Esoknya selepas Dr datang untuk tahu keadaan saya katanya minggu depan datang lagi untuk check. Tapi saya kata hari Rabu saya dah nak berangkat ke Lampung. Dia kata ok je kalau tak ada rasa pening atau anaemia. Sempat Dr kata kalau dalam masa 3 bulan ini elakkan dari hamil lagi. Sebab nak bagi rahim berehat juga. Dipendekkan cerita, hari Isnin tu saya sudah diizinkan keluar, cuma selepas Zohor baru saya pulang ke rumah. Esoknya saya dah mula berkemas baju Adam untuk dibawa ke Lampung. Kalau baju saya dah saya siapkan beberapa hari sebelum kejadian spotting tempoh hari. Alhamdulillah perjalanan menaiki pesawat dari Sintang-Pontianak-Jakarta-Lampung lancar. Tiada masalah insyaAllah bagi yang baru sahaja melakukan operasi d&c atau kuret untuk berpergian menaiki pesawat. Memang susu badan tu masih rezeki Adam.

Credit pic:

#2ndpregnancyloss

Wednesday, July 29, 2015

Kisah Syawal 1436H

Salam pembaca yang budiman. Hari ini dah masuk 13 Syawal. Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah berkesempatan untuk puasa penuh sekali lagi. Baik sangat baby dalam perut tak meragam. Tahun ini saya sempat berpuasa seminggu di Lampung dan kemudian menyambut lebaran di sana. 7 Syawal pula dah naik flight ke Kuala Lumpur. Sebenarnya last minute plan untuk ke Kuala Lumpur. Sampai usia kandungan 26 minggu, saya dan suami saya masih belum dapat buat keputusan di mana saya akan melahirkan. Semuanya kami kena fikirkan baik-baik demi masa depan anak dan mana paling tak menyusahkan.

Pengalaman Kami di Imigrasi Lampung
Beberapa hari sebelum lebaran, kami telah ke kantor imigrasi untuk bertanyakan mengenai konversi visa sosbud ke VITAS. Tapi pegawai di sana mengatakan kami tetap harus mengikuti proses memperpanjangkan terlebih dahulu visa sosbud saya selama 1 bulan, kemudian baru bertemu dengan bos mereka yang kemudiannya akan menyetujui permohonan untuk konversi dan setelah itu barulah permohonan KITAS akan diajukan ke Kantor Dirjen Imigrasi Jakarta. Kami sendiri yang kena ke Jakarta untuk hantar dokumen yang diperlukan. Nampak tak agak banyak proses dan lama masa yang akan diambil? Bukannya suami saya tak kerja, dia kena balik ke Kalimantan lagi. Huhu. Ada seorang pegawai beri cadangan melahirkan je di Kuala Lumpur, visa ajukan secara online je dan kemudian ke Jakarta sebelum ambil KITAS di Kedutaan Besar Republik Indonesia di  Kuala Lumpur. Kami bukan tak pernah cuba kaedah ini sebelum ini, cuma belum ada rezeki untuk tembus masuk dan hantar permohonan memandangkan website Visa imigrasi.co.id dah jammed. Sehari cuma 600 permohonan online yang diterima. 4 malam berturut-turut cuba tapi tetap gagal.

Beberapa jam sebelum puasa terakhir...
Suami saya dah buat keputusan, saya akan melahirkan di Kuala Lumpur. Dalam hati memang gembira sebab dari awal saya nak juga merasa pengalaman pantang di samping mama. Huhu. Saya mula melakukan pencarian tiket pesawat di internet. Alhamdulillah dapat beli juga.

Berpisah Selepas 28 Minggu Kehamilan
Nak tak nak, suami saya akhirnya pulang ke Kalimantan bersendirian pada hari Isnin lepas. Sedih pula bila ingat kata-kata dia pagi itu, "Sebenarnya aku pengen banget liat anak kita membesar di perut kamu". Tiap kali teringat ayat tu air mata saya mesti mengalir. Sob sob. T.T

Monday, June 8, 2015

Hamil Tanpa Alahan

Salam pembaca yang budiman. Dalam post sebelum ini saya ada tulis tentang kehamilan pertama. Alhamdulillah saya tidak mengalami alahan atau muntah sepanjang trimester pertama. Hmm..logik juga orang yang tak perasan dia tengah hamil. Tapi, tak logik kalau sampai 6 bulan pun tak perasan. Orang yang tiada masalah hormon (haid tiap bulan) mesti dapat agak/tertanya2 kenapa tak haid lagi. TERUTAMANYA bagi yang SOLAT. Oh ya, ada beberapa surah dan doa yang saya dan suami amalkan sejak tahu saya hamil. Saya tak ingat link blog2 atau sumber dari mana.


  • Mulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan ayat Kursi.
  • Untuk ibu hamil dengan alahan atau mahu kuatkan rahim dari keguguran, bacalah dari surah An Nahlu ayat 78 & surah Al Mukminum ayat 11-14.
  • Surah Al Hij'r ayat 97-99. 
  • Membaca zikir Ya Mubdi (bermaksud Pencipta) sebanyak 99 kali. Katanya hendaklah suami/seseorang membaca zikir tersebut pada waktu Sahur (sebelum fajar) dan letak tangan atas perut isteri/perempuan yang sedang hamil.
  • Baca doa di bawah ini: 
  • "Allahumma ya man amsakatissama  an taqa'a a'lar ar dhi wahiya bil a'madin. Amsik ma fi rahimi. Wat mim lahu a'la khoir." Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang menggenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada dalam rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

Apa pun kita cuma berikhtiar dengan berdoa. Sekiranya Allah berkehendakkan anak itu lahir, insyaAllah dia pasti lahir. Tapi seandainya berlaku keguguran juga, mungkin itu yang terbaik pada waktu itu. Siapa tahu kalau bayi itu lahir juga, ada yang kurang sempurna pada zahirnya. Wallahu'alam.

P/s: Selalu amalkan mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka, insyaAllah apa yang anda doakan dimakbulkan dan anda sendiri mendapat tempias dari doa tersebut juga. Nak jodoh, nak anak atau rezeki? Buatlah. :)

Monday, June 1, 2015

Kehamilan Pertama

Salam pembaca yang budiman. Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki 20 minggu. Semalam saya baru tiba di Sintang setelah pulang ke Kuala Lumpur selama 2 minggu. Saya tiba di klia2 sebelum pukul 9 pagi. Terus ke kiosk untuk check in. Memandangkan masa yang ada masih banyak, jadi saya mengisi perut terlebih dahulu. Bingung juga nak ke MarryBrown, KFC atau Bumbu Desa. Saya search review BD, ada yang kata kureng di cawangan klia2. Akhirnya saya memilih KFC. Dah lama nak beli, dari bulan Mac. Saya pesan set Classic Rice 1 pc chicken untuk sarapan, manakala Zinger Burger untuk makan di Pontianak. Perjalanan dari KUL-PNK mengambil masa 1 jam 40minit. Setibanya di ruang ketibaan, saya langsung ke ruang keberangkatan. Memandangkan kaunter untuk pesawat KALstar ke Sintang belum di buka, saya duduk dahulu di kerusi sambil baca novel yang diberi kak adek. Masa duduk, terasa pula ada pergerakan dalam perut. Geli sampai saya sempat ketawa kecil. Setelah check in, saya ke musholla. Pesawat saya berlepas dalam jam 1615wib. Tiba di Sintang 34 minit kemudian. Alhamdulillah. Hmm.. 2 minggu di Malaysia rasa macam kejap je. Apa pun, gembira dapat balik. Mama papa berangkat ke Korea Selatan sehari sebelum saya pulang. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails