Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Tolong Ingatkan Aku!

Salam bloggers. Beberapa jam lagi saya akan menaiki flight ke Solo. Jumpa saudara, maklumlah Thaipusam. Ahaha. Memang TAK la! Tapi tentang pergi Solo tu saya SERIUS tak main-main. Hihi. Oh ya kawan-kawan. Sudah renew lesen anda? Insurans? Lesen Memandu? Cukai Jalan (Road Tax). Saya WAJIB memperbaharui lesen memandu saya pada 22 Mei 2011. *Takut terlupa* Nak tau tak? Saya baru perasan kalau masa hari Ahad yang lepas sebenarnya saya terlupa masukkan IC dan juga lesen memandu dalam purse. Tak menjadi masalah kalau jadi penumpang. Tapi. saya siap boleh memandu ke Shah Alam dan ronda-ronda KL. Oops. Nasib baik saya pemandu berhemah. :p

P/s: Lately, ramai anggota polis kelihatan di mana-mana. Wah! Polis Malaysia memang bersungguh-sungguh untuk menurunkan kadar jenayah pada 2011 nampaknya. Semoga Istiqomah. Amin~ >.<

Tuesday, January 12, 2010

kisah polis jahat

Kisah ini berlaku di Puchong, di suatu kawasan yang agak hulu tapi tak la hulu mana. Yang pasti di tanah milik kerajaan la. Terdapat 4 orang warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (mungkin mereka duduk lebih daripada masa yang ditetapkan) dan mereka tinggal di sebuah rumah di tengah-tengah kebun yang terdapat tanaman sayuran dan juga buahan. Al-kisahnya, suatu hari rupa-rupanya mereka telah diintip oleh pihak polis. Setelah gerak-geri mereka diperhatikan sekian lama, pada suatu hari pihak polis itu telah mengepung kawasan itu. Tindakan ini kalau kita lihat, memang suatu tindakan yang sewajarnya dilakukan. Tetapi, apa yang berlaku bukanlah seperti yang kita sangka-sangka. Pihak polis yang datang itu telah meminta wang sebanyak RM700 jika pendatang asing tanpa izin (PATI) itu tidak mahu ditangkap. Dalam erti kata lain, meminta suapan la sekiranya PATI itu ingin menyelamatkan diri. Maka, 4 orang PATI yang bimbang mereka ditangkap telah pun menyediakan wang seperti yang diminta oleh pihak polis itu. Jahatkan polis tu? Sebab mereka tahu kelemahan PATI itu, jadi mereka dengan beraninya meminta wang. Saya rasa, mungkin sepatutnya PATI itu mengambil nombor plat kenderaan polis itu (ketika didatangi). Kesimpulan daripada apa yang saya ingin katakan disini. Biarpun pihak kerajaan telah menaikkan gaji polis tetapi masih ada anggota polis yang tetap meneruskan kegiatan tidak sihat seperti meminta suapan ini. Tanpa segan silu, mereka telah mencemarkan nama baik polis dan membuatkan orang terus-terusan memandang serong dengan badan beruniform ini. Bagi pihak PATI yang telah pun melakukan kesalahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Sekiranya anda tiba-tiba didatangi oleh pihak polis dan mereka meminta suapan jika anda ingin selamat, lebih baik anda mengikut sahaja mereka ke balai (sekurang-kurangnya nanti anda akan dihantar pulang ke negara asal). Ketahuilah bahawa memberi dan menerima rasuah itu adalah HARAM disisi Islam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails