Showing posts with label graduate. Show all posts
Showing posts with label graduate. Show all posts

Monday, May 6, 2013

GCAP Graduation Ceremony


Salam readers. Maaflah, terus skip ke graduation GCAP. Nanti ada masa lapang dan rasa rajin, saya sambung GCAP [Part III]. Hehe. Nak dijadikan cerita, kami tamat program tersebut pada hujung Disember 2012. Tetapi malangnya kami telah dianaktirikan. Haha. Sebab apa? Patutnya ada graduation di PICC pada Februari tapi kami tidak dijemput untuk menghadirinya sebaliknya bulan Mac barulah kami merasa majlis graduation GCAP tu (diadakan di Wisma Sejarah). Oleh sebab masa yang diambil agak lama, maka rakan sekelas kami majoriti tidak dapat menghadiri majlis atas kekangan waktu iaitu mereka ada yang telah bekerja. T.T Oklah saya nak share gambar pada hari tersebut tersebut. :)

Monday, March 25, 2013

GCAP [Part II]


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan post kali ini mengenai program lepasan saya sertai tahun lepas iaitu GCAP. Program ini untuk lepasan Ijazah dan Master. Pengisian program ada dua modul iaitu Core dan Specialty. Untuk yang core lebih kepada komunikasi, hubungan dengan pelanggan, penulisan resume, persediaan untuk interview dan lain-lain. Manakala untuk Specialty lebih kepada diri kita sendiri. Hehe. 


Briefing Day
Beberapa hari selepas mendaftarkan nama untuk program ini sewaktu career fair di PWTC, saya mendapat panggilan daripada pihak berkenaan. Pada hari briefing kami diberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang program ini dan kelebihan program. Untuk pengetahuan, kursus adalah selama 6 minggu dan sebanyak RM800 akan diberikan untuk program tersebut dimana pembayaran elaun adalah tiap tiga minggu. Untuk yang tidak jauh dan inginkan penempatan, sejumlah RM200 akan ditolak dari jumlah elaun.

Hari Pertama
Pada hari pertama memasuki kelas, kami digabungkan dengan peserta yang mengambil kursus ASET (lebih kepada teknologi). Akhirnya kami yang ambil GCAP dikhabarkan bahawa kami harus berpindah ke Wisma Belia MAYC yang terletak taklah jauh sangat (adalah dalam 10-15 minit berjalan kaki) dari monorel Tun Sambathan.

Hari Kedua
Oh ya lupa saya nak khabarkan yang Ina dan Kyla pun turut serta bersama saya dalam GCAP. Jadi pada hari kedua, saya dan Ina sama-sama ke monorel dan berjalan kaki untuk mencari bangunan tersebut. Tapi ada orang tersalah bagi info tentang kedudukan bangunan tersebut dan ini menyebabkan kami agak terlewat untuk masuk ke kelas. Huhu. Selepas mendapat sedikit sebanyak input dari Instructor, beliau mengatakan pada kami yang ada peserta dalam kelas kami kena berpindah ke 2 kumpulan yang lain. Memandangkan kami bertiga malaslah nak tunggu sampai dia pointing out, maka kami dengan sukarela memilih untuk berpindah kumpulan. Ada 1 kelebihan buat yang berpindah kumpulan, iaitu kelas berkenaan lebih advance 1 minggu. Ada sedikit kegusaran dan perasaan bercampur-aduk di hati kami ketika mula-mula masuk kelas tersebut. Tak tau macam mana penerimaan mereka. Eceh eceh. Ketika kami masuk, peserta dalam kumpulan tersebut sedang present Vision Board mereka. Menarik dan kreatif dan penerangan pun kadang-kadang boleh mencuit hati.

Minggu Ketiga kami
Selepas 3 minggu kelas, setiap kumpulan akan dirombak ahlinya. Tapi, tanpa disangka-sangka saya dan Ina ditakdirkan berada dalam kumpulan yang sama sampailah hujung program. Haha. Ada yang JELES. :p

Bersambung....aktiviti yang memerlukan kami present dalam kelas.


Saturday, March 23, 2013

GCAP (Part I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ini saya akan bercerita tentang GCAP (Graduate Career Accelerated Program). Selepas grad pada tahun lepas, saya tertarik untuk mengikuti program tersebut yang mana memberikan peluang ditemuduga oleh syarikat berdaftar dengan myPartners setelah tamat program. Part I ni berkisah tentang kerja yang saya dapat.



Tawaran dari AEON Credit
Seminggu selepas temuduga, saya mendapat panggilan untuk melapor diri. Pada mulanya saya tak memberikan kata putus sama ada menerima atau menolak. Saya rasa GEMBIRA ditawarkan kerja buat pertama kali. Beberapa hari kemudian saya terPAKSA menolak juga


Tawaran Temuduga Kali Ke-2
Keesokan harinya, VADS telefon dan saya kena beri kata putus sama ada saya boleh atau tidak menghadiri temuduga yang ke-2 pada hari berikutnya. Saya juga terPAKSA menolaknya.

Tawaran Kerja dari Intel

Sebulan selepas temuduga berlalu, saya mendapat satu panggilan dari syarikat yang saya hanya mencuba nasib tapi saya suka sebenarnya sesi temuduga masa tu. Masih terngiang-ngiang kata interviewer, "You are a good communicator". Ya, saya terpaksa menolak dengan berat hati. Bukan sebab Intel kat Penang, saya menolak. Tapi masa tu saya dah pun selamat register untuk sambung Master di UiTM. Takpe, rezeki itu ada tapi cepat atau lambat je.

Nasihat saya buat lepasan ijazah, jangan ingat lepas tamat nak honeymoon dulu. Patut dari awal cari kerja. Dulu saya ada perasaan takut nak ditemuduga, tapi ALHAMDULILLAH saya berjaya atasinya.

Bersambung... nantikan kisah di GCAP.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails