Selepas mengisi borang, timbang berat badan dan periksa hemoglobin..baru saya tahu kenapa mereka semua tu derma di luar. Itu pun saya tahu masa saya nak periksa tekanan darah. Orang yang derma whole blood memang derma kat luar. Kat bilik dalam tu untuk orang yang derma 'apheresis' je. Begitu rupanya. Jadi nasib saya sama dengan orang yang kat luar tu gak. HAHA. Untuk pengetahun pembaca, orang yang derma 'whole blood' boleh menderma 3 bulan sekali. Manakala yang 'apheresis' tu 2 minggu sekali. Cuma ada syarat tambahan untuk menjadi penderma 'apheresis', iaitu berat badan kena melebihi 55kg. Er, saya rasa terima kasih je la. Saya rela menjadi penderma 'whole blood' seumur hidup dari jadi penderma 'apheresis'. Hehe. :p
![]() |
| Darah saya memenuhi 350ml ini dalam masa hanya 5 minit. Masuk MBOR tak ek? :P |


No comments:
Post a Comment