Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Friday, December 31, 2010

kenangan bersama nenek

Salam bloggers. Hari ini merupakan hari dimana nenek dimandikan, dikafankan serta dikuburkan. Tapi saya tak berpeluang untuk melihat semua itu memandangkan saya sekarang berada di Kuala Lumpur. Saya memang nak sangat pulang ke Indonesia, tapi bak kata ayah saya nanti susah pula nak beli di lapangan terbang Soekarno-Hatta Jakarta. Sebaik tiba, kena tukar terminal dan beli tiket. Memang leceh. Mungkin, lain kali baru saya berpeluang melihat pusara nenek. Hmm. T_____T Mengimbau kembali kenangan bersama nenek pada bulan Jun 2010 yang lalu. Macam biasa setiap kali pulang ke Branti (Bandar Lampung), saya akan tidur dengan nenek. Sejak nenek sudah tua, kalau dia nak berpindah dari bawah ke atas, ada pelajar asrama yang akan tolak nenek yang duduk di kerusi roda. Bukan nenek tak boleh jalan, tapi untuk memudahkan nenek. Sebab nenek dah tua, jadi jalannya agak perlahan. Bercakap tentang kerusi roda. Saya masih ingat, petang itu saya mengajak nenek duduk di kerusi roda. Kemudian saya bawa nenek jalan-jalan. Setakat jalan-jalan di depan halaman rumah. Selepas membuat satu pusingan, saya berhenti menolak kerusi roda yang diduduki nenek. Kemudian nenek berkata, "mau sekali lagi boleh gak?". Kemudian, saya menolak kerusi roda nenek dengan perlahan untuk beberapa pusingan. Hehe. Memang kadang-kadang nenek ini lucu. Cara pendekatan nenek memang akan meresap ke dalam hati. Apatah lagi, nenek memang tak pernah lupa mengucapkan "terima kasih". Itulah kenangan terakhir saya bersama nenek.

P/s: Saya pernah cemburu dengan pinggan mangkuk sebab bila melihat pinggan mangkuk kotor yang belum dicuci, nenek asyik teringat je. Tapi cucu sendiri nenek tak ingat. :p

Thursday, December 30, 2010

andai itu jalan yang terbaik...SAYA SAYANG NENEK SAYA!!

Salam bloggers. Lebih kurang sejam yang lalu saya baru sahaja mendengar perkhabaran duka tentang nenek saya yang sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Natar, Bandar Lampung, Indonesia. Nenenda tercinta telah pulang ke rahmatullah pada malam jumaat yang mulia ini. Semoga roh nenenda dicucuri rahmat oleh Allah SWT, amal ibadah diterima Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Sebenarnya saya rasa agak sedih dan terkilan kerana tidak dapat menatap wajah nenek buat kali yang terakhir. Kali terakhir saya bertemu nenek pada 11 Jun 2010. Sudah 6 bulan berlalu. Memang nenek sudah tua, umur pun sudah hampir mencecah 90 tahun. Tapi sebelum saya tinggalkan nenek tempoh hari, beliau masih boleh berjalan. Walaupun disebabkan faktor usia nenek sudah mengalami dimensia dan juga kurang pendengaran, tapi nenek seorang yang tahu menghargai orang lain. Telatah nenek kadang-kadang agak lucu. Betullah kata orang, semakin tua kita akan kembali kepada sikap keanak-anakan. Nenek suka makan coklat. Perangai pun kadang-kadang macam nak merengek bila tak diberi. Walaupun kita kata, tak boleh makan sebab manis ke. Tapi nenek akan kata, "boleh ga mau nyicip dikit aja?". Kepada sesiapa yang tak tau dimensia itu apa. Kita boleh kaitkan ianya dengan penyakit tua. Nenek sudah menjadi lupa. Orang yang nenek jarang jumpa, nenek lupa. Tapi ada perkara-perkara masa lampau yang nenek ingat kadang-kadang. Kalau tidak silap, dalam 3 tahun ni nenek baru mula mengalami dimensia. Tapi, walaupun nenek lupa orang lain, tapi ada satu perkara yang nenek tak pernah lupa. Nenek tak pernah lupa mengucapkan TERIMA KASIH. Ya, nenek sentiasa berterima kasih buat orang yang membantu nenek. Nenek memang seorang yang sopan. Ada baiknya juga bila nenek tak ingat dan kurang pendengaran ini. Sekurang-kurangnya nenek tak mendengar benda-benda yang tak elok didengar. Sewaktu muda dulu, kata mama, nenek memang seorang yang rajin. Jadi apabila tua, nenek memang tak boleh tengok rumah tak kemas. Nenek juga suka menyikat dan merapikan rambut. Alangkah baiknya kerana di akhir hayatnya nenek duduk di pesantren. Dikelilingi dengan anak-anak pondok yang mengaji dan menghafaz Al-Quran. Perasan tak? Kadang-kadang apabila seseorang telah pergi meninggalkan kita, baru kita sedar betapa kita sayangkan orang itu. Tapi, ketika kita menyedarinya, kita akan rasa sedih sangat. Sebab orang itu telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. T___T Al-fatihah buat arwah nenek.

bahan-bahan untuk memandikan mayat *ketika andung cik meninggal di Lampung bulan Jun yang lalu*
"Apabila meninggal anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat."
Bila izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil...

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 milik Malaysia

Salam bloggers. Tahniah buat pasukan bola sepak negara kerana berjaya membawa pulang piala ke tanah air. Biarpun Indonesia mendapat agregat 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, namun kemenangan berpihak kepada negara kita kerana Malaysia mempunyai agregat 3-0 ketika pusingan pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil. Usahlah kita bersengketa lagi, piala AFF Suzuki telah berlalu maka sekarang marilah kita nantikan kemunculan tahun 2011 dan harapkan yang terbaik buat kedua-dua negara. Dikesempatan ini saya memohon jasa baik pembaca sekalian untuk mendoakan agar kesihatan nenek saya bertambah baik. Kini nenek saya berada di Rumah Sakit Natar, Bandar Lampung. T__T Dengar kata nenek saya tidak berada dalam keadaan yang begitu stabil. Parents saya telah pun pulang ke Indonesia pagi semalam untuk melihat keadaan nenek saya. Ya Allah, saya berharap agar masih dapat bertemu nenek saya di masa yang akan datang. Teringin pulang ke Lampung, tapi apakan daya....

Sunday, October 24, 2010

biasanya...

Salam bloggers. Hari ini saya akan memulakan kata-kata dengan "biasanya". Pelik? Ada sebab mengapa perkataan itu akan saya gunakan. Jom kita lihat~
  • Biasanya apabila cuti semester, saya akan balik kampung. Tapi kali ini, saya tidak akan balik kampung sama sekali kerana ada praktikal.
  • Biasanya, saya akan memesan tiket kapal terbang untuk ibu bapa saya dan nama saya mesti termasuk dalam senarai yang akan naik ke atas kapal terbang.Tetapi kali ini, tidak.
  • Biasanya, kami sekeluarga akan menyambut hari lebaran bersama-sama. Tetapi pada tahun ini (seperti tahun yang lepas), mama papa akan pergi beraya di Indonesia. Tapi, pada hari raya haji kedua mama dah balik ke Malaysia.
  • Biasanya, bila mama dan papa pulang ke Malaysia nanti mereka akan berada di rumah lama-lama. Tetapi untuk November ini, mereka akan pergi ke Kelantan pula dengan menaiki kapal terbang lagi pada keesokan harinya sebaik tiba di Malaysia.

Agak sedihkan tahun ini? Tapi saya harap praktikal saya nanti berjalan lancar. Amin. Begitu juga markah coursework saya. Ahhhhhhh. Takut saya untuk melihat markah term 1 pada tahun depan. x)

Friday, September 10, 2010

salam aidilfitri 1431H

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..hehe..intro lain sikit kali ni..maaf zahir dan batin kepada pembaca yang mungkin pernah terasa dengan ayat dalam blog saya ini..kadang-kadang kita perlu saling mengingati sesama kita barulah kita dapat melakukan perubahan..apa pun, saya kena ganti puasa selama 4 hari..semoga semua yang pulang ke kampung selamat pergi dan pulang..amin~

p/s: nak balik kelantan da ni~

Tuesday, December 8, 2009

terlupa

perkara ni mcm serius, eh bukan mcm lg..MEMANG SERIUS..mcm mn flight day boleh tersilap? nak dijadikan cerita sy tukang booking ticket parents sy yg balik kampung sempena raya haji baru-baru ni..sebelum ni, sy asyik ckp "mama papa balik hari rabu"..entah macam mana dalam beberapa hari yg lepas, hari nya da tertukar pula..eh jadi hari selasa..then..petang tadi dalam pukul 4 petang waktu malaysia, papa call.."by, flight tu esok..bukan hari ni..ape la..bla bla". ok fine..dalam hal ni saya tak dapat nak cakap siapa salah..nak kata flight ticket tak ada kat parents saya, memang dorang ada simpan pun..nak kata saya tak check balik flight mereka bila, sy baru check semalam..masalah nya, semalam saya cuma tengok pukul berapa mereka dijangka tiba..hari apa dan terikh bila saya betul-betul tak ingat nak tengok..kesian juga parents saya tu..family cousin saya pun kesian gak sebab mereka yg tlg hantar parents saya pergi airpot..nasib baik dari airport nak pergi rumah mereka dalam 15-20 minit je..kalau la kat jakarta, entah tak tau la berapa lama (jalannya macet)..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails