Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, March 25, 2013

I Wish.... [ala-ala lagu FT Island]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Today is a very special day. Guess what? Haha. Hari ini hari lahir saya ke dunia ni menurut tahun Masihi la. Macam biasa, saya FOREVER 21. :p Untuk tahun ini saya berharap....

  • Semoga usia saya diberkati oleh Allah
  • Saya dapat lebih membahagiakan keluarga saya dan orang lain
  • Menjaga hati setiap orang dan hati saya juga dijaga oleh mereka o:-)
  • Istiqomah dalam perbuatan yang baik
  • Menambahkan amalan :)
  • Berjaya dalam apa yang saya lakukan
  • Sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah SWT
  • Mendapat jodoh yang baik. Hehe. (boleh tak orang Malaysia je?)
  • Lagi satu, umat Islam tidak ditindas dan diberikan kesabaran dan tabah atas segala sesuatu yang belaku...dan semoga Malaysia selamat dan aman.
Amin.

Gambar hiasan dari hasil carian Google
P/s: Terima kasih atas ucapan-ucapan dari kawan-kawan tidak kira di Facebook mahupun Whatsapp. :)

Wednesday, March 6, 2013

Happy Birthday Mama :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hihi. Hari ni hari lahir mama. Terima kasih mama sebab menjadi ibu yang terbaik dalam hidup saya dan tidak mungkin ada galang gantinya. Masih ingat lagi mama selalu cerita yang dalam adik beradik saya yang paling tak boleh berenggang dengan mama masa bayi. Minum susu ibu hampir 24 jam dan kat mana2 pun. Hehe. Tu la berkatnya Alhamdulillah tak pernah admit hospital. :) Hihi. Mungkin saya bukan yang terbaik, tapi saya cuba menjadi anak yang terbaik buat mama. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Sempena hari lahir mama hari ni, saya berdoa agar Allah sentiasa berikan kesihatan kepada mama. Rezeki murah, usia mama diberkati dan juga kita sekeluarga hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. :)

P/s: Post ini dibuat awal memandangkan saya sedang berada di UiTM tak tahu online ke tak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails